Selasa, 10 Julai 2007

Asal usul bangsa Melayu

Mengapa asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana

139 ulasan:

deq wan berkata...

DEQ WAN...D20071029095.....Assalamualaikum En Razali....
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
Daripada teori atau kajian dikemukakan inilah kita dapat melihat mengapa asal usul bangsa melayu masih menjadi pendebatan para sarjana.terlalu banyak teori akan tetapi bila dilihat dengan lebih teliti,teori bahawa bangsa melayu berasal dari utara mempunyai kelogikan yang lebih.....sekian...terima kasssssihhhhhhhhh

Habib_D20071029100 berkata...

Assalamualaikum Encik Razali,
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Hal ini kerana hujah-hujah yang diberikan mempunyai bukti yang sepadan. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
* Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
* Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

=== Teori Yunnan ===
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
#Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
#Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
#Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,Madiana & Hasnah, 2000. ''Pengajian Malaysia'', Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150 adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

=== Teori Nusantara ===
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
# Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
# K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
# Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
# Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

mira(D20071029055) berkata...

assalamualaikum...
asal usul orang melayu sukar ditentukan.secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul orang melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.
Teori Yunnan ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H geldern,J.H.C Kern, J.R Foster dan lain-lain.Alasan yang menyokong teori ini ialah Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Perkara ini menunjukkan ada migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.Ada yang mengatakan "nenek moyang" orang melayu itu berasal daripada Yunnan.Berdasarkan teori ini dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama iaitu perpindahan orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Teori Nusantara pula disokong oleh sarjana seperti J.C Crawfurd, K.Himly, Sultan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf.Teori ini mengatakan bangsa melayu dan bangsa Jawa mempunyai Tamadun yang tingga pada abad ke sembilan belas.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. perkara ini menunjukkan orang melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.Manusia kuno Humo Soloinensis dan Humo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno yakni berasal daripad Jawa dan mewujudkan tamadun sendiri..sekian, wasalam.

ayu (D20071029085) berkata...

Assalamualaikum, Encik Razali...
Asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.
Terdapat dua teori mengenai asal usul orang Melayu yang diutarakan oleh para sarjana iaitu teori Asia Tengah dan Nusantara.Teori Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian Selatan China(Yunnan).Kelompok Melayu pertama yang sampai ke Nusantara dinamakan Melayu-Proto.Penghijrahan kelompok ini berlaku dari utara (bahagian Selatan China)ke Selatan.Kelompok ini dikatakan menduduki Nusantara sekitar tahun 2000SM.Pada peringkat awal hipotesis,perpindahan kelompok Melayu dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin (1892).Selepas itu dikukuhkan lagi oleh Geldern(1932).Beliau telah membuat kajian tentang beliung bersegi yang ditemui di Sungai Hwang Ho,Sungai Yangtze,Sungai Mekong,Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputra.Beliau mendapati bahawa bentuk dan jenis beliung yang sama telah dijumpai di beberapa kawasan Nusantara.Jadi beliau telah membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Pada 1500SM,kelompok Melayu kedua iaitu Melayu-Deurto telah datang ke Nusantara.Kedatangan kelompok ini telah menyebabkan Melayu-Proto berpindah ke pedalaman.Kelompok ini masih wujud sehingga kini dan keturunan mereka dikenali sebagai orang asli Negrito,Senoi,Jakun,dan Temuan.
Kelompok Melayu-Deurto dikatakan mempunyai peradaban lebih tinggi daripada Melayu-Proto.Golongan ini lebih pandai dan berkemahiran dibandingkan dengan Melayu-Proto.Mereka membina petempatan di pesisir pantai dan menetap di situ serta mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang pelayaran.Dengan kemahiran yang ada,mereka telah membuka petempatan baharu di Kepulauan Melayu dan kawasan tersebut terus berkembang.
Bagaimanapun,hipotesis pertama agak meragukan dari segi tarikh berlaku penghijrahan.Dikatakan bahawa tarikh penghijrahan kedua-dua kelompok ini bercanggah dari bukti arkeologi bahawa manusia moden telah menghuni alam Melayu sejak 35000 tahun yang lalu.Malah,tiada kesamaan dari segi bahasa pertuturan dan kebudayaan yang asas antara kelompok Melayu dengan penduduk selatan China dan tiada satu pun ciri persamaan dengan rumpun Melayu.
Hipotesis yang kedua pula menunjukkan bahawa bangsa Melayu berasal dari Nusantara.Menurut teori Nusantara yang didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Cawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf menyatakan bahawa teori ini disokong dengan alasan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan lama.Jelasnya,perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.Selain itu,manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun sendiri.
Jelaslah di sini bahawa asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan kerana bukti kesahihannya masih belum dijumpai dan teori yang dikeluarkan oleh para sarjana tidak kukuh menyebabkan teori mereka boleh disangkal dan diperdebatkan.

ummi berkata...

D20071029076.
Asal-usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan kerana ianya merupakan perkara yang sukar untuk dijelaskan.Perbagai teori dijalankan untuk menjelaskan perkara ini tetapi tiada kata sepakat dari para sarjana.terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Teori Yunnan ini di sokong oleh para sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C Kern dan juga Asmah Hj Omar.penemuan kapak tua mirip kapak tua di Asia Tengah di jumpai di kepulaun Melayu.Adat resam bangsa melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam.teori Nusantara pula di sokong oleh J.Crawford dan K.Himly.Teori ini di sokong dengan alasan bahasa melayu dan bahasa jawa tidak berasal dari mana-mana tetapi bersal dari nusantara.Bahasa di Nusantara berbeza dengan bahasa di Asia Tengah(Bahasa Indo-Eropah).
Perkara ini juga berpunca dari bahan-bahan peninggalan asal-usul bangsa melayu yang diperolehi dari semua tempat kajian.lantas menyebabkan perbezaan pendapat mengenai asal-usul bangsa melayu.Sekian....

Syafiqah(D20071029067) berkata...

Assalamualaikum En.Razali.....

Bangsa melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara.Pendapat ini banyak didukung oleh pengkaji dari barat.H.Kern misalnya menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam di bahagian timur negara India.Beliau membuat kesimpulan sedemikian lantaran terdapat persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku di Assam seperti suku Naga di India.

Asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana adalah disebabkan perpindahan yang dari Tanah Yunnan di barat daya China, pada kira-kira 3000-5000 tahun hingga 1500 tahun sebelum masihi.Perpindahan ini dilakukan oleh satu puak bangsa yng diberi nama Melayu Proto.Mereka berpindah dari kawasan pergunungan di barat negara China melalui beberapa laluan seperti dari hulu sungai-sungai di Myanmar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan hujung utara Pulau Sumatera.

Walaupun begitu apabila datang gelombang kedua,perpindahan orang dari Yunnan yang lebih tinggi tamadun mereka,orang melayu Proto ini terpaksa berpindah ke hulu mencari kaesan yang lebih selamat.Perpindahan bagi gelombang kedua berlaku kira-kira 1500 tahun sebelum masihi hingga300 tahun selepas masihi.Mereka dikenali sebagai Melayu Deutro.

Selain itu,asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangn sarjana kerana selain orang melayu Proto dan melayu Deutro,terdapat manusia yang datang dari kumpulan Melanesoid yang tidak sama dengan melayu Porto dan melayu Deutro.Contohnya,penduduk Andaman di Nicobar dan orang Negerito di Semenanjung.

Hal ini turut menjadi perdebatan kerana terdapatnya kerencaman jenis bahasa di Kalimantan dan juga Pulau Irian.Keadaan ini membuktikan bahawa kedua-dua tempat ini menjadi kawasan pusat dua jenis bahasa yang berlainan.Ini bermakna tempat itu adalah daerah induk bangsa yang belainan.

Perdebatan juga berlaku kerana daripada bukti sejarah ada menunjukkan bahawa sebelum orang melayu Proto dan melayu Deutro wujud telah ada petempatan manusia yang telah mantap.Bahkan makhluk purba seperti manusia telah ada di Alam melayu sejak ratusan ribu tahun.Kajian yang dilakukan oleh pakar arkeologi dan kepurbakalan seperti Robert Von Hein,Chester F.Gorman dan seterusnya membuktikan bahawa daerah Asia Tenggara telah lama bertamadun.Prof.Wilhelm G.Solheim percaya bahawa peradaban manusia telh dicipta di Asia Timur endahului Asia Barat.

nor shuhada D20071029035 berkata...

assalamualaikum.........
Asal-usul bahasa Melayu,iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.Walau bagaimanapun,kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno,iaitu nenek moyang orang-orang Melayu.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Mereka datang dari daerah Yunnan dan telah turun dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia iaitu:-
a)Melayu Proto(2500SM)sebagai gelombang pertama
b)Melayu Deutro(1500SM)sebagai gelombang kedua.
Masyarakat gelombang kedua ini mendiami daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara serta berkemahiran dalam pelayaran dan bercucuk tanam.
Pada masa ini,terdapat 2 teori asal-usul orang Melayu iaitu;
1)masyarakat yang berasal dari Asia Tengah
2)masyarakat yang berasal dari Kepulauan Melayu@Nusantara.
Penyokong teori pertama yang terkenal ialah H.R Gelrern.Beliau menggunakan alasan kapak tuan@beliung batu yang dijumpai di Nusantara.Menurut beliau,kapak tuan juga ditemui di sungai-sungaidi India Utara,China,Burma dan Nusantara.Beliau juga percaya bahawa barangan ini dibawa ke Nusantara.Namun begitu,teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.
Antara penyokong teori ke-2 ialah Gorys Keraf.Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara.Menurut beliau,negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina.
Asmah Hj Omar pula mengatakan bahawa Kepulauan Melayu@Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya yang tersendiri.Ada ahli sejarah memanggil penduduk asli itu sebagai Melayu Negrito.Mereka telah ada di Nusantara sejak 8000SM.Mereka ialah nenek moyang orang-orang Melayu Asli dan zaman mereka dinamai sebagai Zaman Batu Pertengahan.
Sultan Takdir Ali Syahbanna menyatakan bangsa-bangsa Melayu terdiri daripada bangsa yang hidup di Asia Tenggara,iaitu di negara Thai Selatan,Malaysia,Singapura,Indinesia dan Filipina Selatan.Bangsa-bangsa ini mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang berlainan daripada bangsa China di Asia Utara dan bangsa-bangsa India di Asia Barat.
Kerajaan Melayu yang pertama dipercayai terletak di daerah Jambi di Sumatera Selatan.Bukti sejarah yang paling tua mengandungi perkataan 'Melayu' ialah dalam catatan I-Tsing yang ditulis sekitar 644M yang menyatakan terdapat kerajaan Melayu yang besar di Sungai Batang,tidak jauh dari Palembang,Sumatera.
Kesimpulannya,asal-usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapatnya percanggahan dalam teori-teori tersebut.
Sekian,terima kasih...............

HASINA D20071O29068 berkata...

Assalamualaikum....
Asal usul orang Melayu masih menjadi bahan perdebatan dalam kalangan sarjana sehingga hari ini.Keadaan ini wujud ekoran daripada wujudnya pelbagai bukti yang menyokong teori masing- masing mengenai asal usul orang Melayu.Sehingga kini wujud dua teori asal usul orang Melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Teori Yunnan ini disokong oleh R.H Geldern,R.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan Asmah Hj. Omar.Teori ini disokong oleh R.H Geldern melalui penemuan kapak tua di Kepulauan Melayu mirip dengan kapak tua di Asia Tengah.Hal ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Nusantara.Namun alasan ini boleh disangkal kerana budaya kapak tua turut ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika mahupun di Eropah pada zaman itu.Alasan kedua yang menyokong teori ini ialah adat resam bangsa Melayu mirip dengan suku Naga di Assam(Burma) berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh J.R Logen.Bukti lain yang menyokong teori Yunnan ialah bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa di Kemboja.Berdasarkan teori ini,migrasi orang Melayu dari Yunnan ke Nusantara berlaku melalui dua gelombang perpindahan iaitu bermula dengan orang Melayu Proto(2500 S.M) dan kemudiannya diikuti Melayu Deutro(1500 S.M).Teori Yunnan ini amat popular yakni diterima umum.Teori Nusantara pula disokong oleh J Crawfurd dan K Himly.K Himly tidak setuju bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa(Kemboja).Baginya,persamaan yang berlaku ialah satu fenomena "ambilan".Bukti lain yang menyokong teori ini ialah bahasa dari Nusantara iaitu bahasa Austronesia berbeza dengan bahasa Indo-Eropah dari Asia Tengah.Berdasarkan perbandingan bahasa yang dibuat oleh J Crawfurd,beliau mendapati bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun di Nusantara. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui Teori Nusantara ialah orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,sebaliknya berasal dari Nusantara dan berkembang ke tempat-tempat lain.Teori ini kurang popular terutama di Malaysia. Sebagai kesimpulannya,kajian yang berterusan harus dijalankan bagi mencari kepastian dan mencapai kata sepakat tentang asal usul orang Melayu..
Sekian wassalam....

JUAR berkata...

JuarD20071029086...SHALLOM.......En.Razali......
Hasil pengkajian para golongan sarjana telah menyimpulkan dua teori ataupun pandangan terhadap kedatangan bangsa dan kewujudan bahasa melayu.Dua pandangan atau teori iaitu teori Yunnan dan teori Nusantara.Di antara golongan sarjana yang berpendapat bahawa bangsa Melayu datang daripada Yunnan ialah R.H.Gelden.J.H.C Kern,J.R foster,J.R Logen,Slametmuljana,dan Asmah HjOmar.Teori ini mengetengahkan penemuan kapak tua yang mirip kepada kapak tua Asia Tengah di Kepulauan Melayu.Hal ini menunjukkan bahawa adanya migrasi bangsa melayu.Sehubungan itu,terdapat juga kajian dalam teori ini yang menyatakan bahawa adat resam bangsa melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam.Dari segi bahasa,dalam teori ini menjelaskan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Kemboja.Penduduk Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong sehingga terdapatnya hubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja.Bagi teori Nusantara,antara golongan sarjana yang menyokong teori ini ialah J.Crowford,K.Himly,Sutan Takdir Alisyahbana,dan Gorys Keraf.Dalam teori ini menyatakan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.Oleh itu alasan inilah yang menjadi faktor bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.Golongan sarjana yang menyokong teori ini menentang pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa(Kemboja).Selain itu,golongan sarjana yang menyokong teori ini juga berpendapat bahawa manusia Kuno Homo Soloimensis dan Homo Wajanensis terdapat d pulau Jawa.Penemuan ini menunjukkan bahawa adanya kemungkinan orang Melayu berketurunan daripada manusia kuno yakni berasal daripada Jawa dan menunjukkan tamadun bersendirian.Dalam teori ini juga, bahasa di Nusantara(bahasa Austronesia)mempunyai perbezaan dengan bahasa di Asia Tengah(bahasa Indo Eropah).Oleh yang demikian,melalui pengamatan terhadap kedua-dua teori ini jelas memperlihatkan bahawa golongan sarjana sememangnya masih lagi memperdebatkan asal usul orang Melayu.Kenapa hal ini menjadi isu perdebatan?Hal ini kerana terdapatnya penemuan prasasti dan peninggalan-peninggalan orang melayu dahulu kala yang berbeza dalam kalangan golongan sarjana.Selain itu,kesimpulan yang dibuat oleh para golongan sarjana terhadap kewujudan asal usul bahasa melayu juga menjadi faktor kepada berlakunya perdebatan dalam kalangan sarjana terhadap asal usul orang melayu.Namun,jika penelitian secara empirikal dijalankan maka lebih banyak golongan sarjana yang menerima teori yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari utara(Asia Tengah).Walau bagaimanapun,pada hakikatnya sehingga kini asal usul masih lagi dikaji asal usulnya sehinggakan perdebatan akan hal tersebut masih berlaku.............sekian.........

azrul berkata...

azrul...D20071029077....Assalamualaikum Encik Razali....
Dalam kalangan sarjana, asal usul orang melayu masih menjadi pendebatan sesama mereka.Sesuatu sukar ditentukan. Walaupun beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,tetapi persefakatan antara sarjana belum diputuskan.
Keseluruhannya, asal usul orang melayu mempunyai 2 teori iaitu teori Yunan dan teori Nusantara.Teori Yunan telah dipersetujui oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldem, J.H.C Kern, J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.
Contoh sebab-sebab yang menyokong seperti;
1. Kapak tua yang mirip kepada kapak Tua di Asia Tengah telah ditemui di Kepulauan Melayu. Hal ini telah bermulanya penghijrahan penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam orang Melayu yang mirip kepada suku naga di daerah Assam yang berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar.
3. Bahasa Melayu yang merupakan serumpun dengan bahasa di Kemboja. Oleh itu, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunan.Hal ini telah menandakan perhubungan antara orang Melayu dengan orang Kemboja.
4. Mengikut teori ini, orang Melayu telah datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu melalui 3 gelombang utama iaitu dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Sementara teori Nusantara pula dipersetujui oleh beberapa sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Kerat.
Contoh sebab-sebab yang menyokong seperti;
1. Orang Melayu dan orang Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke19.Hal ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dari Nusantara.
2. K.Himly berpendapat bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyebut bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa iaitu Kemboja.Persamaan yang berlaku ialah satu fenomena ambilan.
3. Manusia kuno Homo Saloinensis
dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Hal ini bererti bahawa kemungkinan orang Melayu itu berasal daripada keturunan manusia kuno tersebut iaitu dari Jawa serta mewujudkan tamadun sendiri.
4. Bahasa di Nusantara iaitu bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah iaitu bahasa Indo-Eropah.
Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu dipercayai berasal daripada suku etnik Aryan yang berasal dan berhijrah dari pergunungan tanah tinggi Caucassus Asia Tengah kira-kira 5000 sm dahulu.Hal ini berkaitan sewaktu penyebaran anak cucu Nabi Ibrahim a.s. ke seluruh dunia untuk mengembangkan ajaran Tauhid dan mencari penempatan baru bagi orang-orang Aryan.
Penempatan Melayu yang pertama adalah di tanah tinggi di Sumatera sebelum orang Melayu berkembang ke seluruh Asia Tenggara. Perkataan Melayu dipercayai berasal daripada perkataan Malaya iaitu merujuk kepada pergunungan Himalaya yang menganjur dari India sehingga ke Asia Tengah.
Sekian, terima kasih.

SITI NOOR WIDAYU BINTI MOHD UNTONG(D 20071029033) berkata...

Selamat petang En razali.
Asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.Hal ini kerana terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan oleh kalangan sarjana.Teori pertama yang mengatakan orang Melayu berasal dari asia Tengah telah dikemukakan oleh Geldern H.R.Beliau menggunakan alasan penemuan kapak - kapak tuan atau beliung batu ynag dijumpai di sungai - sungai di India Utara,China,Burma dan Nusantara.Namun teori ini lemah kerana kapak - kapak seperti itu juga telah ditemui di amerika dan Eropah.
Penyokong teori kedua pula ialah Gorys Keraf. Beliau mengatakan bahawa orang Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara.Menurut beliau negeri asalorang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina.Asmah Hj Omar pula mengatakan bahawa kepulauan Melayu atau Nusantaramemang mempunyai penduduk aslinya tersendiri dikenalai sebagai Melayu Negrito. Mereka telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M.Mereka ialah nenek moyang orang - orang Melayu Asli iaitu Jakun atau orang - orang Biduanda,Temuan,Orang laut,Orang karak dan lain - lain.Zaman mereka ialah Zaman Batu Pertengahan.antara bukti - bukti lain yang menyokong teori ini ialah penemuan rangka manusia 11000 tahun dahulu iaitu perak man,wujud petempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40000 tahun dahulu di Gua Niah,Sarawak,lukisan - lukisan di Gua Timbun,Ipoh dan peralatan batu yang tidak terganggu.Selain itu bahasa yang digunakan di kepulauan Melayu ini serumpun iaitu dari keluarga Austronesia. Oleh itu,sehingga kini teori ini di terima umum.

azian(D20071029078) berkata...

AZIAN(D20071029078)
Assalamualaikum w.B.T En.razali...
Asal usul orang meleyu atau penutur bahasa meleyu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidik dengan mendalam.Asal usul orang melayu boleh dibincang melalui 4 pendekatan iaitu melalui pendekatan geografi,arkeologi,saintifik9(DNA)dan pendekatan etimologi.

MELALUI PENDEKATAN GEOGRAFI.
Melalui pendekatan geografiterdapat 2 pandangan mengenai asal usul bangsa melayu.Pandangan pertama mengaitkan orang melayu berasal dari utara(Asia Tengah)manakala pandangan kedua menyatakan orang melayu sudah sedia ada di kepulauan melayu /nusantara.Menurut ahli falsafah J.R.Logan,melalui kajiannya terhadap adat resam suku bangsa,beliau berpendapat bahawa terdapat persamaan adat resam melayu dengan adat resam suku warga di Assam.Keadaan ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh mereka.Oleh itu,J.R.Logan berkesimpulan bahawa orang melayu berasal dari Asia.Pendapat ini disokong oleh G.K.Nieman dan R.M.Clark yang berpendapat bahawa dataran Asia merupakan tanah asal nenek moyang orang/bangsa melayu.Hal ini juga disokong oleh 2 orang sarjana melayu iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.
Melalui kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera,Kalimantan,Jawa dan kawasan Polinesia seorang sarjana inggeris iaitu J.Crawfurd mempunyai pandangan bahawa bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal dari bahasa di pulau jawa dandari pulau sumatera.Oleh itu,bahasa melayu dan bahasa jawa dikatakan induk bagi bahasa serumpun yanq\g terdapat di nusantara.Penemuan Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis kira-kira 1juta tahun yang lampau membuktikan pada masa itu,wilayah ini didiami oleh 3 kelompok iaitu Negrito,orang Kaukasus dan orang Mongoloid.Bangsa ini kemudian berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan.Perpindahan ini berlaku dengan perlahan.(Darwis Harahap)

MELALUI PENDEKATAN ARKEOLOGI
R.H.Geldern telah membuat kajian terhadap kapak kuno atau kapak tua(beliung batu).Kapak yangdiperbuat daripada batu itu ditwmui oleh beliau di sekitar lembah sungai Hwang Ho,Yangtse, Mekong, Salween, Irrawady dan Brahmaputra.Beliau juga turut menjumpai bentuk dan jenis kapak yang sama di beberapa tempat di kawasan nusantara Oleh itu,Gelden berkesimpulan berkemungkinan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan melayu.Profesor Datuk Dr.Siti Zafarina Majid dari Pusat Arkeologi Malaysia,Universiti Sains Malaysia telah dianggap peritis kepada penemuan Perak Man.Kerangka manusia yang dianggap istimewa dan digelar Perak Man ini ditemui di Lenggong iaitu di dalam Gua Gunung Runtuh.Perak Man merupakan rangka manusia yang hidup pada zaman Paleolitik dan rangka yang lengkap itu pernah ditemui di Asia Tenggara.Selain itu,penemuan tengkorak juga dapat memberi gambaran bahawa asal-usul manusia di nusantara ini.
Oleh kerana terdapat banyak percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana isu ini masih menjadi perdebatan sehingga sekarang.
Sekian,wassalam

azian(D20071029078) berkata...

AZIAN(D20071029078)
Assalamualaikum w.B.T En.razali...
Asal usul orang meleyu atau penutur bahasa meleyu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidik dengan mendalam.Asal usul orang melayu boleh dibincang melalui 4 pendekatan iaitu melalui pendekatan geografi,arkeologi,saintifik9(DNA)dan pendekatan etimologi.

