Isnin, 30 Julai 2007

Penyebaran BM

1) Mengapakah bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar? Jelaskan.

2) Pilih salah satu dialek BM yang terdapat di Malaysia dan kemukakan beberapa contoh.

127 ulasan:

magnus berkata...

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana kelompok bahasa ini mengandungi lebih kuran 200-300 bahasa dan kelompok baasa ini terdiri dapada 16 golongan bahasa iaitu:
1. Golongan Filpina
1. Farmosa, Batan, Iloko, Bikol, Bisaya, Ibang, Igorot, Magidanao, Tingyan,Dayak, Sulu, Palau, Sanggir-Taulud, Batik, Bentenan,Mongondau, Tombulu, TonseaTondano dan tomtembuan.
2. Golongan Sumatera
• Acheh, Gayo, Dialek-dialk Batak, Minagkabau, Lubu, Melayu, Melayu-Uluan, Rejang-Lebong Lampung, Simalur, Nias, Mentawai, Engano, Luchong, Lom dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa
• Sunda, Jawa dan Madura
4. Golongan Kalimantan
• Klemantan,Iba, Ot-Danum,Kenya-Bahau-Kayan Dan Milano
5. Golongan Bali sasak
• Bali, Sasak,dan Sumbawa
6. Golongan Gorontalo
• Bulanga, Kadipan, Gorontalo,dan Buol
7. Golongan Tomini
8. Golongan Toroja
• Kaili, Kulawi, Pipikro, Nap, Leboni, dan wotu
9. Gologan Loinan
• Loinan, Bobongko, Balantak dan Banggai
10. Golongan Bangku laki
• Bangku Mori, Laki, Laiwui, Landawe, dan Mapute
11. Golongan Suawesi Selatan
• Makasar, Busi, Luwu, Saadan, Mandar,Seko
12. Golongan Muno-Butung
• Muna-Butung, Butu-Selatan, Tukang Besi,Kaloata, Karompa, Bonerate,Wolio dan Layolo
13. Golonan Bima sumba
• Bima, Manggarai, Sumba Barat, Sumba Timur dan Howu
14. Golongan Ambon Timur
• Solor,Kedang, Alor,Pantar, Belu, Timor, Helo, Rote, Wetar, Roma, Kisar,Leti, Damar, Tanimbar, Kai, Aru, Buru, Ambelau, Seran Barat, Geran Timor, Goram dan Banda.
15. Golongan Sula-Bachan
• Dialek-Dialek Taliabo, Dialek-Dialek Sula dan Bahasa Bachan.
16. Golongan Halmahera Selatan-Irian Barat
• Halmera Selatan, Nufor, Windesi Dan Kowiai.


Senarai tersebut membuktikan bahawa ragam bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu sangat besa kerana digunakan dalam daerah seluas 1.5km. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh sifat sederhana dan dapat menerima unsur luar.

deq wan berkata...

DEQ WAN D20071029095.......
ASSALAMUALAIKUM EN RAZALI
SOALAN 1
Mengapakah bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar? Jelaskan.

Daripada kajian para sarjana yang telah mangkaji asal-usul bahasa di dunia ini kita dapat melihat terutamanya dalam kajian tentang bahasa melayu,keluaraga nusantara mempunyai bahasa-bahasa yang terbanyak iaitu sekitar 200 hingga 300 bahasa.Tergolong dalam rumpun austronesia,turun kepada keluaraga nusantara kemudian terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu bahasa melayu dan bahasa sumatera.Dalam kelompok bahasa melayu wujud bahasa seperti bahasa aceh,batak dan beberapa bahasa lain.Dalam kelompok sumatera pula wajud bahasa seperti bahasa tagalong,bahasa jawa dan sebagainya.Dengan ini terbuktilah bahawa keluarga nusantara adalah yang terbesar berbanding keluarga polinesia,malenesia mahupun mikronesia.

sOALAN 2
Pilih salah satu dialek BM yang terdapat di Malaysia dan kemukakan beberapa contoh.

Saya memilih bahasa melayu Sarawak.Pada hakikatnya bahasa melayu Sarawak tidak jauh berbeza berbanding bahasa melayu yang dipertuturkan masyarakat lain atau bahasa melayu baku.Bila kita melihat beberapa contoh perkataan,kita dapat melihat dengan jelas hanya sedikit perbezaan yang wujud.Contohnya “aku” disebut “aku”,”kau” disebut “kawu” dan “kami” disebut “kamek”.Namun begitu,dalam bahasa melayu Sarawak terdapat loghat tertentu di kalangan penuturnya.Contohnya loghat kawasan Kuching yang menggunakan bunyi”a”pada akhir sebutan perkataannya.Contohnya “nak ya”(yang itu).Dalam loghat kawasan Betong pula disebut “nak yo”.Loghat kawasan betong banyak menggunakan bunyi”o”.Contoh lain adalah seperti “nya”(dia) disebut “nyo” dan ”sapa”(siapa) disebut “sapo”.

NINA berkata...

Assalamualaikum En Razali.........
Soalan 1:
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa paling besar kerana cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno juga merupakan keluarga bahasa Nusantara di mana kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran dan penuturnya di Semenanjung Kepulauan Riau dan Sumatera. Menurut Asmah Haji Omar Kepulauan Melayu atau Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya tersendiri. Ada ahli sejarah memanggil penduduk asli itu sebagai Melayu Negrito. Mereka telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M. Mereka ialah nenek moyang orang-orang asli iaitu Jakun atau orang Biduanda, Temuan, Orang Laut,dan Orang Karak. Zaman mereka dinamai Zaman Batu Pertengahan.
Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas iaitu berdasarkan jumlah bahasanya, golongan penuturnya, wilayahnya, kewujudan mereka di Nusantara pada 8000 S.M, jelaslah menunjukkan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.
Sekian.................

Soalan 2:
Salah satu dialek Bahasa Melayu di Malaysia, PERAK.
Contoh:(i)ayo-air
(ii)koje-kerja
(iii)tak gemo-tidak suka
(iv)dema-mereka

zhan berkata...

Assalamualaikum....

Soalan 1

Secara umumnya,keluarga nusantara atau indonesia merupakan keluarga kelompok bahasa yang terbesar dengan kawasannya meliputi formosa di utara,maluku di timur,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat.Bahasa nusantara juga mempunyai bahasa paling banyak iaitu antara 200-300 bahasa.Di samping itu,keluarga bahasa ini dapat dibahagikan lagi kepada bahasa subkeluarga bahasa Indonesia pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa.

Soalan 2

Antara dialek yang terdapat di Malaysia adalah dialek Johor. Dialek Johor ini terbahagi kepada 3 subdialek iaitu,subdialek Johor Baharu,subdialek Muar,dan subdialek Mersing.Daripada ketiga-tiga subdialek ini,subdialek Johor Baharu boleh dianggap sebagai asas dialek Johor.Subdialek Johor Baharu berpusat di JOhor Baharu dan menyebar ke utara hingga ke sempadan pahang.Contoh-contoh dialek Johor Baharu daripada Bahasa Standard iaitu;

Johor Baharu Bahasa Standard
-koto -kotor
-leba -lebar
-boco -bocor

timo berkata...

Timo-(d029089). Hallo!!! En.Razali..soalan 1:keluarga bahasa Nusantara mempunyai bahasa yang terbesar iaitu sebanyak 200 hingga 300 bahasa.Basasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun Austronesia.Dibawah rumpun Ausrtonesia dipecahkan kepada empat keluarga yang terdiri daripada keluarga Melanesia, Mikronesia, Polinesia & bahasa Nusantara.Daripada Bahasa Nusantara,dipecahkan lagi kepada beberapa sub keluarga.Bahasa Melayu berada dalam sub keluarga Sumatera.Selain bahasa Melayu, terdapat bahasa lain seperti bahasa Acheh, Batak, Minangkabau dan sebagainya.Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cabang bahasa Melayu sekiranya dikaji secara mendalam.Hal ini jelas menunjukan keluarga bahasa Nusantara memang besar.


Soalan 2:
Antara dialek etnik yang terdapat di Malaysia ialah dialek etnik bidayuh(Dayak darat), Sarawak.contoh-contoh perkataan dalam bahasa Bidayuh yang diterjamahkan ke dalam bahasa Melayu:
i)man~makan.ii)tebik~nasi.iii)sendok~ibu.iv)sama~bapa. sumbuk~nenek.v)babai~datuk ."Atik do tungang ku dean" sekian...

nur shuhada(D20071029036) berkata...

assalamualaikum En.Razal

a) Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal dari dua perkataan bahasa Jawa kuno iaitu nusa(pulau) dan antara(lain).Dalam penggunaan moden istilah Nusantara merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia,Malaysia,Singapura,bahagian paling selatan Thailand,Filipina,Brunei,Timor Timur dan mungkin juga Taiwan,namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.

Keluarga Nusantara boleh dibahagikan kepada kelompok-kelompok dan setiap satu kelompok boleh dibahagi-bagikan lagi.Secara kasar kita boleh menghasilkan kelompok Filipina-Formosa dan kelompok Indonesia Pusat.Kelompok Filipina-Formosa terdiri dari bahasa di Filipina dan bahasa-bahasa di Sabah dan Brunei(kecuali bahasa melayu dan Lun Dayeh).Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa melayu,bahasa-bahasa di Sarawak,Kalimantan dan Pulau-pulau Indonesia lainnya.Oleh itu jelaslah bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang paling besar.


b) Negeri Kelantan merupakan antara negeri di Malaysia yang mempunyai dialek yang tersendiri.

contohnya:

bewoh -kenduri
ambo -saya
demo -awak
besa -besar
male kare-malam nanti
dan sebagainya....

sekian,terima kasih....

nor fadzillah biti che rose (d20071029007) berkata...

Assalamualaikum....
1) Bahasa nusantara merupakan salah satu daripada bahasa purba.Bahasa ini merupakan keluarga bagi rumpun austronesia.Bahasa nusantara merupakan bahasa yang mempunyai lemakelompok keluarga yang paling besar iaitu antara 200-300 bahasa.namun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa bahasa nusantara mempunyai 500 bahasa(tatabahasa dewan)setiap bahasa mempuyai persamaan dari segi sisten bunyi,pembendaharan kata ,perbentukan kata dan juga perbentukan ayat.Antara golongan bahasa nusantara bagi membuktikan bahawa bahasa nusantara merupaka keluarga bahasa yang terbesar ialah:
1)kelompok bahasa filipina iaitu Farmosa, Batan,Neso,filipina utara iaitu sambalik dan cordileran,mandanao,Iloko, Bikol, Bisaya, Ibang dan sulu
2)kelompok bahasa madagaskar.
3)kelompok bahasa sumatera iaitu acheh(dialek riau),gayo,alas,batak,rejang,lampung,
melayu,mminangkabau dan mandaling .
kelompok kalimantan iaitu bisaya,melayu,dayak,melanau,murut,
dusun bajau,murut,kenyah,kayan,
tidung,labu,basap dan sulu.
4)kelompok pulau jawa:melayu jakarta,madura,jawa,osing dan sunda.
5)kelompok Suawesi Selatan:
Makasar, Busi, Luwu, Saadan, Mandar,Seko
6)kelompok gorontalo:kadipan,bulanga dan buol
Sebenarnya terdapat banyak lagi subkeluarga dibawah keluarga bahasa nusantara.sebagai satu kesimpulan jelaslah ia menujukkan bahawa kelompok keluarga nusantara merupakan kelompok keluarga terbesar berbanding austrosia,polinesia dan melanesia.

2) Dialek kedah merupakan salah satu dialek yang terdapat didalam dialek bahasa melayu.ia merupakan dialek atau bahasa melayu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dituturkan dari perlis hingga ke daerah perak utara.Dialek kedah juga dituturkan di pulau pinang.ia boleh dibahagikan kepada subdialek iaitu Perlis-pulau langkawi,kedah persisiran,kedah utara dan pulau pinang.dialek kedah mempunyai keserupaan dangan pelet siam dan pelet petani yang sering dituturkan di padang terap,sik,baling(dituturkan oleh orang melayu kedah asli).penutur golongan pertama merupakan orang melayu kedah yang mempunyai pertuturan bahasa yang sama dengan subdialek kedah persisiran.
penduduk kelom[ok kedua ialah pendatang dari petani.golongan ketiga pula merupakan golongan hasil dari perkahwinan golongan kelompok pertama dan kedua.
contok penggunaan dialek kedah ialah: diftong=ay,uy,oy,aw
dialek bahasa melayu
lambay lambai
payp paip
payt pait

rangkap vokal:ai,ui,au
dialek bahasa melayu
besa biasa
kenat khianat
kosa kuasa
tola tuala
dialek kedah merupakan dialek yang sangat unit dan merupakan bahasa pertuturan yang sangat istimewA
SEKIAN........

azrul berkata...

AzrulD20071029077......
1) Assalamualaikum Encik Razali, bahasa Nusantara telah dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar. Bahasa Nusantara tergolong ke dalam keluarga Austronesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Ia mencakupi bahasa-bahasa yang dituturkan oleh penduduk Pulau Taiwan, Kepulauan Nusantara(termasuk Filipina), Mikronesia, Melanesia, Polinesia dan Pulau Madagascar. Di samping rumpun Austronesia, terdapat 2 rumpun yang lain seperti bahasa Austroasia dan Tibet-Cina. Oleh itu, bahasa Nusantara dapat menarik perhatian kerana dalam rumpun inilah termasuknya bahasa Melayu. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Di Jawa yang besar dan ramai penduduknya, hanya menggunakan 4 bahasa sahaja. Sementara di Sulawesi yang sangat kecil dan sedikit penduduknya menggunakan 35 jenis bahasa.
Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera,Jawa,Kalimantan dan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal dari bahasa di Pulau Jawa(bahasa Jawa)dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera(bahasa Melayu). Dengan ini,bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
Kesimpulannya, jelaslah di sini bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang besar. Dalam masa yang singkat, bahasa Melayu contohnya dapat menguasai bahasa-bahasa daerah yang lebih maju seperti bahasa Jawa dan bahasa Batak.

2)Saya memilih dialek bahasa Minangkabau. Ringkasnya, bahasa ini atau dalam bahasa asal, Baso Minang adalah bahasa yang dituturkan oleh kaum Minangkabau di Sumatera Barat dan di barat Riau. Selain itu, bahasa ini juga dituturkan di Negeri Sembilan, Malaysia.Ada pendapat yang mengatakan bahawa ia sebenarnya ialah dialek bahasa Melayu manakala pendapat lain mengatakan ia ialah satu bahasa dan bukan satu dialek.
Perbezaan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu:
Minangkabau:Sadang kayu di rimbo tak samo tinggi,kok kunun manusia.
Melayu:Pohon di rimba tidak sama tinggi,apa lagi manusia.

Minangkabau:Co a koncek baranang co itu lo inyo.
Melayu:Dia berenang seperti katak.

Minangkabau:Indak buliah mambuang sarok disiko!
Melayu:Tidak boleh membuang sampah di sini!

Minangkabau:A tu nan ka karajo ang?
Melayu:Apakah yang sedang kamu kerjakan?

Selain itu,terdapat perbezaan kata bahasa Melayu/Indonesia dan bahasa Minangkabau adalah seperti berikut:
a) ut-uik,contoh:rumput-rumpuik
b) at-aik,contoh:adat-adaik
c) al/ar-a,contoh:jual-jua,kabar-kaba
d) e(pepet)-a,contoh:beban-baban
e) a-o,contoh:kuda-kudo
f) awalan ter-,ber-,per- menjadi ta-,ba- dan pa-. Contoh:berlari,termakan,perdalam(bahasa Melayu/Indonesia)menjadi `balari',`tamakan'dan `padalam'(bahasa Minangkabau).
SEKIAN...........

Juar berkata...

JUARd029086...SALAM SEJAHTERA EN.RAZALI.... Soalan 1
Bahasa Nusantara ataupun bahasa indonesia merupakan bahasa yang terletak di bawah rumpun Austronesia.Dalam kalangan bahasa dalam rumpun Austronesia,bahasa Nusantara merupakan bahasa yang paling besar.Sehubungan itu,bahasa Nusantara dikatakan mempunyai 200 hingga 300 bahasa.Bahasa Nusantara juga mengandungi 16 golongan bahasa iaitu antara golongan bahasa yang popular ialah golongan Sumatera,golongan Filipina,golongan Jawa,golongan Kalimantan,dan golongan Bali Sasak.Secara empirikalnya,dari sudut inilah bahasa Nusantara dianggap sebagai keluarganya yang paling besar kerana mengandungi bahasa yang banyak dalam golongan bahasa tersebut.Selain itu,kawasan Nusantara juga merupakan wilayah kawasan yang lebih luas daripada kawasan wilayah keluarga rumpun Austronesia yang lain.Sebab itu, rumpun bahasa Austronesia menurunkan pelbagai bahasa dalam galangan bahasa tersebut.

Soalan 2
Bahasa Melayu menurunkan beberapa dialek.Dialek Sabah merupakan salah satu cabang daripada bahasa Melayu.Dialek Dusun merupakan dialek yang sinonim dengan dialek Sabah kerana bilangan penuturnya yang paling ramai di negeri 'Di Bawah Bayu'.Hubungan bahasa Melayu dengan dialek Sabah dapat melalui kata kogntnya iaitu perkataan asal yang saling berkait.Beberapa contoh dialek sabah iaitu:parai-padi,tuduk-tunjuk,taji'-taji,sagu'-sagu,dan pomili-pilih.Diskusinya,dialek dusun mempunyai makna yang sama dengan bahasa Melayu.Bunyinya juga hampir sama...........PENSIKOW @ TERIMA KASIH...

ummi berkata...

bahasa melayu tergolong dalam cabang-cabang bahasa nusantara yang besar iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Bahasa melayu yang dituturkan di kepulauan melayu pada zaman dahulu adalah bahasa kuno.Bentuk bahasamelayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tiggalan sejarah seperti batu-batu bersurat;
a)Batu Bersurat Kedukan Bukit-Palembang
b)batu bersurat talang tuwo
c)batu bersurat kota kapur-Pulau Bangka
d)batu bersurat karang brahi-palembang
Selain 4 batu bersurat tadi,terdapat juga bahan lain yang di hasilkan pada zaman kerajaan Srivijaya.
Bahasa melayu berasal dari rumpun bahasa Austranesia yang berasal daripada keluarga bahasa Austris.rumpun bahasa Austranesia terbahagi kepada 4 kelompok;
a)bahasa kepulauan melayu@bahasa nusantara.cth;bahsa melayu,aceh,jawa,sunda,dayak,tagalog dan solo.
b)bahasa polenesia;hawaii,tonga dan maori.
c)bahasa malenisia;bahasa kepulauan siji,irian, dan kepulauan cakdonia.
d)bahasa mikronesia;bahasa kepulauan maricna,marshell,carolina dan gilbert.

soalan dua.
Dialek bermaksud variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi.dialek Selangor tidak berbeza dengan bahasa melayu moden.namun terdapat perbezaan antara dialek selangor dengan dialek negeri lain.misalnya di selangor perkataan "celaka" di anggap bahasa kasar.namun tidak di negeri Melaka.

Unknown berkata...

wilhelm schmidt telah menggolongkan bahasa melayu di bawah bahasa nusantara;di bawah subkeluarga sumatera bersama bahasa acheh,batak,minangkabau,nias,lampung dan orang laut.jika dilihat secara lebih terperinci,bahasa melayu berteraskan rumpun austronesia di bawah filum austris.
bahasa nusantara tersebar luas dari farmosa ke new zealand di sebelah timur dan madagaskar ke kepulauan easter di sebelah barat. jumlah bahasa yang terangkum di dalam kawasan sebaran ini dianggarkan melebihi seribu bahasa.
bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana di bawahnya sahaja sudah terhimpun 5 subkeluarga bahasa iaitu bahasa sumatera, bahasa filipina ,jawa kalimantan dan bali sasak.di samping itu,subkeluarga ini pula merangkumi ratusan subkeluarga bahasa yang lebih kecil.contohnya di bawah subkeluarga sumatera terdapat subkeluarga melayu,nias,acheh dan sebagainya.jika di bawah indonesia sahaja sudah memiliki lebih kurang 400 bahasa secara kasarnya,bayangkan sahaja berapa banyak bahasa yang terangkum di dalam bahasa nusantara keseluruhannya..

soalan kedua...

di samping bahasa melayu sarawak,saya ingin bekongsi pengetahuan saya tentang bahasa bidayuh(dayak darat).secara amnya,bahasa bidayuh adalah berbeza mengikut kawasan geografi taburan penduduknya.bahas bidayuh di bahagian mongkos adalah berbeza dari bahasa bidayuh kalimantan,tebedu,padawan,bau dan lundu.kali ini saya akan berkongsi tentang bahasa bidayuh mongkos.

perempuan-dayung
lelaki-dari
makan-ma an
tidur-bu es
selamat malam-salamat bingare
belum cukup-bayuh sade
tidak-kade
tidak ada-anyap
nenek-tayung
datuk-babuq
awak apa khabar?-anih agah amu?
baik...-paguh...
siapa nama awak?-asih ganan amu?
jangan-aba'
jangan bising-aba' kuya'
memasak-nanaq
air-mon
minum air-nyihup mon
mandi-mamuh/gumon

walau anih sanda inya,ku tatap ira bijaya! (walau apa orang nak kata,aku tetap nak berjaya!)

bahasa bidayuh mongkos banyak menggunakan hentian glotis bagi perkataan yang diakhiri huruf vokal seperti bahasa melayu sarawak.

hasima binti md isa (D20071029022) berkata...

Assalamualaikum........

Soalan 1:
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling luas kerana Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu 200-300 bahasa. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa tersebut telah menjadi lingua franca daerah Kepulauan Melayu sejak berzaman-zaman oleh pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, India, China yang berdagang di Kepulauan Melayu. Bahasa Nusantara dibahagikan kepada golongan tertentu iaitu Filipina, Sumatera,jawa,kalimantan,Bali-sasak,Gorantalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bungku-laki, Sulawesi Selatan, Mona-butung, Bima-sumba, Ambon-timor, Sula-bacon, Halmahera Selatan-iran jaya. Golongan di atas terbahagi kepada bahasa-bahasa yang lain. Hal ini menjadikan bahasa Nusantara sebagai bahasa yang paling luas di berbanding bahasa-bahasa yang lain.

Soalan 2:
Dialek yang terdapat di Malaysia, Terengganu.
Bahasa yang digunakan oleh penduduk Terengganu agak unik dan berbeza daripada Bahasa Melayu baku seperti perbezaan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikal.
contoh: (i) sapo-sampul
(ii) maah-maaf
(iii) buleh-boleh
(iv) nnuleh-menulis

azura berkata...

Assalamualaikum….
Soalan 1:

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.Hal ini kerana cabang bahasa Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa.Bahasa-bahasa ini telah menjadi lingua franca atau bahasa pengantar di Kepulauan Melayu sejak bertahun-tahun dahulu.Selain itu,bahasa ini juga digunakan oleh pedagang-pedagang dari Eropah,Cina,dan India untuk berkomunikasi.Bahasa ini dibahagikan mengikut golongan tertentu seperti golongan Filipina,golongan Sumatera,golongan Jawa,golongan Kalimantan,golongan Bali Sasak,golongan Golontaro,golongan Tomini,golongan Terojo dan sebagainya.Oleh itu,jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan keluarga yang paling besar.

Soalan 2:

Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah krlompok masyarakat.Dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geografi.Setiap daerah atau kawasan mempunyai dialeknya masing-masing.Dialek yang dipilih ialah dialek di negeri Pahang.Dialek di negeri Pahang dibahagikan kepada subdialek-subdialek mengikut daerah di negeri tersebut.
Contoh:
Sunge-sungai
Sampe-sampai
Ilang-hilang
Kate-katil
Bante-bantal
Tangkaq-tangkap

Sekian…...

Unknown berkata...

Assalammualaikum........
Salbiah Taha (D20071028976)

Soalan 1

Menurut kajian para sarjana bahasa Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa. Bahasa Nusantara pula terbahagi kepada 16 golongan. Golongan bahasa ini ialah golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali Sasak, Gorontalo, Tomini, Toroja, Loinan, Bangku Laki, Sulawesi Selatan, Muno- Butung, Bima Simba, Ambon Timur, Sula- Bachan, Halmahera Selatan- Irian Jaya. Maka jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan bahasa yang paling besar berbanding dengan bahasa lain.


Soalan 2

Saya memilih dialek melayu Sarawak iaitu dialek Bahagian Kuching dan Kota Samarahan.Di Sarawak,setiap tempat mempunyai dialeknya yang tersendiri.Misalnya,penutur di Kuching akan menggunakan bunyi'a'di belakang sebutan perkataan.Contohnya perkataan 'apa'juga disebut 'apa' oleh penutur di Kuching.Manakala bagi Bahagian Samarahan pula penuturnya menggunakan bunyi'a' dan'o' di belakang sebutannya.Maksudnya,ada kawasan kampung yang menggunakan bunyi'a'dan ada pula kampung yang menggunakan bunyi'o'di belakang sebutan perkataan.contohnya 'apa'disebut 'apo'manakala 'ada'disebut 'ado'.

Unknown berkata...

Assalammualaikum........
Salbiah Taha (D20071028976)

Soalan 1

Menurut kajian para sarjana bahasa Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa. Bahasa Nusantara pula terbahagi kepada 16 golongan. Golongan bahasa ini ialah golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali Sasak, Gorontalo, Tomini, Toroja, Loinan, Bangku Laki, Sulawesi Selatan, Muno- Butung, Bima Simba, Ambon Timur, Sula- Bachan, Halmahera Selatan- Irian Jaya. Maka jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan bahasa yang paling besar berbanding dengan bahasa lain.


Soalan 2

Saya memilih dialek melayu Sarawak iaitu dialek Bahagian Kuching dan Kota Samarahan.Di Sarawak,setiap tempat mempunyai dialeknya yang tersendiri.Misalnya,penutur di Kuching akan menggunakan bunyi'a'di belakang sebutan perkataan.Contohnya perkataan 'apa'juga disebut 'apa' oleh penutur di Kuching.Manakala bagi Bahagian Samarahan pula penuturnya menggunakan bunyi'a' dan'o' di belakang sebutannya.Maksudnya,ada kawasan kampung yang menggunakan bunyi'a'dan ada pula kampung yang menggunakan bunyi'o'di belakang sebutan perkataan.contohnya 'apa'disebut 'apo'manakala 'ada'disebut 'ado'.

azma (D20071029079) berkata...