MELALUI PENDEKATAN GEOGRAFI.
Melalui pendekatan geografiterdapat 2 pandangan mengenai asal usul bangsa melayu.Pandangan pertama mengaitkan orang melayu berasal dari utara(Asia Tengah)manakala pandangan kedua menyatakan orang melayu sudah sedia ada di kepulauan melayu /nusantara.Menurut ahli falsafah J.R.Logan,melalui kajiannya terhadap adat resam suku bangsa,beliau berpendapat bahawa terdapat persamaan adat resam melayu dengan adat resam suku warga di Assam.Keadaan ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh mereka.Oleh itu,J.R.Logan berkesimpulan bahawa orang melayu berasal dari Asia.Pendapat ini disokong oleh G.K.Nieman dan R.M.Clark yang berpendapat bahawa dataran Asia merupakan tanah asal nenek moyang orang/bangsa melayu.Hal ini juga disokong oleh 2 orang sarjana melayu iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.
Melalui kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera,Kalimantan,Jawa dan kawasan Polinesia seorang sarjana inggeris iaitu J.Crawfurd mempunyai pandangan bahawa bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal dari bahasa di pulau jawa dandari pulau sumatera.Oleh itu,bahasa melayu dan bahasa jawa dikatakan induk bagi bahasa serumpun yanq\g terdapat di nusantara.Penemuan Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis kira-kira 1juta tahun yang lampau membuktikan pada masa itu,wilayah ini didiami oleh 3 kelompok iaitu Negrito,orang Kaukasus dan orang Mongoloid.Bangsa ini kemudian berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan.Perpindahan ini berlaku dengan perlahan.(Darwis Harahap)

MELALUI PENDEKATAN ARKEOLOGI
R.H.Geldern telah membuat kajian terhadap kapak kuno atau kapak tua(beliung batu).Kapak yangdiperbuat daripada batu itu ditwmui oleh beliau di sekitar lembah sungai Hwang Ho,Yangtse, Mekong, Salween, Irrawady dan Brahmaputra.Beliau juga turut menjumpai bentuk dan jenis kapak yang sama di beberapa tempat di kawasan nusantara Oleh itu,Gelden berkesimpulan berkemungkinan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan melayu.Profesor Datuk Dr.Siti Zafarina Majid dari Pusat Arkeologi Malaysia,Universiti Sains Malaysia telah dianggap peritis kepada penemuan Perak Man.Kerangka manusia yang dianggap istimewa dan digelar Perak Man ini ditemui di Lenggong iaitu di dalam Gua Gunung Runtuh.Perak Man merupakan rangka manusia yang hidup pada zaman Paleolitik dan rangka yang lengkap itu pernah ditemui di Asia Tenggara.Selain itu,penemuan tengkorak juga dapat memberi gambaran bahawa asal-usul manusia di nusantara ini.
Oleh kerana terdapat banyak percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana isu ini masih menjadi perdebatan sehingga sekarang.
Sekian,wassalam

Nurul D20071029082 berkata...

Assalamualaikum EN.RAZALI...

Asal usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana asal usul bangsa melayu adalah sesuatu yang sukar ditentukan.Terdapat pelbagai masalah dalam penakrifan orang melayu.Asal usul bangsa melayu dijelaskan menerusi dua teori.Teori pertama ialah TEORI YUNNAN,dimana bangsa melayu dikatakan berasal dari Yunnan.Teori ini disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H GELDERN,J.H.C KERN,J.R FOSTER,J.R LOGEN,SLAMETMULJANA dan ASMAH HAJI OMAR.Teori ini disokong berdasarkan penemuan Kapak Tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah dimana ianya ditemui di Kepulauan Melayu.Penemuan ini menunjukkan berlakunya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Seterusnya ialah adat resam bangsa melayu yang mirip kepada suku Naga di daerah Assam yang berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.Selain itu,Bahasa Melayu serumpun dengan bahasa di Kemboja.Penduduk di Kemboja dikatakan kemungkinan berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan bahasa melayu dengan bahasa kemboja menandakan pertalian dengan dataran Yunnan.Teori Yunnan merupakan teori popular yang diterima umum.Penghijrahan orang melayu ke kepulauan melayu dari Yunan menerusi tiga gelombang yang utama iaitu perpindahan orang Negrito,Melayu Proto dan Melayu Deutro.Orang Negrito adalah penduduk paling awal di kepulauan melayu iaitu sejak 1000 S.M.Perpindahan orang melayu proto ke kepulauan melayu berlaku pada 2500 S.M.Melayu Proto mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito.Perpindahan Melayu Deutro berlaku pada 1500 S.M.

Teori kedua ialah TEORI NUSANTARA.Teori ini didukung oleh sarjana seperti J.CRAWFURD,K.HIMLY,SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA dan GORYS KERAF.Teori ini disokong berdasarkan bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Tamadun yang tinggi ini dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya yang lama.Ia menunjukkan orang melayu berasal dan berkembang di Nusantara.Pendapat yang mengatakan Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Kemboja tidak dipersetujui oleh K.HIMLY kerana bagi beliau persamaan yang berlaku antara kedua dua bahasa adalah satu "fenomena ambilan".Manusia kuno HOMO SOLOINENSIS dan HOMO WAJAKENSIS terdapat di Pulau Jawa.Penemuan ini menunjukkan kemungkinan orang melayu berasal dari keturunan manusia kuno tersebut.Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah.Teori ini merupakan teori yang kurang popular terutamanya di Malaysia.

Kesimpulannya,asal usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana asal usul bangsa melayu adalah sesuatu yang sukar ditentukan.Percanggahan pendapat antara mereka juga disebabkan oleh penemuan artifak dan bukti bukti yang berbeza.Masing masing berpendapat pandangan dan pendapat mereka tentang asal usul orang melayu adalah benar sehingga tidak mahu menerima pandangan dan pendapat orang lain.Sikap ini menyumbang kepada percanggahan pendapat dan seterusnya mengakibatkan perdebatan dalam kalangan sarjana.

SEKIAN,TERIMA KASIH

Tasya D20071029031 berkata...

Assalamualaikum...
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara).

Teori Yunnan ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Antara alasan yang menyokong teori ini adalah Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam bangsa Melayu juga mirip kepada suku Naga di daerah Assam.Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular serta diterima umum dan ada yang menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunnan. Berdasarkan Teori ini juga, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan-alasan seperti bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" . Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Kesimpulannya, walaupun pelbagai kajian telah dilakukan untuk menjelaskan berkaitan asal usul bangsa Melayu, namun kata sepakat antara para sarjana masih belum dicapai disebabkan percanggahan teori dan pendapat dalam kalangan mereka. Sekian...

MOHD HISHAMUDDIN IDRIS berkata...

Sham...Assalamuaikum En.Razali

Pada pendapat saya,asal usul bangsa melayu sebenarnya berasal dari terdapat dua teori mengenai asal usul orang melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Namun,teori Yunnan lebih diterima umum sebagai teori asal usul datangnya bangsa melayu serta diterima pakai oleh ramai sarjana sarjana.
(1) Teori Yunnan
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
*Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
*Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
*Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
*Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,Madiana & Hasnah, 2000. ''Pengajian Malaysia'', Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150 adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
(2) Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
*Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
*K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
*Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
*Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

wan hamizan berkata...

Assalamualaikum......

Pada pandangan saya,asal-usul bangsa Melayu masih diperdebatkan dalam kalangan para sarjana.Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan pendapat dan bukti-bukti yang dikemukakan.

Asal-usul bangsa Melayu sukar ditentukan.Seperti yang kita ketahui,terdapat dua teori am yang membuktikan asal-usul bangsa Melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.

Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H geldern,J.H.C Kern, J.R Foster dan lain-lain.Alasan yang menyokong teori ini ialah kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.

Seterusnya ialah Teori Nusantara,yang disokong sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong berdasarkan bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Tamadun yang tinggi ini dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya yang lama.Ia menunjukkan orang melayu berasal dan berkembang di Nusantara.Pendapat yang mengatakan Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Kemboja tidak dipersetujui oleh K.HIMLY kerana bagi beliau persamaan yang berlaku antara kedua dua bahasa adalah satu "fenomena ambilan".Manusia kuno HOMO SOLOINENSIS dan HOMO WAJAKENSIS terdapat di Pulau Jawa.Penemuan ini menunjukkan kemungkinan orang melayu berasal dari keturunan manusia kuno tersebut.Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah.Teori ini merupakan teori yang kurang popular terutamanya di Malaysia.

Kesimpulannya kewujudan asal usul bangsa melayu masih lagi diperdebatkan.Percanggahan pendapat antara mereka juga disebabkan oleh penemuan artifak dan bukti bukti yang berbeza.Masing masing berpendapat pandangan dan pendapat mereka tentang asal usul orang melayu adalah benar sehingga tidak mahu menerima pandangan dan pendapat orang lain.kewujudan asal usul bangsa melayu masih lagi menjadi belum jelas.

Lajem berkata...

ASSALAMUALAIKUM.
Pada pendapat saya,kemuculan bangsa Melayu masih lagi menjadi perdebatan antara para sarjana kerana terdapat percanggahan pendapat dan bukti yang berbeza.

Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul orang melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.
Teori Yunnan ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H geldern,J.H.C Kern, J.R Foster dan lain-lain.Alasan yang menyokong teori ini ialah Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Perkara ini menunjukkan ada migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.Ada yang mengatakan "nenek moyang" orang melayu itu berasal daripada Yunnan.Berdasarkan teori ini dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama iaitu perpindahan orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro.

Teori Nusantara pula di sokong oleh J.Crawford dan K.Himly.Teori ini di sokong dengan alasan bahasa melayu dan bahasa jawa tidak berasal dari mana-mana tetapi bersal dari nusantara.Bahasa di Nusantara berbeza dengan bahasa di Asia Tengah(Bahasa Indo-Eropah).
Perkara ini juga berpunca dari bahan-bahan peninggalan asal-usul bangsa melayu yang diperolehi dari semua tempat kajian.lantas menyebabkan perbezaan pendapat mengenai asal-usul bangsa melayu.

Kesimpulannya,kemunculan bangsa Melayu masih lagi menjadi perdebatan para sarjana.

siva berkata...

Selamat sejahtera En.Razaliayob...

Asal usul orang Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Sebenarnya,terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

1)Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)

2)Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

1)TEORI YUNNAN
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.Alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

a)Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

b)Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

c)Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan

i)Orang Negrito,
ii)Melayu Proto,
iii)Melayu Deutro.

Berikut adalah huraiannya.

i)Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek


ii)Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.


iii)Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.


2)Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).


Asal usul keturunan orang melayu semenanjung yang berbeza antara satu sama lain:

i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan

ii. Melayu Yunan di Terengganu

iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan

iv. Melayu Aceh di Perak

v. Melayu Mandailing di Perak

vi. Melayu Rawa di Perak

vii. Melayu Riau di Johor

viii. Melayu Bugis di Johor

ix. Melayu Kerinci di Selangor

x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan

xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor

xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak

xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang

xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Kesimpulannya,asal usul orang melayu memang sukar ditentukan kerana terdapat pelbagai teori mengenai perdebatan ini.Tetapi bagi pendapat saya,saya lebih menjurus kepada teori YUNNAN kerana teori ini mempunyai bukti yang lebih kukuh daripada teori NUSANTARA.
Sekian,terima kasih............

kavitha D20071029020 berkata...

salam sejahtera......

Istilah Melayu ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand,Indonesia,Filipina dan Madagaskar.Bagaimanpun menurut Perlembagaan Malaysia,istilah Melayu hanya merujuk kepada manusia yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam kerana bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Asal-usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan dan menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.secara amnya, terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa melayu iaitu:

A) Bangsa Melayu Berasal Daripada
Yunnan ( TEORI YUNNAN)

-teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. kapak tua yang mirip kepada
kapak tua di Asia Tengah
ditemui di Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa melayu mirip
kepada suku Naga di daerah
Assam.
3. Bahasa Melayu adalah serumpun
dengan bahasa di Kemboja.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.Berdasarakan teori ini, dikatakan orng Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

B) Bangsa Melayu Berasal Daripada
Nusantara( TEORI NUSANTARA)

- teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa
mempunyai tamadun yang tinggi
pada abad ke-19.Taraf ini hanya
dapat dicapai setelah
perkembangan buadya yang lama.
Perkara ini menunjukkan orang
Melayu tidak berasal dari mana-
mana,tetapi berasal dan
berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan
pendapat yang mengatakan bhw
Bahasa Melayu serumpun dengan
Bahasa Champa(Kemboja).Baginya,
persamaan yang berlaku di kedua-
dua bahasa adalah 1 fenomena
"ambilan".
3. Manusia Kuno Homo Soloinensis
dan Homo Wajakensis terdapat
di Pulau Jawa.Penemuan manusia
kuno di Pulau Jawa menunjukkan
adanya kemungkinan orang melayu
itu keturunan daripada manusia
kuno berasal dari Jawa dan
wujudkan tamadun sendiri.
4. Bahasa di Nusantara mempunyai
perbezaan yang ketara dengan
bahasa di Asia Tengah.

Selain itu ada juga pendapat yg mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh.Tetapi pendapat ini juga masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Kesimpulannya, kewujudan pelbagai teori yang tidak mempunyai bukti kukuh mengakibatkan perdebatan dalam kalangan sarjana mengenai asal-usul bangsa Melayu.

Nurul Hidayah D20071029040 berkata...

Assalamualaikum En.Razali...
Asal usul orang Melayu memang sukar ditentukan. Secara amnya, terdapat dua teori yang dikaitkan dengan asal usul orang Melayu. Teori pertama ialah teori Yunnan. Teori ini disokong oleh K.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster dan lain-lain. Alasan yang menyokong teori ini ialah penemuan kapak tua yang mirip kapak tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu. Ini menunjukkan bahawa berlakunya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Ini merupakan teori yang popular dan diterima umum. Ada yang mengatakan orang Melayu itu berasal dari Yunnan dan berhijrah ke Kepulauan Melayu melalui tiga gelombang iaitu penghijrahan orang-orang asli negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutro. Orang-orang asli Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu iaitu dianggarkan sejak 1000 SM yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Perpindahan orang Melayu Proto pula dianggarkan berlaku pada 2500 SM. Antara ciri-ciri orang Melayu Proto ialah mereka dikatakan mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito dan sudah mempunyai kemahiran bercucuk tanam. Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di kawasan persisiran pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori kedua pula ialah teori Nusantara. Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J. Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu da orang Jwa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K,Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, Persamaan yang berlaku dalam kedua-dua bahasa itu adalah satu fenimena "ambilan". Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Daripada teori yang dikemukakan ini, kita dapat melihat mengapa asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana. Hal ini kerana bukti tentang kesahihan teori ini masih belum dijumpai dan teori yang dikeluarkan oleh para sarjana boleh disangkal dan diperdebatkan.

WAN SYAFIQAH(D20071029056) berkata...

assalamualaikum..Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
• Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
• Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara
Teori YunnanTeori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
teori nusantara..Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

liyanti (d20071029011) berkata...

liyanti(d20071029011)
Assalamualaikum En.Razali..
Asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana asal usul bangsa Melayu adalah sesuatu yang sukar dipastikan. Hal yang demikian menyebabkan persetujuan antara para sarjana masih belum dicapai kerana wujudnya dua teori yang menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana yang berkait rapat dengan asal usul orang Melayu.
Antara teori yang dibincangkan ialah teori Yunnan dan teori Nusantara. Teori Yunnan ialah teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada Yunnan manakala teori Nusantara menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada Nusantara.
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai perbezaan antara teori Yunnan dan teori Nusantara. Teori Yunnan disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H. Geldern, J.R. Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.Terdapat pelbagai penjelasan yang menyokong teori ini antaranya Kapak Tua yang menyerupai Kapak Tua di Asia Tengah telah ditemui di kepulauan Melayu. Selain itu, adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam iaitu berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar. Malah, teori ini juga ada menyatakan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Hal ini berpunca daripada penduduk di Kemboja yang mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Oleh itu, teori ini adalah merupakan teori yang popular yakni diterima oleh umum. Misalnya di dalam Teks Pengajian Malaysia juga turut menyentuh tentang teori ini dan menyatakan bahawa ”nenek moyang” orang Melayu itu berasal daripada Yunnan.
Berdasarkan Teori ini, orang Melayu dikatakan datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berikutan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito wujudnya orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berbibir penuh, berhidung lebar, serta saiz badan yang agak rendah. Manakala orang Melayu Proto pula dikatakan berhijrah ke Kepulauan Melayu dan peristiwa tersebut berlaku pada 2500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Seterusnya, bagi teori Melayu Deutro pula perpindahan orang Melayu Deutro yang merupakan gelombang perpindahan orang Melayu Kuno yang kedua dan berlaku sekitar 1500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran belayar.
Bagi teori Nusantara yang didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf, mereka berpendapat bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini dicapai setelah perkembangan budaya yang agak lama. Oleh itu, perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berkembang di Nusantara. Selain itu, K.Himly juga tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa atau Kemboja. Menurutnya, persamaan yang terjadi di antara kedua-dua bahasa ini hanyalah satu fenomena ”ambilan”.
Dalam teori ini juga ada menyentuh tentang manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Akibat daripada peristiwa ini menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu berketurunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Seterusnya teori Nusantara ini juga menyatakan bahawa bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). Namun, teori ini kurang mendapat sambutan khususnya di Malaysia.
Oleh yang demikian, daripada keseluruhan teori asal usul bangsa Melayu ini jelas menunjukkan terdapat pelbagai percanggahan pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana sehingga perdebatan dalam kalangan mereka masih belum selesai.
Sekian, terima kasih...

muhammad abid (d028989) berkata...

Ahlan wah sahlan En razali ....Pertelingkaha antara para sarjana mengenai kemunculan dan asal usul bangsa melayu masih menjadi pendebatan sehingga kini.terdapat dua teori yang popular iaitu teori yunnan dan teori nusantara.teori yunnan yang didukung oleh j,r logen, begitu juga dengan Asmah hj Omar dengan mengemukakan bukti seperti:
1> tapak tua yang mirip dengan kapak tua yang ditemui di asia tengah mirip kepada kapak tua yang ditemui di kepulauan melayu.
2>adat resam bangsa melayu yang sama dengan suku naga di assam.
3>bahasa melayu adalah serumpun dengan bahasa burma dari dataran yunnan yang menyusuri sungai mekong.
teori nusantara pula di tunjangi oleh para sarjana seperti j.crawford dan k.himly.para sarjana dalam teori ini memberikan bukti seperti berikut
1>bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke sembilan belas.ianya dicapai setelah berlakunya perkembangan budaya yang agak lama.
2>k.himly pula mengemukakan bukti beliau denga beliau tak bersetuju bahawa bahasa melayu serumpun dengan bangsa champa kerana bagi tokoh barat ini ianya adalah kerana berlakunya fenomena ambilan dan bukti yang terakhir pula adalah
3>bahasa di nusantara iaitu bahasa austronesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di asia tengah iaitu indo eropah.Namun begitu teori yunnan lebih diyakini dan lebih diterima umum. sekian sahaja daripada saya majulah sukan untuk negara waltaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

mus@eric(d029008) berkata...

ellop & assalamualaikum...

Umum mengetahui dalam menentukan asal usul orang melayu,berlaku percanggahan pendapat antara golongan cerdik pandai.Ini terbukti dengan teori-teori yang dikeluarkan hasil penyelidikan dan kajian oleh para sarjana untuk mengenalpasti asal usul sebenar orang melayu.Terdapat 2 teori yang mendokong susurgalur orang melayu.Teori Yunnan menyatakan bahawa orang melayu berasal dari daerah Yunnan.Teori ini telah disokong beberapa orang sarjana seperti R.II.GELDERN,J.II.C KERN,J.R FOSTER,JK LOGEN,SLAMETMULJANA & ASMAH HAJI OMAR.Ini dapat dibuktikan melalui penemuan kapak tua mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Begitu juga dengan adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam.Buku Teks Pengajian Malaysia menyatakan bahawa nenek moyang orang melayu berasal dari Yunnan.Orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu melalui tiga aliran utama iaitu orang Negrito,Melayu Proto,Melayu Deutro.Ini menyebabkan teori ini telah diterima oleh masyarakat.Teori Nusantara pula menyatakan bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun lebih tinggi pada abad ke-19.Ini menunjukkan melayu berasal dan berkembang di Nusantara.Penemuan manusia kuno iaitu Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Pulau Jawa membawa kemungkinan orang melayu berketurunan daripada manusia kuno tersebut,berasal daripada Jawa serta mempunyai tamadun sendiri.Selain itu bahasa yang terdapat di Nusantara(Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan ketara dengan bahasa di Asia Tengah(Bahasa Indo-Eropah).Teori ini disokong oleh J.CRAWFORD,K.HIMLY,SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA dan GORYSKERAF.Namun teori ini tidak mendapat sambutan khususnya di negara Malaysia.

Berlaku perbezaan pendapat dalam menentukan asal usul orang melayu kemungkinan disebabkan kajian penyelidikan yang dilakukan tidak menyeluruh atas sebab-sebab tertentu seperti faktor kedudukan geografi yang menyukarkan kajian untuk dilakukan serta kekurangan bukti-bukti dan alasan bagi menyokong hipotesis yang dikeluarkan.Ini akan menyumbang kepada ketidaksahihan asal usul orang melayu.Teori-teori yang tidak tepat dan ditokok tambah kemungkinan akan menjejaskan usaha dalam menentulan asal usul orang Melayu...adios....

waffi_d020079046 berkata...

Assalamuikum..En.Razali
Terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Teori Yunnan ini di sokong oleh para sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C Kern dan juga Asmah Hj Omar.Penemuan kapak tua mirip kapak tua di Asia Tengah di jumpai di kepulaun Melayu.Adat resam bangsa melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam.
Teori Nusantara pula di sokong oleh J.Crawford dan K.Himly.Teori ini di sokong dengan alasan bahasa melayu dan bahasa jawa tidak berasal dari mana-mana tetapi bersal dari nusantara.Bahasa di Nusantara berbeza dengan bahasa di Asia Tengah(Bahasa Indo-Eropah).
Perkara ini juga berpunca dari bahan-bahan peninggalan asal-usul bangsa melayu yang diperolehi dari semua tempat kajian.lantas menyebabkan perbezaan pendapat mengenai asal-usul bangsa melayu.
Akhir sekali masalah ini akan terus menjadi pendebatan para sarjana selagi bukti kukuh belum ditemui..
Sekian.

timo berkata...

TIMO(D029089).Salam sejahtera EN.Razali......Asal usul bangsa Melayu masih menjadi pendebatan dalam kalang sarjana.Hal ini di sebabkan asal uaul nya yang unik & sukar untuk ditentukan.Istilah"Melayu"ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di semananjung Malysia, Thailand, Indonesia, Filipina & Madagaskar.Secara amnya,terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu teori Yunnan & teori Nusantara.Teori Yunnan yang popular yakni diterima umum.Menurut teori Yunnan,kapak tua yang ditemui di kepulauan Melayu mirip kepada kapak tua di Asia Tengah.Selain itu, adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku kaum Naga di daerah Assam. Sehubungan itu,bahasa Melayu dikatakan serumpun dengan bahasa di Kemboja.Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus mendatangkan pertalian dengan dataran Yunnan.Hal ini jelas menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke kepulauan Melayu.Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana antaranya seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, JR Foster, JR Logan,Slametmunjana & juga Asmah Haji Omar.Menurut teori Nusantara pulu,bangsa Melayu & bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dicapai setalah perkembangan budaya yang lama.Manusia kuno Homosoloinensis dan Homowajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini memungkinkan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno yakni berasal dari Pualu Jawa & mewujudkan tamadun bersendirian.Teori Nusantara disokong oleh beberapa sarjana seperti J.Crawfurt, K.Himly dan Gorys Keraf.Terdapat perbezaan antara teori Yunnan dengan teori Nusantara.Teori Yunnan mengatakan bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Kemboja tetapi pendapat ini di sangkan oleh pendukung teori Nusantara.Baginya,persamaan yang berlaku antara kedua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".Teori Nusantara mengatakan bangsa Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.hal ini berbeza dengan teori Yunnan yang berpendapat bahawa bangsa Melayu dan bangsa kemboja mempunyai perhubungan sekaligus mendatangkan pertalian dengan dataran Yunnan.Kesimpulannya, percanggahan teori menyebabkan asal usul bangsa Melayu sukar untuk ditentukan.Hal ini sekaligus menyebabkan asal usul orang Melayu masih menjadi pendebatan dalam kalangan sarjana.Sekian terima kasih....

NINA berkata...

Nina'D20071029024'
Assalamualaikum En.Razali........
Persoalan mengapa asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana akan saya jawab dalam ruangan ini. Sehingga hari ini, asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalan kalangan sarjana kerana wujudnya percanggahan pendapat atau teori mengenai asal usul orang melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul orang melayu, namun kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini, terdapat dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan pertama menyatakan bahawa orang melayu berasal dari utara (Asia Tengah) manakala pandangan yang kedua menyatakan bahawa orang melayu memeng sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Mengenai pandangan pertama menurut ahli prasejarah R.H.Geldern bahawa orang melayu berasal dari Asia Tengah adalah melalui penemuan kapak yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama juga ditemui di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Pendapat Geldern bercanggah dengan pendapat seorang sarjana inggeris bernama J.Crawfurd yang telah membuat perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan dan kawasan polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa(bahasa jawa) dan dari Pulau Sumatera(bahasa melayu). Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara. J.Crawfurd berkesimpulan orang melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
Percanggahan pendapat ini yang menyebabkan asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana sehingga ke hari ini. Sekian terima kasih...........

mohd amin mat sidik berkata...

Amin (d20071029050)
Assalamualaikum En Razali....

Terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa melayu yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu teori asia tengah dan nusantara.namun persoalannya sekarang mengapa berlaku perdebatan di kalangan sarjana tentang asal-usul bangsa melayu...pada pandangan saya hal ini terjadi kerana ekoran wujudnya pelbagai bukti atau teori di kalangan sarjana yang menyokong pendapat masing-masing..sebagai contoh,R.H. GELDERN. seorang ahli Ssarjana yang berasal dari Wien,Austria telah membuat kajian terhadap Kapak Tua yang diperbuat daripada batu yang dijumpai di sekitar hulu sungai brahmaputra,irrawadi,salween,yangtzen dan hwang.bentuk dan jenis kapak yang sama beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan nusantara.Jadi,Goldern berpendapat bahawa kapak tersebut dibawa oleh orang asia tengah ke kepulauan melayu ini.

manakala menurut pendapat J.H.C Kern iaitu seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari.dari kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa bahasa melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di asia..terdapat bnyak lagi pendapat dan teori yang dikemukakan oleh para sarjana...

sekian.

azma (D20071029079) berkata...

Assalamualaikum En Razali...

Asal usul orang melayu masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana wujudnya dua pandangan yang berbeza.
Bangsa melayu yang dikatakan berasal dari utara Asia Tengah(yunan) telah disokong oleh R.H Geldrern yang membuat kajian terhadap sisa-sisa kebudyaan iaitu kapak tua yang dijumpai di lembah sungai Hoang-Ho, Yangtze, Mekong, Irrawadi dan Brahmaputra.Kapak yang sama bentuk dan jenis juga terdapat di kepulauan Melayu.Namun teori ini dapat diperdebatkan kerana budaya kapak tua daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah sahaja malah pada semua masyarakat primitif lain pun ada juga budaya ini.Bagi Hendrik Kern,beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Nusantara terdapat juga di Medagaskar,Filipina dan Taiwan.Manakala J.R.Logan mendapati bahawa ada persamaan antara adat resam orang melayu dengan adat resam Suku Naga di Assam.Asmah Hj. Omar pula berpendapat bahawa perpindahan orang melayu Yunan ke Nusantara dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan.Kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto berlaku sejak tahun 2500SM. Kemudian kira-kira 1500SM,datng pula gelombang yang kedua yang disebut Melayu Deutro.
Bagi pandangan kedua yang menyatakan bangsa melayu berasal dari Nusantara pula telah disokong oleh John Crawfurd.Beliau berpendapat bahawa bahasa terbesar di Nusantara berasal drpd bahasa di Pulau Jawa(Bahasa Jawa) dan dari Pulau Sumatera(Bahasa Melayu).Beliau juga menyatakan bahawa bangsa melayu dan jawa mempunyai taraf kebudayaan yang tinggi dlm abad ke-19.Selain itu juga dengan penemuan tengkorak yang berusia jutaan tahun di Nusantara dapat memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini.
Kesimpulannya asal usul orang melayu belum boleh dibuktikan secara tepatnya kerana masing-masing sarjana mempunyai pendapat yang tersendiri.
Sekian...

nur asmat berkata...

Assalamualaikum En.Razali
Asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapat beberapa teori tentang asal-usul orang melayu.Walaupun sudah ada beberapa kajian,tetapi kata sepakat masih tidak diperolehi.Setakat ini ada dua pandangan tentang asal-usul orang melayu.Pertamanya,orang melayu dikatakan barasal dari Yunan.Hal ini disokong oleh R.H Geldern(ahli prasejarah),J.H.C Kern(ahli filologi Belanda),Slametmuljana dan Asmah Hj omar.R.H Geldern menemui kapak yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu sungai Brahmaputra,Irrawaddy,Salween,Yangtze,Hwang sama dari segi bentuk dan jenis kapak yang di temui di beberapa tempat di Nusantara.Jadi,Geldern membuat rumusan bahawa tentulah kapak tua tersebut di bawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.J.H.C Kern pula mendapati perkataan seperti nama tumbuh-tumbuhan ,haiwan dan nama perahu di Kepulaun Nusantara ini juga terdapat di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.Manakala Asmah Hj Omar pula berpendapat bahawa perpindahan orang melayu dari daratan Asia ke Nusantara adalah tidak sekaligus dan tidak melalui satu laluan.Mereka melalui daratan iaitu Tanah Semenanjung,Lautan Hindi dan Lautan China.
Pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa orang melayu berasal dari Nusantara.Hal ini disokong oleh J.Crawfurd(sarjana inggeris),K.Himly dan P.W.Schimidt dan Sutan Takdir Alisjahbana.J.crawfurd menyatakan bahawa orang melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.Manakala K.Himly pula membuat kajian bunyi dan bentuk bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara.Beliau menyangkal pendapat bahawa bahasa melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa.Selain itu, Sutan Takdir Alisjahbana pula menggelarkan bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara iaitu Thailand Selatan, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa melayu yang beasal daripada rumpun bangsa yang satu.
Oleh itu, asal-usul orang melayu masih tidak dapat diketahui dengan tepat dan ianya masih membawa kepada perdebatan dalam kalangan sarjana.

Nor Jamiah Adnan(D029084) berkata...

Assalamualaikum, Encik Razali...
Seperti yang dinyatakan oleh rakan - rakan, terdapat 2 teori atau pendapat tentang kewujudan bangsa melayu.Pertama, Teori Yunnan dan kedua, Teori Nusantara. Seperti yang Encik ketahui, Teori Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar manakala Teori Nusantara disokong oleh J.Crawfurd, K.Himly, Sultan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf.Mereka telah mengemukakan pelbagai bukti dan fakta kukuh seperti yang dinyatakan oleh rakan - rakan tetapi kata putus tentang asal usul bangsa melayu masih belum dapat ditentukan.Pada pendapat saya, ini kerana, penemuan - penemuan yang ditemui oleh para sarjana mempunyai alasan yang kukuh tentang kewujudan bangsa melayu.Namun kini muncul persoalan baru hasil kajian Genetik & Forensik Pergigian USM oleh Dr Zafarina Zainuddin dan Dr Mohd Fadhil Khamis.Penyelidikan tersebut menghasilkan 2 tesis iaitu 'Analisis DNA Mithochondial(MtDNA) Masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung' dan 'Variasi Pergigian Dalam Populasi Malaysia Untuk Pengecaman Identiti Manusia'.Menurut Dr Zafarina, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.
Bagaimanapun, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.
Ketika ini, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.
Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan masyarakat Malaysia sendiri.
Penyelidikan terulung Dr Zafarina ini dan pertama di negara ini memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA dan mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.
Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNA sekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini ialah Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.
Hasil kajian ini turut menunjukkan perbezaan antara populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dengan populasi yang berasal dari Afrika.
Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.
Kesimpulannya, perdebatan antara sarjana - sarjana ini mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari asal usul bangsa melayu.Semakin banyak penemuan teori - teori baru, semakin rancaklah perdebatan antara sarjana tentang kewujudan atau asal usul bangsa melayu..sekian,wassalam.

nor hidayah adam D029051 berkata...

Asal-usul orang melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan, walaupun terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara Para Sarjana belumlah tercapai. Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul orang melayu iaitu teori Yunan dan teori Nusantara.
Teori Yunan disokong oleh beberapa Sarjana Seperti R.H Geldin, J.H. Kern, J.R Foster dan Asmah Hj Omar. Bukti asal usul dalam Yunan menyatakan bahawa Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di kepulauan Melayu . Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk Asia Tengah ke Pulauan Melayu.. Selain daripada Bahasa Melayu yang serumpun dengan Bahasa Kemboja maka wujudlah pertalian dengan dataran Yunan melalui Sungai Mekong. Menurut Syed Husin Ali, orang melayu dari segi zahir, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu lemah-lembut serta berbudi bahasa. Berdasarkan teori ini, Orang melayu datang dari Yunan ke Tanah Melayu menerusi tiga gelombang dengan pepindahan orang Negrito iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro. Melayu Proto berpindah ke Asia Tenggara pada zaman batu iaitu 2500 sebelum masihi. Keturunanya orang Asli di Malaysia, Dayak di Serawak dan Batak di Sumatera. Melayu Deuto pula berpindah di Asia Tenggara pada zaman logam kira-kira 1500 sebelum masihi. Mereka lebih bijak dan mahir daripada melayu Proto dalam astronomi dan pelayaran.
Teori Nusantara pula didukung oleh Sarjan seperti John Crawford dan K. Himly. Orang melayu dan orang Jawa mempunyai tamadun yang tinngi pada abad ke 19. taraf ini hanya dapat di capai setelah perkembangan budaya yang lama. Hal ini menunjukkan orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa orang melayu serumpun dengan bahasa Champa. Manusia kuno Homo Wajakensis atau Jawaman telah dijumpai terdapat di Pulau Jawa. Penemuan ini menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunanya daripada manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa. Walaubagaimana pun teori ini merupakan teori yang kurang popular.
Kesimpulannya asal- usul oarang melayu masih lagi kabur kerana kajian terhadap sejarah kepulauan melayu tidak begitu mendalam lagi.
Masing-masing ingin menegakkan teori masing-masing, maka terdapatlah perbezaan pendapat dalam kalangan Sarjan sehingga hari ini.

nur shuhada(D20071029036) berkata...

Assalamualaikum En.Razali
Asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa melayu,tetapi kata sepakat ahli sarjana belum dicapai.Sebagai contoh,R.H Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di iranian Institute and school for Asiatic Studies telah membuat kajian terhadap kapak tua(beliung batu).Beliau menemui kapak diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu sungai Brahmaputra,Irrawady,Salween,Yangtze dan Hwang.Bentuk dan jenis kapak yang sama,beliau temui di beberapa tempat di kawasan nusantara.Geldern berkesimpulan,tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang asia Tengah ke Kepulauan melayu.Pendapat Geldern tentang kapak tersebut masih boleh diperdebatkan.Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.Lagi pula Geldern,secara kebetulannya membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara.Namun kesimpulan beliau tersebut mungkin akan berubah sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara,kemudian ke Asia Tengah.Justeru,walaupun sudah ada kajian yang dilakukan terhadap asal usul orang melayu,namun kata sepakat dalam kalangan sarjana masih belum dicapai.Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan.Pandangan pertama menyatakan bahawa bangsa melayu berasal dari utara(Asia Tengah)dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara.Oleh hal yang sedemikian,asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana pada hari ini.
Sekian,terima kasih.

syazwa...d20071029047 berkata...

SYAZWA....D20071029047....Assalamualaikum En Razali...
Asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapat dua hipotesis tentang tempat asal orang melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli liguistik.Dimana dua hipotesis tersebut menyatakan bahawa tempat asal orang melayu adalah berdasarkan dengan penggunaan bahasanya iaitu Bahasa Melayu.Jadi,dua kawasan atau tempat asal-usul orang melayu yang diperdebatkan oleh para sarjana ialah kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.

Hipotesis pertama ini dikatakan bahawa orang melayu berasal dari bahagian Selatan China.Dimana penghijrahan berlaku dari Selatan China ke Selatan iaitu Nusantara yang dilakukan secara kelompok-kelompok sejak 2500 SM.Melalui kelompok tersebut munculnya kumpulan Melayu Proto dan seterusnya diikuti dengan kemunculan Melayu Deutro.Namun,hipotesis ini agak meragukan kerana,jika benar kelompok Melayu berasal dari Selatan China,sudah pasti kelompok induknya di Selatan China mempunyai persamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan yang asas.

Hipotesis kedua pula ada menyatakan bahawa orang melayu tidak berasal dari luar tetapi mereka manusia yang asalnya memang wujud di Nusantara.Bukti yang disediakan oleh pengkaji untuk hipotesis ini adalah berdasarkan kebudayaan,kebahasaan,perkembangan manusia,dan situasi geografi masa lalu.

Oleh itu,tiada hipotesis tetap yang menyatakan asal-usul orang melayu yang sebenar dan disebabkan itu juga isu ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.
Sekian,terima kasih......

zhan berkata...

Assalamualaikum En Razali.
sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perdebatan yang berlaku mengenai asal usul orang melayu dalam kalangan sarjana.hal ini kerana timbulnya keraguan yang berkaitan dengan tarikh perhijrahan melayu proto dan melayu deutro.tarikh perhijrahan melayu proto dan melayu deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (homo sapiens) telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu.

malah kalau di teliti drp segi warna kulit,bangsa melayu yang berkulit coklat yang tinggal di thailand selatan,malaysia,indonesia,brunei memang berbeza drp bangsa di asia tengah,baik bangsa cina di sebelah timur mahupun bangsa india di sebelah barat yang berkulit cerah.

selain itu,bukti beliung batu yang dikemukakan oleh geldern juga meragukan.artifak ini sebenarnya bukan sahaja ditemukan di asia tengah dan nusantara,tetapi juga di amerika dan eropah.artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakay primitif di seluruh dunia.apatah lagi secara kebetulan geldern memnuat kajoiannya bermula dari asia tengah ke nusantara.sekiranya beliau memulakan kajian dari nusantara ke asia tengah ,mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa di asia tengah itu berasal dari nusantara.

seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa melayu berasal drp bahasa asia tengah.kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa melayu berasal drp rumpun austronesia,bukan drp rumpun tibet cina yang melahirkan bahasa cina,tibet,siam,miao,yiu dan burma.
sekian.....

syahida berkata...

SHIDA(D20071029099)...
Assalamualaikum En.Razali...
Asal-usul orang melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.Oleh hal yang demikian,terdapat beberapa orang sarjana yang memperdebatkan tentang asal-usul orang melayu.

Pengetahuan tentang asal-usul orang melayu diperolehi dari bahan-bahan peninggalan purbakala.Dengan itu,orang-orang melayu dan seketurunannya di seluruh kepulauan melayu dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia.Peninggalan purbakala yang diketemukan di gua-gua di Perak serta ciri-ciri bentuk muka bumi,kepala,dan rambut suku bangsa orang-orang asli(negrito) di semenanjung,orang-orang papua di New Guinea dan orang-orang asli di austalia memperkuatkan hujah di atas.

Menurut seorang sarjana Belanda,H.Kern,orang-orang melayu telah berpindah dari daratan Asia secara berperingkat-peringkat.Ianya telah berlaku dalam jangka masa yang panjang.Perpindahan itu bernula kira-kira 1500s.m.Di samping peninggalan-peninggalan purbakala,kepercayaan dan adat kebiasaan juga dapat menunjukkan arah gerak perpindahan dan perkaitan antara suku-suku bangsa di seluruh kepulauan yang dikenal sebagai kepulauan melayu.kepercayaan serta adat-adat itu juga boleh dikaitkan kepada yang terdapat di daratan Asia.

John crawfurd,seorang sarjana Inggeris mempunyai pendapat yang lain pula.Setelah membandingkan bahasa-bahasa melayu dan jawa dengan bahasa-bahasa di sumatera,Borneo dan kawasan polinesia,belau membuat kesimpulan bahawa tanah asal semua bahasa-bahasa serumpun itu ialah Pulau Jawa dan pulau sumatera.Menurut Crawfurd lagi,orang-orang melayu telah ada di Minangkabauyang merupakan tempat asal bangsa itu.Dari situ mereka bergerak ke semenanjung dan Borneo dan membuka negeri di sana.

Isidore Dyen,seorang ahli Linguistik Bandingan yang berbangsa Amerika,yang banyak meneliti bahasa-bahasa di kawasan Austronesia,berpendapat bahawatanah tempat asalorang-orang Austronesia itu adalah Formosa(Taiwan) atau New Guinea.

Jika berpegang pada teori Kern,maka orang-orang melayu merupakan salah satu daripada suku-suku bangsa yang berpindah dari China Selatan bersama dengan suku bangsa yang lain.Tidak dapat ditentukan bila atau peringkat mana mereka berpindah,iaitu sama ada lebih dahulu atau lebih kemudian dari suku bangsa lain yang serumpun dengan mereka.

Dengan ini,jelaslah bahawa asal-usul orang melayu masih kabur yang menyebabkan sehingga sekarang sarjana-sarjana masih memperdebatkannya.

sofea berkata...

SOFEA D029098
ASSALAMUALAIKUM EN RAZALI...

SEHINGGA KE HARI INI, MASIH BELUM TERDAPAT BUKTI KUKUH YANG DAPAT MEMBERI PENJELASAN TEPAT TENTANG ASAL USUL ORANG MELAYU. ISU HEBAT INI SERING DIBAHASKAN DALAM KALANGAN CENDEKIAWAN-CENDEKIAWAN,SARJANA-SARJANA MALAH AHLI-AHLI ARKEOLOGI SENDIRI, YANG TEGAR MEMPERTAHANKAN PENDAPAT MASING-MASING.HAL INI DEMIKIAN KERANA TERDAPAT BEBERAPA PERCANGGAHAN ANTARA PENDAPAT DAN TEORI MASING-MASING.
DE SILVA,SEORANG SEJARAWAN SRI LANKA TELAH MEMBUAT RUMUSAN BAHAWA KEHIDUPAN MENETAP BERMULA LEBIH AWAL DI ASIA TENGGARA BERBANDING KAWASAN LAIN SEPERTI TIMUR TENGAH,INDIA, DAN CHINA.
TEORI MIGRASI RUMPUN MELAYU YANG DIKEMUKAN OLEH P.F. SARASINS PADA TAHUN 1892 MENYATAKAN BAHAWA RUMPUN MELAYU MELAYU BERASAL DARI WILAYAH YUNNAN ATAU SELATAN NEGERI CHINA.GELOMBANG PERTAMA PENGHIJRAHAN DARI SELATAN CHINA KE ALAM MELAYU BERMULA PADA 35000-25000 SEHINGGA 1500 S.M. OLEH KELOMPOK MELAYU PROTO.PENGHIJRAHAN KELOPMPOK KEDUA PULA IAITU KELOMPOK MELAYU DEUTRO ATAU MELAYU MODEN BERLAKU DARI 15000 S.M. SEHINGGA 300 T.M. TARIKH BERLAKUNYA PENGHIJRAHAN DUA GELOMBANG INI BERCANGGAH DENGAN BUKTI ARKEOLOGI YANG ADA MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA MODEN TELAH MENGHUNI ALAM MELAYU SEJAK 35000 TAHUN YANG LAMPAU. SATU LAGI PERCANGGAHAN IALAH TARIKH YANG DIBERI ITU IALAH TARIKH SEDANG BERLAKUNYA PENGHIJRAHAN RUMPUN POLINESIA DARI ALAM MELAYU KE WILAYAH LAUTAN TEDUH.SATU PENELITIAN TELAH DIBUAT TERHADAP BEBERAPA ARTIFAK BUDAYA DI MUZIUM ETNIK MINORITI SERTA BEBERAPA BAHAN ETNOLOGI TENTANG PENDUDUK DAN KELOMPOK MINORITI YANG KINI TINGGAL DI YUNNAN. PENELITIAN TERSEBUT MENUNJUKKAN BAHAWA DARIPADA 26 KELOMPOK ETNIK YANG KINI TINGGAK DI YUNNAN,TIDAK ADA SATU PUN YANG MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN RUMPUN MELAYU DI ALAM MELAYU INI. JUGA TIDAK TERDAPAT HUBUNGAN BUDAYA DAN LINGUISTIK ANTARA PENDUDUK YUNNAN DENGAN RUMPUN MELAYU CHAMPA DI WILAYAH INDO-CHINA. MEREKA DIPERCAYAI TELAH BERPINDAH DARI ALAM MELAYU KE UTARA SEBELUM MASIHI LAGI.
JIKA DIFIKIRKAN SECARA LOGIK TENTANG FENOMENA PENGHIJRAHAN, SESUATU KELOMPOK YANG BERHIJRAH BIASANYA MEMPUNYAI KELOMPOK INDUKNYA YANG TERUS KEKAL DAN BERKEMBANG DI TEMPAT ASAL MEREKA. MAKA, JIKA BENAR RAS MELAYU BERASAL DARI YUNNAN, TENTU ADA KELOMPOK INDUKNYA YANG ASAL DI SANA.
SEMUA BUKTI ARKEOLOGI, ETNOLOGI DAN LINGUISTIK YANG DIKEMUKAKAN MENUNJUKKAN PERCANGGAHAN, JADI TIDAK HAIRANLAH JIKA ASAL USUL ORANG MELAYU MASIH DIPERDEBAT DALAM KALANGAN SARJANA.

HANIZAH D20071029019 berkata...