Assalamualaikum En Razali...

a)Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana terdapat antara
200 hingga 300 bahasa di nusantara.
Hal ini kerana kawasan Nusantara(kepulauan melayu)terdapat banyak pulau meliputi pulau-pulau di Indonesia,Filipina,Brunai, Malaysia,Timor Timur dan Papua New Guinea.Oleh yang demikian,bahasa-bahasa ini pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu
mengikut kawasan di Nusantara.
Bahasa yang ditutur di wilayah Filipina(Tagalog,bisaya,sulu dll),
golongan sumatera(melayu,nias,
lampung),golongan jawa(sunda,jawa
madura) dan banyak lagi golongan seperti Goronto,Toraja,
Kalimantan,Muna-Butung,Bima-Sumba dan sebagainya yang terdapat di nusantara yang mempunyai bahasa masing.Jelaslah di sini bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga
yang besar berbanding bahasa Polinesia,Melanesia dan Mikronesia
yang berada di bawah rumpun Austronesia.Hal ini kerana kepulauan melayu terdapat banyak pulau-pulau yang didiami oleh golongan yang berbeza.

b)Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek kelantan.
Dialek kelantan berbeza mengikut daerah masing-masing.contohnya
buah durian belanda bagi orang Bachok mereka memanggil buah `durian sayur` manakala bagi daerah Tumpat mereka memanggil buah `durian selat`.Selain itu terdapat juga contoh dialek kelantan lain seperti:
-kuba-kerbau
-saye-sayang
-tubik-keluar
sekian...wassalam

nor hidayah adam D029051 berkata...

Bahasa Nusantara memang mempunyai bahasa yang paling besar. Berikut adalah alasan-alasannya. Bahasa Nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 300 bahasa, dalam bahasa tersebut terdapat 16 subgolongannya iaitu Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali Sasak, Gorontalo, Tomini, Toroja, Loinan, Bangku Laki, Sulawesi Selatan, Muno- Butung, Bima Simba, Ambon Timur, Sula Bachan, dan Halmahera Selatan- Irian Jaya.
Selain itu bahasa Nusantara tersebar luas dari farmosa ke new Zealand di sebelah timur dan madagaskar ke kepulauan Easter di sebelah baratpada zaman kegemilangan Majapahit iaitu pada abad ke-7 hingga ke-14 bahasa ini dijadikan sebagai bahasa lingua franca dan diguna pakai oleh pedagang-pedagang sebagai bahasa komunikasi.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa Nusantara mempunyai ramai penuturnya dan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar. Hal ini kerana bahasa ini tergolong dalam keluarga Austronesia dalam rumpun Austris.

Soalan 2

Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah krlompok masyarakat dan dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geografi. Dialek pilihan saya ialah dialek Johor.Antara subgolongan dialek yang terdapat di Johor ialah dialek jawa, bugis, banjar, dan kuala. Berikut adalah contoh penggunaan dialek Johor ;-


JAWA MELAYU
Mangan makan
Waras sihat
Gedi besar
Torek pekak

nor hidayah adam D029051 berkata...

Bahasa Nusantara memang mempunyai bahasa yang paling besar. Berikut adalah alasan-alasannya. Bahasa Nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 300 bahasa, dalam bahasa tersebut terdapat 16 subgolongannya iaitu Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali Sasak, Gorontalo, Tomini, Toroja, Loinan, Bangku Laki, Sulawesi Selatan, Muno- Butung, Bima Simba, Ambon Timur, Sula Bachan, dan Halmahera Selatan- Irian Jaya.
Selain itu bahasa Nusantara tersebar luas dari farmosa ke new Zealand di sebelah timur dan madagaskar ke kepulauan Easter di sebelah baratpada zaman kegemilangan Majapahit iaitu pada abad ke-7 hingga ke-14 bahasa ini dijadikan sebagai bahasa lingua franca dan diguna pakai oleh pedagang-pedagang sebagai bahasa komunikasi.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa Nusantara mempunyai ramai penuturnya dan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar. Hal ini kerana bahasa ini tergolong dalam keluarga Austronesia dalam rumpun Austris.

Soalan 2

Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah krlompok masyarakat dan dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geografi. Dialek pilihan saya ialah dialek Johor.Antara subgolongan dialek yang terdapat di Johor ialah dialek jawa, bugis, banjar, dan kuala. Berikut adalah contoh penggunaan dialek Johor ;-


JAWA MELAYU
Mangan makan
Waras sihat
Gedi besar
Torek pekak

suasuekemoneng berkata...

SOALAN 1
Bahasa nusantara merupakan keluarga dara bahasa Austronesia.Selain Nusantara,polinesia,Melanesia dan Mikronesia turut tergolong dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling besar di dalamnya iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Kelompok bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu kelompok bahasa Nusantara Barat dan Timur.Kelompok Nusantara Barat meliputi bahasa Malagasi,Acheh,Melayu,Jawa,Sunda,Dayak,Tagalog,Sibu,Bisaya dan lain-lain.Kelompok Nusantara Timur pula mengandungi bahasa Solo,Roti,Sika dan lain-lain.Jelaslah di sini bahawa bahasa Nusantara adalah keluarga bahasa yang paling besar.

SOALAN 2
Saya memilih bahasa minangkabau Rincing

BAHASA MELAYU
mak cik:baru aku ingat,mana ibumu?
nani :emak takde.ke rumah saudara
mak cik:cepatlah angkat kain.hari
dah gelap.
nani :baiklah

BAHASA MINANG
mak cik:takanang di den.amak kau
kamano?
nani :amak takdo.ka ghumah baja-
baja ko.
mak ciak:capekla angkek kayin
tu.la galap aghi da
nani :iyolah ciyk

NAZIRAH(D2007029059) berkata...

ASSALAMUALAIKUM,TUAN RAZALI...

SOALAN 1
Bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar adalah kerana mempunyai cabang bahasa yang paling besar iaitu antara 200-300bahasa dan dikelompokkan mengikut kawasan.Kelompok bahasa terdiri daripada 16 golongan.Antaranya,
1.Kelompok Sumatera seperti di Aceh,Gayo,Batak,Kerinchi,Rejang,Melayu,,Minangkabau,Mandailing,Angkola,Nias,Lampung,Enggano.Bahasa yang digunakan adalah seperti bahasa Aceh yang digunakan di hujung utara Sumatera,bahasa Gayo di Aceh Tengah,Bahasa Minangkabau di sumatera barat dan Bahasa Melayu di Pantai Timur Sumatera.
2.Kelompok Filipina seperti di Mindanou,Natan dan Sambalik.Terdapat lebih 25 kumpulan bahasa dalam kelompok ini seperti Tagalog,Ibanag dan Kalingga.
3.Kelompok Kalimantan di Sabah,Sarawak dan Brunei.Bhasa yang digunakan seperti bahasa Melayu,bahasa Dayak,Bahasa Melanau dan Bahasa Bisaya.
4.Kelompok Bahasa di Pulau Jawa Dan Madura mempunyai 5 kelompok besar iaitu Melayu Jakarta,Madura,Jawa,Osing dan Sunda.Bahasa Melayu Jakarta dikenali sebagai Bahasa Betawi dan dituturkan di Jakarta.Bahasa Sunda dituturkan di Jawa Barat.
Dari beberapa pengelompokan yang dijelaskan tadi,kita dapat lihat bahawa Bahasa Melayu termasuk dalam Kelompok Indonesia.Dengan kata lain,Bahasa Melayu dekat perkaitannya dungan bahasa di Sarawak,Sumatera,Jawa dan sebagainya.

SOALAN 2

Salah satu dialek yang popular di Malaysia adalah dialek Kelantan.Negeri Kelantan terbahagi kepada beberapa daerah seperti Kota Bharu,Tumpat,Pasir Mas,Tanah Merah,Macang,Ulu Kelantan,Pasir Puteh dan Bachok.Bagaimanapun,pembahagian subdialeknya tidak perlu mengikut perbatasan daerah-daerah itu.Contoh,dari segi rangkap vokal.Subdialek Kota Bharu mempunyai banyak rangkap vokal yang boleh dibandingkan seperti yang berikut;
1.rangkap depan-ae,ui,ue
2.rangkap tengah-ia,ua
3.rangkap belakang-io,iu,uo
contoh;baea-baik,
kaeng-kain
cuiq-cuit

Mohd. Isma bin Jamaludin(D20071029073) berkata...

soalan pertama
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana bahasa ini mempunyai kira-kira 200-300 cabang bahasa.Bahasa-bahasa tersebut boleh dibahagikan seperti berikut:

1)golongan Filipina
Tagalog,Iloko,bikol,bisaya,sulu,palau dan tambulu.

2)Golongan sumatera
Aceh,bahasa-bahasa batak(karo,toba,angkola-mendailing),minangkabau,melayu nias,lampung dan orang laut.

3)Golongan Jawa
sunda,jawa dan madura

4)Golongan Kalimantan
iban,kenyah-kayan,melanau

5)Golongan bali-sasak
bali,sasak,sumbawa

6)Golongan gorontalo
bulangan,kaidipan,gorontalo,buol

7)Golongan tomini

8)Golongan toraja
kaili,bare'e dan wotu

9)Golongan loinang
loinan,banggai

10)Golongan bunku-laki
laki,landawe,mori,mapute

11)Golongan sulawesi selatan
makasar,bugis,seko

12)Golongan muna-butung
Muna-butung,butung sekantan,kerompa,wolio

13)Golongan bima-sumba
bima,manggarai,sumba barat dan sumba timur

14)Golongan ambon-timur
kro'e,alor,roti,wetar,bura,goram,bandar

15)Golongan sula-bacon
dialek-dialek taliabo,dialek-dialek sula,dan bahasa bacon

16)Golongan halmahera selatan-irian jaya
halmahera selatan,nufur,kowiai

soalan kedua
Dialek Melayu Sarawak.
Dialek ini digunakan oleh penduduk di Sarawak dalam kehidupan seharian.Ia agak serupa dengan bahasa melayu yang dipertuturkan di Brunei.

contoh beberapa perkataan yang digunakan dalam dialek Sarawak ialah:
kamek
kamek bermaksud saya dalam bahasa melayu.contoh kamek ada kereta bermaksud saya ada kereta.
kata "kamek" adalah ungkapan halus yamng biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.selain itu,kata "kamek" juga digunakan terhadap sesama keluarga terdekat dan orang yang dekat dengan kita.

kitak
perkataan kitak bermaksud awak dalam bahasa melayu.contohnya kitak ada kereta yang bermaksud awak ada kereta.

molah
pula bermaksud buat.contohnya kamek sedang molah kerja bermaksud sya sedang buat kerja.

sik
perkataan sik merujuk kepada tidak
contohnya kamek sik tauk bermaksud saya tidak tahu.

fieqa berkata...

soalan 1:
bahasa nusantara dikenali juga sebagai bahasa-bahasa di kepulauan melayu yang dikelompokan mengikut kawasan.cabang nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kara-kira 200-300 bahasa. kelompok-kelompok bahasa nusantara adalah seperti berikut
1. Golongan Filipina:
Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya

2. Golongan Sumatera:
Aceh,Minangkabau,Melayu

3. Golongan Jawa:
Sunda,Madura

4. Golongan Kalimantan:
Iban,Melanau

5. Golongan Bali Sasak:
Sumbawa,Bali,Sasak

6. Golongan Gorontalo:
Bulanga,Buol

7. Golongang Tomini:
Tinombo,Umalasa

8. Golongan Teroja:
Kaili,Wotu

9. Golongan Sulawesi Selatan:
Makasar,Bugis

10. Golongan Ambon Timur:
Kai,Aru

terdapat banyak lagi golongan-golongan lain seperti golongan Muna Butung, Sula Bacon, dan Himalaya Selatan-Irian Jaya

Kesimpulannya,keluarga bahasa Nusantara yang berasal dari rumpun Astronesia mempunyai keluarga bahasa yang paling besar berbanding keluarga bahasa lain seperti Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Soalan 2
Dialek Perak
hanya terdapat dalam negeri perak. Bahagian-bahagian tertentu di negeri Perak merupakan kawasan penyebaran dialek-dialek lain seperti dialek Petani di daerah Ulu Perak dan Larut Matang, dialek Kedah di daerah Taiping ke utara, dan dialek Selangor ke daerah Ipuh ke salatan. Oleh itu, daerah yang dikatakan betul-betul mewakili kawasan dialek Perak ialah daerah Parit yang menjadi asas dialek Perak.
contoh perkataan:
1. bilik - bileq
2. tumbuk - tumboq
3. ekor - eko
4. saya - saye
5. amboi - amboy
6. tumpul - tumpoy
7. cangkul - cangkoy
8. pasir - pasio
9. air - ayo
10. tikus - tikoyh

Kesimpulannya,dialek Perak adalah berbeza-beza mengikut daerah. Sekian.

mira(D20071029055) berkata...

Assalamualaikum..
soalan 1:
Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Oleh yang demikian bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti yang berikut:
1)Golongan Filipina
2)Golongan Sumatera
3)Golongan Jawa
4)Golongan Kalimantan
5)Golongan Bali-Sasak
6)Golongan Tomini
7)Golongan Toraja
8)Golongan Loinang
9)Golongan Bunku-laki
10)Golongan Sulawesi Selatan
11)Golongan Muna- Butung
12)Ambon Timur
13)Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya

Soalan 2:
Antara dialek yang terdapat di Malaysia ialah Dialek kedah. Yang dikatakan dialek itu ialah bahasa melayu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dututurkan dari perlis sampai ke Perak Utara. dengan itu, Dialek Kedah juga diuturkan di pulau Pinang.
Contohnya:

kate - katil
payp - paip
tayq - tahi
lepayh - lepas
tikuyh - tikus
bauq - jambang
di muka
Sekian, wasalam....

NADIA berkata...

Soalan 1
Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa-bahasa ini dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu contohnya Golongan Filipina(Tagalog,Iloko,Bikol),Golongan Sumatera(Acheh,Batak,Angkola-Mendailing,Melayu Nias),Golongan Jawa(Sunda,Madura),dan Golongan Kalimantan(Iban,Kenyah-Kayan,Melanau).Bahasa Nusantara ini tergolong dalam rumpun Austronesia.

Soalan 2
Dialek Terengganu ialah dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu.Subdialek yang diperkatakan ialah yang dituturkan di Ulu Telemong..
Contoh subdialek Ulu Telemong:
MIROH - MERAH
RUMOH - RUMAH
DARAQ - DARAT
GELAQ - GELAP
JALONG - JALAN
CAWONG - CAWAN
GUNONG - GUNUNG

Lajem berkata...

Assalamualaikum........

Soalan 1
Bahasa Nusantara mempunyai bahasa yang paling banyak(200-300 bahasa). Penuturnya merangkumi kawasan utara(Formosa),timur(Maluku),selatan( Pulau Timur)dan barat(Madagaskar). Bahasa Nusantara juga terbahagi kepada dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Sumatera.Bahasa melayu terdiri daripada Bahasa Acheh,Batak dsb.Manakala Bahasa Tagalog dan Bahasa Jawa contohnya, termasuk dalam Bahasa Sumatera.Hal ini membuktikan bahawa Bahasa Nusantara mrupakan kelompok bahasa yang terbesar.

Soalan 2

Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Sarawak.Orang Melayu Sarawak menuturkan bahasa Melayu asal dengan cara penyebutan yang lain dan terdapat beberapa perkataan yang ketara perbezaannya.
Contohnya;

1)kamek
kamek bermaksud saya dalam bahasa melayu.contoh kamek ada kereta bermaksud saya ada kereta.
kata "kamek" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.Selain itu,kata "kamek" juga digunakan terhadap sesama keluarga terdekat dan orang yang dekat dengan kita.

2)kitak
perkataan kitak bermaksud awak dalam bahasa melayu.contohnya kitak ada kereta yang bermaksud awak ada kereta.

3)molah
pula bermaksud buat.Contohnya kamek sedang molah kerja bermaksud saya sedang buat kerja.

4)sik
perkataan sik merujuk kepada tidak
contohnya kamek sik tauk bermaksud saya tidak tahu.

Namun begitu,tidak semua orang Sarawak menuturkan dengan cara yang sama.Hal ini dapat dikesan melalui nada penyebutan yang berbeza.Mereka bertutur dengan nada lembut mahupun dengan cara yang agak keras(nada kasar).

sekian

wan hamizan berkata...

assalamualaikum.........

soalan 1

Kajian mengatakan bahawa bahasa nusantara merupakan keluarga bahasa yang paling besar.Terdapat kira-kira 200-300 bahasa yang terdapat dalam cabang nusantara.Bahasa nusantara meliputi kawasan formosa di utara,maluku di timur,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat.
Terdapat 16 golongan bahasa dalam bahasa nusantara.

Antara bahasa yang terdapat dalam golongan filipina ialah Farmosa, Batan, Iloko, Bikol, Bisaya, Ibang, Igorot, Magidanao, Tingyan,Dayak, Sulu, Palau, Sanggir-Taulud, Batik, Bentenan,Mongondau, Tombulu, TonseaTondano dan tomtembuan.
Seterusnya pula ialah Golongan Sumatera.Bahasa yang terdapat dalam golongan ini seperti Acheh, Gayo, Dialek-dialk Batak, Minagkabau, Lubu, Melayu, Melayu-Uluan, Rejang-Lebong Lampung, Simalur, Nias, Mentawai, Engano, Luchong, Lom dan Orang Laut.
Dalam golongan jawa pula ialah Sunda, Jawa dan Madura.Seterusnya pula ialah golongan kalimantan.Bahasa yang terdapat dalam golongan ini ialah seperti Iban, Ot-Danum,Kenya-Bahau-Kayan Dan Milano.Golongan Bali sasak
pula terdiri daripada bahasa Bali, Sasak,dan Sumbawa.Golongan seterusnya pula ialah golongan Gorontalo.Bahasanya ialah Bulanga, Kadipan, Gorontalo,dan Buol.Golongan ketujuh pula ialah golongan tomini.Seterusnya pula ialah golongan toroja.Antara bahasanya ialah Kaili, Kulawi, Pipikro, Nap, Leboni, dan wotu.Seterusnya ialah Golongan Bangku laki iaitu bahasa Bangku Mori, Laki, Laiwui, Landawe, dan Mapute.Golongan Loinan iaitu dengan bahasa seperti Loinan, Bobongko, Balantak dan Banggai.

Golongan Suawesi Selatan iaitu bahasa seperti Makasar, Busi, Luwu, Saadan, Mandar,Seko.
Golongan Muno-Butung melalui bahasa Muna-Butung, Butu-Selatan, Tukang Besi,Kaloata, Karompa, Bonerate,Wolio dan Layolo.Golongan yang seterusnya pula ialah Golongan Bima sumba.Antara bahasanya ialah Bima, Manggarai, Sumba Barat, Sumba Timur.

Seterusnya golongan Ambon Timur.Bahasa yang terdapat dalam golongan ini ialah Solor,Kedang, Alor,Pantar, Belu, Timor, Helo, Rote, Wetar, Roma, Kisar,Leti, Damar, Tanimbar, Kai, Aru, Buru, Ambelau, Seran Barat, Geran Timor, Goram dan Banda.Golongan Sula-Bachan pula denga bahasa seperti Dialek-Dialek Taliabo, Dialek-Dialek Sula dan Bahasa Bachan.Golongan terakhir pula ialah
Golongan Halmahera Selatan-Irian Barat.Bahasa yang terdapat dalam golongan ini ialah Halmera Selatan, Nufor, Windesi Dan Kowiai.

Dengan ini terbuktilah bahawa keluarga nusantara adalah yang terbesar berbanding keluarga polinesia,malenesia mahupun mikronesia.




Soalan 2


Bahasa Melayu Sarawak merupakan salah satu bahasa dialek yang terdapat di Malaysia.Pada hakikatnya bahasa melayu Sarawak tidak jauh berbeza berbanding bahasa melayu yang dipertuturkan masyarakat lain atau bahasa melayu baku.

contoh beberapa perkataan yang digunakan dalam dialek Sarawak ialah:
1)lawa
lawa bermaksud sombong.

2)kamek
kamek bermaksud saya dalam bahasa melayu.contoh kamek ada kereta bermaksud saya ada kereta.
kata "kamek" adalah ungkapan halus yamng biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.selain itu,kata "kamek" juga digunakan terhadap sesama keluarga terdekat dan orang yang dekat dengan kita.

3)kitak
perkataan kitak bermaksud awak dalam bahasa melayu.contohnya kitak ada kereta yang bermaksud awak ada kereta.

4)molah
pula bermaksud buat.contohnya kamek sedang molah kerja bermaksud sya sedang buat kerja.

5)sik
perkataan sik merujuk kepada tidak
contohnya kamek sik tauk bermaksud saya tidak tahu.

Chya Yg Cntik berkata...

Assalamualaikum,En.Razali..
1.Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana keluarga Nusantara boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok dan tiap-tiap kelompok itu boleh dibahagikan lagi.Secara kasar kita boleh menghasilkan kelompok Filipina Formosa dan kelompok Indonesia pusat.Kelompok Filipina-Formosa terdiri dari bahasa-bahasa di Filipina dan bahasa-bahasa di Sabah dan Brunei(kecuali Bahasa Melayu dan Lun Dayeh).Kelompok Indonesia pusat terdiri dari Bahasa Melayu,bahasa-bahasa di Sarawak,Kalimantan dan pulau-pulau Indonesia yang lain.
#Kesimpulannya,Bahasa Nusantara merupakan keluarga yang paling besar diantara semua keluarga dalam rumpun Austronesia.

2.Salah satu dialek Bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia ialah dialek Johor.
Apabila disebut 'Dialek Johor' maka timbullah perkaitan konsep itu dengan bahasa standard kerana tanggapan umum bahawa bahasa standard berasakan dialek berkenaan.Berikut perbezaan antara dialek Johor dan bahasa standard:

1.Å•umah-rumah
2.maŕah-marah
3.baka-baka(r)
4.cabot-cabut
5.pĕřau-pĕrahu
6.besa-besa(r)

#Kesimpulannya,perbandingan diatas menunjukkan Dialek Johor mempunyai banyak persamaan dengan bahasa standard.Ini menyokong dakwaan umum bahawa bahasa standard didasarkan daripada dialek Johor.

hanizah (d029019) berkata...

Hesperanesia membawa maksud pulau-pulau yang terdapat di barat Austronesia.Hesperanesia juga membawa maksud Nusantara.Nama hesperanesia adalah untuk mencipta keselarasan dengan nama-nama subkeluarga,bahasa Austronesia yang lain iaitu Melanesia,Polenesia dan Mikronesia.Bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana:
*terdapat persamaan antara penduduk-penduduk daratan Asia Tenggara dengan penduduk-penduduk kepulauan Asia Tennggara.
*Banyak persamaan kepercayaan kepada "semangat" atau "mana" antara penduduk di daratan Asia Tenggara dan di kepulauan Asia Tenggara Oceania.
*persamaan dari segi kosa kata antara bahasa-bahasa di Austronesia.
*persamaan dari segi ciri bahasa seperti bentuk kata dua suku,sistem pengimbuhan,imbuhan penambahan,perbezaan "kami" dan "kita",penjodoh bilangan,sisi bilangan,kata jamak,gender dll.
Kelompok bahasa yang berperingkat-peringkat sehangga dapat di rekonstruksi sebagai induk bahasa,rumpun bahasa,keluarga bahasa dan subkeluarga bahasa.Jelas menunjukkan bahawa bahasa melayu di nusantara mempunyai bilangan penutur yang ramai.

SOALAN 2
Dialek Iban terdapat di kawasan pedalaman Sarawak seperti Batu Niah dan Sri Aman.Contoh:
makan-makai
minum-ngirup
tidur-tinduk
memasak-nyumai
pulang-pulai
pinggan-pinggai
rambut-buk
cantik-bajik

nor shuhada D20071029035 berkata...

Soalan 1

Assalamualaikum..........
Bahasa Nusantara ialah bahasa yang terdapat di muka bumi ini dan mempunyai keluarga bahasa yang terbesar.Hal ini demikian kerana cabang-cabang bahasa yang terdapat dalam bahasa Nusantara sangat banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa-bahasa ini dapat dikelompokkan mengikut kawasan iaitu:-
1)Golongan Filipina yang meliputi bahasa Tagalog.Iloko,Bikol,Sulu
2)Golongan Sumatera yang meliputi bahasa Aceh,Batak,Minangkabau,Melayu,Nias,Lampung,Orang Laut
3)Golongan Jawa yang meliputi bahasa Sunda,Jawa
4)Golongan Kalimantan yang meliputi bahasa Iban,Kenya-Kayan,Melanau
5)Golongan Bali-Sasak yana meliputi bahasa Bali,Sasak,Sumbawa
6)Golongan Sulawesi Selatan tang meliputi bahasa Makasar,Bugis,Seko
7)Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya yang meliputi bahasa Halmahera Selatan,Nufur,Kowiai

Golongan-golongan bahasa ini membuktikan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang terbesar dan menyerlahkan keunikan yang sedia ada pada setiap bahasa yang dipertuturkan oleh penuturnya.

Soalan 2

Dialek ialah bahasa yang dituturkan oleh sesuatu masyarakat mengikut kawasan-kawasan tertentu atau mengikut negeri-negeri.Terdapat banyak dialek di Malaysia seperti dialek Kedah.Contohnya:-
Dialek Kedah Bahasa Baku
ayaq air
pi pergi
ketegaq degil
gabuih lap

Sekian.............

azian(D029078) berkata...

Assalamulaikum.....
Soalan1 1,

Bahasa nusantara dikatakan satu bahasa yang luas kerana kelompok bahasa ini terdiri daripada 200-300 jenis bahasa.Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian keluarga bahasa Malayo-Polenesia termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan ,meluas di Filipina.Bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan bahasa melayu yang dituturkan di ,Malaysia(dikenali sebagai bahasa malaya)dan bahasa Indonesia yang berasal daripada bahasa melayu yang dikenali sebagai bahasa Indonesia oleh orang tempatan.Keluarga bahasa nusantara mengandungi 16 golongan bahasa iaitu bahasa Filipina,bahasa Jawa,bahasa Kalimantan dan golongan Bali Sasak.Dengan ini,terbuktilah bahawa keluarga nusantara adalah yang terbesar berbanding keluarga Polinesia,Melenesia,dan Mikronesia.

Soalan 2

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum.Setip kaum mempunyai bahasa pertuturan masing-masing dengan erti kata yang mudah 'Dialek'.Dalam konteks ini saya memilih dialek kelantan

CONTOH KATA...