Asal usul bangsa dan bahasa Melayu,beberapa kajian telah di lakukan terhadap asal usul bangsa Melayu tetapi kata sepakat para ahli sarjana belum di capai.Bangsa Melayu di katakan berasal dari utara(Asia Tengah)dan kepulauan Melayu atau Nusantara.
Dikatakan bahawa orang melayu berasal dari bahagian selatan China.Pelbagai nama di gunakan untuk merujuk kawasan tersebut.Antaranya Indo-China,pantai timur China selatan iaitu Champa dan Kampuchea.Kelompok Melayu pertama sampai kekawasan nusantara di namakan Melayu-proto.Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitat tahun 2000SM.Pada peringkat awal,perpindahan kelompok telah di kemukakan oleh P,Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892.Pada tahun 1932,Geldern telah memperkukuhkan hipotesis tentang perpindahan kelompok Melayu ini.Beliau yang merupakan ahli sejarah telah membuat kajian terhadap beliung bersegi yang di temui di Sungai Hwang Ho,Sungai Yangtze,Sungai Mekong,Sungai Salween,Sungai Irrawady,Sungai Bramaputra.Beliau mendapati bentuk dan jenis beliung sama di jumpai di beberapa kawasan Nusantara.Beliau telah membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut telah di bawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu.
Pada tahun 1500SM,kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan di kenali sebagai Melayu-Deutro.Kedatangan Melayu-Deutro menyebabkan Melayu-Proto berundur ke kawasan pedalaman sepertyi hutan dan kawasan pergunungan.Walaupun kelompok ini telah melarikan diri ke kawasan pedalaman namun sehingga hari ini wujud keturunan mereka yang di kenali sebagai orang asli.Hipotesis ini agak meragukan dari segi tarikh berlakunya penghijrahan.Dikatakan penghijrahan kedua-dua kelompok ini bercanggah dengan bukti arkeologi bahawa manusia telah menghuni alam Melayu sejak 35000 tahun yang lalu.
Para sarjana yang tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa kelompok Melayu berasal di kawasan Asia Tengah telah mengemukakan hipotesis kawasan Nusantara.Crawfurd menyatakan bahawa tanah asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa.Ini adalah kerana kedua-dua kawasan ini sangat menonjol dari segi perkembangan kebudayaan berbanding bahagian-bahagian lain di Nusantara.Orang Melayu telah bergerak di Sumatera dan Jawa ke bahagian lain seperti Semenanjung Tanah Melayu dan membawa kebudayaan mereka.
Berdasarkan bukti bahasa.Marsden mendapati bahasa Melayu serumpun dengan bahasa polinesia,melanesia dan mikronesi.Induk kepada bahasa-bahasa ini ini ialah austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa tersebut.Bahasa austronesia ini tersebar ke bahagian pesisir pantai timur(Lautan Pasifik) pantai barat(Lautan Hindi) dan selatan asia(Kawasan Nusantara).
Dyen menyatakan bahawa orang Melayu mungkin berasal dari tiga tempat iaitu Melanesia,Farmosa dan New Guinea.Ini kerana tempat-tempat tersebut mempunyai kekerabatan bahasa.

hasima binti md isa (D20071029022) berkata...

assalamualaikum...
Asal usul bangsa melayu menjadi perdebatan para sarjana kerana pengkaji-pengkaji dari barat mengatakan bahawa penduduk2 kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara.Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana tempatnya.Ada yang mengatakan bangsa melayu berasal dari Yunani,dari barat daya negeri China,ada yang mengatakan dari Assam India,dari asia tengah dan ada yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara.

H.Kern misalnya,beliau menyatakan bahawa penduduk di kepulauan asia tenggara berasal dari Assam,di bahagian timur negara India.Begitu juga dengan sarjana2 seperti Henry Yule,A.H Keane,Dr Hamy,Robert Von Heine Geldern dan lain2 yang membuat kajian tentang hubungan antara penduduk di dataran asia tenggara dengan kepulauan asia tenggara.

Hanya Thor Heyerdahl yang berpendapat sebaliknya.Beliau bermati-matian mengatakan bahawa penduduk Pasifik berasal dari Peru.

Hipotesis yang mengatakan bangsa melayu berasal dari asia tengah banyak mempunyai keraguan.Hal ini dapat di lihat dari aspek;
1]tarikh penghijrahan kumpulan melayu Deutro dikatakan berlaku 1500 SM sedangkan kajian arkeologi mendapati manusia moden telah wujud sejak 35000 tahun yang lalu.
2]warna kulit[bangsa melayu berkulit coklat tapibangsa asia tengah berkulit cerah].
3]kebudayaan
4]artifak
5]bahasa melayu berasal dari austronesia tetapi bahasa asia tengah berasal daripada rumpun china tibet.
masalah yang timbul daripada teori ini ialah, kalau orang-orang melayu proto dan melayu deutro ini baru sampai di kepulauan asi tenggara pada tahun 2000 hingga 5000 tahun yang lalu, bangsa apakah yang tinggal di kepulauan asia tenggara sebelumnya?mengikut temuan-temuan dan tinggalan-tinggalan sejarah terdapat manusia yang telah lama tinggal di kepulauan asia tenggara.
kesimpulannya, asal usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan kerana pertindihan pendapat antara sarjana. bukti-bukti asal usul bangsa melayu masih belum dapat dipastikan dengan tepat.

ema d20071029094 berkata...

asal usul bangsa melayu berasal dari dua teori berbeza iaitu teori yunnan iaitu antara penyokong teori ini adalah R.H. Geldern, JHC kern, JR Foster, JR Logan, Slametmuljana dan Asmah haji omar. penyokong terkenal adalah HR geldern di sebabkan perkara beriku;
A0 kapak tua yang dijumpai di nusantara ada dikepulauan melayu. ini membuktikan adanya perpindahan masyarakat asia tenggara ke nusantara. walau bagaimana pun, teori ini tidak kukuh kerana kapk tua juga boleh ditemui di amerika dan eropah.
B) persamaan aday resam melayu dengan suku naga di daerah assam(burma)
c) bahsa melayu serumpun dengan bahasa di kemboja. hal ini membuktikan bahasa melayu dengan kemboja berasal daripada yunnan.teori ini melalui dua gelombang iaitu
a)melayu proto(2500sm) gelombang pertama
b)melayu neutro (1500sm) gelombang kedua
teori nusantara
menurut j. crawfurd, k. himly, sutan takdir alisjahbana dan gorys keraf.
A) bahasa melayu tidak berasal dari mana-mana sebaliknya dari nusantara menurut j.crawfurd
B)k himly menyaakan bahawa persamaaan antara bahasa melayu serumpun dengan champa adalah teori "ambilan". hal ini membuktikan bahawa kedua-dua bahasa adalah tidak sama.
c)asmah omar menyaakan nusanra mempunyai penduduk tetap yang dikenal pasti dengan penemuan masyarakat negrito yang mendiami nusantara sekitar 8000 sm.
D) penemuan lain adalah catatan i tsing (644m) yang mempunyai perkaaan melayu membuktikan bahawa adanya kerajaan besar di sungai baang berhampiran palembang sumatera

zhan berkata...

assalamualaikum En Razali...
sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perdebatan mengenai asal usul orang melayu dalam kalangan sarjana...

hal ini terbukti apabila timbulnya keraguan mengenai tarikh perhijrahan melayu proto dan melayu deutro.tarikh perhijrahan melayu proto dan melayu deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (homo sapiens) telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu.

malah kalau diteliti drp segi warna kulit,bangsa melayu yang berkulit coklat yang tinggal di thailand selatan,malaysia,indonesia memang berbeza drp bangsa di asia tengah,baik bangsa cina di sebelah timur mahupun bangsa india di sebelah barat yang berkulit cerah.mereka bukan sahaja berbeza drp segi kulit,bentuk dan anggota badan tetapi juga drp segi bahasa dan kebudayaan.

selain itu,bukti beliung batu yang dikemukakan oleh geldern juga meragukan.artifak ini bukan sahaja ditemukan di asia tengah dan nusantara,tetapi juga di amerika dan eropah.artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia.apatah lagi secara kebetulan geldern membuat kajiannya bermula dari asia tengah ke nusantara.sekiranya beliau memulakan kajian dari nusantara ke asia tengah.mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa di asia tengah itu berasal dari nusantara.

seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa melayu berasal drp bahasa di asia tengah.kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa melayu berasal drp rumpun austronesia,bukan drp rumpun tibet cina yang melahirkan bahasa cina,tibet,siam,miao,yiu,dan burma.
sekian.......

noramiera binti makri (D20071029075) berkata...

Assalamualaikum..........
Memang tidak dapat dinafikan asal-usul bangsa melayu sering menjadi perdebatan di kalangan sarjana ekoran daripada percanggahan pendapat dan fakta-fakta yang diterima.

Perdebatan ini berlaku kerana terdapat 2 teori tentang tempat asal bangsa melayu iaitu:
a)di kawasan asia tengah-tempat yang diketengahkan ialah di daerah Yunan di Selatan China,Assam di Burma dan Campa di Selatan Indo-China
b)di kawasan nusantara-di Sumatera,Jawa,Formosa,Melanesia, New Guinea dan Filipina

Perolehan bukti dari teori yang mengatakan bangsa melayu berasal dari Asia Tengah banyak menimbulkan keraguan.Salah satunya berkaitan dengan tarikh penghijrahan kumpulan melayu Proto dan melayu Deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang mendapati manusia moden telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu.Selain itu,perbezaan dapat dilihat melalui warna kulit.Bangsa melayu yang berkulit coklat tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina Selatan dan Singapura berbeza dengan bangsa di Asia Tengah yang berkulit cerah.Seterusnya dapat dilihat melalui aspek kebudayaan,artifak dan bahasa.

Walau bagaimanapun teori kedua pula menolak pendapat bahawa bangsa melayu berasal dari kawasan Asia Tengah melalui pengemukaan beberapa bukti iaitu:
a)kajian terhadap bahasa di kawasan selatan asia.Hasil penyelidikan menunjukkan bahasa-bahasa di nusantara mempunyai hubungan kekerabatan atau boleh disimpulkan sebagai bahasa Austronesia iaitu induk kepada bahasa tersebut yang mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain sama ada dari segi perkataan,sistem imbuhan dan susunan tatabahasa.Kajian juga menunjukkan bahasa melayu serumpun dengan bahasa mikronesia,melanesia dan polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia.
kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa
di Asia Tengah.Oleh hal yang demikian,asal nenek moyang bagi bahasa melayu bukan dari Asia Tengah menurut William Marsden.
b)Seterusnya,teori ini juga disokong oleh kajian arkeologi.Penemuan fosil manusia di nusantara menunjukkkan bahawa manusia telah lama mendiami kepulauan melayu.Buktinya,fosil manusia yang ditemukan menunjukkan bahawa manusia jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak 2 juta tahun yang lalu.
c)Berikutnya ialah kajian tentang kebudayaan dan tengkorak manusia di nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah.

Kesimpulannya,perdebatan ini akan terus berlaku selagi tiada kata sepakat daripada pengkaji-pengkaji tentang bukti-bukti asal usul bangsa malayu.

ruhaya berkata...

RUHAYA BINTI RAMLI(D20071029057)
Assalamualaikum En. Razali.
Perdebatan dalam kalangan sarjana tentang asal usul orang orang melayu berlaku disebabkan wujudnya banyak pendapat tentang asal usul bangsa itu sendiri.Terdapat dua teori yang kuat tentang asal usul bangsa melayu iaitu teori Yunnan dan teori dari Nusantara.
J.R. Logan dalam kajian beliau berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati adat resam kaum melayu ada persamaan dengan adat resam suku Naga di Assam (di Burma).Oleh itu beliau berpendapat bangsa melayu berasal daripada Yunan.. Teori Yunnan ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Antara alasan yang menyokong teori ini adalah penemuan Kapak Tua yang menyerupai Kapak Tua di Asia Tengah.Keadaan ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular serta diterima umum. Berdasarkan Teori ini juga, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.
G.K.Nieman dan R.M. Clark berpendapat bahawa dataran Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa melayu.Teori Nusantara ini disokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Keadaan ini berdasarkan bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Ia menunjukkan orang melayu berasal dan berkembang di Nusantara.Pendapat yang mengatakan Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Kemboja tidak dipersetujui oleh K.Himly kerana bagi beliau persamaan yang berlaku antara kedua-dua bahasa itu adalah satu "fenomena ambilan".Penemuan manusia kuno Homo Jawakensis di Pulau Jawa menunjukkan kemungkinan orang melayu berasal dari keturunan manusia kuno tersebut.
Kesimpulannya memang sukar untuk menentukan asal usul orang melayu.Namun,pandangan yang mengatakan orang melayu berasal dari Yunnan lebih diterima umum. Hal ini berlaku kerana bukti yang dikemukakan oleh teori ini lebih jelas berbanding teori dari Nusantara.

sahila_029023 berkata...

Sahila (D20071029023)

Assalamualaikum En.Razali…..

Asal usul bangsa Melayu masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana kerana tiada satu pun teori yang sahih tentang asal usul bangsa Melayu.Terdapat dua teori tentang asal usul bangsa Melayu iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara.

Teori Yunnan disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C Kern dan J.R Foster.Asal usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.Terdapat dua kumpulan yang berpindah iaitu kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru sekitar 2500 Sebelum Masihi dan kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro yang erpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.Kumpulan pertama dan kedua ini dikenali sebagai Austronesia.Teori ini dikukuhkan lagi dengan penemuan kapak-kapak tua di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,Sungai Irrawady,Sungai Salween,Sungai Yangtze dan Sungai Hwang.

Teori kedua iaitu Teori Nusantara pula telah disokong oleh beberapa sarjana seperti J.C Crawford,K.Himly,Sultan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf.Teori ini menyatakan bahawa bangsa Melayu dan Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya lama.Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

Dua teori yang wujud tentang asal usul bangsa Melayu menyebabkan ia masih lagi menjadi perdebatan.

ERNA D20071029013 berkata...

Assalamualaikum...En. Razali.

Asal usul bangsa Melayu sering menjadi perdebatan sarjana kerana asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Secara amnya, terdapat dua teori asal usul bangsa Melayu iaitu bangsa Melayu berasal dari Yunnan(teori Yunnan) dan bangsa Melayu berasal dari Nusantara(teori Nusantara).

Teori Yunnan disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C.Kern,Asmah Hj.Omar dan beberapa orang sarjana lain.

Mereka menyokong teori Yunnan kerana kapak tua di Asia Tengah ditemui di kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke kepulauan Melayu.Adat resam bangsa Melayu yang mirip kepada suku Naga di daerah Assam turut menyokong teori ini.
Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana,dan Gory Keraf.

Mereka menyokong teori ini bersandarkan akasan bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.
Perkara ini menunjukkan orang Melayu berkembang di Nusantara.

Selain itu penemuan manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut.

Kesimpulannya,walaupun terdapat pelbagai kajian dilakukan untuk menjelaskan asal usul bangsa Melayu,namun kata sepakat antara para sarjana masih belum dicapai.Malah percanggahan pendapat antara para sarjana tidak boleh merumuskan asal usul bangsa Melayu yang sebenar.

Sekian...

siti noorianti tugemin (D029081) berkata...

Asal usul orang melayu menjadi perdebatan dalam kalangan ahli falsafah kerana tedapat banyak teori-teori yang dikemukan oleh ahli-ahli falsafah berkaitan dengan asal-usul orang melayu dengan kewujudan beberapa bukti di beberapa buah tempat.
Tedapat juga teori yang mengatakan oarang melayu berasal dari Yunnan.

Orang Melayu dikatakan berasal dari induk Austronesia. Dipercayai induk Austronesia ini menuturkan bahasa Austronesia. Oleh itu bahasa Austronesia merupakan induk kepada BM.

Berdasarkan hipotesis orang melayu tidak berasal dari luar,tetapi mereka dikatakan manusia asal yng memang telah wujud di Nusantara. Oleh itu orang-orang melayu merupakan orang tempatan. Pengkaji yang mengemukakan hipotesis ini mengemukan beberapa tempatyang merujuk sebagai kawasan Austronesia,iaitu nenek moyang orang melayu. Kawasan asal yang dicadangkan oleh pengkaji-pengkaji ini berdasarkan beberapa bukti. Antaranya kebudayaan,kebahasaan,perkembangan manusia dan situasi geografi masa lalu.

Berdasarkan bukti kebudayaan Crawfurd telah menyatakan bahawa tanah asal orang melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Ini adalah kerana kedua-dua kawasan ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol dengan bahagian-bahagian lain di Nusantara. Orang melayu telah bergerak dari Sumatera dan Jawa ke bahagian-bahagian lain di Nusantara seperti di Semenanjung Tanah Melayu ini turut membawa kebudayaan mereka. Ini menyebabkan kebudayaan mereka tersebar kawasan lain dan lebih menonjol berbanding kebudayaan-kebudayaan lain. Oleh itu, orang melayu tidak berasal dari mana-mana temapat di luar Nusantara,tetapi merupakan induk yang tersebar ke bahagian-bahagian lain.

Dyen pula menyatakan bahawa orang melayu mungkin berasal dari tiga tempat iaitu Melanesia,Farmosa atau New Geinea. Tempat ini didasarkan bukti bahawa setiap bahasa di kawasan ini mempunyai kekerabatan.

Ditinjau dari sudut geografi pula,Nusantara dari Zaman Pilosen (sekitar 5-16 juta tahun dahulu) sehingga Zaman Pleistosen (18 000 tahun dahulu) merupakan sebuah daratan yang luas yang di dalamnya terdapat beberapa wilayah seperti Semenanjun Tanah Melayu,Palawan,Jawa,Borneo,dan pulau-pulau kecil Riau dan Lingga.Daratan yang luas ini dikenali sebagai Pentas Sunda.Selain Pentas Sunda,terdapat Pentas Sahul yang menghubungkan Australia dengan New Guinea. Semasa zaman pencairan glasier,kedua-dua pentas ini telah di teggelami air dan beberapa daratan yang tinggi telah menjadi pulau,sama ada pulau kecil atau pulau besar.

rosaidah binti japri (D20071029004) berkata...

Assalamualaikum..

Mengapakah perbalahan mengenai asal bangsa melayu dikalangan sarjana masih berlaku, walhal pelbagai kajian yang disertai bukti telah dilakukan?. Hal ini pastiya disebabkan oleh bukti-bukti kajian yang tidak kukuh dan mempunyai kekurangan yang boleh disangkal. Seperti mana yang kita tahu, terdapat dua hipotesis atau kesimpulan yang telah dibuat oleh kalangan sarjana mengenai tempat asal usul bangsa melayu iaitu kawasan 'Asia Tengah' dan 'Nusantara'. Berdasarkan hipotesis kawasan Asia Tengah, bangsa melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan dan dikatakan berasal dari kawasan Selatan China. Berdasarkan perpindahan itu, terdapat beberapa tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik iaitu 'Yunan di Selatan China', 'Assam di Burma' dan 'Champa di Selatan Indo China'. Walaupun ia disokong oleh segelintir sarjana seperti Asmah Hj Omar (Malaysia), Slamentmuljana(Indonesia) dan juga terdapat beberapa persamaan seperti dalam unsur bahasa, adat resam, sistem sosial, alat perkakasan dan kebudayaan, masih wujud pelbagai keraguan yang timbul dan ianya boleh dilihat dalam banyak aspek.
Aspek pertama yang boleh dilihat adalah dari segi 'Tarikh'. Kenyataan yang telah dikeluarkan iaitu masyarakat Melayu Deutro yang dikatakan moden telah wujud 1500sm, walhal kajian arkeologi mendapati manusia moden telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu(lebih awal daripada kewujudan Melayu Proto). Antara perkara yang menjadi perbalahan antara antara sarjana adalah, jikalau benar orang Melayu Deutro baru sampai di Kepulauan Asia Tenggara pada 2000-5000 tahun lalu, bangsa apakah yang telah mendiami Kepulauan Asia Tenggara sebelumnya? hal ini tidak dapat dijelaskan lalu menyebabkan sarjana-sarjana menyangkal dan wujudnya perbalahan sehingga sekarang.
Aspek 'warna kulit' juga menjadi keraguan dalam hipotesis ini. Warna kulit bangsa melayu berwarna coklat tetapi bangsa asia tengah berkulit cerah. Malahan bukan sahaja dari segi warna kulit, tetapi juga dari segi 'bentuk anggota badan', 'bahasa', dan 'kebudayaan' turut mempunyai perbezaan ketara.
Selain itu kebanyakan artifak yang ditemui seperti beliung batu, bukan sahaja boleh ditemukan di Asia Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eropah. Ia sebenarnya wujud pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia.
Kajian bahasa juga tidak menyokong bahawa bahasa melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian ini mandapati bahawa bahasa melayu berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun cina-tibet.

Manakala hipotesis kedua iaitu bangsa melayu berasal daripada Kawasan Nusantara menyangkal hipotesis pertama dan ia turut disokong oleh ramai para sarjana. Mereka juga mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia yang digunakan Bangsa Melayu, antaranya Sumatera, Jawa, Farmosa dan Filipina. Penutur bahasa Austronesia dipercayai sebagai induk kepada bahasa mikronesia, melanesia dan polinesia. Berdasarkan tengkorak yang dijumpai di Nusantara, ianya adalah lebih tua berbanding tengkorak manusia di Asia Tenggara. Dua tengkorak jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 dan 600 000 tahun, manakala tengkorak manusia yang dijumpai di Peking hanya berusia 550 000 tahun.

Kesimpulannya, Percanggahan kedua-dua hipotesis ini beserta bukti-bukti yang ada serta ditambah lagi dengan kemunculan penemuan fakta dan bukti baru, menyebabkan perbalahan antara sarjana menjadi lebih buruk. Selagi kesahihan kawasan asal bangsa melayu tidak ditemui dan dibuktikan dengan kukuh tanpa sebarang kekurangan, selagi itulah perbalahan ini akan berterusan tanpa henti. @>---

siti khatijah berkata...

Siti Khatijah…D20071029071

Assalamualaikum dan salam ukhwah…En. Razali Ayob.

Sehingga kini,asal usul orang Melayu masih menjadi buah mulut dalam kalangan sarjana. Teori demi teori dicatatkan,namun keturunan bangsa Melayu masih menjadi persoalan. Mengikut teori pertama iaitu teori Yunnan,para sarjana seperti R.H.Geldam,J.H.Ckern, J.R.Foster dan J.R Logen serta Prof. Asmah Hj. Omar bersetuju pendapat teori ini. Mereka berpendapat teori Kapak Tua seakan mirip kapak tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Hal ini kerana berlakunya migrasi penduduk di Asia Tengah Kepulauan Melayu.Buktinya penduduk awal dikatakan berusia lebih kurang 170juta tahun dahulu berikutan penemuan fosil homoerectus.Selain itu,adat resam bangsa Melayu dikatakan mirip suku Naga dari Assam, Kemboja. Bahasa Melayu yang digunakan juga dikatakan serumpun dengan bahasa di Kemboja.Di samping itu,gejala persinggahan dan penetapan secara nomad turut menyumbang kepada perbezaan bahasa dialek diantara suatu tempat.Contohnya kaum Iban menyebut “mata” dalam dialeknya “mata” manakala kaum Lun Dayeh menyebut “mateh” (Prof.Asama Hj. Omar,bukunya:Susur Galur Bahasa Melayu cetakan pertama 1985).Para sarjana berpendapat bahawa keturunan Melayu ini, terdapat dalam tiga bentuk gelombang iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan Melayu Deutro.

Sementara itu, menurut J.Crawford,K.Hilmy,Sutan Takdir Alisjahbaha dan Gorys Keraf, teori kedua iaitu teori Nusantara lebih tepat. Mengikut teori ini,bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi pada abad ke sembilan belas. Pengiktirafan ini hanya dapat dicapai setelah berlakunya perkembangan di Nusantara.Mengikut pendapat K.Hilmy pula,beliau tidak bersetuju bahawa bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa akan tetapi merupakan satu fenomena ambilan semata-mata.Selain itu,terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa di Nusantara ( bahasa Austronesia) dan bahasa di Asia Tengah (Indo-Eropah).

Konklusinya,keturunan orang Melayu sememangnya sukar ditentukan.Namun dua teori ini masih boleh dipertikaikan mengikut zamannya.Hakikatnya asal usul orang Melayu tidak akan dapat ditentukan sampai bilapun.Tetapi apa yang penting ke mana hala tuju bangsa Melayu selepas ini dalam membina tamadun Melayu glokal. Sekian terima kasih…

rosaidah binti japri (D20071029004) berkata...

Assalamualaikum..