1)Come-Comel
2)Come lote-sangat cantik
3)Make- makan
4)kawe/Ambo-Saya
5)Demo-Awak

noraini mohd yusoff berkata...

NORAINI MOHD YUSOFF(D 20071029002)
Asaalamualaikum En.Razali Ayob…………..
Soalan 1:

1) Menurut kajian para sarjana, keluarga bangsa Nusantara terletak di sebelah Barat Austronesia.Ia disebut juga sebagai “Hesperanesia”. Hespera (Barat) – Nesia ini disesuaikan dengan sebutan pada mulanya Nesos kepada Nuswa dan Nusa beerti pulau. Maka bermakna, Hesperanesia ialah pulau-pulau yang terdapat di Barat Autronesia. Bahasa Nusantara dikenalpasti mempunyai 200-300 bahasa .Nusantara dibahagikan mengikut kawasan iaitu daerah dan pulau yang terdiri daripada Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Filipina, Nusa Tenggara, Maluku, dan Madagaskar.
2) Dalam kelompok Filipina terdapat 25 bahasa iaitu Ivatan, Illokano, Ibanag, Itanes, Kalingga, Tagalog dan sebagainya.
3) Kelompok Sumatera terkandung bahasa Aceh, Gayo, Alas, Batak, Kerinci,, Rejang, Lampong, Simalur. Terdapat juga bahasa yang lain iaitu Mentawai, Tinggano, Melayu, Minangkabau dan Mandaling Angkoba.
4) Bahasa Melayu di Pantai Timur Pulau Sumatera, iaitu dari Aceh Timur hingga ke Sumatera Selatan menggunakan dialek Riau.
5) Kelompok Kalimantan @ Borneo terdapat bahasa Melayu, Dayak, Melanau, Bisaya, Murut, Dusun, Bajau, Sulu, Tidung, Basap, Labu, Kenyah dan Kayan.
6) Di pulau Jawa dan Madura terdapat bahasa Betawi @ Melayu, Jakarta, Madura, Jawa( dialek Ponorogo yang halus bahasanya , Jawa Tengah dan Jawa timur), Osing, dan Sunda (Bogor, Bandung).
7) Nusa Tenggara Barat terkandung bahasa Sasak.
8) Nusa Tenggara Timur dan Timor Timur.
9) Kelompok Tanah Besar Asia Tenggara.
10) Sulawesi yang terdiri daripada Utara, Tengah, Selatan, dan Tenggara.
11) Maka jelaslah di sini bahawa keluarga bahasa Nusantara ini sememangnya keluarga bahasa yang paling besar.


Soalan 2:
Dialek Johor………

1) Terdapat tanggapan umum yang mengatakan bahawa bahasa standard berasasakan dialek Johor, iaitu terdapat pusat penyebaran di selatan khususnya di Johor- Kuala Lumpur.
2) Kawasan dialek Johor dikatakan paling kurang darjat kepelbagaiannya.Kecuali di sempadan iaitu di sebelah Utara iaitu dari pantai barat hinnga ke pantai timur iaitu campur aduk ciri-ciri dialek Johor dengan dialek Melaka dan campur aduk ciri-ciri dialek Johor dengan dialek Pahang. Maka tidak terdapat perbezaan yang besar dari segi bunyi bahasa yang dituturkan.
3) Terdapat 3 subkawasan:
 Johor yang meliputi negeri Johor dari Utara hingga ke Selatan iaitu Subdialek Johor Baharu.:contoh: “r” subdialek Johor mempunyai persamaan dengan “r” dalam bahasa standard.

Johor Baharu Bahasa standard
Leba Leba®
Boco Boco®

 Subdialek Muar- Batu Pahat: contoh: terletak pada penyebutan “ –ar” akhir kata.terdapat pengguguran konsonan melibatkan perubahan nilai fonetik vocal yang menghasilkan `o`.

Johor Baharu Muar- Batu Pahat Bahasa Standard
Baka bak`o` baka®
Besa b`e`s`o` besa®

 Subdialek Mersing: contoh :urutan disela oleh hentian glotis “q”.Maka hasilnya bukanlah sebagai rangkap vocal.

Johor Baharu Mersing Bahasa Standard
P`e``r`iok p`e``r`iqok p`e`riuk
Buah buqah buah

 Kesimpulannya, dialek Johor mempunyai darjat keseragaman yang paling tinggi di Semenanjung yang disebabkan oleh perhubungan antara subkawasan-subkawasan dialek ini yang lebih mudah

HABIB_D20071029100 berkata...

Assalamualaikum En.Razali…

1- Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar. Hal ini kerana dalam rajah salasilah bahasa,bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu antara 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Daripada Kaluarga Nusantara ini, ia berpecah kepada 2 subkeluarga iaitu Subkeluarga Indonesia Pusat dan Subkeluarga Filipina-Formosa. Tuntasnya,Bahasa Nusantara sememangnya mempunyai keluarga yang besar berbanding dengan keluarga polinesia,malenesia mahupun mikronesia.

2- Dialek merupakan kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah kelompok masyarakat dan dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geografi dan sosial. Saya memilih dialek Utara iaitu dialek Kedah:-

Air – Ayaq
Kurus – Kughuih
Rumah – Ghumah
Engkau – Hang
Malas - Malaih

suhana berkata...

1) Keluarga nusantara merupakan keluarga kelompok bahasa yang meliputi formosa di utara,maluku di timur,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat.Bahasa nusantara juga mempunyai bahasa paling banyak iaitu antara 200-300 bahasa.Di samping itu,keluarga bahasa ini dapat dibahagikan lagi kepada bahasa subkeluarga bahasa Indonesia pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa.
Bahasa Nusantara merupakan bahasa terbesar dapat dibuktikan dengan teori VonHumbolat,Kern,Damwolf,Lopez, dan Kahler serta penemuan baru yang dikumpul oleh Slametmuljana.


2) Dialek Johor adalah bahasa standard(BS) kecuali di kawasan sempadan Utara dan pantai Barat hingga pantai Timur yang bercampur dengan dailek Melaka. Dailek Johor terbahagi kepada tiga iaitu subkawasan Johor atau subdIalek Johor Bahru(JB), Subkawasan Muar atau subdialek Muar-Batu Pahat dan subkawasan Mersing(MS). Subdialek Johor Bahru mempunyai enam (vokal kardinal primer)yang terdapat dalam bahasa standard, yang kelainan pepet sebagai contoh penyebutan “u” dan “O” ialah cabot(JB) dan cabut(BS). Dari segi konsonan pula adalah asli. Lingkungan akhir kata konsonan digugurkan contohnya “koto”(JB) dan “kotor” (SD). Subdialek Muar-Batu Pahat terletak pada penyebutan “-ar” yang digugurkan dan diganti dengan “o” contohya “bako” iaitu “bakar”.manaikala subdialek mersing, menyempan dari subdialek JB(ai,ia,au,ua) disela dengan hentian glotis q yang penghasilanya bukanlah sebagai rangkap voKal contohnya baeq(JB), baqeq(MS) baik (BS)

nor farhana d20071029092 berkata...

FARHANA SAUFI (D20071029092)

Assalamualaikum Encik Razali……

Soalan 1

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana ia mempunyai cabang bahasa yang paling banyak iaitu antara 200 hingga 300 bahasa dan dikelompokkan mengikut kawasan.Kedudukan bahasa Nusantara terletak di barat Austronesia.Bahasa Nusantara juga disebut sebagai Hesperanesia (pulau-pulau barat). Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa tersebut telah menjadi lingua franca daerah Kepulauan Melayu sejak berzaman-zaman oleh pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, India, China yang berdagang di Kepulauan Melayu. Bahasa Nusantara dibahagikan kepada golongan tertentu iaitu Filipina, Sumatera,jawa,kalimantan,Bali-sasak,Gorantalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bungku-laki, Sulawesi Selatan, Mona-butung, Bima-sumba, Ambon-timor, Sula-bacon, Halmahera Selatan-iran jaya. Golongan di atas terbahagi kepada bahasa-bahasa yang lain. Hal ini menjadikan bahasa Nusantara sebagai bahasa yang paling besar berbanding bahasa-bahasa yang lain.

Soalan 2

Dialek yang dipilih ialah dialek Kelantan.Dialek didefinisikan sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat bahasa.Faktor-faktor yang menimbulkan dialek ialah faktor geografi, politik, penjajahan,perdagangan,masa dan sebagainya.Dialek Kelantan ialah salah satu daripada dialek-dialek bahasa Melayu.Ia dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari negeri Kelantan dan menetap di sana. Penduduk daerah Besut juga majoritinya menggunakan dialek Kelantan kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Kelantan. Selain itu, daerah Besut juga merupakan sempadan antara negeri Kelantan dengan negeri Terengganu.Contoh dialek Kelantan dengan bahasa Melayu ialah:

Dialek Kelantan Bahasa Melayu

Ite Hitam
Habih Habis
Kuba Kerbau
Kecek Cakap
Sapa Sampai
Bukuh Bungkus
Siya Sembuh
Bbasoh Membasuh

Sekian...

nur asmat berkata...

Assalamualaikum En.Razali....
Soalan 1
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana mempunyai antara 200-300 bahasa.Bahasa-bahasa terbesar yang terdapat dalam bahasa Nusantara seperti Bahasa Bali,Bahasa Melayu,Bahasa Tagalong,Bahasa Sunda dan lain-lain.Bahasa Nusantara ini tergolong dalam rumpun Astronesia yang kemudiannya dipecahkan kepada empat keluarga iaitu keluarga Indonesia,Melanesia,Mikronesia, dan Polinesia.Kemudiannya keluarga Indonesia dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu kelompok Filipina Farmosa yang terdiri daripada bahasa-bahasa di Filipina,Sabah dan Brunei.Manakala kelompok Indonesia Pusat pula terdiri daripada Bahasa Melayu,bahasa-bahasa di Sarawak,Kalimantan dan pulau-pulau Indonesia lain-lainnya.Begitu juga dengan bahasa Melayu Kuno.Bahasa ini mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya iaitu sebagai bahasa rasmi kenegaraan dan bahasa lingua franca.
Berdasarkan kepada jumlah bahasa dan bilangan penuturnya, jelaslah menunjukkan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang terbesar.

Soalan 2
Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah Dialek Kelantan. Cara mengucapkan satu-satu kata dalam Dialek Kelantan berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
Dialek Kelantan Bahasa Malaysia
Habih Habis
Kuba Kerbau
Sapa Sampai
Hala Halal
Sokmo Selalu
Male Malam
Pembahagian subdialek-subdialek di Kelantan juga tidak perlu menurut perbatasan satu-satu daerah.Ada subdialek yang melampaui perbatasan daerah dan ada daerah yang mempunyai lebih dari satu subdialek.
Ini dapat dilihat daripada penggunaan dialek daerah Pasir Mas Utara(PMU) dengan Pasir Mas Selatan(PMS).
Contoh
PMU PMS BM standard
Pitih Piteh Duit
lipah lepah lipas
ubi obi ubi
daging dageng daging
Jelaslah bahawa dari segi fonologi,subdiakek Kelantan ada perbezaan antara satu sama lain tetapi tidak begitu banyak.Ini bermakna jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain di Malaysia,dialek Kelantan memperlihatkan keseragaman yng agak tinggi.
Sekian........

amalina berkata...

ema D20071029049
Assalamualaikum En. Razali

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada 4 cabang dan antara salah satunya adalah bahasa melayu nusantara atau bahasa-bahasa di kepulauan melayu. Bahasa melayu tergolong ke dalam cabang nusantara dalam keluarga Austronesia. bahasa nusantara mempunyai keluarga yang paling besar dan mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira- kira 200-300 bahasa.oleh demikian bahasa ini dapat pula di bahagikan kepada gol tertentu seperti golongan filipina, golongan jawa,golongan kalimantan, golongan bali-sasak, golongan Gorontalo, golongan Tomini, golongan Toraja, golongan Loinang, golongan bunku-Laki, golongan sulawesi selatan, golongan muna-butung, golongan bima-sumba, golongan Ambon-Timur, golongan sula-bacon golongan Halmahera selatan-irian jaya.

contoh dialek kelantan ialah
1)Iggak = Tangkap
2)Male = Malam
3)Aggah = Sombong
4)Ghoyak= beritahu

Noor Azlina bt. Ab Rahmad (D20071029074) berkata...

D20071029074...
Assalamualaikum)
Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Istilah Nusantara dalam bahasa moden merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.
Bahasa Nusantara pula merupakan salah satu cabang bahasa dalam bahasa Austonesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak,iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Contohnya, bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. Menurut kajian Abdullah Hassan (1980),bahasa Nusantara terbahagi kepada dua kelompok kecil iaitu :
a. Bahasa Nusantara Barat : Bahasa Malagasi,Aceh, Melayu, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Visaya dan lain-lain.
b. Bahasa- bahasa Nusantara Timur : Bahasa Solo, Roti, Sika dan lain-lain.
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana bahasa ini mempunyai cabang-cabang bahasa yang banyak dan digunakan di seluruh kawasan Nusantara. Perkembangan bahasa Nusantara dikatakan bermula apabila golongan pertama iaitu Melayu-Proto yang berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira dalam tahun 2500S.M. Mereka adalah dari kumpulan manusia menjadi asas penduduk di Asia Tenggara. Namun, kedatangan gelombang kedua yang dipanggil Melayu-Deutro pada tahun 1500 S.M, menyebabkan golongan Melayu-Proto berundur ke kawasan lain. Pengunduran bangsa ini membawa satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu kuno atau bahasa Melayu-Proto. Namun, akibat daripada kedudukan mereka yang tersebar luas dan terpisah di antara satu sama lain serta kesukaran berkomunikasi, bahasa ini kemudian berkembang di dalam lingkungan daerah yang tersendiri. Daripada bahasa Melayu Kuno inilah lahir bahasa- bahasa seperti Jawa, Dayak, Minangkabau, Farmosa, Bisaya, Batan dan lain-lain. Kini, bahasa ini dipercayai telah berkembang keserata tempat dan sehingga tahun 1998, ia dipercayai telah berkembang kira-kira 150 cabang bahasa.
Berdasarkan penjelasan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Nusantara mempunyai jumlah keluarga yang paling besar dalam kelompok keluarga yang ada di dunia ini dan Bahasa Melayu juga termasuk dalam kelompok bahasa-bahasa Nusantara dari rumpun bahasa – bahasa Austronesia di dalam sebuah keluarga bahasa – bahasa Austris.






b) Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-saatu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih saling bersefahaman antara satu sama lain. Dialek Kelantan merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh penutur yang berasal di negeri Kelantan. Contohnya,
i) makan – make
ii) tidak – dok
iii) kamu - mu
Kesimpulannya,dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih saling bersefahaman antara satu sama lain.

sekian....

....

siti khatijah berkata...

siti khatijah d029071...
Asslamualaikum dan salam ukhuwah..

1)Bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang luas kerana kelompok bahasa ini mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa dan terdiri daripada 16 golongan.Bahasa Nusantara juga adalah pecahan daripada bahasa austronesia. Penggunaan bahasa Nusantara dikatakan sangat meluas di Semenanjung Kepulauan Melayu dan Sumatera,Indonesia.Antara kelompok bahasa ini ialah terdiri daripada golongan Filipina,Sumatera,Jawa,Kalimatan,Bali Sasak,Gorontalo,Tomimi,Toroja,Loinan,Bimo sumba,Bangku Laki,Sulawesi Selatan,Muno-Butung,Ambon Timur,Sula Bachan dan golongan Halmahera Selatan. Tuntasnya keluarga bahasa Nusantara adalah keluarga terbesar daripada kelompok Melanesia,Polinesia,dan Mikronesia.

2)Dialek bahasa yang dipilih ialah dialek bahasa Kelantan.Contohnya perkataan:
a)ular disebut ula
b)makan disebut make
c)ikan disebut ike
Penggunaan bahasa dialek ini sangat popular dalam kalangan kelantanis.

noramiera binti makri (D20071029075) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
noramiera binti makri (D20071029075) berkata...

Assalamualaikum..........

Soalan 1
Secara umumnya,keluarga nusantara atau indonesia merupakan keluarga kelompok bahasa yang terbesar dengan kawasannya meliputi Formosa di utara,Maluku di timur,Pulau Timor di selatan Madagaskar di barat.Cabang nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak,iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa-bahasa ini pula dibahagikan kepada 16 golongan.Antaranya ialah:
a)golongan Filipina:Tagalog,Iloko,Bisaya,
b)golongan Sumatera:Aceh,Minangkabau,Nias
c)golongan Jawa:Sunda,Jawa dan Madura
Kajian bahasa di kawasan selatan asia menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan iaitu induk kepada bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia.
Kajian C.A Mees pula mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Austronesia mempunyai banyak persamaan daripada segi perkataan,sistem imbuhan dan susunan tatabahasa.
Oleh itu,penutur bahasa daripada rumpun Austronesia dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di kepulauan melayu dan dari situlah mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Soalan 2
Di Malaysia terdapat pelbagai dialek yang digunakan.Salah satunya ialah dialek Terengganu.
Contohnya ialah:
nyiur - nyo
pantai - pata
pergi - gi
ular - ulo
lebat - lebak

sys ida berkata...

Assalamualaikum...
shida(d20071029099)

Soalan 1.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara dikatakan mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa-bahasa ini dapat dibahagikan beberapa golongan seperti golongan Filifina,golongan Sumatera,golongan Jawa,golongan Kalimantan,golongan Bali-Sasak,golongan Tomini,golongan Gorontalo dan sebagainya seperti yang terdapat dalam buku Dewan Bahasa dan Pustaka.Setiap golongan bahasa tersebut mempunyai bahasa_bahasa yang tersendiri.
Dengan itu jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan bahasa yang paling besar berbanding bahasa-bahasa yang lain.

Soalan 2.

Terdapat beberapa jenis dialek yang digunakan oleh masyarakat di Sabah.Antaranya ialah dialek yang terdapat di Sipitang yang digunakan oleh masyarakat berbangsa Lundayeh.Contohnya ialah

1)wi - saya
2)kuman-makan
3)epuk-rambut
4)iko-engkau
5)ticu-tangan

Sekian,terima kasih...

sofea berkata...

sofea d029098
..assalamualaikum en razali..

soalan 1
Bahasa Melayu dikatakan keluaga bahasa yang paling besar kerana kerana bahasa Melayu mempunyai lebih kurang 200 hingga 300 bahasa.Walau bagaimanapun, sumber dari Tatabahasa Dewan menyatakan,bahasa Melayu mempunyai 500 bahasa. Bahasa Melayu tergolong di dalam rumpun Austronesia dan terdiri daripada 16 golongan iaitu Filipina, Jawa, Sumatera, Sula Bachan, Ambon Timur,Kalimantan, Bali Sasak, Toroja, Tomini, Gorontalo, Loinan, Bangku Laki, Sulawesi,Muno Butung, Halmahera dan Bima Sumba.Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pertuturan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi oleh masyarakat Melayu dan pedagang-pedagang yang singgah di kepulauan Melayu.Pedagang-pedagang ini sekali gus menyebarkan bahasa Melayu dan meluaskan penggunaanya di serata tempat perdagangan mereka.Maka tidak hairan lah jika terdapat kelompok-kelompok orang Melayu yang tinggal di Sri Lanka dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.denagn ini jelaslah bahawa bahasa Nusantara memang mempunyai keluaga bahasa yang luas.

soalan 2.

Dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'dialektos' yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya.Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.Dialek mampunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard baikdrai segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu tetapi kelainan itu tidaklah besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Berikut diberikan contoh yang menunjukkan ucapan yang berlainan daripada Dialek Kelantan dengan bahasa Malaysia:

Dialek Kelantan Bahasa Malaysia
1. habih habes 'habis'
2. kuba kerbau 'kerbau'
3. sapa sampai 'sampai'
4. hala halal 'halal'
5. tubek klua 'keluar'

syazwa...d20071029047 berkata...

Assalamualikum......En.Razali

soalan 1.....

Keluarga bahasa nusantara sememangnya mempunyai bahasa yang terbanyak iaitu antara 200-300 bahasa.Keluarga bahasa Indonesia dipecahkan kepada 2 subkeluarga iaitu subkeluarga Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Famosa.Bahasa Melayu termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat manakala bahasa dalam subkeluaraga Filipina-Famosa ialah bahasa yang terdapat di Filipina,bahasa bumiputera Sabah dan di Brunei (kecuali Bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh).Contoh antara golongan bahasa-bahasa yang terdapat di Kepulauan Melayu iaitu :

1)Golongan Filipina :Formosa,Batan,Tagalog,
Bikol,Bisaya,Tondono.

2)Golongan Jawa:Madura,Jawa,Sunda

3)Golongan Kalimatan:bahasa-bahasa Dayak seperti Klematan,Iban,Milano.

4)Golongan Sulawesi Selatan :Makasar,Busi,Mandar,Seko.

Oleh itu,terbuktilah bahawa bahasa nusantara merupakan bahasa yang terbesar berbanding dengan bahasa polinesia,melanesia atau pun mikronesia.

soalan 2.....

Saya telah memilih dialek dari negeri Pahang sebagai contoh antara dialek yang terdapat di Malaysia.
Contoh :

1)bapok = amat

2)awok = awak

3)lawo = lawa/cantik

NORHANIZA(D20071029026) berkata...

Assalamualaikum En.Razali

Soalan 1
Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana mempunyai paling banyak bahasa iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Selain itu,bahasa nusantara juga dibahagikan kepada 16 golongan tertentu.Antaranya ialah golongan
Filipina yang terdiri daripada bahasa Tagalog,llko,Biko,Sulu dan golongan sumatera yang terdiri daripada bahasa Acheh,Batak,Minangkabau,Melayu,Lampung dan orang Laut.
Bahasa -bahasa ini timbul hasil daripada penyebaran rumpun bahasa austronesia yang sangat luas penyebarannya di dunia iaitu dari Taiwan dan Hawai di hujung utara
hingga Selandia Baru di hujung Selatan dan dari Madagaskar di hujung Barat hingga Pulau Paskah di hujung timur.

Soalan 2
Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Kelantan.Mengikut Professor Ismail Hussein,dialek kelantan lebih dekat pertaliannya dengan bahasa melayu Pattani.Selain itu,dialek kelantan adalah dialek yang sukar difahami oleh penutur dari dialek lain.Di Kelantan,terdapat beberapa subdialek mengikut daerah-daerah tertentu.Namun dialek Kota Bharu dianggap subdialek yang standard penggunaannya.Ini bermakna,kebanyakan rakyat kelantan menggunakan dialek Kota Bharu dalam pertuturan mereka,termasuklah golongan atasan di Kelantan.Malah dialek ini dianggap sebagai model dalam penggunaan bahasa bagi orang kelantan dari daerah-daerah lain.
Contoh perkataan dari dialek Kota Bharu ialah:
peloh - peluh
bahaso - bahasa
maha - mahal
keda - kedai
pisa - pisau

Tasya d20071029031 berkata...

Assalamualaikum....
1)
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
i. Golongan Filipina umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu
ii. Golongan Sumatera umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut
iii. Golongan Jawa umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura
iv. Golongan Kalimantan umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau
v. Golongan Bali-Sasak umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa
vi. Golongan Sulawesi Selatan umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko.
vii. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
Hal ini membuktikan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.

2)
Salah satu dialek yang terdapat dan terkenal di Malaysia adalah dialek Kelantan. Penutur utama dialek ini adalah masyarakat kelantan.
Antara contohnya ialah:
Ambo - saya
Demo - awak
Make - makan
Kecek - cakap

SUE(D20071029091) berkata...

)MENGAPAKAH BAHASA NUSANTARA DIKATAKAN MEMPUNYAI KELUARGA BAHASA YANG PALING BESAR.JELASKAN?

Bahasa Nusantara tergolong dalam bahasa Austronesia.Rumpun bahasa Austronesia ialah rumpun bahasa yang sangat luas penyebarannya di dunia,iaitu dari Taiwan dan Hawai dihujung selatan dan dari Madagaskar dihujung barat hingga ke Pulau Paskah dihujung timur.Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling luas kerana mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu antara 200-300 bahasa.Bahasa Nusantara dibahagikan kepada golongan tertentu contohnya,Filipina,Sumatera,Jawa,
Kalimantan,Sulawesi Selatan dan sebagainya.Melalui jumlah bilangan bahasa yang dipertuturkan di Nusantara maka jelaslah bahawa bahasa Nusantara adalah merupakan keluarga yang paling besar.

(2)PILIH SALAH SATU DIALEK BM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA DAN KEMUKAKAN CONTOH.

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesuatu masyarakat bahasa,ia mempunyai bentuk tertentu dan berbeza daripada bentuk yang "standard" dari segi sebutan,tatabahasa,dan penggunaan
kata-kata tertentu,tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
Dialek Kelantan ialah satu daripada dialek-dialek bahasa yang terdapat di Malaysia.Kelantan merupakan sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bersempadankan negeri Terengganu,Pahang,Perak,dan negara Thailand.Profesor Mohd Taib Osman pernah menyatakan bahawa dialek Kelantan menunjukkan persamaan yang erat dengan dialek Melayu Patani.James Colling dan Husin Dollah(1988:882)selanjutnya menyatakan bahawa bentuk pertuturan orang Melayu Kelantan dan di Patani memperlihatkan banyak persamaan dari segi:
*Fonologi
*Morfologi
*Ayat
*Leksikel
contoh perbezaan perkataan dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Moden:
#make -makan
#tido -tidur
#malah-malas
#tika -tikar

SEKIAN WASSALAM..........

adiaruz_cute berkata...

Assalamualaikum……En. Razali

Soalan 1
Dari segi kebudayaan, Nusantara merangkumi pulau-pulau diAsia Tenggara dan sebilangan wilayah benua yang berjiran yang menggunakan bahasa Melayu Polinesia.
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa paling besar kerana mempunyai bahasa paling banyak iaitu sebanyak 200 sehingga 300 bahasa. Kelompok bahasa ini terdiri daripada 16 golongan iaitu golongan Filipina, Farmosa, Indonesia, Singapura, Brunei. Bahasa ini lahir dari rumpun bahasa Austronesia iaitu rumpun bahasa yang sangat luas penyebaranya merangkumi utara Taiwan dan Hawai hingga selatan Selandia Baru, serta dari barat Madagaskar ke timur Pulau Paskah. Bahasa melayu yang merupakan salah satu sebagai bahasa Nusantara sudah mempunyai penutur yang dianggarkan sebanyak lebih 300juta orang dan berada di tangga keempat dalam turutan julah penutur terpenting bagi bahasa di dunia selepa Mandarin, Inggeris dan bahasa Hindi/Urdu. Ini jelas menunjukan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.


Soalan 2

Dialek ialah variasi daripada bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sekelompok masyarakat. Setiap dialek adalah berbeza mengikut kawasan. Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Kelantan. Dialek Kelantan adalah dialek yang sukar untuk difahami oleh orang luar. Hal ini kerana dialek Kelantan dikatakan lebih dekat dengan bahasa Melayu Patani (Professor Ismail Hussien). Di Kelantan, terdapat beberapa subdialek mengikut daerah-daerah tertentu.
Contoh:
Bahasa Standard Dialek Kelantan
Sampai Sapa
Sombong Aggah
Peluh Peloh
Mahal Maha

roses_aidah berkata...

Assalamualaikum

Soalan 1
Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana, ianya dituturkan oleh banyak golongan masyarakat dan meliputi seluruh kepulauan melayu. Malahan bahasa nusantara ini mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bahasa nusantara ini telah tersebar luas sehingga ke Pulau Madagaskar. Antara golongan masyarakat yang tergolong dalam golongan yang mengunakan bahasa nusantara ini ialah, golongan Filipina, golongan Sumantera, golongan Jawa, golongan Kalimantan dan pelbagai golongan lagi. Hal inilah yang menyebabkan bahasa nusantara dikatakan sebagai bahasa, yang mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.

Soalan 2
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai dialek sepertimana bangsa yang terdapat didalamnya. Dialek adalah variasi bahasa yang digunakan dalam satu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial tertentu. Ia berbeza dengan bahasa baku yang digunakan dalam situasi rasmi dan ianya hanya difahami oleh masyarakat yang berada di daerah itu sahaja. Antara dialek yang selalu didengari dan diajuk oleh masyarakat ialah dialek terengganu. Dialek terengganu adalah bahasa atau tutur kata yang diwarisi daripada nenek moyang yang berasal daripada terengganu dan ianya masih digunakan oleh masyarakat terengganu kini. Dialek ini mempunyai beberapa perkataan yang berlainan daripada bahasa melayu yang digunakan sebagai bahasa komunikasi utama di negara ini. Antara perbezaan perkataan yang digunakan ialah:


Dialek - Bahasa Melayu

1) kalang - pensil
2) saing - kawan
3) gebor - selimut
4) supik - plastik
5) se - satu

affda berkata...

ASSALAMMUALAIKUM...... Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.Terdapat 4 cabang di dalam keluarga Austronesia antaranya Nusantara, Polinesia, Melanisia,, Mikronesia. Di antara ke empat-empat cabang tersebut cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak.
Bahasa ini dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu iaitu:
1. Golongan Filipina
2. Golongan Sumatera
3. Golongan Jawa
4. Golongan Kalimantan
5. Golongan Bali-Sasak
6. Golongan Gorontalo
7. Golongan Tomini
8. Golongan Toraja
9. Golongan Loinang
10. Golongan Bunku-Laki
11. Golongan Sulawesi Selatan
12. Golongan Muna-Butung
13. Golongan Bima-Sumba
14. Golongan Ambon-Timur
15. Golongan Sula-Bacon
16. Golongan Halmahera Selatan- Irian Jaya

Salah satu dialek Bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia ialah dialek Johor.Apabila disebut 'Dialek Johor' maka timbullah perkaitan konsep itu dengan bahasa standard kerana tanggapan umum bahawa bahasa standard berasakan dialek berkenaan.Berikut perbezaan antara dialek Johor dan bahasa standard:

1.Å•umah-rumah
2.maŕah-marah
3.baka-baka(r)
4.cabot-cabut
5.pĕřau-pĕrahu
6.besa-besa(r)

#Kesimpulannya,perbandingan diatas menunjukkan Dialek Johor mempunyai banyak persamaan dengan bahasa standard.Ini menyokong dakwaan umum bahawa bahasa standard didasarkan daripada dialek Johor.
M...

shahira berkata...

1. Bahasa nusantara dakatakan mempunyai keluarga yang paling besar kerana terdapat lebih kurang 200 hingga 300 bahasa berbanding keluarga bahasa lain.
Antara golongan bahasa yang terdapat dalam keluarga bahasa nusantara ialah:
a)Golongan Filipina b)Golongan Bima Sumba
c)golongan Sumatera d)Golongan Sula-Bacon
e)Golongan Bali Sasak
f)golongan Kalimantan
g)Golongan Jawa
h)Golongan Bunku-Laki
i)Golongan Sulawesi Selatan
j)Golongan Halmahera
k)Golongan Tomini
l)Golongan Gorontalo
m)Golongan Toraja
n)Golongan Loinang
o)Golongan Muno Butung

2. Dialek Johor;
Berikut perbezaan antara dialek Johor dan bahasa standard:

a)Å•umah-rumah
b)maŕah-marah
c)baka-baka(r)
d)cabot-cabut
e)pĕřau-pĕrahu
f)besa-besa(r)

Di Johor tidak banyak perkataan-perkataan dialek,ini kerana dialek Johor mempunyai banyak persamaan dengan bahasa standard.Ini menyokong dakwaan umum bahawa bahasa standard didasarkan daripada dialek Johor.

nadzirah binti zakaria berkata...

Nadzirah-D20071029014...assalamualaikum En. Gazali.. Soalan 1) Bahasa nusantara merupakan keluarga bahasa paling besar kerana cabang nusantara mempunyai 200-300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa dan sebagainya. Pada abad ke-7 hingga abad ke-13 bahasa Melayu telah mencapai kegemilangannya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran dan penuturnya di semenanjung kepulauan Riau dan Sumatera. Menurut Asmah Hj. Omar kepulauan Melayu atau nusantara mempunyai penduduk aslinya tersendiri. Ia dikenali sebagai Melayu Negrito. Mereka ialah nenek moyang orang-orang asli iaitu orang Biduanda, Temuan, orang laut dan sebagainya. Zaman ini dikenali sebagai zaman pertengahan. Jelaslah kini bahawa bahasa nusantara mempunyai bahasa yang paling besar..

Soalan 2) Di Malaysia, terdapat pelbagai dielek dan salah satunya adalah dielek Terengganu..
Contohnya : 1)makan - makang
2)hujan - hujang
3)badan - badang
4)pasar - pasor
5)minum - minung
Sekiannnnnnnnnn............

DeQ Ma D20071029087 berkata...

Assalamualaikum......

SOALAN 1

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak,iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden.Bahasa Nusantara tergolong ke dalam keluarga Austronesia.Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga Bahasa Austris.Ia mencakupi bahasa-bahasa yang dituturkan oleh penduduk Pulau Taiwan,Kepulauan Nusantara(termasuk Filipina),Mikronesia, Melanesia,Polinesia dan Pulau Madagascar.Di samping rumpun Austronesia,terdapat 2 rumpun yang lain seperti bahasa Austroasia dan Tibet-Cina.Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun Austronesia.Di bawah rumpun Austronesia,dipecahkan kepada 4 keluarga yang terdiri daripada keluarga Melanesia, Mikronesia, Polinesia dan bahasa Nusantara. Daripada bahasa Nusantara, dipecahkan lagi kepada beberapa sub keluarga.Selain Bahasa Melayu, terdapat bahasa-bahasa lain seperti bahasa Acheh,Batak, Minangkabau dan sebagainya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar jika dikaji dengan lebih mendalam.

SOALAN 2

Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Terengganu. Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan.Bagaimanapun,ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf "g" bagi kata-kata yang berakhiran dengan "n". Contoh,ejaan standard bagi perkataan "makan" disebut "makang",
"ikan" disebut "ikang","bukan" disebut "bukang", "jalan" disebut "jalang" oleh penutur dialek Terengganu. Dalam dialek Terengganu,huruf "a" di akhir kata juga diganti dengan bunyi "e" yang jelas sebagaimana dialek Perak(selatan). Contoh ejaan standard bagi perkataan "apa" disebut "apee"
dalam dialek Terengganu. Begitu juga bagi perkataan "mana" disebut "manee" dan perkataan "ada"
pula disebut "adee".

nurul87 berkata...

Assalamualaikum...
1)Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana terdapat 200-300 bahasa dan ia terbahagi kepada beberapa golongan seperti sumatera,jawa,sulawesi,filipina dan lain-lain.Bahsa nusantara tergolong dalam rupun austronesia dan ia pernah mencapai kegemilangan sebagi lingua franca iaitu bahasa komonikasi dalam aktiviti perdagangan dan pentadbiran dalam abad ke 7 hingga abad ke 13.Tuntasnya,jelaslah bahawa bahasa nusantar mempunyai keluarga bahasa yang besar.
2)Dialek merupakan bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian dalam masyarakat mengikut daerah-daerah tertentu.Antara dialek terkenal sepertyi perak,kedah,kelantan dan terenggganu.Antara perkataan yang terdapa dalam dialek kedah:
1)habaq-memberi tahu
2)awat -kenapa
3)mo'tey-rambutan
4)ketengaq-degil
5)hang-kamu
Perkataan -perkataan tersebut merupakan antara perkataan yang popular dalam masyarakat negeri kedah.

KhairieN berkata...

Assalamualaikum En.Razali...

1) Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang tersesar.Kenyataan ini dibuktikan dengan beberapa faktor.Bahasa Austris telah berpecah kepada 3 rumpun bahasa yang terbesar.Menurut Ismail Hussein ia menguasai lebih separuh daripada Benua Asia.Tiga rumpun utama bahasa austris ialah :
1)Bahasa Austroasia
2)Bahasa Tibet Cina
3)Bahasa Austronesia
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada 4 cabang, iaitu:
i)Bahasa Nusantara
Contoh:Bahasa Melayu,Jawa,Sunda
ii)Bahasa Polinesia
contoh:Hawaii,Moari,Tonga
iii)Bahasa Malanesia
contoh:Bahasa di Kepulauan Fiji,
Irian dan Kepulauan Kaledonia
iv)Bahasa Mikronesia
contoh:Bahasa di Kepulauan
Marianna

Cabang Bahasa Nusantara mempumyai keluarga bahasa yang paling besar,iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa Nusantara dikatakan keluarga bahasa yang paling besar kerana Bahasa Nusantar mencakupi kelompok-kelompok kawasan dan menguasai hampir separuh daripada Benua Asia.Keluaga Nusantara ini melebihi mana-mana keluarga daripada jumlah bahasa.Bahasa-bahasa dikawasan Nusantara ini memperlihatkan perkembangan yang sangat pesat dari segi bentuk-bentuk bahasanya.Bahasa kelompok ini terdiri daripada 16 golongan bahasa antaranya Filipina,Farmosa,golongan Sumatera,Jawa.Kalimantan,Bali sasak dan Bangku laki.Kesimpulannya,jelaslah Bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa yang terbesar di dunia.

2) Dialek ialah variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya.Contohnya orang yang tinggal di kelantan bercakap dialek Kelantan sementara mereka yang tinggal di Negeri Sembilan menggunakan dialek Negeri Sembilan.tiap-tiap dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada daripada dialek-dialek lain.Perbezaan bahasa juga dapat dilihat penggunaanya, kerana bahasa berbeza apabila fungsinya berbeza.Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek jawa.Contoh-contoh perkataan dalam dialek jawa ialah :
1)mangan- makan
2)turu-tidur
3)melaku-berjalan
4)melayu-berlari

Kesimpulannya,terdapat pelbagai variasi dialek yang terdapat di Malaysia hasil daripada pengelompokan masyarakatnya berdasarkan faktor geografi,dan sosial di Malaysia

siti noorianti tugemin (D029081) berkata...

SOALAN 1


Pada pendapat saya bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana cabang bahasa nusantara mempunyai kira-kira 200-300 bahasa. Oleh yang demikian dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti yang berikut:
1. Golongan Filipina:antaranya Tagalog,Iloko,Bikol,Bisaya,,Sulu,Palau dan Tombulu.
2. Golongan Sumatera:antaranya Acheh,bahasa-bahasa Batak,(Karo,Toba,Angkola-Mendailing dsg)Minangkabau,Melayu,Nias,Lampung dan Orang Laut
3. Golongan Jawa:iaitu Sunda,Jawa,dan Madura.
4. Golongan Kalimantan: antaranya Iban,Kenya-Kayan,dan Melanau.
5. Golongan Bali-Sasak:iaitu Bali,Sasak, dan Sumabawa.
6. Golongan Gorontalo:iaitu Bulanga,Kaidipan,Gorontalo dan Buol.
7. Golongan Tomini:antaranya Tomini,Tolitoli,Tinombo, Umalasa dan Dampelasa.
8. Golongan Toraja:antaranya Kaili,Bare’e dan Wotu
9. Golongan Loinang:antaranya Loinang dan Banggal
10. Golongan Bunku-Laki:antaranya Laki,Landawe,Mori dan Mapute
11. Golongan Sulawesi Selatan:antaranya Makasar,Bugis dan Seko
12. Golongan Muna-Butung:antaranya Muna-Butung,Butung Selatan,Kerompa dan Wolio
13. Golongan Bima-Sumba:antaranya Bima,Manggarai,Timur,Alor,Roti,Solor,Kro’e dan Kupang
14. Golongan Ambon-Timur:antaranya Kai,Tanimber,Aru,Wetar,Bura, Goram,dan Bandar
15. Golongan Sula-Bacon: antaranya dialek-dialek Taliabo,dialek-dialek Sula dan Bahasa Bacon.
16. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya:antaranya Halmahera Selatan,Nufur,dan Kowiai.

SOALAN 2

Antara dialek yang saya pilih ialah dialek yang digunakan di negeri kelahiran saya iaitu negeri Johor. Apabila orang menyebut dialek johor,maka timbullah perkaitan konsep itu dengan bahasa standard.jika hendak dibandingkan dengan dialekdialek yang lain,dialek Johor dikatakan paling kurang darjat kepelbagaiannya.

Antara contoh dialek yang digunakan di Johor dan perbezaannya dengan bahasa standard.

JOHOR---BM STANDARD
Cabot---cabut
Meletop--meletup
Putos--putus
Timbol--timbul
Leba---lebar
Gela---gelar
Koto--kotor
Boco--bocor
Belari--berlari
Bemain--bermain

JOHOR---BATUPAHAT&MUAR--BMSTANDARD
Baka--bakO--bakar
Leba--leb0--lebar
Besa--besO--besar

JOHOR--MERSING--BMSTANDARD
Die--Diq’e--dia
Baeq--Baq’eK--Baik
Buah--Buq’ah--Buah
Perau--Peraq’u--Perahu
perioq--Periq’ok--Periuk

*Subdialek Mersing pula menyimpang dari subdialek Johor dalam penyebutan dalam urutan-urutan vocal ia,ai,au,ua. Dalam subdialek Johor urutan-urutan tersebut dihasilkan sebagai rangkap-rangkap vocal ia,ai,ua dan au. Tetapi dalam subdialek Mersing urutan itu disela oleh hentian glottis q dan dengan itu penghasilannya bukanlah sebagai rangkap vokal

liyanti (d20071029011) berkata...

Assalamualaikum Encik Razali..

1) Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang paling besar dan banyak jika dibandingkan dengan bahasa- bahasa yang lain. Hal ini disebabkan oleh cabang Nusantara yang mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak sejumlah 200-300 bahasa. Tambahan lagi bahasa- bahasa ini boleh dibahagikan kepada kumpulan golongan yang berikut.
Antaranya ialah golongan Filipina. Misalnya seperti Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Pulau dan Tombulu. Selain itu, terdapat juga golongan Sumatera yang menuturkan bahasa tersebut antaranya ialah Aceh, bahasa- bahasa Batak ( Karo, Toba, Angkola-Mendailing dan sebagainya), Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung dan Orang Laut. Seterusnya,terdapat juga golongan Jawa iaitu Sunda, Jawa dan Madura serta golongan Kalimantan seperti Iban, Kenya- Kayan dan Melanau. Begitu juga dengan golongan Bali-Sasak iaitu Bali, Sasak dan Sumbawa.
Selain itu, terdapat juga golongan Gorontalo iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol. Begitu juga dengan golongan Tomini iaitu Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, Dampelasa, golongan Toraja iaitu Kaili, Bare’e, Wotu, golongan Loinang iaitu Loinang dan Banggai, golongan Bunku-Laki iaitu Laki, Landawe, Mori, Mapute, golongan Sulawesi Selatan iaitu Makasar, Bugis, Seko, golongan Muna- Butung iaitu Mina- Butung, Butung Selatan, Kerompa, Wolio, golongan Bima- Sumba iaitu Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro’e, dan Kupang, golongan Ambon- Timur iaitu Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram, Bandar, golongan Sula- Bacon iaitu dialek- dialek Taliabo, dialek- dialek Sula, bahasa Bacon, dan termasuk golongan Halmahera Selatan- Irian Jaya iaitu Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.


2) Menurut kamus Linguistik, dialek didifinisikan sebagai kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Dialek juga dikenali sebagai bahasa daerah atau loghat yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah itu. Oleh itu salah satu dialek yang dipilih di Malaysia ialah dialek orang Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai perbezaan dari segi ungkapan dan perkataan yang dituturkan oleh orang Negeri Sembilan berbanding dengan ungkapan yang dituturkan dalam bahasa baku.
Penduduk di Negeri Sembilan menuturkan dialek tersebut terutama di kampung- kampung di daerah Rembau, Jelebu, dan Kuala Pilah.Dialek ini digunakan sebagai alat perhubungan mereka dalam kehidupan seharian.
Terdapat beberapa contoh ungkapan atau perkataan yang dituturkan oleh masyarakat Negeri Sembilan. Misalnya perkataan ‘apa’, masyarakat di Negeri Sembilan menyebutkannya ‘apo’, begitu juga bagi perkataan lain seperti ‘emak’ mereka menyebutkannya ‘omak’, ‘saya’ disebut ‘esei’ atau ‘eden’, ‘mana’ disebut ‘mano’, ‘suka’ disebut ‘suko’, ‘kertas’ disebut ‘korteh’, ‘kerbau’ disebut ‘kobau’, ‘kerja’ disebut ‘kojo’, ‘buat’ disebut ‘buek’, ‘perempuan’ disebut ‘anok daro’, ‘lelaki’ disebut ‘ojang’, ‘lemak’ disebut ‘lomak’, ‘negeri’ disebut ‘nogori’, ‘sembilan’ disebut ‘sombilan’ dan sebagainya.
Oleh yang demikian jelaslah terdapat pelbagai dialek di Malaysia yang berbeza dari segi perkataan dan ungkapan yang digunakan oleh penuturnya. Walaupun wujud dialek-dialek tersebut disebabkan oleh tempat yang berasingan dan dipisahkan oleh faktor geografi, namun masih ada unsur saling memahami di antara penutur- penutur yang menggunakan dialek tersebut.
Sekian...

ommi mariza (d029062) berkata...

ASSALAMUALAIKUM……..EN.RAZALI….

1.Bahasa nusantara dikatakan sebagai satu bahasa yang mempunyai bahasa paling luas dan besar.Hal ini demikian kerana terdapat 200-300 bahasa,dalam bahasa tersebut terdapat 16 subgolongan bahasa iaitu Filiphina,Sumatera,Jawa,Kalimantan,Bali-sasak,Gorantalo,Tomini,Toroja,Loinang,Bungku-laki,Sulawesi selatan,Muna-butung,Bima-simba,Ambon-timor,Sula-bacon,Halmahera selatan-Irian jaya.Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa bahasa nusantara tersebar luas dari Farmosa ke New Zealand disebelah timur dan Madagaskar ke Kepulauan Ester disebelah barat.Jumlah bahasa yang paling besar kerana dibawahnya saja terdapat 5 subkeluarga.Selain itu juga,bahasa nusantara dimana pada zaman kegemilangan kerajaan Sriwijaya,bahasa nusantara telahpun digunakan sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran dan penuturnya adalah disemenanjung dan Kepulauan Riau serta Sumatera.Disamping itu,kawasan nusantara juga merupakan wilayah kawasan yang merangkumi keluarga Austronesia dan dalam rumpun Austris.Oleh sebab itu rumpun bahasa Austranesia menurunkan pelbagai bahasa dalam golongan bahasa tersebut.Kesimpulanya jelaslah menunjukkan bahawa bahasa nusantara mempunyai keluarga bahasa yang besar.

2.Di Malaydsia terdapat banyak negeri,maka dengan itu terdapat banyak dialek yang digunakan dan dipertuturkan oleh masyarakat.Dialek boleh didefinisikan sebagai bahasa yang digunakan dan dituturkan oleh sesebuah masyarakat disesuatu kelompok.Dialek dipertuturkan adalah berbeza antara negeri atu daerah kerana faktor-faktor tertentu.Salah satu faktornya adalah struktur geografi persekitarn dan sebagainya.Oleh itu, saya telah memilih dialek kelantan untuk menyatakan tentang perbezaanya dengan dialek-dialek lain.Di Kelantan terbahagi kepada beberapa daerah seperti kota bharu,pasir mas,pasir puteh,gua musang,tumpat,bachok,tanah merah,jeli da machangMaka terdapat juga perbezaan dari segi fonologi,morfologi,ayat dan leksibel.Antar contoh-contohnya ialah:

a)Baik-Baek
b)Kain-Kaen
c)Makan-Make
d)Demo-Awak
e)Kawe/Demo-Saya
f)/Bawah kerusi/-Bawah krusi
g)Awakkah yang menangis semalam-/Mu ko hok tyiok smale..

LIEYZA(D20071029083) berkata...

Assalamualaikum…..

SAOLAN(1)

Asal-usul bahasa melayu adalah dari Austrik. Filum Austrik terpecah kepada dua rumpun bahasa yang besar. Iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia( dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia),pemecahan rumpun Austronesia kepada 4 keluarga iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia. Dari keluarga Indonesia(Nusantara), bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, dan sebagainya. Bahasa Melayu digunakan di kepulauan melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara kerajaan melayu yang wujud pada masa itu ialah Kalingga, Kendiri, Singgahsari, dan Majapahit. Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaanya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.

SOALAN(2)

Dialek Kelantan adalah salah satu daripada dialek-dialek yang terdapat dalam bahasa melayu. Dialek tersebut dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari negeri Kelantan.Dialek-dialek Kelantan juga dituturkan oleh penduduk yang mendiami daerah sempadan Kelantan dan Terengganu. Apabila dibandingkan dialek Kelantan dengan Bahasa Malaysia, didapati beberapa kelainan yang ketara dalam bidang fonologi, morfologi, ayat dan leksikel.
Contoh perkataan Kelantan ialah:

DIALEK KELANTAN BAHASA MALAYSIA
(1)Anok tino:-Anak perempuan
(2)Kecek banyo:-Cakap banyak
(3)Kaki gliat teko main bola:-Kaki terseliuh ketika bermain bola
(4)Tiok kuat:-Menangis kuat
(5)Dapo minyok gah:-Dapur minyak tanah

Nur Syuhada Jamil berkata...

-D20071029080-
Soalan 1) Mengapakah bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar. Jelaskan.

Sekarang ini,telah banyak penyiasatan dibuat mengenai bahasa-bahasa di daerah Nusantara ini.Melalui ilmu perbandingan bahasa-bahasa,beberapa keterangan dibuat tentang perhubungan di antara bahasa-bahasa yg mempunyai perkaitan yang rapat.

Daripada ibu bahasa yang dinamakan bahasa-bahasa Austris,satu cabang terpenting daripada famili-famili bahasa dunia,maka berpecahlah tiga rumpun bahasa besar yg menguasai lebih separuh daripada benua Asia. Bahasa Austris ini dapat dikatakan sebagai bahasa yg mula berdasarkan kebudayaan tempat asal di Yunan.Tiga rumpun famili Austris ini ialah bahasa-bahasa austro-asia yang diantaranya termasuklah bahasa Khasi (di Annam) ,Nicobar,Mon atau Peguan ,Khmer, dan Munda;bahasa-bahasa Tibet-Cina yang meliputi bahasa Cina,Tibet,Siam Annam, dan lain-lain.Akhirnya rumpun Bahasa-bahasa Austronesia.

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada tiga cabang,iaitu bahasa-bahasa kepulauan Melayu,bahasa-bahasa Melanesia (antar lain termasuklah yang digunakan di Irian dan Kepulauan Karolina),dan bahasa-bahasa Polinesia (antara lain termasuklah bahasa Maori di New Zealand.Bahasa Melayu juga tergolong dalam bahasa-bahasa kepulauan Melayu.Bahasa-bahasa kepulauan Melayu banyak sekali cabang dan coraknya.Berapa jumlahnya tidak dapat dikenal pasti,semuanya tergantung atas perbatasan antar dialek dengan bahasa.Hanya yang dapat dikatakan jumlah itu sekurang-kurangnya 150 tetapi tidak mungkin lebih daripada 200 bahasa.Akhir kata,begitulah besarnya keluarga bahasa Nusantara.

Soalan 2) Pilih 1 dialek Bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia dan kemukakan beberapa contoh.

Saya memilih dialek Kedah kerana saya berasal dari negeri ini.
Dialek Kedah ialah Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan unik yang dituturkan dari Perlis sampai ke perak Utara. Oleh itu,dialek Kedah juga dituturkan di negeri Pulau Pinang.Dialek Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek;iaitu subdialek-subdialek Perlis-Pulau Langkawi,Kedah Pesisiran,Kedah Utara, dan Pulau Pinang.Di samping itu,di Kedah juga terdapat pelet Siam atau pelet Petani. Bahasa yang dituturkan di Padang Terap,Sik dan Baling sebenarnya adalah dialek Kedah yang berasaskan subdialek Kedah Pesisiran.Ketiga-tiga daerah ini mempunyai kedudukan yang bersempadan dengan Thailand dan Perak yang memungkinkan peresapan bahasa.

Contoh-contoh dialek Kedah:
Hang - kamu
Depa - mereka
Awat – kenapa
Ayaq – air
Habaq–beritahu
Ulaq –ular
Kucin - kucing
Kambin -kambing
Anjin - anjing
Segan - malu/malas
Penyegan -pemalas

mariam senin d20071028999 berkata...

Soalan 1

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang besar kerana cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Oleh yang demikian, bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti golongan Filipina, golongan Sumatera dan golongan Kalimantan.Bahasa Melayu ialah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara di bawah keluarga Austronesia.Bilangan penutur aslinya sederhana iaitu yang tinngal di sekitar semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) daerah Kepulaun Melayu sejak zaman berzaman.