Mengapakah perbalahan mengenai asal bangsa melayu dikalangan sarjana masih berlaku, walhal pelbagai kajian yang disertai bukti telah dilakukan?. Hal ini pastiya disebabkan oleh bukti-bukti kajian yang tidak kukuh dan mempunyai kekurangan yang boleh disangkal. Seperti mana yang kita tahu, terdapat dua hipotesis atau kesimpulan yang telah dibuat oleh kalangan sarjana mengenai tempat asal usul bangsa melayu iaitu kawasan 'Asia Tengah' dan 'Nusantara'. Berdasarkan hipotesis kawasan Asia Tengah, bangsa melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan dan dikatakan berasal dari kawasan Selatan China. Berdasarkan perpindahan itu, terdapat beberapa tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik iaitu 'Yunan di Selatan China', 'Assam di Burma' dan 'Champa di Selatan Indo China'. Walaupun ia disokong oleh segelintir sarjana seperti Asmah Hj Omar (Malaysia), Slamentmuljana(Indonesia) dan juga terdapat beberapa persamaan seperti dalam unsur bahasa, adat resam, sistem sosial, alat perkakasan dan kebudayaan, masih wujud pelbagai keraguan yang timbul dan ianya boleh dilihat dalam banyak aspek.
Aspek pertama yang boleh dilihat adalah dari segi 'Tarikh'. Kenyataan yang telah dikeluarkan iaitu masyarakat Melayu Deutro yang dikatakan moden telah wujud 1500sm, walhal kajian arkeologi mendapati manusia moden telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu(lebih awal daripada kewujudan Melayu Proto). Antara perkara yang menjadi perbalahan antara antara sarjana adalah, jikalau benar orang Melayu Deutro baru sampai di Kepulauan Asia Tenggara pada 2000-5000 tahun lalu, bangsa apakah yang telah mendiami Kepulauan Asia Tenggara sebelumnya? hal ini tidak dapat dijelaskan lalu menyebabkan sarjana-sarjana menyangkal dan wujudnya perbalahan sehingga sekarang.
Aspek 'warna kulit' juga menjadi keraguan dalam hipotesis ini. Warna kulit bangsa melayu berwarna coklat tetapi bangsa asia tengah berkulit cerah. Malahan bukan sahaja dari segi warna kulit, tetapi juga dari segi 'bentuk anggota badan', 'bahasa', dan 'kebudayaan' turut mempunyai perbezaan ketara.
Selain itu kebanyakan artifak yang ditemui seperti beliung batu, bukan sahaja boleh ditemukan di Asia Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eropah. Ia sebenarnya wujud pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia.
Kajian bahasa juga tidak menyokong bahawa bahasa melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian ini mandapati bahawa bahasa melayu berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun cina-tibet.

Manakala hipotesis kedua iaitu bangsa melayu berasal daripada Kawasan Nusantara menyangkal hipotesis pertama dan ia turut disokong oleh ramai para sarjana. Mereka juga mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia yang digunakan Bangsa Melayu, antaranya Sumatera, Jawa, Farmosa dan Filipina. Penutur bahasa Austronesia dipercayai sebagai induk kepada bahasa mikronesia, melanesia dan polinesia. Berdasarkan tengkorak yang dijumpai di Nusantara, ianya adalah lebih tua berbanding tengkorak manusia di Asia Tenggara. Dua tengkorak jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 dan 600 000 tahun, manakala tengkorak manusia yang dijumpai di Peking hanya berusia 550 000 tahun.

Kesimpulannya, Percanggahan kedua-dua hipotesis ini beserta bukti-bukti yang ada serta ditambah lagi dengan kemunculan penemuan fakta dan bukti baru, menyebabkan perbalahan antara sarjana menjadi lebih buruk. Selagi kesahihan kawasan asal bangsa melayu tidak ditemui dan dibuktikan dengan kukuh tanpa sebarang kekurangan, selagi itulah perbalahan ini akan berterusan tanpa henti. Sekian...

NAZIRAH(D20071029059) berkata...

Assalamualaikum En Razali...
Asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dala kalangan sarjana kerana terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza.Terdapat 2pandangan mengenai asal usul orang melayu.
Pandangan pertama ialah orang melayu berasal dari Asia Tengah.J.H.C.Kern yan merupakan seorang ahli fisiologi Belanda telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan dalam kehidupan harian mereka.Beliau mendapati bahawa perkataa yang terdapat di Kepulauan Nusantara ada terdapat di Madaaskar,Filipina,Taiwan dan Lautan Pasifik.Contoh perkataannya adalah seperti padi,buluh,rotan dan pandan.Beliau membuat kesimpulan bahawa Bahasa Melayu berasal dari satu induk yang ada di Asia.
Pandangan R.H.Geldern pula ialah beliau membuat kajian berkenaan asal usul melalui kajian terhadap kapak tua atau dikenali sebagai beliung batu.Alat tersebut ditemui di sekitar Sungai Brahmaputra,Irrawady,Salween,Yengtze dan Hwang.Kapak tersebut diperbuat daripada batu dan telah ditemui juga di beberapa tempat di Nusantara dengan bentuk dan jenis kapak yan sama.Beliau membuat rumusan mengenai kajian beliau dengan mengatakan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
J.R.Foster juga telah mengkaji asal usul orang melayu berdasarkan pembentukan kata,berpendapat bahawa terdapat persamaan pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dan Polinesia.Kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yan lebih tua yang dinamainya MELAYU POLINESIA PURBA.
Terdapat juga beberapa orang sarjana Melayu yang mengkaji asal usul orang Melayu.Antaranya ialah Slametmuljana dan Asmah Haji Omar yang juga menyokon pendapat oran Barat.Slametmuljana yang membuatpenyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa,sampai kepada satu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yan di dalamnya termasuk Bahasa Melayu adalah berasal dari Asia.Manakala Asmah pula berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak sekaligus,melalui jalan yanG berlainan.Beliau menolak pendapat yang menyatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yan berlaku adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.
Pendapat kedua pula ialah oranG Mlayu berasal dari Nusantara.J.Crowford yang merupakan sarjana Inggeris membuat kajian perbandingan bsahasa yan ada di Sumatera,Jawa,Kalimantan dan kawasan Polinesia.Beliau berpendapat bahawa bahasa yan tersebar di Nusantara berasal dari Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa adalah induk bagi bahasa serumpun di Nusantara.Kesimpulannya,oran Melayu tidak berasal dari mana-mana,Bahasa Jawa adalah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
Manakala K.Himly telah membuat perbandingan bunyi dan bentuk bahasa Champa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara.Beliau menyankal pendapat bahawa Bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Champa.Pendapat ini mendapat sokongan daripada P.W.Schmidt yan membuat kajian perbendaharaan kata dan struktur ayat bahasa Champa dan Mou Khmer.
Sutan Takdir Alisjahbana telah menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara sebagai bangsa yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.Mereka mempunyai persamaan warna kulit,bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cna di sebelah Timur dan bansa India di sebelah Barat.
Kesimpulannya,pendapat yang berlainan menghasilkan pendapat yang berbeza mengenai asal usul orang Melayu.Namun,sebelum kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bangsa,kita perlulah mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut.
SEKIAN,WASSALAM....

norhazwin berkata...

Susurgalur asal-usul bangsa melayu belum mencapai kata sepakat ahli sejarawan meskipun beberapa kajian telah dilaksanakan.terdapat dua kemungkinan yang dikemukakan.pertama,bangsa melayu bersal dariutara(asia tengah).Penadapat ini disokong oleh beberapa sarjana timur dan barat.antaranya R.H.Geldern yang mengemukakan bukti kapak tua.Namun bukti tersebut mempunyai kelemahan kerana kapak tua yang sama turut digunakan oleh masyarakat primitif Amerika dan Eropah.JHC Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan setiap hari seperti padi,buluh,rotan dan nyiur juga digunakan di Madagascar,Filipina,Taiwan dan beberapa buah pulau di Asia Pasifik.Beliau berkesimpulan bahawa bahasa melayu berasal dari satu induk yang terdapat di asia.W.Marsden pula mendapati bahasa melayu dan bahasa polinesia adalah serumpun.Selain itu,adat resam melayu dan suku Naga di Assam mempunyai persamaan.Hal ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan.
Sejarawan timur Slametmuljanadan Asmah Hj Omar turut menyokong.Slametmuljana menyimpulkan bahawa bahasa melayu berasal dari Asia.Asmah Hj Omar pula menyatakan perpindahan orang melayu ke Nusantara tidak sekaligus dan tidak sehaluan.Beliau menolak pendapat asal bahasa melayu adalah satu dan perbezaan yang berlaku kerana faktor geografi dan komunikasi.

Andaian ke-2 ialah orang melayu sememangnya telah berada di Nusantara ini.Antara bukti yang dikemukakan ialah kenyataan J Crawfurd yang menyatakan bahawa asal bahasa yang tersebar di nusantara berasal dari bahasa di Pulau Jawa(bahasa jawa) dan dari pulau sumatera (bahasa melayu).bahasa jawa dan bahasa melayu merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di nusantara ini.Bahasa melayu dan bahasa jawa telah memiliki taraf kebudayaan ysng tinggi dalam abd ke-19 selepas mencapai perkembangan budaya berabad-abad lamanya.Beliau menyimpulkan bahawa orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.Belau juga menyatakan bahasa jawa ialah bahsa tertua dan bahasa induk daripada bahasa lain.Himly pula menyangkal pendapat bahasa polinesia dan bahasa campa serumpun.Beliau berpendapat bahasa melayu dalam kedua-dua di atas hanya bahasa ambilan sahaja.
Penemuan manusia Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Pulau Jwa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan dari manusia kuno tersebut yakni berasal dari jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

norhazwin berkata...

Susurgalur asal-usul bangsa melayu belum mencapai kata sepakat ahli sejarawan meskipun beberapa kajian telah dilaksanakan.terdapat dua kemungkinan yang dikemukakan.pertama,bangsa melayu bersal dariutara(asia tengah).Penadapat ini disokong oleh beberapa sarjana timur dan barat.antaranya R.H.Geldern yang mengemukakan bukti kapak tua.Namun bukti tersebut mempunyai kelemahan kerana kapak tua yang sama turut digunakan oleh masyarakat primitif Amerika dan Eropah.JHC Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan setiap hari seperti padi,buluh,rotan dan nyiur juga digunakan di Madagascar,Filipina,Taiwan dan beberapa buah pulau di Asia Pasifik.Beliau berkesimpulan bahawa bahasa melayu berasal dari satu induk yang terdapat di asia.W.Marsden pula mendapati bahasa melayu dan bahasa polinesia adalah serumpun.Selain itu,adat resam melayu dan suku Naga di Assam mempunyai persamaan.Hal ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan.
Sejarawan timur Slametmuljanadan Asmah Hj Omar turut menyokong.Slametmuljana menyimpulkan bahawa bahasa melayu berasal dari Asia.Asmah Hj Omar pula menyatakan perpindahan orang melayu ke Nusantara tidak sekaligus dan tidak sehaluan.Beliau menolak pendapat asal bahasa melayu adalah satu dan perbezaan yang berlaku kerana faktor geografi dan komunikasi.

Andaian ke-2 ialah orang melayu sememangnya telah berada di Nusantara ini.Antara bukti yang dikemukakan ialah kenyataan J Crawfurd yang menyatakan bahawa asal bahasa yang tersebar di nusantara berasal dari bahasa di Pulau Jawa(bahasa jawa) dan dari pulau sumatera (bahasa melayu).bahasa jawa dan bahasa melayu merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di nusantara ini.Bahasa melayu dan bahasa jawa telah memiliki taraf kebudayaan ysng tinggi dalam abd ke-19 selepas mencapai perkembangan budaya berabad-abad lamanya.Beliau menyimpulkan bahawa orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.Belau juga menyatakan bahasa jawa ialah bahsa tertua dan bahasa induk daripada bahasa lain.Himly pula menyangkal pendapat bahasa polinesia dan bahasa campa serumpun.Beliau berpendapat bahasa melayu dalam kedua-dua di atas hanya bahasa ambilan sahaja.
Penemuan manusia Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Pulau Jwa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan dari manusia kuno tersebut yakni berasal dari jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

musera berkata...

Nora -D20071029043

Salam En Razali...

Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda dunia dan satu bangsa yang amat unik berbanding bangsa lain. Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Tetapi masih berlaku perdebatan dalam kalagan sarjana tentang asal usul bangsa Melayu ini. Terdapat beberapa teori yang dikemukakan unutk dijadikan bukti tentang asal usul bangsa Melayu. Mereka menyatakan bangsa Melayu berasal dari Utara ( Asia Tengah) dan terdapat juga pandangan yang menyatakan bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan Nusantara ini. Bukti yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah telah dikemukakan oleh J.H.C Kern iaitu seorang ahli fiologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia lain. Beliau telah membuat kajian berdasarkan beberapa pemerhatian yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Selain itu, perkataan di Kepulauan Nusantara terdapat juga di Madagaskar, Filipina dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Antara contoh perkataan yang menjadi persamaan ialah rotan, buluh, nyiur dan pisang. Bukti yang menyatakan bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Nusantara ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana iaitu John Crowford. Beliau telah membuat perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa Kalimantan dan Kepulauan Polinesia. Bahasa asal yang tersebar dari Pulau Jawa ( bahasa Jawa ) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera ( bahasa Melayu telah mengukuhkan lagi bukti yang dikemukakan oleh sarjana ini. Tambahan lagi,beliau menyaakan bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan induk bagi bahasa yang terdapat di Nusantara ini. Teori-teor yang telah dikemukkan oleh para sarjana ini telah menjadi perdebatan dan pertikaian. Sehingga hari ini masih belum terdapat bukti sahih yang boleh digunakan tentang asal usul Melayu. Sekian :)

ain_87 berkata...

AIN..D20071029042..
Assalamualaikum En Razali..
Seperti mana yang diketahui,sejarah awal Kepulauan Melayu agak kabur.Istilah Melayu sangat baharu dijumpai daripada kesan-kesan sejarah.Istilah ini timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi.Begitu juga asal usul orang Melayu yang masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana. Hal ini kerana terdapat perbezaan pendapat mengenai teori asal usul Melayu dan setiap teori ini disokong oleh bukti-bukti yang tertentu.Terdapat dua teori asal usul orang Melayu iaiti Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Berdasarkan teori Yunnan,orang Melayu berasal dari Asia Tengah iaitu Yunnan.Teori ini disokong oleh R.H Geldern,J.H.C. Kern dan Asmah Haji Omar.Teori ini juga disokong oleh R.H Sledern berikutan penemuan kapak tua di Kepulauan Melayu adalah mirip denagn kapak tua di Asia Tengah.Hal ini menunjukkan adanya migrasi dari Asia Tengah ke Nusantara.Selain itu,teori ini juga menjelaskan adat resam bangsa Melayu mirip dengan suku Naga di Assam,Burma berdasarkan kajian yang telah dijalankan J.R Logen.Di samping itu,Bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Champa di Kemboja juga merupakan bukti yang menyokong teori ini.Teori ini juga menyatakan bahawa kedatangan orang Melayu ke Nusantara melalui dua gelombang iaiatu gelombang yang pertama yang lebih dikenali Melayu Proto yang berlaku 2500 sebelum Masihi.Kemudian,dalam 1500 sebelum Masihi datang pula datang pula gelombang yang kedua iaitu golongan Melayu Deutro.Realitinya, Teori Yunnan ini amat popular.

Selain itu,teori yang kedua ialah Teori Nusantara.Teori ini disokong oleh J Crawford dan K. Himly.K himly tidak setuju bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa.Bagi beliau,persamaan yang berlaku adalah fenomena 'Ambilan'.Bukti lain yang menyokong teori ini ialah bahasa di Nusantara (bahasa Austronesia) berbeza denagn bahasa Indo-Eropah dari Asia Tengah.Melalui perbandingan yang dibuat oleh sarjan Inggeris(J Crawford),beliau mendapati bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun Nusantara.Justeru,melalui Teori Nusantara oarang Melayu tidak berasal dari mana-mana,sebaliknya berasal dari Nusantara itu sendiri.Jadi jelaslah di sini,bahawa dua teori ini masih mempunyai kekuatan atau kelebihan masing-masing berdasarkan bukti0bukti yang dikemukakan.Oleh itu,kajian yang spesifik dan berterusan wajar dilakukan agar kita mengetahui asal usul nenek moyang kita...
Sekian...:)

faizatie berkata...

Faizatie(D20071028997)
Assalamualaikum En.Razali,

Asal usul bangsa Melayu masih lagi menjadi pendebatan di kalangan para sarjana pada masa kini.Menurut kajian, terdapat dua teori asal usul bangsa Melayu iaitu teori Yunan dan teori Nusantara.

Teori Yunan disokong oleh beberapa para sarjana seperti Asmah Haji Omar, J.R Foster dan R.H Gelden. Penemuan kapak tua mirip kapak tua di Asia Tengah telah dijumpai di kepulauan Melayu.Selain itu,adat resam bangsa Melayu yang mirip kepada suku Naga di daerah Assam turut dijumpai.Sehubungan dengan penemuan ini, bangsa Melayu dikatakan serumpun dengan bahasa Kemboja yang selakigus menunjukkan pertalian dengan dataran Yunan. Manalaka menurut kajian J.H.C Kern mendapati bahawa perkataan seperti tumbuhan, haiwan, nama perahu di kepulauan Nusantara terdapat di Madagaskar,Filipina, Taiwan dan beberapa pulau di Lautan Pasifik.

Teori Nusantara pula disokong oleh para sarjana seperti J.Crawford dan K.Himly. Menurut teori ini,bahasa Melayu berasal dari Nusantara dan bahasa Nusantara berbeza dengan bahasa di Asia Tengah. Menurut kajian K.Himly,terdapat bunyi dan bentuk bahasa Champa dan pelbagai bahasa di Asia Tengah. Beliau menyangkal pendapat bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Champa(Kemboja) serta menganggap persamaan yang berlaku hanya satu fenomena “ambilan” sahaja.

Kesimpulannya, asal usul bangsa Melayu masih lagi kabur serta menjadi pendebatan dikalangan para sarjana kerana terdapat perbezaan bukti dalam kajian masing-masing.Perbezaan pendapat ini mungkin disebabkan kajian penyelidikan yang tidak menyeluruh dilakukan atas sebab tertentu seperti geografi,masa, dan teknologi yang menyukarkan kajian dilakukan.sekian...

DeQ Ma D20071029087 berkata...

Assalamualaikum En.Razali......
Menyentuh tentang persoalan yang diajukan,sememangnya asal-usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.Hal ini sedemikian kerana kajian yang dilakukan masih belum menemui titik noktahnya.

Terdapat 2 teori yang telah dikemukakan tentang asal-usul bangsa Melayu.Pertama,berasal dari Yunnan.Kedua,bangsa Melayu dikatakan berasal dari Nusantara.

Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana seperti
R.H Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster, J.R Logan,Slametmuljana dan Asmah Hj.Omar.Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

*Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu.Hal ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
*Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daereh Assam(sempadan India & Myanmar).
*Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.Penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunnan.
*Berdasarkan teori ini,dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama,yang ditandai dengan perpindahan;
#Orang Negrito
#Melayu Proto
#Melayu Deutro

Orang Negrito merupakan penduduk yang paling awal di Kepulauan Melayu.Mereka diperkatakan ada di sini sejak 1000S.M berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto berpindah ke Kepulauan Melayu pada 2500S.M.
Mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito,ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Persamaan dengan Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek di mana kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang ke-2(1500S.M).Mereka hidup di pantai dan mempunyai kemahiran belayar.

Teori Nusantara pula didokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sultan Takdir Alisyahbana,Gorys Keraf. Alasan:

*Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
*K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa(Kemboja).Baginya persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
*Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
*Bahasa di Nusantara(Bahasa Austronesia)mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah.
SEKIAN....

sulaiman berkata...

assalamualaikam,En.razali? Saya Sulaiman.D20071029058...asal-usul bangsa Melayu adalah kabur kerana menjadi perdebatan para sarjana.Cuma,bangsa Melayu boleh mengetahui serba sedikit tentang asal-usul mereka daripada hasil kajian sarjana berikut...(1)mengikut nik Safiah Karim (tatabahasa dewan 2004:1)"bangsa Melayu berasal dari daerah Yunan tahun 2500 sebelum masihi.Buktinya perbendaharaan kata India diserap masuk seperti nama tubuh badan iaitu bahu,rupa.Nama barang dagangan,binatang ,dan tumbuh-tumbuhan.Menurut J.Crawfurt bangsa Melayu berasal dari Nusantara kerana pada abad ke-19 bangsa Melayu telah mempunyai tamadun yang tinggi selepas perkembangan budaya yang lama.Oleh itu,mereka sememangnya berasal dari Nusantara.Justeru,daripada pendapat dua sarjana ini menunjukkan asal-usul bangsa Melayu masih tidak diketahui dengan jelas.Hal ini menjadi perdebatan kerana kebanyakkan barang arkeologi yang dijumpai yang menunjukkan asal bangsa Melayu berbeza-beza pendapat para sarjana membuat kesimpulan...wassalam.

mariam senin d20071028999 berkata...

Assalamualaikum, En.Razali.........
Asal usul orang Melayu menjadi perdebatan oleh para sarjana kerana ia amat kabur berikutan sejarah kuno Asia Tenggara yang masih belum diselidiki dengan mendalam.Oleh itu, dalam pencarian asal usul orang-orang Melayu iaitu penutur asli bahasa Melayu, terdapat banyak teori daripada para sarjana telah dikemukakan.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.Ini berlaku sejak tahun 2500 SM, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto atau Melayu Asli.

Teori Melayu Proto iaitu teori Yunan berasal dari Yunan disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H.Gelden, J.H.C Kern, J.R.Logan, Slametmuljana dan Asmah Hj Omar.J.R.Logan dalam kajian beliau berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati adat resam kaum Melayu ada persamaan dengan adat resam suku Naga di Assam, Burma.

Antara alasan yang menyokong teori ini ialah penemuan Kapak Tua yang menyerupai Kapak Tua di Asia Tengah.Keadaan ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Pada tahun 1500 SM pula, datang gelombang yang ke dua yang disebut golongan Melayu Deutro.Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.

Penduduk-penduduk awal Yunan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus.Manusia Yuanmou'pula telah dijumpai pada tahun 60an.Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakhluk Yunan dan menyatukan China.Sejak itu, ia mula menjadi sebuah wilayah dalam China.

Penduduk Yunan adalah daripada golongan Austronesia yang menggunakan bahasa Austronesia.Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing.Bahasa Melayu pua tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.

Teori Nusantara pula dikemukakan selain teori Yunan.Teori ini disokong oleh para sarjana seperti J.Crowfurd, K.Himly, Sultan Alisjahbana dan Gorys Keraf.Teori ini dikemukakan dengan alasan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Ia telah menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara kerana ia telah mencapai taraf tamadun yang tinggi setelah perkembangan budaya lama.