Selain itu, bahasa Nusantara dikatakan mempunyai kuasa bahasa yang besar adalah disebabkan oleh hipotesis iaitu orang Melayu dikatakan tidak berasal dari luar tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang telah wujud di Nusantara.Oleh itu, orang-orang Melayu merupakan orang tempatan.Pengkaji seperti Crawfurd dan Marsden telah mengemukakan beberapa tempat yang merujuk sebagai kawasan asal Austronesia berdasarkan beberapa bukti antaranya kebudayaan, kebahasaan, perkembangan manusia dan situasi geografi masa lalu.

Menurut Asmah Hj. Omar, Kepulauan Melayu atau Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya tersendiri.Ada ahli sejarah memanggil penduduk asli itu sebagai Melayu Negrito.Mereka telah berada di Nusantara sejak 8000 tahun SM.Wilhelm Schmidt telah menggolongkan bahasa Melayu di bawah bahasa Nusantara di bawah subkeluarga Sumatera.Bahasa Melayu berteraskan rumpun Austronesia di bawah filum Austris.

Soalan2

Terdapat banayak dialek yang digunakan di Malaysia.Mengikut kamus Linguistik, dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku.Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Jawa.Dialek Jawa biasanya digunakan di sesetengah kawasan terutamanya di negeri Johor, Perak dan Selangor.Antara perkataan Jawa yang digunakan adalah seperti berikut :

BAHASA JAWA BAHASA MELAYU
1.garing 1.kering
2.mangan 2.makan
3.ngombe 3. minum
4.turu 4. tidur
5.melaku 5.berjalan

waffi_d020079046 berkata...

Assalaimuikum..En Razali
Istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.
Bahasa di nusantara juga mempunyai cabang keluarga yang besar yang mempunyai lebih kurang 200-300 bahasa yang telah mengalami perpecahan didalam rumpun,filum dan keluarga masing-masing.
Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Melayu ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara", walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.


Beza antara dialek Perlis dan bahasa baku.
1.tidok-tidur
2.mai-mari
3.hang-awak
4.cenge-garang
5.gerek-basikal

Kesimpulannya,bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan Austronesia iaitu golongan bahasa yang paling besar.

Sekian terima kasih..

Unknown berkata...

Assalamualaikum…..
Wan Zulaliza Binti Wan Zakaria

Soalan 1

Bahasa Nusantara merupakan salah satu keluaraga yang tergolong dalam rumpun bahasa Autronesia. Keluarga Bahasa Nusantara ini merupakan sekelompok bahasa yang wujud kurang daripada 2500 tahun. Bahasa ini dikatakan mempunyai keluarga yang paling besar kerana terdapat 200 hingga 300 bahasa.Bahasa- bahasa ini dikelompokkan mengikut kawasan. Antara kelompok bahasa yang terdapat dalam keluarga bahasa ini ialah kelopom bahasa Filipina, Sumatera, Kalimantan, Nusatenggara Barat dan Sulawesi.Bagi kelopok bahasa Filipina, terdapat lebih daripada 25 kumpulan bahasa iaitu Tagalok, Ilolkol dan sebagainya. Selain itu, bagi kelompok Kalimantan atau dikenali sebagai Borneo terdapat beberapa bahasa yang tersebar dibeberapa daerah, contohnya Melayu, Dayak, Malanau dan Bajau. Melalui bukti- bukti bahasa ini jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa yang paling besar.

Soalan 2.

Salah satu dialek bahasa yang terdapat di Malaysia ialah dialek Kedah. Contohnya :-
Awak - hang
Mereka - depa
air - ayaq

Sekia, terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum En.Razali,

Bahasa Nusantara dikatakan paling besar kerana keluarga Nusantara mempunyai bahasa terbanyak iaitu 200-300 bahasa. Keluarga bahasa Nusantara boleh dibahagi kepada beberapa kelompok dan setiap kelompok boleh dibahagikan lagi. Secara kasar boleh menghasilkan kelompok Filipina Formosa dan Indonesia pusat. Filipina Formosa terdiri daripada bahasa-bahasa di Filipina, Sabah dan Brunei(kecuali bahasa melayu dan Lun Dayeh). Manakala Indonesia pusat pula terdiri daripada bahasa Melayu dan pulau-pulau Indonesia yang lain. Kesimpulanya, bahasa Melayu merupakan kelurga yang paling besar diantara semua keluarga dalam rumpun Austronesia.


Di Malaysia, terdapat pelbagai bentuk dan jenis dialek yang dipertuturkan mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia.Dialek-dialek tempatan yang ada di Malaysia sebenarnya adalah ariaasi daripada bahasa Melayu.Namin, dalam satu-satu dialek terdapat kelainan pengucapan yang disebabkan perbezaan individu dan kelainan stilistik yang terjadi akibat perbezaan kontek. Namun penuturnya masih saling memahami konteks dan maksud ayat yang disampaikan.

Antara beberapa contoh dialek Kelantan yang dituturkan ialah:
1.ula-ular 2.ike-ikan 3.make-makan 4.demo-kamu/awak 5.tubek-keluar 6.mato-mata 7.pecak-menanggalkan 8.saing-kawan 8.tok se-tidak mahu 9.tulih-tulis
10.jange-jangan
sekian, terima kasih...

wani berkata...

SOALAN PERTAMA
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa paling besar kerana Bahasa Nusantara tergolong dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa paling banyak iaitu kira – kira 200 – 300 bahasa.Bahasa Nusantara terbahagi kepada dua iaitu:
• Kelompok Bahasa Nusantara Barat yang mencakupi Bahasa Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain.
• Kelompok Bahasa Nusantara Timur yang mengandungi Bahasa Solo, Roti, Sika dan lain-lain
Bahasa Nusantara ialah sejenis Bahasa Melayu Polinesia di bawah keluarga Bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia,Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1000 tahun lagi.Bukti yang pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia.Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan,iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia.
SOALAN KEDUA
Dialek dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard.Variasi bahasa ini digunakan dalam satu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial tertentu.Berbeza dengan bahasa baku yang digunakan dalam situasi rasmi,dialek digunakan dalam situasi-situasi lain yang tidak rasmi seperti dalam perhubungan kekeluargaan dan pergaulan harian.
Dialek Teengganu hanya terdapat di negeri Terengganu.Dialek-dialek ini dapat dibezakan daripada segi sebutan,kosa kata,kata ganti nama diri,tatabahasa dan gaya lagu bahasa.
CONTOH DIALEK TERENGGANU
BAHASA BAKU DIALEK TERENGGANU
apa ape
beras beghah
kurus kughuh
lebat lebak
makan makang
nyiur nyo
pantai pata
pergi gi
rumah ghumoh
ular ulo

Algebra3 (D20071028991) berkata...

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan Bangsa Melayu En. Razali...........

soalan1) Mengapakah bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar? Jelaskan.

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar adalah kerana:

i) Dari segi faktor kededukan geografi:
Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea. Hal ini membuktikan bahawa bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana banyaknya negara yang terangkum dalam kelompok kepulauan Nusantara.

Dalam rajah salasilah bahasa,bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu antara 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Daripada Kaluarga Nusantara ini, ia berpecah kepada 2 subkeluarga iaitu Subkeluarga Indonesia Pusat dan Subkeluarga Filipina-Formosa. Tuntasnya,Bahasa Nusantara sememangnya mempunyai keluarga yang besar berbanding dengan keluarga polinesia,malenesia mahupun mikronesia.

soalan2- Dialek merupakan kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah kelompok masyarakat dan dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geografi dan sosial. Saya berasal dari Johor. Dialek yang akan saya pilih adalah dialek Negeri Johor. Antara dialek Johor aadalah:

JOHOR BM STANDARD
Cabot - cabut
Meletop - meletup
Putos - putus
Timbol - timbul
Leba - lebar
Gela - gelar
Koto - kotor
Boco - bocor
Belari - berlari
Bemain - bermain
Bako - bakar

Terima Kasey……………………….

sham(D20071028980) berkata...

Assalamualaikum......

Soalan 1:

Bahasa Melayu dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana bahasa ini mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa dan terdiri daripada 16 subkeluarga atau bahasa iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak,dan sebagainya.Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaanya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.Bahasa Nusantara tersebar luas dari Farmosa ke New Zealand di sebelah timur dan Madagaskar ke Kepulauan Easter di sebelah barat.Bahasa ini mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya iaitu sebagai bahasa rasmi kenegaraan dan bahasa lingua franca.Berdasarkan kepada jumlah bahasa dan bilangan penuturnya, jelaslah menunjukkan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang terbesar berbanding bahasa yang lain.

SOALAN 2:

Saya memilih dialek Sarawak sebagai
salah satu contoh dialek yang terdapat di Malaysia.Seperti yang kita ketahui,dialek bahasa Sarawak
mempunyai banyak kelainan daripada
dialek dari Semenanjung Malaysia.Contoh dialek Sarawak ialah:
(a)Lawa-sombong
(b)Tetak-ketawa
(c)Gauk-jahat
(d)Kepak-penat
(e)Manas-marah
(f)Pusak-kucing
(g)Ceridak-pengotor
(h)Bulak-tipu
(i)Gerek-kekasih
(j)berekot-berlari

HASINA D20071O29068 berkata...

Assalamualaikum……

Soalan 1
Bahasa Nusantara tergolong dalam rumpun bahasa Autronesia termasuklah Melanesia,Polinesia dan Mikronesia.Bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling banyak.Jumlah bahasanya tidak dapat dinyatakan dengan jelas kerana bergantung pada perbatasan antara dialek dan bahasa.Bahasa-bahasa yang tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara dapat dinyatakan antara 200 hingga 300 bahasa.bahasa-bahasa ini pula dikelompokkan mengikut kawasan seperti:

1.Golongan Filipina 2.Golongan Loinang
3.Golongan Sumatera 4.Golongan Bunku-Lali
5.Golongan Jawa 6.Golongan Sulawesi Selatan
7.Golongan Bali-Sasak 8.Golongan Muna-Butung
9.Golongan Gorontalo 10.Golongan Bima-Sumba
11.Golongan Toraja 12.Golongan Ambon- Timur
13.Golongan Kalimantan 14.Golongan Sula-Bacon
15.Golongan Tomini 16.Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya

Daripada enam belas kelompok bahasa ini dapatlah kita ketahui bahawa betapa besarnya keluarga bahasa Nusantara yang dalamnya juga termasuklah bahasa Melayu iaitu bahasa kebanggaan kita…..


Soalan 2
Dialek Kedah merupakan sebahagian daripada dialek yang terdapat di Malaysia.Dialek Kedah ialah bahasa Melayu yang dituturkan dari Perlis hingga ke Perak Utara.Terdapat beberapa subdialek dalam dialek Kedah seperti Subdialek Kedah Persisiran (KP) dan Subdialek Kedah Utara (KU).KP dituturkan dari Kangar hingga ke Taiping dan dari pantai hingga ke Baling.KU pula dituturkan di sebelah timur laut Jitra hinnga ke kawasan sempadan.Dari segi sistem bunyi tidak banyak perbezaan antara kedua-dua dialek ini.Perbezaan yang ketara adalah dalam lagu bahasanya.Misalnya:

KU KP BM
dayn dawn daun
tayn tawn tahun
gay goy gaul
kambin, kambin kambing
kamin
mandi, mandi mandi
mani
lembu, lembu lembu
lemu

Setiap dialek ada keistimewaannya.Dialek ini mewakili identiti masyarakat di sesebuah daerah atau negeri.Namun di sebalik kepelbagaian dan perbezaan dialek ini,janganlah kita jadikannya sebagai satu halangan untuk kita saling mengenali kerana kita berdiri di bawah satu bendera…..MALAYSIA….

hatini(d29105) berkata...

>soalan 1
bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana kelompok bahasa mempunyai lebih kurang 200 hingga 300 bahasa dan turun keerdiri daripada 16 golongan bahasa. tergolong dalam rumpun austronesia dan turun kepada keluarga nusantara dan kemudian terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu,
1>bahasa melayu-seperti acheh,batak dan banyak lagi.
2>bahasa sumatera-seperti tagalog,jawa dan lain-lain.
berdasarkan contoh-contoh yang diberikan,jelaslah bahasa nusantara mempunyai keluarga bahasa yang besar.

>soalan 2
dialek berasal daripada perkataan yunani dialektos yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. dialek mempunyai bentuk-bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard baik dari segi sebutan,tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu,tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
contohnya dialek perak,
>>air-ayo
>>saya-teman
>>awak-mike
>>mereka-deme

Kavy berkata...

SOALAN 1:
-Bahasa Nusantara merupakan bahasa di kepulauan Melayu.Bahasa ini tersebar hingga ke Formosa di utara,Maluku di timur,pulau Timur di selatan dan Madagaskar di barat.Bahasa Nusantara ini dikatakan mempny antara 200-300 bahasa.Bahasa Nusantara ini boleh dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil & tiap-tiap ! kelompok boleh dibahagikan lagi kepada kupulan yang lebih kecil,misalnya kelompok Filipina-Formosa yang terdiri drd bahasa-bahasa yang terdpt di Filipina spt Tagalog,Sulu dan sebagainya.Daripada pengelompokan ini,kita sudah dapat melihat bhw bahasa nusantara ini mempny keluarga bahasa yang paling besar.


SOALAN 2:
DIALEK NEGERI SEMBILAN.
-Penduduk di negeri ini kebanyakannya berasal dari Minangkabau,Sumatera dalam abad ke-18.
-boleh dibahagikan kepada 2 subkawasan iaitu subkawasan utara yang meliputi daerah Jelebu & Lenggeng dan subkawasan selatan yang meliputi daerah Kuala Pilah,Seremban,Rembau,port dickson dan Tampin.
-Subdialek kuala Pilah adalah subdialek asas yang yang boleh mewakili dialek Negeri Sembilan.
CONTOH:
*Timbul=Timbo
*Dapat=Dapeq
*Negeri=Nogori

sahila029023 berkata...

1) Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak,iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Bahasa-bahasa ini dibahagikan pula kepada golongan-golongan tertentu iaitu sebanyak 16 golongan kesemuanya.Golongan-golongan bahasa Nusantara ialah Golongan Filiphina,Sumatera,Jawa,Kalimantan,bali-Sasak,Gorontolo,Tomini,Torajo,oinang,Bunku-Laki,Sulawesi Selatan,Muna-Butung,Bima-Sumba,Amban-Timur,Sula-Bacon dan Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya.Terdapat beberapa kelompok bahasa lagi di dalam golongan ini.Bahasa Nusantara digunakan secara meluas di beberapa buah Negara seperti Indonesia,Malaysia,Thailand dan Negara-negara di Asia Tenggara yang lain.


2) Bahasa Jawa ialah bahasa yang digunakan oleh penutur yang berbangsa Jawa.Bahasa ini pada asalnya dating dari Kepulauan Jawa dan sampai ke Tanah Melayu akibat migrasi penduduk.Kini,Bahasa Jawa digunakan oleh kebanyakan penduduk berbangsa Jawa di Johor dan Selangor.Bahasa Jawa masih digunakan sebagai bahasa pengantara bagi Bangsa Jawa sehingga kini.Bahasa jawa boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Bahasa Jawa Ponorogo iaitu Bahasa Jawa halus,Bahasa Jawa Magelan dan Bahasa Jawa Pulonan iaitu Bahasa Jawa kasar dan yang biasa digunakan di Malaysia.Antara contoh perkataan jawa ialah:
1.pangan=makan
2.turu=tidur
3.lueh=lapar
4.warek=kenyang
5.jalok=minta
6.eneng=ada
7.enndi=mana
8.ngombe=minum
9.metu=keluar
10.waras=sihat

Unknown berkata...

Assalamualaikum…..
Norfarduha Awang

Soalan1.
Bahasa Nusantara boleh dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu bahasa- bahasa kelompok Sumatera,jawa,termasuk Kalimantan dan Madura,kelompok Filipina,kelompok sulawesi,Nusa Tenggara dan Maluku,Kelompok tanah besar Asia Tenggara dan kelompok malagasi.
Bahasa Nusantara terbentang luas dari Pulau Pala’u di timur Filipina merentasi kepulauan Filipina, Thailand Selatan, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunai dan sampai ke barat sampai ke Pulau Madgeskar. Terdapat ha,pir seribu jenis bahasa dalam keluarga bahasa ini. Bahasa- bahasa ini pula terpecah kepada beberapa dialek dan sub dialek lagi.
Kesimpulannya jelaslah bahawa Bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar berdasarkan kelompok- kelompak yang ada.


Soalan 2
Bahasa Madura merupakan cabang daripada bahasa Austronesia ranting melayu. Polonesia mempunyai persamaan dengan bahasa- bahasa daerah lain di Indonesia.
Bahasa Madura banyak diprngaruhi bahasa Jawa, Melayu, Bugis, Tionghou dan sebagainya. Pengaruh bahasa Jawa amat kuat dalam membentuk system hierarki kesan pendudukan kerajaan Mataram di Pulau Madura. Banyak juga kata- kata dalam bahasa ini yang berasal dari bahasa Indonesia atau Melayu tetapi dengan lafaz yang berbeza. Contohnya :-
Oreng - Orang
Engko - Aku
Be’en - Kamu
Tedung - Tidur
Klarong - Terima kasih
Achelen - Berjalan
Onggu - Sungguh, benar
Dhimma - Mana
Taddha’ - Tidak ada
Bhilla - Bila

ema d20071029094 berkata...

assalamualikum....encik razali
1) sebab yng menyatakan bahasa nusantara adalah rumpun bahasa yang besar kerana terdapatnya pelbagai jenis rumpun dan subkeluarga di dalamnya yang meliputi semenanjung tanah melayu, palawan, jawa, borneo dan pulau-pulau kecil riau dan lingga. bahasa austronesia iaitu bahasa nusantara berasal dari filum austris iaitu induk segala bahasa. rumpun austronesia telah melahirkan rumpun bahasa barat dan rumpun bahasa timur. rumpun bahasa barat melahirkan keluarga bahasa indonesia manakala rumpun bahasa timur melahirkan tiga keluarga bahasa iaitu bahasa melanesia, bahasa mikronesia, dan bahasa polinesia. bahasa indonesia dari induk rumpun austronesia baratdapat dipecahkan kepada sub keluarga indonesia barat (bahasa melayu, bahasa bumiputera sarawak) bahasa- bahasa di kalimantan,dan bahasa di kepulauan indonesia.bagi subkeluarga filipina farmosa pula berasal dari induk yang sama, melahirhan beberapa bahasa iaitu bahasa di filipina, bumiputera di sabah, dan di bruneikecuali bahasa melayu dan bahasa laun dayeh

b) dialek yang menjadi pilihan saya adalah dialek perak.dialek dapat ditakrifkan sebagai bahasa pertuturan yang dituturkan oleh sekumpulan masyarakat sebagai alat perhubungan dengan sekelompok masyarakat yang lain.sep[erti dialek perak terutama di kawasan parit seperti di bandar-bandar utama iaitu teluk intan (selatan), bandar parit (utara), setiawan dan lumut (barat).
antara contoh perkataan yang digunakan adalah:
Bahasa parit Bahasa standart
otaq Otak
Oloq-oloq Olok-olok
cangkoy Cangkol
tiop tiup
bibio bibir
koraq kerak

siti(D20071029053) berkata...

(1) Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga terbesar kerana jumlah bahasa yang tergolong dalam keluarga ini ialah antara 200-300 bahasa.Bahasa nusantara mempunyai 16 golongan bahasa.Antaranya ialah golongan Filipina,Sumatera,Jawa, Kalimantan,Sulawesi,dan sebagainya.Maka dengan ini jelaslah bahasa nusantara mempunyai keluarga terbesar.

(2) Dialek Kelantan ialah salah satu dialek-dialek bahasa melayu.Dialek ini dituturkan oleh penutur yang berasal dari dan menduduki negeri Kelantan,ia juga dituturkan oleh penduduk yang mendiami daerah sempadan Kelantan/Terengganu,Kelantan/Pahangdan juga wilayah Thai Selatan.
Contohnya:
*kuba -kerbau
*sapa -sampai
*bakpo-kenapa
*make -makan
*saye -sayang
SEKIAN..........

Azman berkata...

Assalamualaikum...En.Razali
(1)Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak,iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Hal ini disebabkan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di daerah kepulauan Melayu,antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan para pedagang luar.
Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur dan disesuaikan dengan segala keadaan dan keperluan.Oleh itu,dalam masa yang singkat sahaja bahasa Melayu dapat menguasai bahasa daerah yang lebih maju seperti Jawa dan Batak.Sifat-sifat demikian dengan sendirinya menjadi bahasa pengantaraan bagi berbagai-bagai bangsa dan suku yang mengharungi lautan kepulauan Melayu(Nusantara).
(sumber:Dipetik daripada tatabahasa dewan edisi terbaharu dan sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita)

(2)James T.Collins dalam bukunya khazanah dialek Melayu (1996,126), menampilkan kosa kata yang biasanya dianggap sebagai kata-kata yang khas dalam dialek Kedah.Antaranya:
(KEDAH) (ERTI)
awat mengapa
kat kepada
lagu cara
Sekian,terima kasih.....

mohd amin mat sidik berkata...

Assalamualaikum..En.Razali

Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana kelompok bahasa ini mempunyai 200 hingga 300 jenis bahasa yang digunakan oleh masyarakat tempatan.Kelompok bahasa ini terdiri daripada 16 golongan bahasa iaitu antaranya golongan filipina,golongan masyarakat sumatera,masyarakat jawa,kalimantan dan lain-lain
menurut pendapat MARSDEN,bahasa nusantara adalah serumpun dengan bahasa mikronesia,Melanesia dan polinesia dengan induknya adalah bahasa Austronesia.Bahasa nusantara ini dikatakan bahasa yang paling besar kerana ia telah tersebar ke barat iaitu Madagaska dan ke timur hingga ke pulau Easter di lautan pasifik dan penyebarannya telah berkembang ke seluruh kepulauan melayu iaitu pulau sumatera,pulau jawa,kalimantan dan banyak lagi.
Kesimpulannya,daripada bukti di atas,jelaslah di sini bahawa bahasa nusantara merupakan bahasa yang paling besar.


soalan dua pula...

Tidak dinafikan bahawa di Malaysia mempunyai banyak jenis dialek mengikut negeri masing-masing seperti dialek Kedah,dialek Perak,dialek Sarawak,dialek Terengganu dan banyak lagi..namun di sini saya ingin berkongsi dengan dengan semua tentang penggunaan dialek kelantan.
dialek kelantan sebenarnya mudah untuk dipelajari..dialek ini diungkapkan dengan memendekkan sebutan perkataan baku..tetepi ada juga perkataan dialek kelantan yang berlainan sebutan dengan bahasa standard tetapi membawa makna yang sama...contohnya seperti di bawah

1.kawe = saya
2.demo = awak
3.tokse = tidak mahu
4.nok = mahu
5.gi = pergi
6.mano = ke mana
7.demo nok gi mano? (dialek)
awak hendak pergi ke mana? (baku)

Sebelum melabuhkan tirai,,saya mengajak anda semua mempelajari dialek kelantan kerana ia satu bahasa yang unik dan sedap didengar..selamat mencuba

sekian terima kasih.

abid abidin berkata...

menurut unesco bahasa nusantara mempunyai kelompok bahasa yang paling luas. Hal ini dibuktikan dengan terdapat 16 golongan bahasa yang mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa.meliputi formosa di utara,maluku di timur,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat

soalan 2
cotoh dialek bahasa negeri sembilan dan bahasa baku
1.poie-pergi
2.eden-aku
3.terboseh-terlalu kenyang
3.kono-kena

abid abidin berkata...

menurut unesco bahasa nusantara mempunyai kelompok bahasa yang paling luas. Hal ini dibuktikan dengan terdapat 16 golongan bahasa yang mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa.meliputi formosa di utara,maluku di timur,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat
1. Golongan Filpina
1. Farmosa, Batan, Iloko, Bikol, aya, Ibang, Igorot, Magidanao, Tingyan,Dayak, Sulu, Palau, Sanggir-Taulud, Batik, Bentenan,Mongondau, Tombulu, TonseaTondano dan tomtembuan.
2. Golongan Sumatera
• Acheh, Gayo, Dialek-dialk Batak, Minagkabau, Lubu, Melayu, Melayu-Uluan, Rejang-Lebong Lampung, Simalur, Nias, Mentawai, Engano, Luchong, Lom dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa
• Sunda, Jawa dan Madura
4. Golongan Kalimantan
• Klemantan,Iba, Ot-Danum,Kenya-Bahau-Kayan Dan Milano
5. Golongan Bali sasak
• Bali, Sasak,dan Sumbawa
6. Golongan Gorontalo
• Bulanga, Kadipan, Gorontalo,dan Buol
7. Golongan Tomini
8. Golongan Toroja
• Kaili, Kulawi, Pipikro, Nap, Leboni, dan wotu
9. Gologan Loinan
• Loinan, Bobongko, Balantak dan Banggai
10. Golongan Bangku laki
• Bangku Mori, Laki, Laiwui, Landawe, dan Mapute
11. Golongan Suawesi Selatan
• Makasar, Busi, Luwu, Saadan, Mandar,Seko
12. Golongan Muno-Butung
• Muna-Butung, Butu-Selatan, Tukang Besi,Kaloata, Karompa, Bonerate,Wolio dan Layolo
13. Golonan Bima sumba
• Bima, Manggarai, Sumba Barat, Sumba Timur dan Howu
14. Golongan Ambon Timur
• Solor,Kedang, Alor,Pantar, Belu, Timor, Helo, Rote, Wetar, Roma, Kisar,Leti, Damar, Tanimbar, Kai, Aru, Buru, Ambelau, Seran Barat, Geran Timor, Goram dan Banda.
15. Golongan Sula-Bachan
• Dialek-Dialek Taliabo, Dialek-Dialek Sula dan Bahasa Bachan.
16. Golongan Halmahera Selatan-Irian Barat
• Halmera Selatan, Nufor, Windesi Dan Kowiai.

cotoh dialek bahasa negeri sembilan dan bahasa baku
1.poie-pergi
2.eden-aku
3.terboseh-terlalu kenyang
3.kono-kena

zakiah bt. iee(d20071029102) berkata...