Secara kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai teori dikemukakan oleh para sarjana, namun masih banyak lagi fakta dan bukti baru yang ditemui.Hal ini menyebabkan perbalahan antara para sarjana menjadi lebih buruk.Secara tidak langsung, perbalahan antara para sarjana terus berlaku tanpa henti selagi kesahihan kawasan asal bangsa Melayu tidak ditemui dan dibuktikan dengan kukuh tanpa sebarang kekurangan.

zakiah-d20071029102 berkata...

assalamualaikum...
Wujud pelbagai teori berkaitan asal usul bangsa melayu antaranya ialah teori yang mengatakan bahawa bangsa melayu berasal dari Yunan dan Nusantara. Teori yang mengatakan bangsa melayu berasal dari Yunan ini dikemukakan oleh R.H.Geldern dan J.H.C.Kern. Hal ini berikutan pernemuan kapak tua di kepulauan melayu yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah.Ini membuktikan bahawa terdapat perpindahan penduduk dari Asia Tengah ke Nusantara yang datang dalam dua peringkat iaitu melayu proto dan melayu deutro. Peringkat pertama ialah kumpulan melayu proto yang datang ke Nusantara pada tahun 3000-1500 S.M. Peringkat kedua ialah kumpulan melayu deutro yang datang pada zaman logam. Pendapat ini turut disokong oleh sarjana barat yang lain seperti K.Himly,Dr.Hamy dan A.H.Kearn.Menurut mereka penduduk di Nusantara mempunyai persamaan dengan penduduk di Yunan dari segi bahasa, adat resam, kebudayaan, hasil kerja tangan dan alatan seperti kapak batu dan tulang mawas. Namun teori ini disangkal kerana mengikut penemuan arkeologi dan tinggalan sejarah, terdapat manusia yang telah lama tinggal di kepulauan Nusantara iaitu sekitar 2000-500 tahun yang lalu. Selain itu, terdapat manusia yang datang dari kumpulan manusia Melanesoid yang tidak sama dengan Melayu Proto dan Melayu Deutro.Terdapat juga bukti sejarah yang menunjukkan bahawa terdapat petempatan manusia yang telah mantap di alam melayu ratusan ribu tahun yang lalu.
Sebaliknya,menurut teori Nusantara yang dikemukakan oleh K.Himly dan John Crowford,bangsa Melayu tidak berasal dari mana-mana dan ianya dicapai selepas perkembangan budaya yang lama.Bahasa melayu dan bahasa jawa mempunyai persamaan dan bahasa jawa merupakan bahasa induk bagi bahasa rumpun Nusantara.Bahasa di Nusantara juga amat berbeza dengan bahasa di Asia Tengah iantu bahasa Indo-Eropah.
Jelaslah bahawa para sarjana tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi membuktikan kebenaran teori mereka.Hal inilah yang menyebabkan para sarjana masih berdebat hingga ke hari ini untuk menegakkan pendapat masing-masing.

fadhilah d20071029003 berkata...

assalamualaikum en. Razali.....
Asal usul bangsa Melayu masih menjadi pendebatan dalam kalangan sarjana kerana ianya sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan) dan Nusantara(Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.Manakala Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Sementara itu, perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Kesimpulannya, teori-teori asal usul bangsa melayu akan terus menjadi pendebatan kerana setiap teori yang diutarakan oleh setiap sarjana mempunyai hujah-hujah yang kukuh untuk menegakkan teori-teori mereka.

sue berkata...

Sue...d20071029039..
Assalamualaikum En.Razali Ayob..
Asal usul bangsa Melayu menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana sehingga kini.Percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana adalah disebabkan terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa tokoh.Terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh mereka antaranya teori yunnan dan juga teori nusantara.

Seperti yang kita ketahui,bangsa Melayu dipercayai datang menerusi dua gelombang.Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu proto manakala gelombang kedua dikenali sebagai Melayu deutro.Kedatangan golongan Melayu deutro yang dikatakan lebih maju daripada golongan Melayu proto telah menyebabkan golongan Melayu proto berpindah ke kawasan pedalaman dan membentuk masyarakat orang asli seperti jakun,senoi dan sebagainya.


Teori yunnan merupakan salah satu teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentang asal usul bangsa Melayu.Teori ini telah disokong oleh beberapa tokoh seperti R.H Geldern,J.R Logen,Asmah Hj.Omar,dan ramai lagi.Hal ini dibuktikan dengan penemuan kapak tua di kepulauan Melayu yang mirip dengan kapak tua yang dijumpai di Asia Tengah.Teori ini dikukuhkan lagi dengan persamaan adat resam antara masyarakat Melayu di nusantara dengan suku kaum Naga di daerah Assam di Burma.

Manakala teori yang kedua pula ialah teori nusantara.Teori ini telah disokong oleh tokoh seperti J.Crawfurd,K.Himly dan juga Sutan Takdir Alisjahbana.Teori ini menyatakan bangsa Melayu tidak berasal dari mana-mana sebaliknya ia telah wujud sejak berkurun lamanya.Hal ini dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Srivijaya yang telah lama bertapak di alam Melayu.

Kesimpulannya,asal usul bangsa Melayu masih lagi kabur sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan sarjana.Namun,teori yunnan merupakan teori yang paling kukuh untuk menjelaskan asal usul bangsa Melayu kerana terdapat banyak persamaan antara masyarakat Melayu dengan suku kaum Naga di daerah Assam(Burma).Sekian....

norhafizah berkata...

D20071029048
aslkm...prof.
salam hormat...
mengapa asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan para sarjana?
hmmm...
kewujudan dua teori yang bercanggah tentang asal usul orang melayu iaitu menurut teori pertama; orang melayu berasal dari utara China(yunnan)-R.H Geldern dsbg dan yang kedua; orang melayu tidak berhijrah dari mana-mana tetapi berasal dari nusantara itu sendiri- J Crawfurd dsbg .
percanggahan yang membawa kepada perdebatan dalam kalangan para sarjana itu terjadi kerana kajian yang dijalankan masih kekurangan bukti yang benar-benar kukuh. contohnya teori kapak tua yang dikatakan berasal dari Asia Tengah tetapi di temui di kepulauan melayu. sebenarnya,teori ini memang boleh dicanggah dengan mudah jika kita menilai semula cara hidup orang melayu pada suatu ketika dahulu.
orang melayu digambarkan sebagai satu bangsa yang suka mengembara,malah pengertian "melayu" itu sendiri bermaksud "berlari". oleh itu,tidak hairanlah jika kapak tua yang berasal dari tempat lain itu boleh berada di kepulauan melayu memandangkan ia merupakan alat keperluan dalam kehidupan harian. orang melayu berkemungkinan telah membawa kapak tersebut pulang ke kepulauan melayu setelah merantau di tempat lain. mereka juga telah menyebarkan budaya mereka di merata-rata tempat yang telah mereka jelajahi. hal ini semakin menyukarkan kajian dijalankan memandangkan taburan pertempatan orang melayu yang diklasifikasi mengikut persamaan budaya amat luas. terdapat juga di antara mereka ini berkahwin dengan penduduk di tempat lain yang seterusnya membentuk satu keturunan yang baru yang mempunyai persamaan dari segi budaya dan bahasa. cara hidup mereka juga tidak jauh berbeza dengan cara hidup orang melayu di nusantara.

selain itu,dalam usaha para sarjana berlumba-lumba untuk mengukir nama di persada dunia,mungkin ada kekurangan kerjasama berlaku yang menyebabkan wujud pelbagai teori yang masih tidak mampu menggambarkan dengan kukuh asal usul orang melayu.
seharusnya, para sarjana perlu membuat penyelidikan secara kolektif dan bekerja sama agar bukti-bukti dan teori yang dihasilkan benar-benar sahih dan tidak diragui.

mungkin,kita sendiri sebagai orang melayu harus melakukan sesuatu bagi membuktikan asal usul sebenar bangsa kita. melainkan kita lebih suka duduk berborak kosong dan menganga di kedai kopi sementara menunggu hasil kajian tentang asal usul bangsa kita yang dilakukan oleh bangsa lain diutarakan berbanding melakukan kajian dan penemuan itu sendiri. maka tidak hairanlah jika kita terpaksa mengaku asal usul orang melayu adalah keturunan BERUK suatu hari nanti andai kajian para sarjana barat menyatakan begitu.
fikir-fikirkan....BITARA siswa UPSI mampu melakukan sesuatu...
adios..
yang KURIK itu kundi
yang MERAH itu saga
yang GEMALAI itu bayu
yang BAIK itu budi
yang INDAH itu bahasa
yang LALAI ITU BUKAN LAGI MELAYU

sekian dikirku...

suhana berkata...

Suhana(D20071029010)
Assalamualaikum En Razali.Asal usul bangsa Melayu memang sukar ditentukan.Walaubagaimanapun,para sarjana menyatakan terdapat dua teori mengenai asal usul orang Melayu iaitu bangsa Melayu berasal daripada Yunnan(teori Yunnan)dan bangsa bangsa Melayu daripada Nusantara.Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa orang Minangkabau berasal daripada pengikut Nabi Nuh(bangsa Ark).Tetapi, pendapat ini masih belum dapat dibuktikan.Teori Yunnan disokong oleh sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana, dan juga Asmah Haji Omar. Alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah Kapak Tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Selain itu, adat resam bangsa Melayu sama dengan adat suku Naga di daerah Assam.Bahkan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Teori ini merupakan teori yang diterima umum.Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia(m/s6)menyatakan "nenek moyang" orang melayu itu berasal daripada Yunnan. Teori ini dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan melayu menerusi tiga gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro.Orang Negrito merupakan penduduk paling awal kepulauan melayu iaitu sejak 1000 S.M.Berdasarkan penerokaaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang bercirikan fizikal berkulit gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar, berbibir penuh serta saiz badan yang pendek.Manakala melayu Proto (2500SM) mempunyai peradaban dan lebih maju daripada orang Negrito.Mereka mahir bercucuk tanam.Persamaan antara Melayu Proto ialah dikenali sebagai Melayu Negosiddek yang kebanyakannya terdapat di Pulau (Pinang).Melayu Negosiddek mahir dalam bidang lautan.Perpindahan Melayu Deutro pula berlaku pada 1500SM.Mereka hidup di pantai dan mahir belayar.
Teori Nusantara didukung oleh sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himley,Sutan Takdir,Alisjahbana, dan Gorys Keref.Teori ini disokong dengan alasan bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Selain itu,K.Himley tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa.Baginya,persamaan yang berlaku adalah satu fenomena "ambilan".Bahkan, manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Di samping itu,Bahasa di Nusantara(bahasa Austronesia)mempunyai perbezaan yang ketara di Asia Tengah(bahasa Indo-Eropah).Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di Malaysia.

salbiah berkata...

Salbiah Binti Taha
D20071028976

ASSALAMMUALAIKUM......

Asal-usul bangsa melayu menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana kerana tiada teori yang tepat tentang asal-usul bangsa melayu.Terdapat dua teori mengenai bangsa melayu.Teori pertamanya ialah teori yunnan manakala teori yang kedua pula ialah teori Nusantara.Teori yunnan telah disokong oleh beberapa sarjana seperti RH Geldern,J.H.C.Kern,dan JR Foster.Asal-usul bangsa melayu dipercayai berasal dari golongan Austronesia di Yunnan.Kumpulan pertama yang berpindah ke Asia Tenggara dikenali sebagai Melayu Proto.Mereka berpindah pada zaman batu baru iaitu sekitar tahun 2500 sebelum masihi.Mereka pandai bercucuk tanam dan dikenalpasti juga sebagai orang asli di semenanjung dan dayak di Sarawak.Kumpulan kedua yang berpindah ke Asia Tenggara pula ialah golongan melayu Deutro.Mereka lebih moden jika dibandingkan dengan melayu proto.Golongan ini berpindah ke Asia Tenggara pada zaman logam iaitu sekitar tahun 1500 sebelum masihi.Golongan ini mempunyai kemahiran belayar dan mereka juga menetap di pantai.Teori Yunnan juga diperkukuhkan lagi dengan penemuan kapak-kapak tua di sekitar sungai di Asia Tenggara.
Teori yang kedua pula menyatakan bahawa bangsa melayu memang merupakan penduduk tetap di Nusantara.Teori ini didukung oleh sarjana seperti John Crawford dan K.Himly.menurut teori ini dipercayai bahawa orang melayu dan orang jawa telah mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf tamadun mereka telah membuktikan bahawa bangsa melayu berkembang sejak sekian lama dan seterusnya membuktikan bahawa bangsa melayu tidak berasal dari mana-mana malah merupakan penduduk asal Nusantara.
Kesimpulannya,asal-usul bangsa melayu memang masih kabur dan terdapat percanggahan mengenainya.keadaan ini seterusnya membawa kepada perdebatan para sarjana.

wani berkata...

ASSALAMUALAIKUM EN.RAZALI
Seperti yang diketahui,penentuan asal usul orang melayu bukanlah sesuatu yang senang dibuktikan dan ditentukan.Persepakatan antara para sarjana masih belum menemui jalan penyudahnya,bahkan hal ini telah menjadi satu perdebatan hebat dalam kalangan para sarjana, walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini.Pendapat ada mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu Bangsa Ark yang mendarat di muara Sg.Jambi dan Palembang,semasa banjir besar di bumi tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.Oleh sebab itu,hanya 2 teori yang kukuh sahaja mengenai asal usul bangsa Melayu diterima pakai iaitu TEORI YUNNAN dan TEORI NUSANTARA.Namun begitu,TEORI NUSANTARA kurang popular khususnya di Negara Malaysia.Secara keseluruhannya,alasan-alasan yang menyokong TEORI YUNNAN lebih kukuh berbanding TEORI NUSANTARA.Oleh yang demikian TEORI YUNNAN popular yakni diterima umum.TEORI YUNNAN ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R.Logan, Slametmuljana dan juga Asmah Hj. Omar. Alasan – alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:-
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu.Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada Suku Naga di daerah Assam ( berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar )
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.Penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sg.Mekong.Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunnan.
Berdasarkan teori ini,dikatakan Orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito,Melayu Proto dan juga Melayu Deutro.
Sebaliknya pula dalam TEORI NUSANTARA, teori ini didukung oleh sarjana – sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.
Teori ini disokong dengan alasan seperti :-
1. Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke – 19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan Orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa ( Kemboja).Baginya,persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ambilan.
3. Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan Orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan menjadikan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara ( Bahasa Austronesia ) mempunyai perbezaan yang ketara di Asia Tengah ( Bahasa Indo – Eropah )

Sebenarnya,memang sukar untuk menentukan asal usul orang Melayu dek kerana percanggahan pendapat antara para sarjana tersebut.Bukti dan alasan yang banyak perbezaan ini menyebabkan asal usul orang Melayu masih kabur dan menjadi perdebatan utama dalam kalangan sarjana.Persoalan ini terus menjadi tanda tanya dan diharapkan persoalan menemui jalan penyelesaiannya melalui kajian – kajian yang lebih mendalam.
Terima Kasih.

ila berkata...

Asal usul orang melayu menjadi perdebatan antara sarjana kerana kekaburannya walaupun terdapat bukti-bukti untuk menyokong pendapat masing-masing..namun sehingga kini teori yang masih diguna pakai ialah teori yunan.Teori ini disokong oleh beberapa tokoh seperti R.H Geldern,J.R Logen,Asmah Hj.Omar(susur galur bangsa melayu) dan osman hussien.asal usul orang melayu dikatakan datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.orang melayu dikatakan datang ke asia tengah dan asia tenggara melalui perjalanan beribu-ribu batu.ini dperkukuhkan lagi dengan hasil penemuan bukti-bukti sejarah seperti kapak tua yang hampir serupa dengan kapak tua yang ditemui di asia tengah. ini jelas menjelaskan perjalanan atau terdapat migrasi dalam kalangan orang melayu.Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam.selain itu,orang melayu juga dipercayai datang melalui yunan dengan hasil penyelidikan DNA yang dilakukan oleh ahli-ahli saintifik dan arkeologi.Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.ini hampir menjelaskan yang penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja jelas memperlihatkan pertaliannya dengan dataran Yunan.selain daripada teori yunan teori lain yang diguna pakai ialah teori nusantara.Teori ini disokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.teori ini memperlihatkan persamaan bahawa bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Tamadun yang tinggi ini dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya yang lama.bahasa melayu dan bahasa jawa dikatakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di nusantara.bukti yang menyatakan orang melayu datang daripada nusantara ialah penemuan tengkorak yang berusia jutaan tahun di Nusantara dapat memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini.
walaupun begitu terdapat juga sarjana yang mengatakan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana sebaliknya ia telah wujud sejak berkurun lamanya.Hal ini dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Srivijaya yang telah lama bertapak di alam Melayu.

kesimpulannya,walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang asal usul orang melayu namun kewujudannya masih kabur dan tidak dapat dijelaskan sehingga kini.

yatie berkata...

yatie...d20071029038..
Assalamualaikum..En.Razali Ayob..
Sebagaimana yang kita tahu, asal usul bangsa Melayu masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.Walaupun terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana.Namun belum ada kata sepakat antara sarjana-sarjana tersebut.
Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Teori Yunnan disokong oleh beberapa para sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R.Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.R.H Geldern telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu).Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu sungai Brahmaputra,Irrawaddy,Salween,Yangtze,dan Hwang.Beliau telah membuat kesimpulan bahawa kapak tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Manakala J.R Logen pula telah membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam suku Naga di Assam(daerah Burma dan Tibet) persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan.
Teori nusantara pula disokong oleh J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya lama.Manakala K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa(Kemboja).Baginya persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
Secara tuntasnya,asal usul bangsa Melayu sebenarnya belum cukup jelas.Hal ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan sarjana.Teori yang dikemukakan juga berbeza antara satu sama lain dan menyebabkan berlakunya sedikit kekeliruan tentang asal usul bangsa Melayu.Sekian...

nadia berkata...

SALAM…………………..
Mengapa asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan?Ini kerana terdapat percanggahan idea yang berkaitan dengan orang melayu.Masing-masing mengemukakan teori yang boleh mengaitkan dan membuktikan asal-usul orang melayu…Teori tersebut ialah Teori Yunnan dan Teori Nusantara..Namun begitu,ada juga pendapat lain antaranya ialah mereka percaya bahawa orang Minangkabau berasal dari pengikut Nabi Nuh iaitu bangsa Ark yang mendarat di Sungai Jambi dan Palembang …Walaubagaimanapun, pendapat ini masih belum dapat dibuktikan…

Menurut Teori Yunnan,Kapak Tua yang dijumpai di Kepulauan Melayu hampir menyamai Kapak Tua di Asia Tengah.Ini membuktikan bahawa berlakunya penghijrahan dari Asia Tengah sekali gus menjelaskan mengapa mereka beranggapan orang melayu berasal dari Yunnan..Teori ini disokong oleh sarjana seperti R.H.Geldern,J.H Kern,J.R Foster,J.R.Logan,Slametmuljana,dan Asmah Haji Omar..Selain itu,adat resam bangsa melayu mirip kepada Suku Naga di daerah Assam..Alasan lain yang menyokong teori ini ialah bahasa melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja..Penduduk Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.Ini menandakan adanya pertalian dengan dengan dataran Yunnan melalui perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja…..Menurut teori ini,orang Yunnan mengalami proses migrasi ke Kepulauan Melayu melalui 3 gelombang yang utama iaitu perpindahan orang Negrito,Melayu Proto dan Melayu Deutro..Penduduk paling awal di Kepulauan Melayu ialah orang Negrito yang dipercayai berpindah kira-kira 1000 S.M yang mana oranag Semang diperturunkan melalui orang ini…Melayu Proto dipercayai berpindah kira-kira 2500 S.M dan mempunyai peradaban yang lebih maju.. Manakala Melayu Deutro ialah melayu kuno yang kedua berlaku pada 1500 S.M yang mana mereka hidup di pantai dan mempunyai kemahiran belayar..

Manakala Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana seperti J.Crawford,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf...Mereka berpendapat bahawa orang melayu berasal dari Nusantara .Alasannya ialah bangsa melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dicapai setelah perkembangan budaya yang lama..Perkara ini menjelaskan orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara…...K.Himly berpendapat bahawa persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa melayu dan bahasa Champa Kemboja adalah satu fenomena “ambilan” dan sekali gus menolak anggapan bahawa kedua-dua bahasa ini adalah serumpun..Alasan lain ialah penemuan manusia kuno iaitu ‘Homo Soloinensis” dan “Homo Wajakensis” di Pulau Jawa.Ini menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno..Alasan seterusnya ialah perbezaan yang ketara antara bahasa di Nusantara(bahasa Austronesia) dengan bahasa di Asia Tengah (bahasa Indo-Eropah)…

Kesimpulannya,asal asal orang melayu masih menjadi perdebatan kerana teori yang dikemukakan oleh para sarjana dikutkan dengan alasan dan bukti-bukti yang nyata.Jadi,masing-masing mahu mempertahankan teori sendiri sehingga tiada kata sepakat dapat diambil sehingg kini…SEKIAN,TENKIUUUUUUUUU…..:)

syuhadahmohamad berkata...

Assalamualaikum …..Encik Razali.
Asal-usul orang melayu masih diperdebatkan dalam kalangan sarjana.Hal ini disebabkan terdapat banyak pertindihan pendapat dalam kalangan mereka.Namun begitu,hanya dua teori sahaja yang popular dan diterima umum iaitu teori YUNNAN dan teori NUSANTARA.Mengikut teori Yunnan* ;

1 ) Kapak tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah telah ditemui di Kepulauan Melayu.Ini menunjukkan berlakunya migrasi dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Teori ini disokong oleh sarjana seperti R.H Geldern,J.H.C Krn,J.R Foster,J.R Logan ,Slametmuljana,dan Asmah Haji Omar .

2) Adat resam bangsa Melayu dikatakan mirip kepada suku Naga di daerah Assam.

3) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.Penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan.
*Teori ini paling popular dan diterima umum.

Teori yang kedua ialah teori NUSANTARA.Teori ini disokong oleh sarjana seperti J.Crawfurd,K.Hilmy,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Mengikut teori NUSANTARA;

1)Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad yang ke 19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan tidak berasal daripada mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.


2) K.Hilmy tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja ).Baginya persamaan yang berlaku di kedua –dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan” .

3)Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis tredapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kurun tersebut yakni berasal daripada Jawa dan menjadikan tamadun bersendirian.
4)Bahasa di Nusantara (bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Indo-Eropah) .
Oleh yang demikian,selagi kedua-dua teori ini disokong oleh pihak yang berlainan ,maka selagi itu asal-usul orang melayu masih diperdebatkan.Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,namun kata sepakat antara sarjana belum dicapai.

syuhadahmohamad berkata...

Assalamualaikum …..Encik Razali.
Asal-usul orang melayu masih diperdebatkan dalam kalangan sarjana.Hal ini disebabkan terdapat banyak pertindihan pendapat dalam kalangan mereka.Namun begitu,hanya dua teori sahaja yang popular dan diterima umum iaitu teori YUNNAN dan teori NUSANTARA.Mengikut teori Yunnan* ;

1 ) Kapak tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah telah ditemui di Kepulauan Melayu.Ini menunjukkan berlakunya migrasi dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Teori ini disokong oleh sarjana seperti R.H Geldern,J.H.C Krn,J.R Foster,J.R Logan ,Slametmuljana,dan Asmah Haji Omar .

2) Adat resam bangsa Melayu dikatakan mirip kepada suku Naga di daerah Assam.

3) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.Penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan.
*Teori ini paling popular dan diterima umum.

Teori yang kedua ialah teori NUSANTARA.Teori ini disokong oleh sarjana seperti J.Crawfurd,K.Hilmy,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Mengikut teori NUSANTARA;

1)Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad yang ke 19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan tidak berasal daripada mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.


2) K.Hilmy tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja ).Baginya persamaan yang berlaku di kedua –dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan” .

3)Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis tredapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kurun tersebut yakni berasal daripada Jawa dan menjadikan tamadun bersendirian.
4)Bahasa di Nusantara (bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Indo-Eropah) .
Oleh yang demikian,selagi kedua-dua teori ini disokong oleh pihak yang berlainan ,maka selagi itu asal-usul orang melayu masih diperdebatkan.Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,namun kata sepakat antara sarjana belum dicapai.

sazaa berkata...

Assalamualaikum...

asal-usul orang melayu masih memjadi pendebatan dalam kalangan sarjana kerana mereka masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza dan keupayaan bg membuktikan asal-usul orang melayu yang sebenar.

Salah satu aspek yang yang diambil oleh para sarjana untuk membuktikan asal-usul orang melayu ialah dari aspek geografi. Dalam aspek ini terdapat dua pandangan mengenai asal-usul orang melayu.Pandangan pertama menyatakan orang melayu berasal dari utara(Asia Tengah). Menurut J.R.Logan,melalui kajiannya terdapat adat resam melayu dan adat resam suku warga di Assam. Keadaan ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh mereka. Oleh iti,J.R.Logan membuat kesimpulan bahawa bangsa melayu berasal dari asia. Pandangan kedua pula menyatakan bangsa melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu.