ASSALAMUALAIKUM…
1)Bahasa Nusantara terletak di bawah rumpun bahasa Austronesia iaitu di bawah filum Austris.Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada kelompok Filipina-Famosa dan kelompok Indonesia Pusat.Kelompok Filipina terdiri daripada bahasa Filipina,Sabah dan Brunei.Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa melayu,bahasa-bahasa di Sarawak,Kalimantan dan pulau-pulau di Nusantara yang lain.
Dalam bidang kesusasteraan pula,telah dibuktikan bahawa terdapat banyak bahan-bahan kesusasteraan yang telah di tulis dalam bahasa Indonesia dan bahasa melayu Brunei.Ada juga hasil kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Jawa,Sunda dan Acheh.Lantaran itu,kawasan Nusantara dianggap sebagai perpustakaan ilmu kerana terdapat banyak hasil kesusasteraan bertulis berbanding kelompok-kelompok bahasa yang lain di bawah rumpun Austronesia.Dengan itu,jelaslah bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar di bawah rumpun Austronesia.

2)Dialek Kedah ialah dialek atau bahasa melayu yang dituturkan di Perlis,Perak Utara dan Pulau Pinang.Dialek Kedah dibahagikan kepada subdialek iaitu dialek Perlis,Pulau Langkawi,Kedah Pesisiran,Kedah Utara dan Pulau Pinang.Di Kedah,terdapat juga pelet yang dikenali sebagai pelet Siam dan pelet Petani.Bahasa yang dituturkan di Baling,Sik dan Padang Terap merupakan dialek Kedah yang berasaskan Kedah Pesisiran.Ketiga-tiga daerah ini adalah bersempadan dengan Thailand dan Perak menyebabkan berlaku peresapan bahasa dari kedua-dua kawasan itu.Antara diftong dalam subdialek Kedah ialah ay,uy,oy,dan aw.Contohnya lambay-lambai,payp-paip,maw-mahu,bayq-baik.

aishah berkata...

Aishah d028979
Assalamialaikum encik Razali,
Soalan 1,

Bahasa nusantara merupakan salah satu daripada bahasa purba.Bahasa ini merupakan keluarga bagi rumpun austronesia.Bahasa nusantara merupakan bahasa yang mempunyai lima kelompok keluarga yang paling besar iaitu antara 200-300 bahasa.Namun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa bahasa nusantara mempunyai 500 bahasa(tatabahasa dewan).Setiap bahasa mempunyai persamaan dari segi sistem bunyi,perbendaharaan kata.Selain itu,pembentukan bentuk bahasa melayu kuno juga dapat dilihat melalui kesan tiggalan sejarah seperti batu-batu bersurat;
a)Batu Bersurat Kedukan Bukit-Palembang
b)batu bersurat talang tuwo
c)batu bersurat kota kapur-Pulau Bangka
d)batu bersurat karang brahi kata dan juga perbentukan ayat.Kepelbagaian bukti ini telah menunjukkan bahawa bahsa melayu merupakan bahasa terbesar di nusantara.

Soalan 2,

Pelbagai dialek yang dituturkan oleh rakyat di Malaysia mengikut negeri masing-masing.Antara dialek tersebut turut terdapat di perak iaitu:

(1)Ayor=air
(2)blajo=belajar
(3)beregek=bergaya
(4)ater=jadi
(5)mike=kamu

sekian,wassalam..

fadhilah d20071029003 berkata...

Assalamualaikum,
1)Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana ia mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Kawasan penyebaran bahasa-bahasa Nusantara di anggap sebagai kawasan pusat bagi keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab:
a)Keluarga ini melebihi mana-mana keluarga dari segi jumlah bahasa.
b)Bahasa-bahasa dikawasan Nusantara ini memperlihatkan perkembangan yang sangat pesat dari segi bentuk-bentuk bahasanya.
c)Bahasa Nusantara terletak di pertengahan perjalanan antara bahagian-bahagian yang penting dalam dunia perdagangan dan kebudayaan.
d)Dari segi kesusasteraan tertulis bahasa-bahasa di kawasan Nusantara mempunyai perpustakaan yang bukan sahaja lebih bahyak daripada yang terdapat di kawasan lain,tetapi juga sangat tinggi nilainya.
Kesimpulannya,bahasa Nusantara memeng mempunyai bukti yang kukuh untuk menggambarkan bahawa bahasa Nusantara dikatakan memounyai bahasa yang paling besar.

2)Dialek Melaka khusus digunakan di Bandar Melaka dan kawasan Melaka Tengah.Kawasam Melaka Utara merupakan subkawasan dialek Negeri Sembilan dan Melaka Selatan merupakan mempunyai subkawasan dialek negeri Johor.Dialek Melaka ada perkataan yang sangat dekat dengan Johor.Perbezaannya hanya pada satu tempat iaitu pada penyebutan urutan yang dalam ejaan rasmi merupakan –ar.Dalam dialek Melaka,urutan ini dihasilkan sebagai diftong –aw.Diftong aw khusus untuk dialek Melaka.Contohnya bakaw-bakar,tikaw-tikar,lapaw-lapar.

Unknown berkata...

Assalamualaikum EN.RAZALI...
Siti Rohana (D20071029009)

SOALAN 1
Keluarga nusantara juga disebut sebagai keluarga Indonesia. Keluarga ini dapat dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok Filipina-Farmosa dan Indonesia Pusat. Bagi kelompok Filipina-Formosa terdiri daripada bahasa-bahasa di Sabah dan Brunei. Manakala bagi kelompok Indonesia Pusay pula termasuk bahasa yang terdapat di Sarawak,Kalimantan dan Kepulauan Indonesia. Bahasa melayu tergolong dalam cabang Indonesia. Cabang nusantara pula mempunyai mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Contohnya golongan Filipina menggunakan bahasa Tagalog,Palau,Tombulu dan Ilokol.Bagi golongan sumatera mereka menggunakan bahasa Acheh, Bahasa Melayu,Nias dan orang laut. Penutur asli bahasa melayu kebanyakannya mendiami kawasan pesisir pantai dan pulau-pulau seperti kawasan semenjung tanah melayu,sepankang pantai pulau sumatera ,Brunei, gugusan pulau-pulau Riau,Lingga dan Bangka seterusnya di kawasan Champa di Indo-China.
Jelaslah bahawa bahasa nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana mempunyai cabang-cabang tertentu sehingga ke pelosok bahagian nusantara. Penghijrahan penduduk menyebabkan bahasa nusantara semakin berkembang dan kesannya seperti mana yang kita dapat lihat hari ini.

SOALAN 2

Salah satu dialek bahasa melayu yang terdapat di Malaysia ialah dialek Johor. Dialek ina dapat dibagikan kepada tiga subkawasan iaitu subkawasan johor-johor baharu,muar-batu pahat dan mersing.
Contoh subdialek Johor Baharu:

Johor Baharu Bahasa standard

cabot cabut
meletop meletup
putos putus
timbol timbul

perbezaan dengan bahasa standard ialah dalam penyebutan "u" dalam suku kata akhir tertutup.

aini berkata...

Assalamualaikum En.Razali...........

a)Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai kelompok yang luas kerana bahasa ini mempunyai bahasa yang paling banyak iaitu sekitar 200-300 bahasa.Kelompok ini terdiri daripada 16 golongan bahasa iaitu Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali Sasak, Gorontalo, Tomini, Toroja, Loinan, Bangku Laki, Sulawesi Selatan, Muno- Butung, Bima Simba, Ambon Timur, Sula- Bachan, Halmahera Selatan- Irian Jaya.Bahasa melayu terdapat dalam golongan sumatera. Dengan ini jelaslah bahawa bahasa nusantara merupakan bahasa yang terbesar berbanding keluarga polinesia,malenesia mahupun mikronesia.

b)Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah kelompok masyarakat.Dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geografi.Setiap daerah atau kawasan mempunyai dialeknya masing-masing.Di sini saya telah memilih dialek dari negeri Terengganu.Bagi dialek hulu terengganu bahasanya lebih lembut dan laju manakala dialek setiu dan besut lebih terarah kepada dialek kelantan. Dialek bagi dungun dan kemaman juga mempunyai kelainan. Berikut merupakan dialek-dialek yang dituturkan di terengganu:
#makang ~ makan
#ikang ~ ikan
#sen/pitis ~ duit
#supek/rajut ~ beg plastik

Sekian,wassalam..........

nyza d20052024233 berkata...

Assalamualaikum En. Razali....

Soalan 1

Menurut kajian, bahasa Nusantara adalah merupakan keluarga bahasa yang paling luas.Bahasa Nusantara mempunyai antara 200 hingga 300 cabang dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno juga merupakan keluarga bahasa Nusantara di mana kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran dan penuturnya di Semenanjung Kepulauan Riau dan Sumatera. Selain itu, kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian keluarga bahasa Malayo-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa Melayu). Di samping itu bahasa Nusantara juga dikatakan bahasa yang paling besar dan luas kerana dapat dilihat melalui istilah "Nusantara" secara amnya yang merangkumi pulau-pulau Asia Tenggara dan sebilangan wilayah benua yang berjiran yang bahasa-bahasa Malayo-Polinesia serta budaya-budaya berkait merupakan budaya yang terutama. Dari sudut pandangan ini, Malaysia (termasuk tanah besar Malaysia), Filipina, dan pulau-pulau Indonesia (kecuali New Guinea (Pulau Irian)), kesemuanya termasuk dalam konsep Nusantara. Secara linguistik, konsep ini boleh diperluas untuk merangkumi pulau-pulau Taiwan dan Madagascar kerana bahasa asli kedua-dua pulau ini juga merupakan sebahagian bahasa Austronesia. Jadi jelaslah bahawa bahasa Nusantara dikatakan bahasa yang luas kerana pengaruh kebudayaannya dan linguistiknya banyak tersebar hingga hampir ke pelosok tempat.


Soalan 2
Menurut Edward Sapir, bahasa adalah merupakan lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh Malaysia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan. Manakala menurut Bloch-Trager, bahasa adalah sesuatu sistem lambang-lambang yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-anggota sesebuah masyarakat untuk berhubung. Jadi jelaslah menunjukkan bahawa bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi. Dalam Bahasa Melayu terdapat berpuluh-puluh dialek yang berlainan. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Mengikut Mario A. Pei, dialek adalah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat-masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard baik daripada segi sebutan tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Salah satu dialek Bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia ialah Dialek Kelantan. Dialek ini dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dan menduduki negeri Kelantan.Antara dialek Kelantan dan perbandingannya dengan Bahasa Melayu:

1.ite - hitam
2.kuba - kerbau
3.kuneng - kuning
4.mokte - rambutan
5.kuba - kerbau
6.hala - halal
7.selamak - selamat
8.kebo - kebun

20071029029 berkata...

Assalamualaikum…….
Soalan 1:
Rumpun Austronesia dibahagikan kepada empat keluarga iaitu Indonesia,Melanesia,Mikronesia dan Polinesia.Yang paling bear diantara keluarga ini ialah keluarga Indonesia.Kawasanya membentang dari Formosa di utara kepulaun Filipina dan Maluku yang merupakan sempadanya di sebelah Timur dan Pulau Timur diselatan manakala di sebelah Barat adalah Madagaskar.
Bahasa ini dikatakan mempunyai keluarga paling besar kerana keluarga ini melebihi mana-mana keluarga daripada jumlah bahasa dan dipercayai mempunyai lebih 200 hngga 300 bahasa dan dikelompokkam mengikut kawasannya.Bahasa di kawasan ini turut memperlihatkan perkembangan yang sangat pesat dari segi bentuk-bentuk bahasanya.Dari keluarga ini Bahasa Melayulah yang paling pesat perkembangannya dan di jadikan bahasa kebangsaan bagi Malaysia,Indonesia Brunai dan Singapura.
Dibawah keluarga Nusantara ia dibahagikan kepada kelompok Filipina-Formosa dan ,Indonesia Pusat.
Kelompok Filipina-Formosa:
Bahasa-bahasa di Filipina
Bahasa-bahasa di sabah dan Brunai kecuali bahasa melayu dan Lundayeh
Kelompok Indonesia pusat:
Bahasa Melayu
Bahasa di Sarawak,Kalimantan dan Pulau Indonesia
Dalam bahasa ini ia terbahagi lagi kepada beberapa kelompok bahasanya.Salah satu contoh dalam kelompok bahasa di Sabah ia mempunyai pelbagai jenis bahasa seperti Bajau Darat,Bajau Laut,Suluk,Bisayah,Kadazan,Lotud,Iranun ,Murut dan Paitan.Begitu juga dengan Bahasa-bahasa pada Indonesia Pusat yang mengandungi pelbagai cabang bahasa yang terlalu panjang untuk disenaraikan.
Kesimpulannya,bahasa Nusantara sememangnya mempunyai keluarga bahasa yang paling besar dan luas.Selain itu bukti-bukti dari segi kesusateraan bertulis turut membuktikkan bahasa di Nusantra mempunyai kepustakaan yang bukan sahaja lebih banyak daripada yang terdapat di Keluarga Rumpun Austronesia yang lain tetapi juga sangat tinggi nilainya.

Soalan2
Di Sabah terdapat pelbagai jenis bahasaantaranya Bajau,Bisaya,Dusun Rungus,Lotud,Iranun dan Suluk.
Salah satu dialek Bahasa Melayu di Sabah ialah Bajau.Bahasa Bajau di bahagikan mengikut kawasan kediaman penuturnya.Bagi Bahasa Bajau Laut,penuturnya lebih banyak mendiami di kawasan Sabah Timur iaitu di Semporna dan Tawau.Manakala Bajau Darat terdapat di bahagian Barat iaitu Tuaran,Papar,Kota Belud Dan Kudat.
Antara contoh-contoh yang dapat diberikan ialah :
mangan-makan
nginum-minum
turi-tidur
moto-mata
SEKIAN………

hidayah-d028987 berkata...

SOALAN 1

BAHASA NUSANTARA MERUPAKAN KELUARGA DARI RUMPUN AUSTRONESIA .BAHASA INI MEMPUNYAI KELOMPOK KELUARGA YANG PALING BESAR IAITU ANTARA 200 HINGGA 300 BAHASA.NAMUN DALAM TATABAHASA DEWAN DITULIS BAHAWA BAHASA NUSANTARA MEMPUNYAI 500 BAHASA .SETIAP BAHASA MEMPUNYAI PERSAMAAN DARI SEGI SISTEM BUNYI,PERBENDAHARAAN KATA,PEMBENTUKAN KATA,DAN PEMBENTUKAN AYAT.DIBAWAH INI DISENARAIKAN BEBERAPA GOLONGAN BAHASA YANG ADA DALAM BAHASA NUSANTARA:

1. KELOMPOK BAHASA FILIPINA (FARMOSA,BATAN,NESO,FILIPINA UTARA)
2. KELOMPOK BAHASA MADAGASKAR
3. KELOMPOK BAHASA SUMATERA
4. KELOMPOK BAHASA PULAU JAWA
5. KELOMPOK BAHASA SULAWESI SELATAN
6. KELOMPOK BAHASA GORONTOLO

BERDASARKAN CONTOH INI JELASLAH BAHAWA BAHASA NUSANTARA SEMEMENGNYA MEMPUNYAI KELOMPOK BAHASA YANG BESAR.

SOALAN 2

DI MALAYSIA PENGGUNAAN PELBAGAI DIALEK AMAT KETARA.DIALEK IALAH KELAINAN BERBAHASA YANG DITUTURKAN DALAM MASYARAKAT .DIALEK YANG DITUTURKAN ADALAH BERBEZA BERDASARKAN FAKTOR GEOGRAFI.SETIAP NEGERI ATAU DAERAH MEMPUNYI DIALEK MASING-MASING.SAYA MEMILIH DIALEK PULAU PINANG DAN SAYA SERTAKAN BEBERAPA CONTOH:

PULAU PINANG BAHASA MALAYSIA

1. PI PERGI
2. TIDOQ TIDUR
3. AYAQ AIR
4. DENGAQ DENGAR
5. HINGAQ BISING

mislinda berkata...

MISLINDA(D028995)
ASSALAMUALAIKUM....

SOALAN 1

Bahasa Nusantara juga tergolong dalam keluarga Austronesia selain daripada Melanesia,Polinesia, dan Mikronesia.Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa terbesar kerana cabang Bahasa Nusntara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Bahasa Nusantara ini dapat dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti berikut:
1)Golongan Filipina
2)Golongan Sumatera
3)Golongan Jawa
4)Golongan Kalimantan
5)Golongan Bali Sasak
6)Golongan Gorontalo
7)Golongan Tamimi
8)Golongan Torajo
9)Golongan Loinang
10)Golongan Banku-Laki
11)Golongan Sulawesi Selatan
12)Golongan BIma Sumba
13)Golongan Ambon-Timur
14)Golongan Sula-Bacon
15)Golongan Halmehera Selantan
16)Golongan Muno Butung
Bahasa Melayu Kuno juga merupakan keluarga Bahasa Nusantara yang gemilang pada zaman Kerajaan Sriwijaya dari abad 7 hingga abad 13 dan digunakan sebagai lingua franka.Kawasan Bahasa Nusantara meliputi Formosa di utara,Maluku di timur,Pulau Timur di Selatan,dan di Madagaskar di barat.Hal ini menunjukkan Bahasa Nusantara memang mempunyai keluarga bahasa yang besar.

SOALAN 2

Terdapat banyak dialek bahasa di Malaysia sesuai dengan keadaan penduduknya yang pelbagai.Saya memilih dialek jawa.Dialek ini dituturkan oleh masyarakat jawa yang banyak terdapat di negeri Johor dan Selangor.Antara contoh bahasa jawa ialah:

JAWA MELAYU
turu tidur
guyu ketawa
kakang abang
jikok ambil

Unknown berkata...

D20071029032
Salam sejahtera En.Razali...

Soalan 1
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.Ini kerana terdapat banyak kelompok bahasa di bawahnya.kelompok-kelompok tersebut adalah seperti:
1) kelompok Filipina di Mindanao,Natan,dan Sambalik.bahasa yang digunakan adalah bahasa Tagalog,dan Kalingga.
2)Kelompok Sumatera di Acheh,Gayo,Kerinchi.Bahasa yang di gunakan adalah bahasa Acheh,Batak,Minangkabau.
3)Kelompok Kalimantan di Sabah,sarawak,Brunei.Bahasa yang digunakan adalah seperti bahasa Melayu,dayak,Bisaya,Melanau dan lain-lain.
4)Kelompok Pulau Jawa dan Madura seperti Melayu Jakarta,Madura,Osing,Jawa dan sunda.
5)Kelompok Sulawesi seperti Makasar,Bugis,Seko.
6)Kelompok Tanah besar Asia Tenggara
7)kelompok Timor Timur
8)Kelompok Nusantara Tengah
9)Kelompok Maluku
10)Kelompok Halmahera Irian Jaya seperti bahasa Nufur dan Kowiai.

Jadi berdasarkan kelompok bahasa yang banyak ini jelas menunjukan bahasa Nusantara adalah yang paling besar berdasarkan banyak tempat yang menggunakan bahasa Nusantara.

Soalan 2

Salah satu dialek bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia adalah bahasa Iban.Di sini saya ingin mengemukakan beberapa contoh perkataan/ayat dalam bahasa Iban:
B.IBAN - BM
datai -datang
pulai -pulang
buai -buang
udah -sudah
bedau -belum
Nama berita? -Apa khabar?
Udah makai? -Sudah makan?

Sekian terima kasih.

sue berkata...

Assalamualakum..En.Razali...
Sue...d20071029039...

SOALAN 1

Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana kelompok bahasa ini mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa dan kelompok bahasa ini terdiri daripada 16 golongan bahasa iaitu Filipina,Jawa,Sumatera.Kalimantan dan sebagainya.Golongan bahasa ini pula dapat dipecahkan kepada keluarga-keluarga kecil yang dikenali sebagai dialek.

Bahasa Melayu juga mempunyai jumlah penutur yang agak ramai.Tidak hairanlah sekiranya Bahasa Melayu telah menjadi bahasa keempat yang mempunyai jumlah penutur paling ramai di dunia.Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai keluarga yang luas walaupun bahasa yang dituturkan agak berbeza.

SOALON 2

Dialek kelantan merupakan salah satu variasi yang terdapat dalam Bahasa Melayu.Dialek kelantan mempunyai keunikannya yang tersendiri.Selain itu,dialek kelantan juga agak sukar untuk difahami oleh orang lain.Dialek kelantan juga sangat jauh berbeza dengan Bahasa Melayu standard.

Contohnya;
1.Make-makan
2.Tubik-keluar
3.Kelik-balik
4.Gi-pergi
5.Come-cantik.

Sekian,terima kasih....

yatie berkata...

D20071029038
Assalamualaikum..En.Razali..
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.Hal ini kerana cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa Nusantara ini telah menjadi Lingua Franca atau bahasa pengantar da Kepulauan Melayu sejak bertahuh-tahun dahulu.Bahasa Nusantara terbahagi kepada 16 golongan.Golongan bahasa ini ialah Golongan Filipina,Sumatera,Jawa,Kalimantan,BaliSasak,Gorontalo,Tomini,Toroja,Loinan,Bangku Laki,Sulawesi Selatan,Muno-Butong,Bima Simba,Ambon Timur,Sula-Bachan,dan halmahera Selatan-Irian Jaya.Dengan ini terbuktilah bahawa keluarga Nusantara adalah kelompok keluarga yang terbesar berbanding keluarga Polinesia,Malenisia mahupun Mikronesia.

Soalan 2
Terdapat pelbagai dialek yang digunakan di Malaysia.Salah satunya ialah dialek Kelantan.
Contohnya:
1)Bahasa-Bahaso
2)Siapa-Sapo
3)Baik-Baeq
4)habis-Habih
5)salah-Saloh
6)marah-Maroh

Genit_D20071028982 berkata...

1) Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
•Golongan Filipina: umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu
•Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut
•Golongan Jawa: umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura
•Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau
•Golongan Bali-Sasak: umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa
•Golongan Sulawesi Selatan: umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko
•Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
Selain itu, Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea. Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian keluarga bahasa Malayo-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa Melayu). Bahasa Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia oleh orang tempatan.
Keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun di rantau nusantara mempunyai dialek bahasa Melayu yang berbeza, namun bahasa Melayu tetap diaplikasikan sehingga menjadi keluarga bahasa yang paling besar.


2) Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu yang berbeza dengan sebutan –sebutan umum yang digunakan di negara ini.

Antara ciri-ciri yang menjadi satu bahasa daerah yang berbeza daripada yang lain ialah kepelatan bunyi sebutan,gaya lagu sewaktu menuturkannya, perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu, dan perbezaan dalam penggunaan perkataan dan frasa.

Bagi dialek bahasa Melayu Sarawak, terlalu banyak perbezaannya dengan bahasa Melayu standard. Antara ciri-ciri bahasa Melayu Sarawak ialah:
a)banyak penggunaan fonem konsonan k dan glotis.
Contohnya :
kamek = saya
kitak = awak
kenak = kenapa
kelak = nanti

b)terdapat penggunaan perkataan yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan bahasa Melayu standard
contohnya :
belon = kapal terbang
lawa = sombong
kacak = cantik
tetak = ketawa
c)terdapat juga pinjaman daripada bahasa Iban dalam bahasa Melayu Sarawak
contohnya :
madah = beritahu
ngambik = ambil
begaut = terburu-buru
majoh = makan

Unknown berkata...

ASSALAMMUALAIKUM EN.RAZALI

1)Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Hal ini kerana kedudukkannya yang terletak di sebelah barat Austronesia.ahasa ini juga telah menjadi"Lingua Franca"pada abad ke-7 hingga ke-13 di daerah Kepulauan Melayu sejak berzaman oleh pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat,India,China yang berdagang di Kepulauan Melayu.

2)Negeri Johor mempunyai banyak dialek.Antaranya ialah dialek Jawa,banjar,bugis dan banyak lagi.Bahasa Jawa merupakan satu dialek yang banyak digunakan di kawasan orang Jawa iaitu di Sumatera.Ia tersebar ke Tanah Melayu kerana kehadiran orang-orang Melayu berketurunan Jawa ini ke Tanah Melayu dan Singapura.Sekarang bahasa ini banyak digunakan di Johor.
CONTOH:

BAHASA MELAYU BAHASA JAWA
1)makan mangan
2)Minum ngombe
3)Mandi adus
4)Cakap ngomong
5)Pergi lungo

aimy_d20071028988 berkata...

soalan 1:
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana bahasa ini mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa dan terdiri daripada 16 subkeluarga. Anataranya ialah bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Bali-Sasak. Bahasa Nusantara tersebar luas dari Farmosa ke New Zealand di sebelah timur dan Madagaskar ke Kepulauan Easter di sebelah barat. Berdasarkan kepada jumlah bahasa dan bilangan penuturnya, jelaslah menunjukkan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang terbesar berbanding bahasa yang lain.

soalan 2:
Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah kelompok masyarakat dan dialek yang dituturkan adalah berbeza berdasarkan faktor geograf. Dialek yang saya pilih ialah dialek kedah. Antara contoh dialek kedah ialah:
a. ayaq - air
b. habaq - beritahu
c. awat- kenapa
d. gerek - basikal

NOOR SHAUTHA (D20071029060) berkata...

Assalamualaikum Encik Razali...
SOALAN 1:
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang paling besar kerana ia mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bahasa Melayu juga tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia(cabang bahasa terbesar di dunia). Bahasa-bahasa Nusantara dapat dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu, iaitu :
1) Golongan Filipina: antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.
2) Golongan Sumatera: antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendailing, dan sebagainya), Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut.
3) Golongan Jawa: iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.
4) Golongan Kalimantan: antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.
5) Golongan Bali-Sasak: iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.
6) Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
7) Golongan Tomini: antaranya Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa.
8) Golongan Toraja: antaranya Kaili, Bare'e, dan Wotu.
9) Golongan Loinang: antaranya Loinang dan Banggai.
10) Golongan Bunku-Laki: antaranya Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
11) Golongan Sulawesi Selatan: antaranya Makasar, Bugis, dan Seko.
12) Golongan Muna-Butung: antaranya Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio.
13) Golongan Bima-Sumba: antaranya Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro'e, dan Kupang.
14) Golongan Ambon-Timur: antaranya Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar.
15) Golongan Sula-Bacon: antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.
16) Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: antaranya Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.

SOALAN 2:
Saya memilih dialek orang Parit di Perak. Contohnya:
1) Sungai- sungei
2) kena- kene
3) kamu- mike
4) saya- teman
5) bas- beh
6) merah- meghah
7) kerja- keroje
8) biru- bighu
9) air- ayo
10) Kinta- Kinte
11) besar- beso
12) rumah- ghumah

nor hejah(d029061) berkata...