Ada juga dalam kalangan sarjana mengaitkan asal-usul orang melayu dengan menggunakan pendekatn etimologi. menurut J.H.C Kern yang menjalankan kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari,beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Nusantara juga terdapat di Madagaskar,Taiwan dan juga di beberapa pulau di lautan pasifik. Kesimpulan beliau berpendapat bahasa melayu berasal daripada satu induk yang berada di asia.

E.Aymonier dan A.Cabaton pula berpendapat bahasa champa adalah serumpun dengan bahasa polinesia. Pendapat ini bertentangan bagi hamy kerana menurut beliau bahasa melayu dan bahasa champa merupakan warisan daripada bahasa melayu kontinental. Menurut W.Marsden pula,beliau berpendapat bahawa bahasa melayu dan bahasapolinesia adalah serumpun. J.R Foster pula berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata antara bahasa melayu dengan bahasa polinesi berdasarkan kajiannya terhadap pembentukan kata. Menurut beliau,kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua iaitu bahasa melayu polinesia purba.

para sarjana juga membua kajian dari segi pendekatan saintifik(DNA) dan pendekatan arkeologi. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri dan berbeza-beza. Oleh itu,tidak hairanlah jika asal-usul orang melayu masih menjadi pendebatn dalam kalangan sarjana hingga ke hari ini.Namun begiti,pendapat-pendapat yang diketengahkan oleh sarjana ini tidak kira melayu mahupun barat perlu diambil kira walaupun mempunyai percanggahan pendapat. Hal ini kerana,tanpa kajain dan penyelidikan yang dilakukan oleh sarjana,kita dapat membuktikan kewujudan asal-usul bangsa kita.

sazaa berkata...

(D20071029083)

Assalamualaikum.....

Asal-usul orang melayu ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana mereka mmasing-masing mempunyai pendapat yang berbeza dan mempunyai keupayan bagi membuktukan asal-usul orang melayu. Antara aspek-as[ek yang dibincangkan ialah dari apek geografi,etimologi,arkeologi dan saintifik(DNA).
Dari aspek geografi terdapat dua pandangan mengenai asa-usul orang melayu. Pandangan pertama menyatakan orang melayu berasal dari utara(Asia Tengah). Menurut J.R.Logan,melalui kajiannya terhadap adat resam melayu dengan adat resam suku warga di Assam. Keadaan ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh mereka. Oleh itu,J.R.Logan membuat kesimpulan bahawa bangsa melayu tentulah berasal dari Asia. Pandangan kedua menyatakan bangsa melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu.
Para sarjana juga mengaitkan asal-usul orang melayu dengan menggunakan pendekatan etimologi.Menurut J.H.C Kern yang menjalankan kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari,beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Nusantara juga terdapat di Madagaskar,Taiwan dan juga beberapa pulau di Lautan Pasifik. Kesimpulannya beliau berpendapat bahasa melayu berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
E.Aymonier dan A.Cabaton pula berpendapat bahawa Champa adalah serumpun dengan bahasa Polinesia. Pendapat ini bertentangan bagi Hamy kerana menurut beliau,bahasa melayu dam bahasa champa merupakan warisan daripada bahasa melayu Kontinental. J.R Foster pula berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata antara bahasa melayu dengan bahasa Polinesia. Menurut beliau kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua iaitu Bahasa Melayu Polinesia Purba.
Pendekatan saintifik dan pendekatan arkeologi yang dijalankan oleh para sarjana juga mempunyai pendapat yang tersendiri dan bebeza-beza. Oleh itu,tidak hairanlah jika asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.

ommi(D20071029062) berkata...

ASSALAMUALAIKUM....En.RAZALI....
Sejak dahulu lagi masalah pendebatan para sarjana tentang asal-usul bangsa melayu masih lagi menjadi bahan pendebatan dalam kalangan para sarjana.Hal ini disebabkan oleh percanggahan pendapatdan teori dalam kalangan mereka.Berdasarkan teori Hendrik Kern dan Von Heine-Geldern,mereka berjaya menemui artifak seperti kapak kapak kuno,beliung segi panjang yang dijumpai di lembah sungai Huang Ho,Yangtze di seluruh kepulauan melayu.Selain itu,terdapat pelbagai teori dan pendekatan lain seperti pendekatan geografi,pendekatan arkeologi,pendekatan saintifik(DNA)dan pendekatan etimologi.
MELALUI PENDEKATAN SANTIFIK (dna)

Menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidikan Pusat Sains Kesihatan(USM)DR ZAFARINA ZAINUDDIN yang bertajuk Analisis DNA Mitokondria(mtDNA)masyarakat melayu moden dan orang asli disemenanjung mendapati bahawa orang asli dan orang melayu berasal dari keturunan berlainan.Hal ini bertengtangan dengan pendapat umum yang menyatakan orang asli dan orang melayu wujud dari rumpun atau keturunan yang sama.Melalui data mtDNA yang dikumpul dalam kajian itu,orang melayu moden dipercayai berasa, dari populasi Austranesian (Sultan Mongoloid)manakala orang asli pula adalah saki baki manusia moden dari populasi Austroloid.Dalam penyelidikan ini Dr.Zafarina menggunakan102 sampel yang dikumpulkan dari orang melayu moden dan 58 sampel orang asli Semang bagi menjalankan kajian Analisis DNA Mitokondri(mtDNA).Masyarakat melayu moden dan orang asli disemenanjung malaysia.Hasil kajian tersebut didapati varisi mtDNA adalah jauh lebih tinggi dalam masyarakat melayu moden berbanding orang asli.Keadaan ini dapat dijelaskan berikutan kebayakkan individu bersadar dari sebelah ibu kerana masyarakat ogang aslimasih mengamalkam perkahwinan antara saudara dekat dan menetap di tempat yang sama.
Hasil dari kajian ini memberikan sebanyak 94 polimafisma iaitu merupakan perubahan kecil dalam rujukan DNA yang membezakan antara keturunan dan seterusnya membentuk 75 haplogroup(M,B,F)yang merupakan kumpulan paling biasa ditemui di populasi Asia.Hal ini membuktikan masyarakat melayu moden mungkin berasal dari kumpulan Mongoloid yang memasuki semenanjung malaysia kira-kira 6000 tahun dahulu.Masyarakat melayu moden juga mempunyai prtanda mtDNA yang biasa diguna di populasi di India.Penemuan ini memberi kesan positif memandangkan sebelum ini masyarakat melayu miden dipercayai sebagai melayu proto yang sudah bercampur dengan oarng India,Arab,Cina dan Thailand.Penemuan ini dilihat berjaya menyokong fakta sejarah kegemilangan sejarah Kesultanan Melayu Melaka berikutan kemasukan saudagar luar secara ramai-ramai dan berkahwin dengan rakyat dinegara ini.Fenomena inilah yang telah menyumbangkan kepada pelbagai coarak mtDNA dalam masyarakat melayu moden.Masyarakat orang asli Semang di semenanjung malaysia juga dipercayai dan menunjukan persamaan dari segi corak mtDNA dengan orang asli diselatan Thailand dan kumpulan-kumpulan asli lain seperti diPapua New Guuinea.(Berita Mingguan,2006 julai 23:7 dan 2)

azura berkata...

Assalamualaikum...
Persoalan mengenai asal usul bahasa mekayu masih lagi hangat diperdebatkan dalam kalangan sarjana hingga hari ini.Keadaan ini berlaku disebabkan terdapatnya pelbagai teori mengenai asal usul orang melayu.Terdapat dua teori tentang asal usul orang melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Teori Yunnan ini disokong oleh beberapa tokoh sarjana seperti RH Geldern,RHC Kern,JR Logen dan Asmah Hj Omar.RH Geldern menyokong teori ini kerana terdapat bukti iaitu penemuan kapak tua di Kepulauan Melayu yang serupa dengan kapak tua di Asia Tengah.Bukti ini menunjukan terdapatnya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.JR Logen pula menyatakan bahawa adat resam bangsa melayu serupa dengan suku Naga di daerah Assam.Selain itu,terdapat juga bukti lain yang menyokong teori iniiaitu bangsa melayu serumpun dengan bahasa Kemboja.Berdasarkan teori ini dapat disimpulkan bahawa orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi dua gelombang perpindahan iaitu bermula dengan orang melayu Proto dan diikuti oleh orang melayu Deutro.
Selain itu,terdapat teori Nusantara yang disokong oleh J Crawfurd dan K Himly.K Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa melayu serumpun dengan bahasa Kemboja.Pada pendapatnya teori tersebut merupakan satu fenomena ambilan.berdasarkan teori yang dibuat oleh J Crawfurd,beliaw mengatakan bahawa bahasa melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun Nusantara.Selain itu,terdapat manusia kuno Humo Soleinensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan ini boleh membuktikan bahawa ada kemungkinan orang melayu berasal dari Jawa.Daripada bukti-bukti tersebut dapat disimpulkan bahawa orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dari Nusantara.

Sekian....

wan zulaliza berkata...

Wanz(D20071028998)

Assalamualaikum En razali…
Pada pendapat saya,perdebatan ini masih lagi berlaku kerana wujudnya pelbagai pendapat daripada para sejarawan.ada pendapat yang mengatakan bahawa bangsa melayu berasal dari Asia Tengah dan pandangan kedua,bangsa melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan Nusantara.
Menurut R.H Geldern iaitu ahli prasejarah melalui kajiannya tentang asal-usul bangsa melayu,beliau membuat kesimpulan bahawa kapak tua(beliung batu) tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula,penemuan tengkorak yang terdapat di nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama berada di sini.antara penemuannya ialah Pithecantropus Mojokerto (Jawa) yang berusia kira-kira 670000 tahun,Phithecantropus Trinil(Jawa) kira-kira 600000 tahun dan Manusia Wajak (jawa) kira-kira 210000 tahun.ketiga-tiga fosil ini disbanding dengan fosil Manusia Peking@Sinantropus Pekinenses(China) yang berusia 550000 tahun,terlihat bahawa manusia purba lebih berdekatan dengan Khatulistiwa.

norfarduha awang berkata...

FARA (D20071029016)

ASSALAMUALAIKUM…….
Kebanyakan sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C.Kern,W.Marsdern,J.R.Foster,
J.R.Logan,Slametmuljana dan Asmah Haji Omar menyokong bahawa orang Melayu berasal dari Asia Tengah.J.R.Logan mendapati terdapat persamaan adapt resam suku bangsa Naga dan Assam dengan kaum Melayu.Persamaan ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan.W.Marsden mendapati bahasa melayu dan bahasa Polinesia adalah serumpun.Tambahan pula J.H.C Kern membuat kajian berdasarkan perkataan daripada bahasa Austronesia.Beliau mendapati perkataan yang terdapat di Nusantara juga terdapat di Madagaskar,Filipina.Taiwan dan beberapa pulau di Lautan Pasifik.Perkataan tersebut seperti padi,buluh,rotan,pisang.pandan,ubi dan nyiur.Berdasarkan bukti tersebut Kern membuat kesimpulan bahawa bahasa melayu berasal daripada satu induk di Asia.
Kesimpulannya,majoriti sarjana mendapati bahawa orang melayu bukan dari Kepulauan Nusantara sebaliknya berasal dari luar berdasarkan bukti persamaan bahasa,budaya,adat resam,bahan arkeologi dan ujian DNA.Oleh itu,Melayu hanya boleh didefinisikan melalui ruang fizikal dan lingkungan geografi sahaja.

nor farhana d20071029092 berkata...

Assalamualaikum Encik Razali......

Persoalan mengenai asal-usul bangsa Melayu masih hebat diperdebatkan dalam kalangan para sarjana.Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang amat sukar dibuktikan.Persoalan ini wujud disebabkan terdapat beberapa teori seperti Teori Yunnan dan Teori Nusantara.Teori Yunnan ini disokong oleh R.H Geldern,R.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.Terdapat banyak bukti yang menyokong teori ini.Antaranya ialah penemuan Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Hal ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Nusantara.Seterusnya ialah adat resam bangsa Melayu yang mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar).Selain itu bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa di Kemboja.Berdasarkan teori ini penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan hubungannya dengan dataran Yunnan.Teori Yunnan ini amat popular dan diterima umum.contohnya,dalam buku teks Pengajian Malaysia,Madiana dan Hasnah,2000."Pengajian Malaysia", Shah Alam:Penerbitan Fajar bakti ,m/s150 ada menyatakan bahawa nenek moyang orang Melayu itu berasal dari Yunnan.Migrasi orang Melayu dari Yunnan ke Nusantara berlaku melalui tiga gelombang iaitu migrasi orang Negrito,melayu Proto dan juga melayu Deutro.
Dari segi teori Nusantara pula,ia disokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Terdapat banyak alasan yang menyokong teori ini.Pertamanya ialah bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Hal ini hanya dapat dicapai setelah berlakunya budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.Sarjana K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa melayu serumpun dengan bahasa champa(kemboja).Pada pendapatnya persamaan yang wujud itu adalah satu fenomena "ambilan".Seterusnya bahasa di Nusantara (bahasa Austronesia)mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah(bahasa Indo-Eropah).Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia Kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia Kuno tersebut iaitu yang berasal dari Jawa dan menunjukkan tamadun secara bersendirian.Teori ini kurang popular teutamanya di Malaysia.Kesimpulannya, kajian yang berterusan dan teliti harus dijalankan bagi mencapai kata sepakat mengenai asal -usul bangsa Melayu.
Sekian.

nor fadzillah bt che rose(d029007) berkata...

Asal usul orang melayu menjadi perdebatan antara sarjana kerana kekaburannya walaupun terdapat bukti-bukti untuk menyokong pendapat masing-masing..namun sehingga kini teori yang masih diguna pakai ialah teori yunan.Teori ini disokong oleh beberapa tokoh seperti R.H Geldern,J.R Logen,Asmah Hj.Omar(susur galur bangsa melayu) dan osman hussien.asal usul orang melayu dikatakan datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.orang melayu dikatakan datang ke asia tengah dan asia tenggara melalui perjalanan beribu-ribu batu.ini dperkukuhkan lagi dengan hasil penemuan bukti-bukti sejarah seperti kapak tua yang hampir serupa dengan kapak tua yang ditemui di asia tengah. ini jelas menjelaskan perjalanan atau terdapat migrasi dalam kalangan orang melayu.Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam.selain itu,orang melayu juga dipercayai datang melalui yunan dengan hasil penyelidikan DNA yang dilakukan oleh ahli-ahli saintifik dan arkeologi.Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.ini hampir menjelaskan yang penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja jelas memperlihatkan pertaliannya dengan dataran Yunan.selain daripada teori yunan teori lain yang diguna pakai ialah teori nusantara.Teori ini disokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.teori ini memperlihatkan persamaan bahawa bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Tamadun yang tinggi ini dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya yang lama.bahasa melayu dan bahasa jawa dikatakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di nusantara.bukti yang menyatakan orang melayu datang daripada nusantara ialah penemuan tengkorak yang berusia jutaan tahun di Nusantara dapat memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini.
walaupun begitu terdapat juga sarjana yang mengatakan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana sebaliknya ia telah wujud sejak berkurun lamanya.Hal ini dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Srivijaya yang telah lama bertapak di alam Melayu.

kesimpulannya,walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang asal usul orang melayu namun kewujudannya masih kabur dan tidak dapat dijelaskan sehingga kini.

aishah berkata...

Assalamualaikum Encik Razali,
NOR AISHAH (D20071028979)…

Bahasa melayu masih menjadi perdebatan ekoran masih wujud kepincangan dalam teori yang dikemukakan.Hal ini kerana asal usul orang melayu, iaitu penutur asli bahasa melayu amat kabur kerana sejarah kuno asia tenggara masih belum diselidiki dan diterokai dengan lebih mendalam.Terdapat dua teori tentang asal usul orang melayu iaitu teori Asia Tenggara dan Nusantara.

Teori mengenai bangsa melayu dari asia tenggara:
Teori pertama dikemukakan oleh R.H Geldern dan menyatakan bahawa penemuan kapak tua dibawa oleh orang asia tengah ke kepulauan melayu.Teori kedua pula dikemukakan oleh J.H.C Kern dan menyatakan bahawa bahasa melayu berasal daripada satu induk di asia.selain pengkaji ini beberapa pengkaji lain seperti J.R Logan, Slametmujana, Asmah Haji Omar, dan ramai lagi mempunyai pdgn tersendiri mengenai kewujudan bahasa melayu.Namun dalam hal ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa penduduk di kepulauan asia tenggara hingga kelaut Teduh berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara.Ada juga yang menyatakan dari Yunnan,Barat Asia Tengah dan bahagian selatan Tanah Besar Asia Tenggara berdasarkan hujah-hujah tertentu.Antara hujah tersebut termasuklah persamaan unsur-unsur bahasa, adat resam dan kebudayaan serta persamaan dari segi system social.

Teori mengenai bangsa melayu dari Nusantara.
Seorang pengkaji inggeris iaitu J.Crawurd menolak pendapat yang menyatakan bahasa melayu berasal dari utara (daratan asia).Beliau telah membuat perbandingan bahasa di Sumatera, Jawa, dan Polinesia.Kesimpulannya J.Crawfurd menyatakan orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi merupakan induk yang berpindah ke tempat lain.Selain itu, T.S Lanang pula berpendapat orang Mongoloid itu adalah orang melayu.Bangsa melayu inilah yang menyebar ke utara.Penemuan tengkorak tertua yang dinamakan Jawa Man.Dalac perkara ini Profesor Wilheim II percaya bahawa peradaban Malaysia telah dicipta di Asia Tenggara mendahului Asia Barat.Menurut beliau peradaban Malaysia di bentuk secara berperingkat-peringkat iaitu zaman lithic,zaman lignic(kayu) zaman crystalitic.

Oleh itu,disini kita dapat melihat banyak pendapat yang berbeza dari para pengkaji.Justeru bukti sebenar asal usul bahasa melayu masih belum dikenal pasti.Hal inilah yang memjadi punca perdebatan asal usul bahasa melayu kini.
SEKIAN,WASSALAM…….

norhaniza(D20071029026) berkata...

Assalamualaikum En.Razali.
Asal usul bangsa melayu sememangnya sesuatu yang sukar ditentukan.Walaupun telah begitu banyak kajian dilakukan,namun tidak dapat diketahui asal usul bangsa melayu yang sebenarnya.Antara Teori mengenai asal usul bangsa melayu ialah teori bahawa bangsa melayu berasal daripada Yunnan.Teori ini telah disokong oleh sarjana seperti R.H.Gelderm,J.H.C Kern dan Asmah Haji Omar.Antara alasan yg diberikan bagi menyokong teori ini ialah penemuan Kapak Tua yg mirip dengan kapak Tua di Asia Tengah.Kapak ini ditemui di Kepulauan Melayu yang membuktikan berlakunya penghijrahan orang melayu daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang iaitu melalui perpindahan orang Negrito,Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Teori yang kedua ialah teori Nusantara.Teori ini disokong oleh sarjana seperti J.Crawford,K.Himly dan Gorys Teraf.Alasan yang diberikan ialah manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan ini membuktikan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut.
Disebabkan oleh belum wujudnya kata sepakat antara para sarjana tentang asal usul bangsa melayu menyebabkan masih berlakunya perdebatan antara mereka.

hidayah-d028987 berkata...

Assalamualaikum...
Perdebatan yang hangat berlaku antara para sarjana mengenai dimanakah sebenarnya asal usul bangsa melayu.Namun setelah dilakukan beberapa kajian ,terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu dari Yunan dan Nusantara.
Teori Yunan disokong oleh R.H GELDERN,R.H.C.KERN,J.R FOSTER dan ASMAH HJ OMAR. beberapa alasan mengenai teori ini adalah;
*Penemuan kapak tua di Asia Tengah(menunjukkan bahawa suatu ketika dahulu berlakunya penghijrahan dari kawasan Asia ke Nusantara.Penghijrahan ini berlaku secara berkelompok menerusi 2 gelombang iaitu Melayu Prot0 dan Melayu Deutro.)
*Persamaan adat resam bangsa Melayu dengan suku Naga di Assam,Burma.
*Bahasa Melayu adalah sama dengan bahasa di kemboja.(penduduk Kemboja berkemungkinan berasal dari Dataran Yunan dengan menyusuri sungai Mekong)
Teori Nusantara pula disokong oleh J.CROWFORD dan H.HIMLY.Mereka tidak bersetuju dengan teori Yunan kerana setelah meneliti kelompok yang kini tinggal di kawasan tersebut ,tiada satu pun yang mempunyai cara persamaan dengan rumpun Melayu.Bagi mereka orang Melayu tidak berasal dari luar tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang telah wujud di nusantara.Antara alasan teori ini adalah:
*Bahasa Melayu dan Jawa menpunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19 .Taraf ini hanya boleh dicapai setelah perkembangan budaya lama .Perkara ini menunjukkan bangsa Melayu berasal dan barkembang di nusantara.
*Bahasa di Nusantara(Bahasa Austronesia)mempunyai persamaan dengan bahasa di Asia tengah(bahasa Indo-Eropah)
*Penemuan Homo Erectus (manusia Jawa).Sehingga kini terdapat 41 fosil manusia Homo Erectus.Dengan penemuan fosil ini ,dihipotesiskan bahawa manusia moden(homo Sapiens)merupakan keturunan daripada manusia awal ini.
Sememangnya terdapat banyak teori dan bukti tentang asal usul bangsa Melayu namun masih belum dari mana sebenarnya datang bangsa Melayu.oleh itu kajian seharuskan diteruskan bagi memperoleh jawapan terhadap persoalan ini.sekian

Noor Azlina bt. Ab Rahmad (D20071029074) berkata...

Assalamualaikum En. Razali...
Asal usul orang Melayu masih kabur dan dalam kajian golongan sejarahwan.Lantaran itu, sehingga kini isu tentang asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana. terdapat banyak teori yang menyatakan asal usul orang Melayu.
Salah satu teori menyatakan orang Melayu berasal dari Asia Tengah.Dalam teori pertama ini,penemuan kapak tua di Nusantara dikatakan bukti yang menandakan orang Melayu berasal dari Asia Tenggara.Menurut H.R.Geldern, kapak tua dipercayai dibawa pindah dari Asia Tengah ke Nusantara oleh orang Melayu.Ini berikutan penemuan kapak tua sebegitu di India Utara,China,Burma dan Nusantara.Namun begitu, teori ini dianggap lemah kerana pada zaman yang sama kapak-kapak ini juga turut ditemui di Eropah dan Amerika. Selain itu, melalui kajian bahasa di kawasan Benua Asia menunjukkan bahawa orang melayu tidak berasal daripada kalangan keluarga bahasa-bahasa di Asia Tengah.
Manakala teori kedua pula, orang Melayu dikatakan sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara.Negeri asal orang Melayu juga ialah daerah Indonesia dan Filipina(Gorys keraf).Selain itu, Asamah Hj Omar pula menyatakan Kepulauan Melayu atau Nusantara memeng mempunyai penduduk aslinya tersendiri.Mereka dikenali sebagai melayu Negrito.Kehadiran mereka di Nusantara bermula sejak 8000 S.M.Mereka ialah nenek moyang orang-orang melayu asli iaitu jakun atau orang-orang Biduanda,temuan,orang laut,orang karak dan lain-lain.Zaman mereka dinamai zaman batu pertengahan.
Percanggahan pendapat berdasarkan teori-teori ini telah menyebabkan berlakunya perdebatan dalam kalangan para sarjana.Sekian....
(Sumber rujukan: Portal Pendidikan Utusan)

elizabeth berkata...