Assalamualaikum..
Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana kelompok bahasa ini mengandung lebih kurang 200-300 bahasa dan terdapat 16 golongan bahasa dalam kelompok ini,iaitu:
1.Golongan Filipina
:Tagalog,Ilikol,Bikol,Bisay a,Sulu,Palau,dan Tombulu
2.Golongan Sumatera
:Acheh,bahasa-bahasa
Batak,Minagkabau,
Melayu,Nias,Lampung dan
Orang Laut
3.Golongan Jawa
:Sunda,Jawa,dan Madura
4.Golongan Kalimantan
:Iban,Kenya-Kayan,dan
Melanau
5.Golongan Bali-Sasak
:Bali,Sasak,dan Sumbawa
6.Golongan Gorontalo
:Bulanga,Kaidipan,
Gorontalo,dan Buol.
7.Golongan Tomini
:Tomini,Tolitolo,Tinombo
Umalasa,dan Dampelasa
8.Golongan Toroja
:Kaili,Bare'e,dan Wotu
9.Golongan Loinang
:Loinang dan Banggai
10.Golongan Sulawesi Selatan
:Makasar,Bugis,dan Seko
11.Golongan Muna-Butung
:Muna-Butung,Butung
Selatan,Kerompa,dan Wollo
12.Golongan Bima-Sumba
:Bima,Manggarai,Timur
,Alor,Roti,Solor,Kro'e,
dan Kupang
13.Golongan Ambon Timur
:Kai,Tanimber,Aru,Wetar,
Bura,Goram,dan Bandar
14.Golongan Sula-Bacon
:Taliabo,dialek-dialek
Sula danbahasa Bacon
15.Golongan Halmahera Selatan-Irian
Jaya
:Halmahera Selatan,Nufur,
dan Kowiai



Dalam pemilihan dialek-dialek di kepulauan melayu pula,saya memilih dialek parit dari negeri perak.
Dialek ini banyak dituturkan di daerah hulu perak seperti di kawasan Bota,Kampung Gajah dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengannya.
Antara istilah-istilah yang sering dipertuturkan ialah:

1.keme-kami
2.mike-kamu
3.aye-saye
4.mencike-makan
5.ketong-potong
6.ate-setelah itu
7.ayo-air
8.motoka-kereta
9.ngecek-tipu
10.tak sio-tidak mahu/ingin

syuhadahmohamad berkata...

Assalamualaikum….Encik Razali

SOALAN (1):

Bahasa Nusantara berasal daripada rumpun bahasa Austronesia .Bahasa ini dikatakan mempunyai bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Keluarga bahasa ini terdiri daripada pelbagai subkeluarga . Antaranya ialah:

1)Bahasa Filipina:Tagalog,Iloko,Bikol,Sulu
2)Bahasa Sumatera:Acheh,Batak,Minangkabau,Melayu,Nias,Lambung,Orang Laut
3)Bahasa Jawa:Sunda,Jawa,Madura
4)Bahasa Kalimantan:Iban,Melanau,Kenya Kayan
5)Bahasa Bali-Sasak:Bali,Sasak,Sumbawa
6)Bahasa Sulawesi Selatan :Makasar,Bugis,Seko
7)Bahasa Halmahera Selatan Irian Jaya:Bahasa Halmahera selatan,Nufur

Hal ini membuktikankan bahasa Nusantara memiliki bahasa yang paling banyak kerana kawasan penuturnya sangat luas yang melahirkan beratus-ratus bahasa.


SOALAN (2): Dialek Kelantan adalah salah satu daripada dialek-dialek Bahasa Melayu .Dialek ini dituturkan oleh penutur yang menduduki dan berasal dari negeri Kelantan.Negeri Kelantan terletak di pantai timur semenanjung Malaysia bersempadankan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan Thailand. Dialek Kelantan mempunyai banyak kata yang sama dengan Bahasa Melayu tetapi kata-kata itu mempunyai erti yang berlainan. Misalnya ,(selalu) dalam dialek Kelantan bermaksud ‘serta –merta’ sedangkan dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘biasa’,(kecek) dalam dialek Kelantan bermaksud ‘cakap’,sedangkan dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘diperdaya’.Selain itu,dalam dialek Kelantan terdapat banyak kata yang sama sekali tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.Antaranya ialah (tokse) yang bermaksud ‘tidak mahu’ ,(kelih) bermaksud ‘tengok’,(demo) bermaksud ‘awak’ dan (jo’ong) bermaksud ‘mendung’.Dalam dialek Kelantan juga terdapat banyak kata yang terdiri daripada 1 suku kata. Mengikut Ismail Hussien, pengaruh bahasa Thailand telah menimbulkan kemiripan untuk menunggalkan suku kata dalam perkataan yang bersuku kata 2.Beliau juga menerangkan bahawa peminjaman unsur-unsur leksikal daripada bahasa Thailand banyak berlaku dalam dialek ini.Umpamanya,(ok) bermaksud ‘tahan/sabar’,(cok) bermaksud ‘cangkul’dan (so) bermaksud ‘satu.’

musera berkata...

NORA-D20071029043

Salam En. Razali..


SOALAN 1:
Menurut Tatabahasa Dewan, cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Cabang bahasa Nusantara boleh dibahagikan kepada beberapa golongan bahasa yang tertentu, seperti yang berikut:

1. Golongan Filipina: antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.
2. Golongan Sumatera: antaranya Acheh, bahasa-bahasa Batak ( Karo, Toba, Angkola-Mendailing) Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa: iaitu Sunda, Jawa, dan Madura
4. Golongan Kalimantan: antaranya Iban, Kenya-Kayan, Melanau.
5. Golongan Bali-Sasak: iaitu Bali, Sasak. dan Sumbawa.
6. Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo dan Buol.
7. Golongan Tomini: antaranya Tomini, Tolotoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa.
8. Golongan Toraja: antaranya Kaili, Bare’e, dan Wotu
9. Golongan Loinang: antaranya Loinang dan Banggai
10. Golongan Bunku-Laki: antaranya Laki, Landawe, Mori, dan Mapute

Contoh-contoh di atas hanya sebahagian daripada golongan bahasa yang terdapat dalam cabang bahasa Nusantara.



SOALAN 2:

Di Malaysia terdapat pelabagai jenis dialek yang dituturkan Dialek Minangkabau atau baso Minang merupakan salah satu dialek yang unik. Dialek ini dituturkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan khususnya. Contoh bahasa Minangkabau:

Bahasa Minang: Indak buliah mambuang sarok disiko!
Bahasa Standard: Tidak boleh membuang sampah di situ!

Bahasa Minang: Sarang kayu di rimbotak samo tinggi, kok kunun manusia ( peribahasa)
Bahasa Standard: Pohon di rimba tidak sama tinggi, apalagi manusia.

Sekian, terima kasih..: )

NURUL AIN berkata...

AIN-D20071029042

Assalamualaikum En. Razali…
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa ini pula dapat dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti:
1.golongan Filipina: antaranya Tagalog
2.golongan Sumatera: antaranya Aceh, Minang-Kabau
3.golongan Jawa: antaranya Sunda
4.golongan Kalimantan: antaranya Iban,Melanau
5.golongan Bali-Sasak: antaranya Bali, Sasak
6.golongan Gorontalo: antaranya Bulaya,Kaidupan
Selain itu,bahasa Nusantara juga boleh dibahagikan kepada golongan-golongan seperti golongan Tommi,Toraja,Loinang,Biunku-Laki,Salawesi Selatan,Muna-Butung,Bima-Sumba,Ambon Timur,Sula-Bacon dan golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya.
Jadi jelaslah di sini bahawa Bahasa Nusantara mempunyai kira-kira 200-300 bahasa yang menunjukkan bahasa ini mempunyai bahasa yang paling besar.

Soalan 2
Dialek Jawa..
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa sereumpun yang tergolong dalam bahasa Indonesia.Penduduk Jawa yang berpindah ke Malaysia turut membawa bahasa dan kebudayaan Jawa ke negara ini.Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran bahasa Jawa ke bahasa Melayu iaitu;
1. Pengaruh melalui cerita panji-cerita panji merupakan sejenis cerita yang berasal dari Jawa yang mengisahkan tentang wira dan wirawati.
2. Pengaruh melalui interaksi sosial-migrasi orang jawa ke Tanah Melayu telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.Namun,migrasi paling ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19.Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan Johor.
Berikut merupakan beberapa kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu;
Perkataan-Maksud
Andong-kereta kuda(sewaan)
Batok -tempurung
wedana-ketua daerah
adipati-raja

Nurul Hidayah D20071029040 berkata...

Assalamualaikum En.Razali....

soalan 1

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Bahasa-bahasa ini dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu iaitu golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Lionang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon- Timur, Sula Bacon dan Halmahera Selatan-Irian Jaya.

soalan 2

Salah satu dialek yang ada di Malaysia ialah dialek Perak. Tutur yang boleh dikatakan mewakili dialek Perak hanya terdapat di dalam negeri Perak sahaja. Terdapat bahagian tertentu di negeri Perak merupakan kawasan penyebaran dialek-dialek lain iaitu dialek Patani di daerah Ulu Perak dan Larut Matang, dialek Kedah di daerah Taiping ke utara, Dialek Selangor di daerah Ipoh ke selatan, dialek Melayu Rawa di kawasan tertentu seperti Gopeng dan Selama, Dan dialek Perak di daerah Parit dan Kuala Kangsar.

Contoh dialek Perak (subdialek Parit):
tumpul - tumpoy
tikus - tikoyh
boros - boroyh
fikir - pikio
lempar - lempo
bilik - bileq

eykin berkata...

assalamualaikum En.razali
eykin d20071029097
bahasa nusantara mempunyai cabang bahasa yang palig besar.terdapat lebih kurang 200-300 bahasa dan ia pulaa terbahagi kepada 16 golongan bahasa.antaranya ialah;
1. Golongan Filpina
1. Farmosa, Batan, Iloko, Bikol, Bisaya, Ibang, Igorot, Magidanao, Tingyan,Dayak, Sulu, Palau, Sanggir-Taulud, Batik, Bentenan,Mongondau, Tombulu, TonseaTondano dan tomtembuan.
2. Golongan Sumatera
• Acheh, Gayo, Dialek-dialk Batak, Minagkabau, Lubu, Melayu, Melayu-Uluan, Rejang-Lebong Lampung, Simalur, Nias, Mentawai, Engano, Luchong, Lom dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa
soalan 2
antara dialek yang terdapat di malaysia iaalah dialek kedah, contohnya;-
hang - awak
gerek - basikal
depa - mereka

aqilah berkata...

Assalamualaikum
SOALAN 1
Bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa bagi rumpun Austronesia.Bahasa Nusantara di sebut juga sebagai bahasa Hesperanisia.Bahasa Nusantara di katakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar oleh kerana mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira dalam 200-300 bahasa.Oleh yang demikian,bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu.Antara contohnya ialah;
1. Golongan Filpina
1. Farmosa, Batan, Iloko, Bikol, Bisaya, Ibang, Igorot, Magidanao, Tingyan,Dayak, Sulu, Palau, Sanggir-Taulud, Batik, Bentenan,Mongondau, Tombulu, TonseaTondano dan tomtembuan.
2. Golongan Sumatera
• Acheh, Gayo, Dialek-dialk Batak, Minagkabau, Lubu, Melayu, Melayu-Uluan, Rejang-Lebong Lampung, Simalur, Nias, Mentawai, Engano, Luchong, Lom dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa
• Sunda, Jawa dan Madura
4. Golongan Kalimantan
• Klemantan,Iba, Ot-Danum,Kenya-Bahau-Kayan Dan Milano
5. Golongan Bali sasak
• Bali, Sasak,dan Sumbawa
Terdapat banyak lagi golongan bahasa di bawah bahasa nusantara.Jadi jelaslah di sini bahawa bahasa nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.
SOALAN 2
Istilah dialek berasal daripada perkatan Yunani.Dialek mempunyai bentuk tertentu yang di tuturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard.Contohnya dialek yang terdapat di Kedah;
penyegan - malas
cemuih - bosan
hang - awak
ayeq -air
kasuit - kasut
SEKIAN...

Becc berkata...

Selamat sejahtera Encik Razali....
Soalan 1
Bahasa nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa.Bahasa ini telah menjadi lingua franca atau bahasa pengantar di kepulauan melayu sejak bertahun tahun dahulu.Selain itu,bahasa ini juga digunakan oleh pedagang-padagang dari Eropah,China dan India untuk berkomunikasi.Penuturnya merangkumi kawasan utara(Formosa),timur(Maluku),selatan(Pulau Timur)dan barat(Madagaskar).Bahasa Nusantara juga terbahagi kepada dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Sumatera.Bahasa Melayu terdiri daripada bahasa Acheh,Batak dan sebagainya.Manakala Bahasa Tagalog dan Bahasa Jawa termasuk dalam Bahasa Sumatera.Maka,jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa terbesar.

Soalan 2
Antara dialek etnik yang terdapat di Malaysia ialah dialek etnik Iban.Contohnya perkataan 'makai' sama maksudnya dengan perkataan 'makan' dalam Bahasa Melayu baku.Selain itu,perkataan 'pulai' bermaksud 'pulang' dalam bahasa melayu baku.
Contoh ayat dalam bahasa iban ialah:
1.Nuan udah makai? bermaksud Awak dah makan?
2.Aku lelengau ke nuan bermaksud Saya rindukan awak.
3.Manah baju nuan bermaksud Baju awak cantik.

Ros.TJ(D20071029104) berkata...

Salam En. Razali...

Soalan 1
Bahasa Nusantara merupakan salah satu cabang bahasa keluarga rumpun bahasa Austronesia. Selain bahasa nusantara terdapat beberapa cabang keluarga rumpun bahasa Austronesia antaranya seperti cabang keluarga Melanesia meliputi bahasa-bahasa di kepulauan Fiji, New Celedonia dan Irian. Seterusnya cabang keluarga Mikronesia iaitu meliputi bahasa-bahasa di kepulauan Marianna, Marshal, Carolina Dan Gilbert. Selain itu, terdapat satu lagi cabang keluarga iaitu Polinesia yang meliputi bahasa-bahasa Hawaii, Tonga,dan Maori. Namun begitu pada pendapat saya, bahasa nusantara merupakan cabang keluarga bahasa yang paling besar. hal ini kerana, cabang nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 300 bahasa dan dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti golongan Filipina, Jawa, Sulawesi dan banyak lagi. Kenyataan ini bertambah kukuh apabila tokoh sarjana barat iaitu J.Crawfud berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara berasaldari Pulau Jawa(bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera(bahasa melayu). Hal ini telah membuktikan bahawa bahasa nusantara mempunyai keluarga yang paling besar kerana kawasan penyebarannya membentang dari Formosa utara ke kepulauan Filipina dan Maluku hingga ke Sebelah barat iaitu Madagaskar. Salah satu contoh terdekat boleh dilihat iaitu penggunaan Bahasa Melayu ebagai bahasa rasmi dalam sistem pentadbiran di Malaysia.

Soalan 2
Saya memilih dialek Bahasa Suluk dari Suku Suluk iaitu salah satu etnik yang terdapat di Sabah. Antara beberapa contoh seperti:
a)Perempuan-Babae
b)lelaki-Usug
c)Makan-Kumaun
d)Air-Tubig
e)Mahu/suka-mabaya
f)Saya mahu makan
-Mabaya aku kumaun
g)Saya suka@cinta awak!
-Mabaya aku kai mu!
h)Jangan berlari Abu!
- Abu ayaw kaw magdagan!
i)Dum-malam
j)Hujan-Ulan
k)Panas-Mapasu

emeliatuti berkata...

Amy D20071028986
Assalammualaikum...

Soalan 1
Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling besar iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh yang demikian,bahasa-bahasa ini dapat pula di bahagikan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina,Sumatera,Jawa,Kalimantan,Bali-Sasak,Gorontalo,Tomini,Bunku-Laki,Sulawesi Selatan,Muna-Butung,Bima-Sumba,Ambon-Timur,Sula-bacon,Halmahera Selatan dan Irian Jaya. Kawasannya membentang dari Farmosa di Utara di kepulauan Filipina dan Maluku,Pulau Timor di selatan dan barat di Madagaskar. Bahasa-bahasa ini telah menjadi lingua franca di kepulaun Melayu sejak bertahun lamanya. Maka,jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan kelompok bahasa yang paling besar.

Soalan 2
Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Melayu Sarawak. Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa melayu Sarawak dengan bahasa melayu baku. Contohnya :
Kamek = Saya
Kitak = Awak
Sik = Tidak
Agik = Lagi
Tauk = Tahu
Sine = Mana
Sitok = Sini
Balit = Balik

Contoh ayat :
1."Kitak orang sine?"="Awak orang mana?"
2."kamek sik sabar agik nak balit Sarawak."="Saya tidak sabar lagi hendak balik ke Sarawak."

Nurul D20071029082 berkata...

Assalamualaikum,

1) Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang besar kerana bahasa ini mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Keluarga bahasa nusantara melebihi mana-mana keluarga bahasa yang lain.Bahasa ini boleh dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu dimana bahasa ini mempunyai 16 golongan.Antara golongan bahasa nusantara ialah golongan Filipina,Sumatera,Jawa,Kalimantan, Bali sasak,Tomini dan sebagainya.Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa melayu telah menjadi lingua franca di daerah kepulauan melayu sejak zaman berzaman.

2) Salah satu dialek bahasa melayu yang terdapat di Malaysia ialah dialek kelantan.Dialek ini dituturkan oleh mereka yang berasal dari kelantan atau menetap di kelantan.Contoh dialek kelantan ialah:

a)Lembek=tilam
b)male=malam
c)pitis=duit
d)cucur=baki
e)koyok=kupas
f)pisa=pisau
g)butang=bute

Syafiqah(D20071029067) berkata...

1)Rumpun bahasa Austronesia dibahagikan kepada 4 cabang iaitu bahasa-bahasa di kepualauan Melayu atau bahasa Nusantara,bahasa Polinesia,bahasa-bahasa Melanesia dan bahasa Mikronesia.Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Bahasa-bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti:

1) Golongan Filipina anataranya Tagalog,Bisaya,Sulu.
2) Golongan Sumatera antaranya Acheh,Minangkabau dan Melayu
3) Golongan Jawa antaranya Sunda,Jawa dan Madura
4) Golongan Ambom Timur antaranya Kai dan Aru
5) Golongan Sula-Bacon antaranya dialek sula dan bahasa Bacon.


2) Saya memilih dialek Kelantan sebagai salah satu dialek yang terdapat di Malaysia.Dalam dialek Kelantan terdapat pula subdialek-subdialek dan salah satu daripadanya ialah subdialek Kota Bharu.Subdialek ini dianggap sebagai subdialek yang standard kerana subdialek ini digunakan oleh orang-orang atasan di Kelantan jika mereka tidak menggunakan bahasa standard dalam pertuturan mereka.

Contohnya:

a) Maha-Mahal
b) Pisa-Pisau
c) Siaq-Siap
d) Paka-Pakai
e) Reng-Tenaga
f) Inguh-Hingus
g) Ttupaq-Ketupat

Sekian.......

ayu (D20071029085) berkata...

Assalamualaikum...
soalan 1:

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai bahasa yang paling besar dan tergolong di dalam rumpun Austronesia.Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa.oleh yang demikian,bahasa -bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu seperti berikut:

1. Golongan Filipina: antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.
2. Golongan Sumatera: antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendailing, dan sebagainya), Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa: iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.
4. Golongan Kalimantan: antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.
5. Golongan Bali-Sasak: iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.
6. Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
7. Golongan Tomini: antaranya Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa.
8. Golongan Teroja: antaranya Kaili, Bare'e, dan Wotu.
9. Golongan Loinang: antaranya Loinang dan Banggai.
10. Golongan Bunku-Laki: antaranya Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
11. Golongan Sulawesi Selatan: antaranya Makasar, Bugis, dan Seko.
12. Golongan Muna-Butung: antaranya Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Walio.
13. Golongan Bima-Sumba: antaranya Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro'e, dan Kupang.
14. Golongan Ambon-Timur: antaranya Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar.
15. Golongan Sula-Bacon: antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.
16. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: antaranya Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.

Soalan 2:

Mengikut Mario A.Pei dialek adalah variasi daripada suatu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.Terdapat banyak dialek di neger-negeri Melayu Semenanjung antaranya dialek Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Melaka, Perak, Johor, Terengganu, Pahang dan Sebagainya.Tetapi di sini saya ingin mengetengahkan contoh-contoh dialek Kedah seperti berikut:

Dialek Kedah:
1)ayaq - air
2)cek - saya
3)hang - kamu/awak
4)tak tau - tidak tahu
5)tak mau - tidak mahu
6)keluaq - keluar
7)habaq - beritahu

Fauzi D20071028978 berkata...

Assalamualaikum wbt.....
En Razali,
Keluarga Bahasa Nusantara mempunyai 200-300 kelompok bahasa. Ia meliputi kawasan Formosa di utara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat. Keluarga bahasa ini terbahagi kepada beberapa golongan seperti golongan Filipina, Sumatera
Jawa Kalimantan,Bali Sasak,Gorontalo,Tomini,Toroja,Loinan,Bangku Laki,Sulawesi Selatan,Monu-Butung,Bima Simba, Ambon Timur, Sula-Bachan dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahsa Melayu dijadikan Lingua Franca semasa zaman Kesultanan Melayu. Melalui perhubungan diplomatik dan perdagangan bersama pihak luar, penyebaran dan pengunaan bahasa Melayu semasa Zaman Kesultanan Melayu dilihat aktif.

2) Bahasa Melayu Johor(Dialek Muar- Melaka).
Daerah Muar terletak di Utara Negeri Johor dan bersempadan dgn Negeri Melaka. Cara dan dialek perhubungan mereka hampir serupa. Ia dapat dilihat melalui beberapa contoh;

B. Melayu baku Dilek Muar Melaka

Selipar Selipo
Besar Beso
Kecil Kecik
Muar Muo
Jemur jemo

Sekian, wassalam.............

siva berkata...

Salam sejahtera En.Razali...
(D20071029005)

SOALAN 1:
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling banyak kerana bahasa nusantara mempunyai jumlah bahasa iaitu antara 200-300 bahasa.Bahasa Nusantara dibahagi kepada bahasa subkeluarga bahasa Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Farmosa.Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa melayu,bahasa-bahasa bumiputera di Sarawak(kecuali bahasa bisaya),bahasa-bahasa di Kalimantan,bahasa Aceh,bahasa Minangkabau,bahasa lampung,bahasa batak,nias,orang laut dan bahasa-bahasa di kepulauan Indonesia.Manakala kelompok Filipina-Farmosa pula terdiri daripada bahasa-bahasa di Filipina seperti Tagalog,Bisaya,Sulu,Bikol,bahasa bumiputera di Sabah dan bahasa di Brunei(kecuali bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh).Secara umumnya,bahasa Nusantara merupakan kelompok bahasa yang terbesar dengan kawasannya meliputi Farmosa di utara,Maluku di timur,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di Barat.

SOALAN 2:
Dialek dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard.Variasi bahasa ini digunakan dalam satu dearah atau oleh sesuatu kelas sosial tertentu.Dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perhubungan kekeluargaan dan pergaulan harian.Sebagai contoh,salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek utara.Dialek utara atau dialek Kedah ini meliputi kawasan Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak Utara.Dialek ini dapat dibezakan dengan bahasa baku dari segi sebutan,kosa kata dan kata ganti nama diri.

i)Sebutan
Bahasa Baku=air
Dialek Utara=ayaq

ii)kosa kata
Bahasa Baku=pergi kenduri
Dialek Utara=pi kenduri

iii)kata ganti nama diri
Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Bahasa Baku=awak
Dialek Utara=hang

Kata Ganti Nama Diri Ketiga:
Bahasa Baku=mereka
Dialek Utara=hangpa,depa

Selain itu,dari segi lagu bahasa pula didapati orang Kedah biasanya bertututr lebih cepat berbanding dengan orang Negeri Sembilan.

margaret berkata...

1. Bahasa nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang paling besar kerana bahasa nusantara terbahagi kepada banyak golongan .Malah cabang nusantara mempunyai kira-kira 200-300 bahasa.Antara golonganya ialah golangan Filipina,Sumatera,Jawa,Kalimantan,Bali-Pasak,Gorontalo,Tomini Toraja,Loinang, Bunki, Sulawesi Selatan ,Bima-Sumba, Muna-Butung ,Ambon-Timur, Sula-Bacon, dan Halmahera Selatan - Iran Jaya .Golongan-golongan ini boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan lagi.Jika dibandingkan dengan cabang rumpun bahasa Austranesia yang lain misalnya Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia ,memang idak dapat dinafikan bahawa bahasa nusantara mempunyai keluarga yang besar.
2. Bahasa Iban merupakan salah satu dialek yang terdapat di Malaysia .Bahasa ini dituturkan oleh kaum Iban yang tinggal di Sarawak.Jadual di bawah ini menunjukkan perkataan bahasa Iban yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

B. iban - B.melayu
Ginti - Joran
Langkau - Pondok
Sangkuh - Lembing
Kibung - Kelambu

SITI NOOR WIDAYU BINTI MOHD UNTONG(D 20071029033) berkata...

bahasa nusantara dikatakan mempunyai kelompok bahasa paling besar kerana berpunca dari masyarakat Austrenesia yang tersebar luas di seluruh krpulauan melayu dan lautan pasifik. Kelompok bahasa ini merangkumi pulau - pulau Asia Tenggara dan sebilanagan wilayah benua yang berjiran yang bahasa - bahasa Malayo Polinesia serta budaya - budaya yang terutama. dari sudut pandanagan ini ( termasuk tanah besar Malysia) .Filipina , dan pulau- pulau Indonesia.Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga yang bernama keluarga bahasa Austris.cabang nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu 200 - 300 bahasa. bahasa - bahasa ini di golongkan kepada golongan Filipina, golongan Sumatera, golongan Toraja , golongan Loinang, golongan Bunku - Laki, golongan Sulawesi selatan, golongan Muna - Butung, golongan Bacon dan halmahera Selatan - Irian Jaya.bahasa melayu juga salah satu daripada kira - kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.

dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. contoh dialek yang biasa di dengan di Johor ialah dialek Muar- Batu Pahat iaitu besar - beso, lapar - lapo.

nor hasrik bin muhamad (D20071029041) berkata...

Assalamualaikum En.Razali
SOALAN 1:
Bahasa Nusantara dikatakan kelompok terbesar disebabkan kawasannya membentangi dari Farmosa di Utara ke kepulauan Filipina dan Maluku yang merupakan sempadannya disebelah timur dan Pulau Timur di Selatan, sedangkan disebelah barat di Madagaskar.
Kawasan penyebaran bahasa Nusantara dianggap sebagai kawasan pusat bagi keseluruhan kawasan Austronasia di atas beberapa sebab:
a)keluarga nusantara lebih banyak pecahannya daripada mana-mana bahasa dalam cabang Austronasia.
b)bahasa di Kepulauan Melayu memplihatkan perkembangan yang sangat pesat dari segi bentuk bahasanya.
C)Bahasa melayu juga digunakan sebagai bahasa Kebangsaan di Malaysia,indonasia,Brunei,dan Sigapura.
Selain itu juga, sejak awal kurun masihi lagi kawasan Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan para pedagang dari Arab dan dari India dan dari negara-negara barat ke Timur, seterusnya bahasa melayu menjadi "lingua franca"
Kerajaan yang besar yang pernah memerintah dalam alam Austronasia semuanya terdapat di kawasan Nusantara .Sebagai contoh kerajaan Sriwijaya,Melayu-Jambi, Majapahit,Brunie,Melayu Melaka dan Melayu Johor

SOALAN 2:
Dialek mengikut Dewan ialah kelainan bahasa yang digunakan ditempat(daerah) tertentu sahaja.
Dialog Jawa.
a)sampean/siro/riko : awak
b)kangen :rindu
c)jalok ngapuro :minta maaf

bassri berkata...

Assalamualaikum My Boss...
Bahasa nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling besar iaitu 200-300 bahasa.Golongan ini dibahagikan kepada golongan tertentu seperti Bhsa Sumatera,Bhsa Jawa,Bhsa Klimantan,Bhsa Filifina,Bhsa Bali-Sasak,Bhsa Sulawesi Selatan,Bhsa Halmahera Irian Jaya.
Hal ini berlaku kerana Nusantara adalah sebuah kawasan yang luas.Oieh yang demikian,bhsa-bhsa ini menjadi Lingua Franca dikawasan tertentu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. contoh dialek pahang.
1) tohor- cetek
2) kawan- saya
3) saing- kawan
4) tampo- tampar
5) dok- tidak

kurosaki eric berkata...

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa Kuno,iaitu nusa(pulau) dan antara(lain).Dalam penggunaan bahasa moden,istilah Nusantara merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi Kepulauan Indonesia,Malaysia,Singapura,bahagian yang paling selatan Thailand,Filipina,Brunei,Timor Timur dan mungkin juga Taiwan namun tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.Istilah padanan untuk 'Nusantara' dan Bahasa Melayu ialah Alam Melayu dan bahasa Indonesia ialah 'Nusantara' walaupun istilah ini kini digunakan secara meluas di Malaysia.
Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian Keluarga Bahasa Melayu-Polinesia termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina,bahasa Jawa(Pulau Jawa),Bahasa Melayu(Malaysia),Singapura dan Brunei(Bahasa Melayu).Nusantara yang terletak di sebelah barat Austronesia disebut Hesperanesia dan dipercayai mempunyai 200-300 bahasa(dikelompokkan).Dengan bukti-bukti yang dipaparkan,tidak hairanlah bahasa Nusantara mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.

Dialek dipengaruhi oleh faktor kedudukan geografi.Saya lebih suka memilih Dialek Terengganu.Antara contoh ayat dan perkataan ialah;

AYAT
1)'mu nok makang dok?'(awak hendak makan tak?)
2)'mu nok gi mane?'(awak hendak pergi ke mana?)

PERKATAAN
1)SOKMO-selalu
2)BOLOK-serabut
3)GHOYAK-cakap
3)GUANE-bagaimana
4)PITIH-duit
5)YAA-ringgit(2 ringgit-2 yaa)
6)SAMAH-50 sen
7)MENATANG-binatang
8)GOH-sungguh

mariam D20071028981 berkata...

Assalamualaikum Encik Razali,

1)Bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang besar kerana mempunyai cabang bahasa yang paling besar antara 200 hingga 300 bahasa. Ia dikelompokkan mengikut kawasan dan dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu. Antaranya ialah:
a) Golongan Filipina
b) Golongan Sumatera
c) Golongan Jawa
d) Golongan Kalimantan
e) Golongan Bali-Sasak
f) Golongan Tomini
g) Golongan Toraja
h) Golongan Loinang
i) Golongan Bunku-Laki
j) Golongan Sulawesi Selatan
k) Golongan Muna-Butung
l) Golongan Timur
m) Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya


2)Di antara semua dialek Melayu di Semenanjung hanya dialek Kedah yang memperlihatkan geseran anak lelangit yang bersuara. Pasukan peneliti menamakannya "getar uvular". Contohnya:
a) Daghah-Darah
b) Keghin-Kering
c) Jaghum-Jarum

Terdapat kata-kata yang biasanya dianggap sebagai kata-kata yang khas dalam dialek Kedah, Contohnya:
a) Awat-Mengapa
b) Kat-Kepada
c) Lagu-Cara, Metode
d) Lencun-Basah kuyup
e) La ni-Sekarang ini, Kini
f) Mai-Datang
g) Menyoghok-Sarapan
h) Sat-Sekejap lagi

Nur Fara Elia berkata...

Soalan 1
Cabang bahasa Nusantara dikatakan mempunyai jumlah bahasa yang paling besar iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Bahasa- bahasa ini dapat dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu. Golongan-golongan ini pula dibahagikan kepada 16 golongan utama.
Golongan pertama ialah golongan Filipina yang terdiri daripada bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau dan Tombulu. Golongan Sumatera terdiri daripada bahasa Aceh, bahasa-bahasa Batak seperti Karo, Toba, Angkola-Mendailing. Selain itu, bahasa ini juga terdiri daripada bahasa Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung dan Orang Laut. Golongan Jawa terdiri daripada bahasa Sunda, Jawa dan Madura. Golongan Kalimantan terdiri daripada bahasa Iban, Kenya-Kayan dan Melanau. Golongan Bali-Sasak terdiri daripada bahasa Bali, Sasak dan Sumbawa. Golongan Gorontalo iaitu bahasa Bulanga, Kaidipan, Gorontalo dan Buol. Golongan Tomini iaitu bahasa Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa dan Dampelasa. Golongan Toraja iaitu bahasa Kaili, Bare’e dan Wotu. Golongan Loinang iaitu bahasa Loinang dan Banggai. Golongan Bunku-Laki iaitu bahasa Laki, Landawe, Mori dan Mapute. Golongan Sulawesi Selatan iaitu bahasa Makasar, Bugis dan Seko. Golongan Muna-Butung iaitu bahasa Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa dan Wolio. Golongan Bima-Sumba iaitu bahasa Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro’e dan Kupang. Golongan Ambon-Timur terdiri daripada bahasa Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram dan Bandar. Golongan Sula-Bacon pula terdiri daripada dialek-dialek Taliabo, Sula dan bahasa Bacon. Manakala golongan terakhir iaitu golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya terdiri daripada bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
Disini, jelaslah bahawa bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa yang terbesar berdasarkan bukti-bukti yang ada



Soalan 2

Menurut Kamus Dewan, dialek ditakrifkan sebagai kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku. Dialek juga dikenali sebagai bahasa daerah atau loghat yang digunakan dalam percakapan sesuatu daerah atau bahagian negeri.
Saya memilih dialek Johor. Dialek Johor terbahagi kepada 3 subkawasan. Subkawasan yang pertama merupakan subkawasan Johor yang meliputi sebahagian besar negeri Johor dari utara hingga selatan. Subdialek ini dinamakan subdialek Johor Bahru. Subkawasan yang kedua ialah subkawasan Muar-Batu Pahat yang membentang hingga ke Melaka Selatan. Subdialek ini dinamakan sebagai subdialek Muar-Batu Pahat. Subkawasan yang ketiga iaitu subkawasan Mersing.
Contoh subdialek Johor Bahru :
Cabot-cabut
Leba- lebar
Koto-kotor

Contoh subdialek Muar-Batu Pahat:
Bako- bakar
Beso- besar

Contoh subdialek Mersing:
Baqeq-baik
Buqah-buah
Periqok-periuk

ೊ۩ೊ sHu_MaNsHu ೊ۩ೊ berkata...

SHUHAILA D20071028996
SOALAN 1
Bahasa nusantara ternyata mempunyai keluarga yang besar kerana bahasa ini bermula dengan rumpun austronesia barat yang melahirkan bahasa indonesia. keluarga bahasa indonesia ini kemudian dipecahkan kepada subkeluarga indonesia pusat dan farmosa-filipina.
keluarga bahasa nusantara dapat dibahagikan kepada bebeapa golongan iaitu:
1. sumatera melayu= acheh, batak, minangkabau,dan nias.
2. jawa pesisir= sunda, madura, jawa timur, dan jawa.
3. kalimantan= melayu, dayak, bisaya, murut, dusun dan bajau.
4. sulawesi selatan= sulawesi utara dan sulawesi tengah.
5. nusa tenggara= bali dan bahasa melayu kampung.
6. maluku= bahasa melayu, bahasa goram, bahasa sula
7. bali-sasak= bali, sasak, sumbawa.
8. tomini= tomini, tolitoli timini, umalasa.
9. toroja= kaili, bare'e, wotu
10. lainang= loinang dan banggi
11. bunku laki= laki, landawe, mori, mapute.

bahasa nusantara ternyata mempunyai keluarga yang besar kerana mempunyailebih kurang 200 hingga 300 bahasa dalam kelompok bahasanya.

SOALAN 2
malaysia mempunyai banyak dialek walaupun penuturnya dalam kalangan kaum atau bangsa yang sama.
salah satu dialek yang dipilih oleh saya adalah dialek kedah atau lebih spesifik lagi iaitu dialek petani-sik.perbezaan dapat dilihat dari segi bunyi sebutan.
1. tido=tidur
2. ket=kait
3. ken=kain
4. toh=cetek
5. catuk=duduk
6. pekan nat= pekan hari
7. mai= mari

anisah berkata...

Soalan 1:
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana kelompok bahasa ini mempunyai lebih kurang 200 hingga 300 bahasa dan mempunyai 16 golongan bahasa.Antaranya ialah golongan bahasa Sumatera,Filipina,jawa,Kalimantan,Bali-Sasak,Sulawesi Selatan,Gorontalo,Tomini,Loinan,Toroja,dan Bangku Laki.Bahasa ini juga turut menjadi Lingua Franca dan penyebaran bahasa yang luas membolehkan bahasa Nusantara tersebar di kepulauan Melayu serta di gunakan oleh pedagang-pedagang Eropah,Cina dan India.Penuturnya pula merangkumi kawasan utara(Farmosa),timur maluku,Selatan (Pantai Timur),Barat(madagaskar).
Oleh itu,keluasan wilayah nusantara membolehkan Bahasa Nusantara menerima banyak pengaruh menjadi bahasa keluarga nusantara yang paling luas.

Soalan 2:
Salah satu dialek bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia ialah dialek pahang.Contohnya:

saya - koi,keh,kome
awak - aok
awak semua - deme
biar kan saja - biokelantok

anis_nisa87@google.com.my berkata...

Nisa -d20071029044

assalamualaikum...cik razali


Soalan no.1... Bahasa Nusantara dikatakan bahasa terbesar kerana terdapat lebih kurang 200-300 bahasa dalam bahasa Nusantara ini. Bahasa Nusantara ini boleh di bahagikan kepada kelompok-kelompok dan tiap-tiap satu kelompok itu pula boleh dibahagikan lagi. Secara kasar kita boleh menghasilkan kelompok seperti kelompok Filipina dan kelompok Indonesia pusat.Golongan Filipina terdiri daripada Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau,dan Tombulu.Golongan Sumatera pula terdiri daripada Acheh, bahasa-bahasa Batak (Karo,Toba,Agkola-Mendailing). Kelompok Indonesia pusat pula terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Sarawak, Kalimantan, dan pulau-pulau Indinesia lainnya.Golongan Sulawesi Selatan adalah Makasar, Bugis,dan Seko.


Soalan no.2
Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Kelantan. Negeri Kelantan terdiri daripada beberapa daerah iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Ulu Kelentan dan Pasir Putih. Di antara beberapa subdialek yang terdapat di Kelantan itu, subdialek Kota Bharu dianggap subdialek yang standart.Contoh dialek di Kelantan adalah

KB - BS
male - malam
maha - mahal
mawa - mawar
pitih - wang
reboh - terjatuh
katok - pukul/katak
baeq - baik
cuiq - cuit
reng - tenaga
samah - 50sen
bakpo - kenapa
gapo - apa
blace - belancan

elizabeth berkata...

SOALAN 1
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana bahasa ini menurut kajian,bahasa ini mengandungi lebih kurang 200 hingga 300 bahasa.Dalam kelompok bahasa Nusantara ini pula,terdapat 16 golongan bahasa.Antaranya ialah golongan Filipina,golongan Sumatera,golongan Jawa,golongan Kalimantan,golongan Bali-Sasak,golongan Gorontalo,golongan Tomini,golongan Toraja,golongan Loinang,golongan Bunku-Laki,golongan Sulawesi Selatan,golongan Muna-Butong,golongan Bima-Sumba,golongan Ambun-Timur,golongan Sula-Bakun dan golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya.Oleh sebab itu,bahasa Nusantara ini dikatakan mempunyai keluarga yang luas.

SOALAN 2
Saya memilih dialek Bidayuh,iaitu salah satu dialek yang tergolong dalam Dayak Darat.Dialek Bidayuh ini pula terbahagi kepada beberapa jenis mengikut kawasan seperti Bidayuh Padawan,Bau dan Serian.Saya memilih Bidayuh Padawan.Bidayuh Padawan ini pula terdiri daripada Pinyawak,Biatah,Biannah,Biya dan Emperoh.Antara contoh perkataan-perkataannya ialah;
1.Pinyawak-'Kuu ra duk kapi?'Maksudnya,'Awak nak pergi ke mana?'
2.Biatah-'Ja ata di ka banduong.'Maksudnya,'Jom kita pergi ke tandas.'
3.Biannah-'Aku nakit jabung natih kuu.'Maksudnya,'Saya betul-betul rindukan awak.'
4.Biya-'Awuk duh nuh gasak taweh,tek jipeh muk ruruh.'Maksudnya,'Jangan asyik ketawa,nanti gigi awak semua terjatuh atau tercabut.'
5.Emperoh-'Susuok ajeh tawak pungang.'Maksudnya,'Cicak itu mengejar nyamuk.'

hasnah87@google.com.my berkata...

Assalamualaikum,En.Razali...
(D20071029101)

Soalan 1

Bahasa Nusantara dikatakan antara bahasa yang mempunyai kelompok keluarga yang luas di dunia.Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilikukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa.Mengikut kajian ini,terdapat antara 200-300 bahasa di Kepulauan Nusantara.Bahasa-bahasa ini terbahagi kepada 16 golongan bahasa yang walaupun sedikit berbeza tetapi masih terdapat persamaan antara bahasa-bahasa ini.Antara golongan bahasa yang ada ialah golongan Sumatera,Kalimantan,Jawa,Filipina,Farmosa dan sebagainya.Bahasa-bahasa ini walaupun berbeza tetapi masih terdapat persamaan dari segi sebutan atau ejaan bagi beberapa perkataan.Contohnya perkataan 'anak'.Bahasa Sumatera dan Filipina mempunyai persamaan dari segi sebutan dan ejaan.Walau bagaimanpun,hari ini dipercayai bahawa terdapat segelintir bahasa dalam keluarga Nusantara yang telah lenyap.Hal ini kerana tiada perkembangan dalam masyarakat tersebut dan akhirnya masyarakat ini lenyap bersama bahasanya yang tidak sempat dipelajari dan didalami oleh masyarakat lain.Sekian.......


Soalan 2

Malaysia terdiri dari beberapa buan negeri seperti Selangor,Perak,Johor dan Kelantan.Negeri-negeri ini kaya dengan dialek-dialeknya yang tersendiri.Antara dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Kelantan.Dialek Kelantan pula mempunyai perbezaan mengikut daerah-daerah tertentu.Dialek Kota Bharu (KB) dikatakan dialek yang paling standart.Antara dialek KB yang boleh dibandingkan dengan bahasa standart (BS) ialah:


KB - BS
demo - awak
kawe - saya
jale - jalan
make - makan
jupo - jumpa
bose - bosan
gula - gulai
gulo - gula


Sekian,terima kasih........

magnus berkata...

SOALAN 2

SALAM SEJAHTERA ENCIK RAZALI.....
Bahasa iban merupakan salah satu bahasa yang terdapat di malaysia. Bahasa iban dituturkan oleh masyarakatiban di sarawak khususnya suku kaum iban, dialek bahasa iban boleh dikatakan tidak mempunyai perbezaan yang begitu ketara dengan bahasa melayu. Contohnya bagi perkataan “makan” bagi bahasa melayu disebut “makai” dalam bahasa iban. “Pinggan”pula disebut “pinggai”. Namun begitu, dialek bahasa iban dapat kita bezakan melalui loghat yang bergantung kepada kawasan suku kaum itu tinggal. Sebagai contoh, di kawasan bahagian Kuching, “dia” (di situ) disebut “diak” manakala bagi kawasan bahagian Betong, suku kaum iban di kawasan tersebut menyebut perkataan itu “diok” .”Ka”(hendak) bagi suku kaum iban di kawasan bahagian Kuching menyebutnya sebagai “kak”manakala bagi kawasan bahagian Betong,suku kaum iban di situ menyebutyna dengan sebutan “kok”.Oleh itu dapat kita simpulkan di sini bahawa dialek bahasa iban dapat dibezakan melalui loghat bagi sesuatu kawasan tersebut

Fadzli Isman berkata...

Mohd Fadzli D20071028993
Assalamualaikum...
Soalan 1
mengapakah bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar. Jelaskan

Nusantara juga disebut 'Hesperanesia'.Hespera bererti Barat. Nesia bererti Pulau.Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai jumlah keluarga yang paling besar kerana mempunyai cabang bahasa yang paling banyak iaitu 200-300 bahasa. Bahasa Nusantara terbentang luas merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei,Singapura, Filipina, selatan Thai,Malagasi dan Farmosa. Bahasa-bahasa yang dituturkan ini memiliki unsur-unsur persamaan antara satu sama lain.

Keluarga Nusantara merupakan pecahan rumpun Austronesia. Keluarga Nusantara terbahagi kepada beberapa kelompok iaitu: 1.Filipina,
2.Sumatera sepertiAcheh, Gayo, Alas, Betawi, Melayu, Minangkabau Batak.
3.Kalimantan seperti Melayu, Dayak, Melanau, Bisaya, Murut, Dusun, Bajau, Kenyah dan Kayan.
4. Bahasa di pulau Jawa dan Madura seperti Melayu Jakarta,Madura, Jawa, Osing, Sunda.
5.Nusantara Tenggara Barat
6.Nusa Tenggara Timur dan Timor Timur.
7. Sulawesi

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai bahasa yang paling besar kerana di bawahnya sahaja sudah terhimpun 5 subkeluarga bahasa iaitu bahasa sumatera, bahasa filipina ,jawa kalimantan dan bali sasak. Di samping itu, subkeluarga ini pula merangkumi ratusan subkeluarga bahasa yang lebih kecil. Sebagai .contoh di bawah subkeluarga sumatera terdapat subkeluarga melayu,nias,acheh dan sebagainya.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa Bahasa Nusantara merupakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar.



Pilih satu dialek yang terdapat di Malaysia dan kemukakan beberapa contoh.

Antara dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Jawa yang digunakan di beberapa kawasan di Johor dan Selangor. Antara contoh bahasa Jawa ialah:
1. mangan=makan
2. turu= tidur
3. wedang= minuman
4. lelaki= lanang
5. ngombe= minum

HALIMI-D20071028984 berkata...

Assalamualaikum En.Razali...

Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana jumlah bahasa yang terdapat di Nusantara antara 200 hingga 300 bahasa yang tersebar di Formosa,Timor-timor,Maluku dan Madagasca.Antara golongan bahasa yang terdapat di Nusantara ialah bahasa Filipina,Pulau Jawa,Sumatera,Kalimantan,Sulawesi,
Halmahera,Bima-Sumba,Pulau Bali,Gorontolo,dan Bunku.Walaupun terdapat 200 hingga 300 bahasa di Nusantara namun ia berpunca dari satu bahasa iaitu bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno berpecah disebabkan oleh;
1)keadaan geografi/setempat
2)proses asimilasi
3)pengaruh budaya dan alam sekeliling.


Dialek juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti keadaan geografi,proses asimilasi dan sebagainya.Dialek Melaka juga berbeza dengan dialek negeri-negeri lain.Contohnya;

1)Tikar-Tikau
2)Ular-Ulau
3)Besar-Besau
4)Pagar-Pagau
5)Lapar-Lapau

Sekian sahaja dari saya sebagai
renungan kita bersama.Assalammualaikum...

m i a berkata...

Assalamualaikum

SOALAN 1

Menurut Profesor Asmah Hj. Omar dalam buku 'Susur Galur Bahasa Melayu', beliau menyatakan antara 4 keluarga dalam rumpun Austronesia, keluarga bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa yang paling banyak bilangan bahasanya. Kawasan penyebaran bahasa – bahasa Nusantara dianggap sebagai kawasan pusat bagi keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab iaitu, pertama, keluarga ini melebihi mana – mana keluarga dari jumlah bahasa dan sebab kedua, bahasa – bahasa dalam keluarga ini memperlihatkan perkembangan yang sangat pesat dari segi bentuk – bentuk bahasanya. Jumlah sebenar bahasa yang terdapat dalam keluarga Nusantara ini tidak dapat dipastikan. Ismail Hussein dalam bukunya yang bertajuk 'Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsan Kita', menyatakan terdapat sekurang -kurangnya 150 bahasa dalam keluarga Bahasa Nusantara ini. Namun, buku 'Tatabahasa Dewan Edisi Baharu' ada menyatakan bahawa cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira - kira 200 hingga 300 bahasa.Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:

Golongan Filipina: umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu

Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut

Golongan Jawa: umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura

Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau

Golongan Bali- Sasak: umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa

Golongan Sulawesi Selatan: umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko

Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.

Penemuan kapak tua yang diperbuat daripada batu yang terdapat di Nusantara dan kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik yang memperlihatkan persamaan perkataan di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas menunjukkan perkembangan bahasa yang pelbagai di Nusantara. Kesimpulannya, bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar adalah kerana terdapat banyak persamaan yang dikenalpasti antara bahasa – bahasa tersebut.

SOALAN 2

Dialek Melaka ialah dialek yang dituturkan di sekitar bandar Melaka dan di sebahagian Melaka Tengah. Dari segi perbendaharaan vokal, dialek Melaka memperlihatkan persamaan dengan subdialek Johor, iaitu 6 vokal yang kesemuanya merupakan vokal kardiner primer ( i, e pepet, e taling, a, u, o ). Cuma, diftong 'aw' akhir kata lebih kerap berlaku dalam dialek ini disebabkan '-aw' sejajar dengan '-ar' akhir kata dalam bahasa standart. Dalam dialek Melaka, pengguguran 'r' itu mengakibatkan pendiftongan pada vokal sebelumnya dan menghasilkan 'aw'.

Contoh :
Dialek Melaka BM Standart
bakaw bakar
tikaw tikar
lapaw lapar

asiyah berkata...

(A)
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang besar kerana kelompok bahasa ini mengandungi lebih kurang 200-300 bahasa dan kelompok bahasa ini terdiri daripada pelbagai golongan bahasa iaitu golongan Filpina, Farmosa, Sumatera, Jawa,Kalimantan, Bali sasak, Gorontalo, Tomini, Toroja, Loinan, Bangku laki, Sulawesi Selatan, Muno-Butung, Bima sumba, Ambon Timur, Sula-Bachan,dan Halmahera Selatan-Irian Barat. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Nusantara mempunyai penutur yang ramai jika dilihat daripada pembahagian rumpun bahasa yang telah diklasifikasikan.

(B)
Setiap negeri di Malaysia mempunyai dialek yang tersendiri.Negeri Kelantan juga tidak terkecuali.Berikut disertakan contoh perkataan daripada dialek negeri Kelantan:

1. Pagar : paga
2. Ular :ula
3. Kapal : kappa
4. Besar : besa

eita berkata...

assalamualaikum En.Razali..
soalan 1
Bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling besar kerana mempunyai cabang bahasa Nusantara antara 200-300 bahasa.Secara fakta,bahasa Nusantara berada di bawah rumpun Austronesia dan dipecahkan lagi kepada 4 keluarga iaitu Melanesia,Mikronesia,Polinesia,dan juga bahasa Nusantara itu sendiri.
Bahasa Nusantara mempunyai 16 sub golongan iaitu Filipina,Sumatera,Jawa,Kalimantan,Bali Sasak,Gorontalu,Tomini,Toroja,Loinen,Bangku Laki,Sulawesi Selatan,Muno Buntung,Bima Simba,Ambon Timor,Sula Bachan,dan Halmahera Selatan Irian Jaya.
Kesimpulannya,bahasa Nusantara terdapat ramai penutur kerana mempunta keluarga bahasa yang besar.Ini kerana bahasa ini tergolong dalam keluarga Austronesia dalam rumpun Austris.

soalan 2
dialek yang ini saya kongsikan disini adalah dari negeri asal saya sendiri iaitu perlis.
1)air-ayeq
2)jalan raya-batas
3)basikal-gherek
4)nampak-kelih
5)banjir-bah
Sekian,terima kasih...

erna berkata...

Assalamualaikum..En. Razali.

1) Bahasa Nusantara dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga yang luas kerana bahasa nusantara mengandungi 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan golongan Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut. Umumnya bahasa ini dipecahkan kepada bahasa melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Sejarah telah membuktikan bahasa ini telah menjadi lingua franca iaitu bahasa perhubungan suatu masa dahulu. Di sini jelas menunjukkan bahawa bahasa Nusantara mempunyai keluarga yang luas.


2) Salah satu dialek yang terdapat di Malaysia ialah dialek Kelantan. Dialek ini dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dan menduduki Kelantan. Terdapat beberapa jajahan atau daerah pentadbiran di Kelantan, antaranya ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tumpat, Jeli, dan sebagainya. Setip daerah mempunyai perbezaan dialek antara satu sama lain namun perbezaan tersebut hanyalah perbezaan yang kecil sahaja. Dialek Kelantan jelas dapat dilihat dari segi perbezaan penyebutannya. Contohnya:

1) Hitam ~ ite
2) Kerbau ~ kuba
3) Sampai ~ sapa
4) Rambutan ~ mo’te
5) Sayang ~ saye
6) Habis ~ habeh

Sekian, terima kasih…