Selamat sejahtera En Razali.....
Pada pandangan saya, asal-usul bangsa Melayu masih diperdebatkan kerana masyarakat masih keliru dengan setiap pandangan tokoh-tokoh pra sejarah.Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Kesimpulannya, masyarakat pada masa kini tidak perlu berdebat tentang asal-usul bangsa Melayu kerana kesemua pandangan tokoh-tokoh boleh digunapakai berlandaskan bukti-bukti yang sedia ada.Sekian,terima kasih.........

mislinda mislan berkata...

mislinda...d20071028995.
Assalamualaikum En Razali.

Asal usul bangsa Melayu masih menjadi perdebatan para sarjana sehingga kini kerana asal usul orang Melayu iaitu penutur bahasa Melayu itu sendiri amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki secara mendalam.Namun,terdapat beberapa teori yang terkenal tentang asal datang dan asal wujudnya bangsa Melayu di Asia Tenggara.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Mereka telah datang dari daerah Yunan dan telah datang dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia lalu menduduki wilayah Asia Tenggara.Dipercayai pada tahun 2500 sebelum masihi, telah datang segolongan manusia yang disebut sebagai Melayu Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi, telah datang pula segolongan manusia yang dikenali sebagai Melayu Deutro. Golongan ini telah menduduki kawasan persisiran pantai di Asia Tenggara dan memperlihakan kepandaian berlayar dan bercucuk tanam.

Teori Yunan telah disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,J.R Logan dalam kajian beliau berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati adat resam kaum Melayu mempunyai persamaan dengan adat resam suku Naga di Assam (Burma dan Tibet).Bukti yang menyokong lagi teori ini ialah dengan penemuan kapak tua yang diperbuat daripada batu di kawasan Sungai Brahmaputra,Irrawady, Salween dan Hwang oleh R.H Geldern. Beliau juga menemui jenis dan rupa kapak yang sama di kawasan Nusantara.Geldern telah membuat kesimpulan bahawa telah berlaku migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di Derah masing-masing. Menurut kajian J.H.C Kern pula, mendapati ada persamaan perkataan-perkataan yang digunakan di Nusantara dengan perkataan sehari hari orang-orang di Madagaskar, Taiwan,Filipina dan orang di beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.

Teori kedua yang sering juga diperkatakan ialah teori Nusantara yang mengemukakan bahawa bangsa Melayu tidak datang atau dibawa dari mana-mana tetapi berasal dan telah wujud dengan sendirinya.Teori ini mengatakan bahawa bangsa Melayu dan Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai teori tentang asal usul bangsa Melayu ini, namun masih banyak lagi bukti baru yang ditemui.Hal ini menguatkan lagi perbalahan dalam kalangan sarjana dan tidak mustahil akan berlaku kemungkinan wujudnya teori-teori baru tentang asal usul bangsa Melayu.

Sekian terima kasih....

anisah berkata...

Asal usul bahasa melayu menjadi perdebatan dalan kalangan sarjana kerana berdasarkan beberapa bukti yang dikemukakan oleh sarjana adalah berbeza iaitu berdasarkan pandangan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (asia tengah) dan pandangan kedua menyatakan bangsa Melayu sudah sedia ada di Nusantara.

menurut W.Marsden,dalam kajiannya mendapati bahasa melayu dan bahasa polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat diLautan Pasifik0merupakan bahasa yang serumpun.

W.Humbolt dalam kajiannya mendapati bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa)telah banyak menyerap bahasa sanskrit yang berasal dari India.J.R.Foster membuat kajian berdasarkanpembentukan kata berpendapat terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia dan bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

Sarjana dari Nusantara pula berpendapat,iaitu J.Crawfurd merupakan sarjana Inggeris membuat kajian membandingkan bahasa Melayu dan Jawa dengan bahasa di Sumatera,Borneo dan kawasan Polinesia. Beliau membuat kesimpulan bahawa tanah asal semua bahasa serumpun itu ialah pulau Jawa dan pulau Sumatera.

K. Himly yang berdasarkan kajiannya terhadap perbandingan bumi dan bentuk kata bahasa Champa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahasa Melayu polinesia serumpun dengan bahasa Champa. Pendapat ini disokong oleh P.W.Schmidt yang membuat kajian berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Champa dan Mon-Khmer. beliau mendapati bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa mikronesia, Melanesia dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.

S.khairiah J berkata...

Asslamualaikum dan salam tulus buat En. Razali....

Asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu.Namun sehingga kini, kata sepakat para ahli sarjana masih belum dicapai.Terdapat dua teori utama yang dikemukakan tetapi dalam setiap teori tersebur masih terdapat percanggahan dan keraguan yang terus diperdebatkan sehingga kini.

1)Bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah.
Teori ini dikemukakan oleh beberapa orang sarjana seperti R.H Gerdern yang membuat kajian terhadap kapak tua(beliung batu) yang ditemui di kawasan Nusantara.Geldern berkesimpulan, kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Teori ini masih diperdebatkan kerana budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.secara kebetulan,Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia ke Nusantara.Kesimpulan beliau tertsebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
Teori ini turut disokong oleh beberapa sarjana lain sepertyi J.H C kern yang mengemukakan bukti Etnolinguistik.W.Marshden,E.Aymonier dan A.Cabatan menyatan bahasa Melayu dan bahasa Polinesia adalah serumpun.J.R Logan mendapati adat resam suku bangsa Melayu mempunyai persamaan dengan adat resan suku Naga di assam(di Daerah Burma dan Tibet).Dua orang sarjan melayu iaitu Slametmuljana dan Asmah Hj Omar membuat kesimpulan bahawa bahasa Austronesia berasal dari Asia dan diperincikan lagi oleh Asmah Hj Omar bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara adalah secara berperingkat.

a)Orang Negrito
Penduduk asli Kepulauan Melayu dan tinggal di Kepulauan Melayu sejak 8000S.M.Mereka tinggak di dalam gua dan memburu binatang.

b)Melayu Proto
Perpindahan pertama diperkirakan 2500S.M dan dinamai Melayu Proto.Peradaban mereka lebih maju sedikit daripada Orang Negrito.Mereka telah pandai bercucuk tanam dan kehidupan mereka berpindah randah.

c)Melayu Deutro
Perpindahan kedua dari Asia dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada 15010 S.M.Peradabannya lebih maju daripada Melayu Proto.Mereka telah mengenal kebudayaan logam dan menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.

2)Teori Nusantara
Teori ini dikemukakan oleh beberapa orang sarjana seperti J.Crawfard yang menyatakan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.K.Himly dan P.W schmidi pula menyangkal pendapat bahawa bahasa Melayu polinesia serumpun dengan bahasa Champa.Sutan Takdir Alisjahbana pula menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Nusantara sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.Gony Keraf mengambil kesimpulan bahawa"...negeri asal(tanahair) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina(termasuk daerah-daerah yang sekarang laut dan selat yang dahulunya merupakan kesatuan Georafis)
Kesimpulannya,berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para sarjana,terhasilnya beberapa teori dan bukti tentang asal usul bangsa Melayu.Perbezaan pendapat dan ciri-ciri teori yang dikemukakan oleh para sarjana mengundang percanggahan pendapat serta berlakunya perdebatan.Sehingga kini,kata sepakat para sarjana tentang asal usul bangsa Melayu masih belum dicapai.

Akhir kalam...sekian

anisah berkata...

ANISAH BINTI ABD RAZAK
D20071029037
Assalamualaikum,en Razali...

Asal usul bahasa melayu menjadi perdebatan dalan kalangan sarjana kerana berdasarkan beberapa bukti yang dikemukakan oleh sarjana adalah berbeza iaitu berdasarkan pandangan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (asia tengah) dan pandangan kedua menyatakan bangsa Melayu sudah sedia ada di Nusantara.

menurut W.Marsden,dalam kajiannya mendapati bahasa melayu dan bahasa polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat diLautan Pasifik0merupakan bahasa yang serumpun.

W.Humbolt dalam kajiannya mendapati bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa)telah banyak menyerap bahasa sanskrit yang berasal dari India.J.R.Foster membuat kajian berdasarkanpembentukan kata berpendapat terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia dan bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

Sarjana dari Nusantara pula berpendapat,iaitu J.Crawfurd merupakan sarjana Inggeris membuat kajian membandingkan bahasa Melayu dan Jawa dengan bahasa di Sumatera,Borneo dan kawasan Polinesia. Beliau membuat kesimpulan bahawa tanah asal semua bahasa serumpun itu ialah pulau Jawa dan pulau Sumatera.

K. Himly yang berdasarkan kajiannya terhadap perbandingan bumi dan bentuk kata bahasa Champa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahasa Melayu polinesia serumpun dengan bahasa Champa. Pendapat ini disokong oleh P.W.Schmidt yang membuat kajian berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Champa dan Mon-Khmer. beliau mendapati bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa mikronesia, Melanesia dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.
2007 Julai 22 07:30

Noraini berkata...

Noraini (d20071029002)
Assalamualaikum En.Razali…………..
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana, namun kata sepaakat masih belum dicapai. Secara amnya,terdapat dua teori yang berkaitan degan asal-usul bangsa Melayu iaitu, bangsa Melayu yang berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan daripada Nusantara (Teori Nusantara). Bangsa Melayu boleh didefinisikan sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu ,beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-adat Melayu. Teori Yunnan terkandung beberapa makumat. Alasan yang menyokong teori ini ialah menerusi penemuan kapak tua yang mirip kepada kapak tua yang ditemui di Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Yang kedua ialah kerana adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam iaitu yang berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.Bahasa Melayu adalah serumpun degan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan Bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Contohnya, terdapat buku teks Pengajian Malaysia , Madiana&Hasnah, 2000.’ Pengajian Malaysia”, Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti, m/s 150 telah menyatakan “nenek Moyang”orang Melayu itu berasal dari Yunnan.Yunnan telah dapat dijejaki sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil Homoerectus. Ia dikenali sebagai”manusia Yuanmou”.Pada 221 s.m, Qin Shuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan Yunnan dengan China. Bermula dari sinilah Yunnan menjadi sebuah wilayah dalam negara China. Mereka ini terkenal dengan teknik penanaman padi.Asal-usul bangsa Melayu berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan. Golongan ii merupakan kumpulan pertama Melayu Negrito, seterusnya Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru iaitu pada 2500 s.m. Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada 1500 s.m. pada zaman Logam. Bahasa yang digunakan ialah Polenisia iaitu di Hawaii, Maori. Manakala Melanesia di Fiji. Semua kajian ini telah dikaji oleh R.H.Geldern, J.H.C.Kern(1889, Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit), William Masssden(1848), Aymanier& A.Cabaton, Slamet Mujana dan Asmah Haji Omar.
Teori Nusantara pula disokong oleh J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. K.Himly tidak bersetuju bahawa bangsa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku ialah satu fenomena ”ambilan”. Bukti lain yang menyokong teori iaitu bahasa Austronesia yang berbeza dengan Bahasa Indo-Eropah dari Asia Tengah .Berdasarkan perbandingan bahasa yang dibuat oleh J.Crawfurd, beliau mendapati bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun di Nusantara. Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau Jawa. Penemuan manusia Kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu berketurunan daripada manusia Kuno tersebut, yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian .Bahasa di Nusantara (Autronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tenggara (bahasa Indo-Eropah).Teori ini kurang popular khususnya di Malaysia. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui Teori Nusanialah orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, sebaliknya dari Nusantara dan berkembang ke tempat lain.

Noraini berkata...

Noraini (d20071029002)
Assalamualaikum En.Razali…………..
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana, namun kata sepaakat masih belum dicapai. Secara amnya,terdapat dua teori yang berkaitan degan asal-usul bangsa Melayu iaitu, bangsa Melayu yang berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan daripada Nusantara (Teori Nusantara). Bangsa Melayu boleh didefinisikan sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu ,beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-adat Melayu. Teori Yunnan terkandung beberapa makumat. Alasan yang menyokong teori ini ialah menerusi penemuan kapak tua yang mirip kepada kapak tua yang ditemui di Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Yang kedua ialah kerana adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam iaitu yang berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.Bahasa Melayu adalah serumpun degan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan Bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Contohnya, terdapat buku teks Pengajian Malaysia , Madiana&Hasnah, 2000.’ Pengajian Malaysia”, Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti, m/s 150 telah menyatakan “nenek Moyang”orang Melayu itu berasal dari Yunnan.Yunnan telah dapat dijejaki sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil Homoerectus. Ia dikenali sebagai”manusia Yuanmou”.Pada 221 s.m, Qin Shuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan Yunnan dengan China. Bermula dari sinilah Yunnan menjadi sebuah wilayah dalam negara China. Mereka ini terkenal dengan teknik penanaman padi.Asal-usul bangsa Melayu berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan. Golongan ii merupakan kumpulan pertama Melayu Negrito, seterusnya Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru iaitu pada 2500 s.m. Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada 1500 s.m. pada zaman Logam. Bahasa yang digunakan ialah Polenisia iaitu di Hawaii, Maori. Manakala Melanesia di Fiji. Semua kajian ini telah dikaji oleh R.H.Geldern, J.H.C.Kern(1889, Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit), William Masssden(1848), Aymanier& A.Cabaton, Slamet Mujana dan Asmah Haji Omar.
Teori Nusantara pula disokong oleh J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. K.Himly tidak bersetuju bahawa bangsa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku ialah satu fenomena ”ambilan”. Bukti lain yang menyokong teori iaitu bahasa Austronesia yang berbeza dengan Bahasa Indo-Eropah dari Asia Tengah .Berdasarkan perbandingan bahasa yang dibuat oleh J.Crawfurd, beliau mendapati bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun di Nusantara. Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau Jawa. Penemuan manusia Kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu berketurunan daripada manusia Kuno tersebut, yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian .Bahasa di Nusantara (Autronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tenggara (bahasa Indo-Eropah).Teori ini kurang popular khususnya di Malaysia. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui Teori Nusanialah orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, sebaliknya dari Nusantara dan berkembang ke tempat lain.

Noraini berkata...

Noraini (d20071029002)
Assalamualaikum En.Razali…………..
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana, namun kata sepaakat masih belum dicapai. Secara amnya,terdapat dua teori yang berkaitan degan asal-usul bangsa Melayu iaitu, bangsa Melayu yang berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan daripada Nusantara (Teori Nusantara). Bangsa Melayu boleh didefinisikan sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu ,beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-adat Melayu. Teori Yunnan terkandung beberapa makumat. Alasan yang menyokong teori ini ialah menerusi penemuan kapak tua yang mirip kepada kapak tua yang ditemui di Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Yang kedua ialah kerana adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam iaitu yang berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.Bahasa Melayu adalah serumpun degan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan Bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Contohnya, terdapat buku teks Pengajian Malaysia , Madiana&Hasnah, 2000.’ Pengajian Malaysia”, Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti, m/s 150 telah menyatakan “nenek Moyang”orang Melayu itu berasal dari Yunnan.Yunnan telah dapat dijejaki sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil Homoerectus. Ia dikenali sebagai”manusia Yuanmou”.Pada 221 s.m, Qin Shuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan Yunnan dengan China. Bermula dari sinilah Yunnan menjadi sebuah wilayah dalam negara China. Mereka ini terkenal dengan teknik penanaman padi.Asal-usul bangsa Melayu berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan. Golongan ii merupakan kumpulan pertama Melayu Negrito, seterusnya Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru iaitu pada 2500 s.m. Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada 1500 s.m. pada zaman Logam. Bahasa yang digunakan ialah Polenisia iaitu di Hawaii, Maori. Manakala Melanesia di Fiji. Semua kajian ini telah dikaji oleh R.H.Geldern, J.H.C.Kern(1889, Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit), William Masssden(1848), Aymanier& A.Cabaton, Slamet Mujana dan Asmah Haji Omar.
Teori Nusantara pula disokong oleh J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. K.Himly tidak bersetuju bahawa bangsa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku ialah satu fenomena ”ambilan”. Bukti lain yang menyokong teori iaitu bahasa Austronesia yang berbeza dengan Bahasa Indo-Eropah dari Asia Tengah .Berdasarkan perbandingan bahasa yang dibuat oleh J.Crawfurd, beliau mendapati bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun di Nusantara. Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau Jawa. Penemuan manusia Kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu berketurunan daripada manusia Kuno tersebut, yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian .Bahasa di Nusantara (Autronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tenggara (bahasa Indo-Eropah).Teori ini kurang popular khususnya di Malaysia. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui Teori Nusanialah orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, sebaliknya dari Nusantara dan berkembang ke tempat lain.

AIMI SUHAIMIN berkata...

AIMI SUHAIMIN ...D20071029034... Assalamualaikum En.Razali...
Asal usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan antara sarjana kerana terdapat dua teori yang saling bercanggahan antara satu sama lain.
Dua teori tersebut adalah:
1) Teori Yunnan
2) Teori Nusantara

Teori Yunnan juga dikenali sebagai teori dari luar.Teori ini mengatakan bahawa orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu melalui 3 gelombang utama melalui proses perpindahan orang negrito,melayu proto dan melayu deutro. Wilayah Yunnan terletak di utara Kemboja. Bahasa melayu juga adalah serumpun dengan bahasa dari kemboja. Dengan lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertalian antara orang Yunan. Teori ini telah disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern dan Asmah Hj.Omar.R.H Geldern percaya bahawa orang melayu berasal dari Yunnan dan ia telah dibuktikan dengan penemuan kapak tua. J.R Logan pula mengaitkan kajian berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati adat resam kaum melayu sama dengan adat resam Kaum Naga di Assam(Burma)

Seterusnya Teori Nusantara yang juga dikenali dengan teori dari dalam. Teori ini telah disokong oleh J.Crawford, K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. Teori ini menyatakan bangsa melayu dan bangsa Jawa punyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Perkara ini menunjukkan orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berkembang dan berasal dari Nusantara.

Kesimpulannya,asal usul melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana hingga kini. Percanggahan ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai teori mengikut kajian masing-masing. Namun apa yang pasti jangan biarkan perkataan "melayu" itu terkubur daripada minda manusia globalisasi.

SEKIAN.....WASSALAM...

Noraini berkata...

Noraini (d20071029002)
Assalamualaikum En.Razali…………..
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana, namun kata sepaakat masih belum dicapai. Secara amnya,terdapat dua teori yang berkaitan degan asal-usul bangsa Melayu iaitu, bangsa Melayu yang berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan daripada Nusantara (Teori Nusantara). Bangsa Melayu boleh didefinisikan sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu ,beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-adat Melayu. Teori Yunnan terkandung beberapa makumat. Alasan yang menyokong teori ini ialah menerusi penemuan kapak tua yang mirip kepada kapak tua yang ditemui di Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Yang kedua ialah kerana adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam iaitu yang berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.Bahasa Melayu adalah serumpun degan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan Bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Contohnya, terdapat buku teks Pengajian Malaysia , Madiana&Hasnah, 2000.’ Pengajian Malaysia”, Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti, m/s 150 telah menyatakan “nenek Moyang”orang Melayu itu berasal dari Yunnan.Yunnan telah dapat dijejaki sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil Homoerectus. Ia dikenali sebagai”manusia Yuanmou”.Pada 221 s.m, Qin Shuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan Yunnan dengan China. Bermula dari sinilah Yunnan menjadi sebuah wilayah dalam negara China. Mereka ini terkenal dengan teknik penanaman padi.Asal-usul bangsa Melayu berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan. Golongan ii merupakan kumpulan pertama Melayu Negrito, seterusnya Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru iaitu pada 2500 s.m. Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada 1500 s.m. pada zaman Logam. Bahasa yang digunakan ialah Polenisia iaitu di Hawaii, Maori. Manakala Melanesia di Fiji. Semua kajian ini telah dikaji oleh R.H.Geldern, J.H.C.Kern(1889, Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit), William Masssden(1848), Aymanier& A.Cabaton, Slamet Mujana dan Asmah Haji Omar.
Teori Nusantara pula disokong oleh J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. K.Himly tidak bersetuju bahawa bangsa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku ialah satu fenomena ”ambilan”. Bukti lain yang menyokong teori iaitu bahasa Austronesia yang berbeza dengan Bahasa Indo-Eropah dari Asia Tengah .Berdasarkan perbandingan bahasa yang dibuat oleh J.Crawfurd, beliau mendapati bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera yang merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun di Nusantara. Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau Jawa. Penemuan manusia Kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu berketurunan daripada manusia Kuno tersebut, yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian .Bahasa di Nusantara (Autronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tenggara (bahasa Indo-Eropah).Teori ini kurang popular khususnya di Malaysia. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui Teori Nusanialah orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, sebaliknya dari Nusantara dan berkembang ke tempat lain.

sendorita rinya berkata...

Sendorita
D20071029032

Salam sejahtera En Razali...

Asal usul bangsa Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapat banyak teori yang diketengahkan mengenainya. Misalnya, dalam teori Nusantara. teori ini diketengahkan oleh sarjana seperti J.Crawford, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. mereka menyatakan bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini, hanya dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. jadi, orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dari Nusantara.

Selain itu, terdapat juga teori yang disebut teori Yunnan. teori ini disokong oleh sarjana seperti R.H.Geldern, J.H.C.Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametuljana dan juga Hasmah Hj Omar. Ini adalah berdasarkan teori kapak tua yang ditemui di kepulauan Melayu yang mirip kepada kapak tua yang terdapat di Asia Tengah. Ini menunjukkan adanya migrasi penduduk Asia Tengah ke kepulauan Melayu.

Selain itu, bahasa Melayu didapati serumpun dengan bahasa di Kemboja. penduduknya mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. jadi, perhubungan bahasa Melayu dengan bahasa Kemboja menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori Yunnan merupakan teori yang popular iaitu teori yang diterima oleh umum. dalam teori ini, orang Melayu berhijrah ke kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama iaitu, orang Negrito, Melayu Proto, Melayu Deutro.

Terdapat juga sarjana barat, H.Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam di bahagian timur negara India. ini adalah kerana terdapat persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku di Assam seperti suku naga di India. Henry Yule pula menyatakan terdapat persamaan adat resam antara penduduk di Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.

Jadi, disebabkan teori yang pelbagai ini, maka asal usul bangsa Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.

sekian terima kasih...

sue(d20071029091) berkata...

Assalamualaikun En Razali......
Persoalan mengapakah asal-usul bangsa Melayu masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana?.Hal ini adalah disebabkan terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam kalangan mereka.Setakat ini ada 2 pandangan yang dikemukakanoleh para sarjana.
*Bangsa Melayu berasal dari Utara(Asia Tengah).
*Bangsa Melayu memang sudah seia ada di kepulauan Mrlayu atau Nusantara ini.
Melalui pendekatan bangsa Melayu berasal dari Asia Utara(Asia Tengah).R.H Geldern melalui kajian terhadap kapak tua(beliung batu).Beliau telah menemui kapak yang diperbuat daripada batu disekitar hulu sungai Brahmaputra,Irrwady,Salween,Yangtze,dan Hwang serta jenis kapak yang sama juga telah ditemui beliau dibeberapa tempat di kawasan Nusantara.Beliau telah membuat kesimpulannya tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu ini.
Para sarjana jaga mengenalpasti asal-usul bangsa Melayu melalui persamaan perkataan.J.H.C Kern mendapati bahawa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar,Filipina,Taiwan,dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.Contoh persamaan perkataan tersebut adalah padi,buluh,rotan,nyiur.pisang,pandan,dan ubi.Kesimpulan yang dibuat oleh Kern bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
Menurut Asmah Haji Omar,iaitu mengenai orang Melayu berasal dari Asia Tengah,terdapat satu kumpulan yang dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku pada tahun 2500 SM.Seterusnya berlaku perpindahan gelombang ke-2 pada tahun 1500 SM oleh golongan Melayu-Deutro.Penduduk yang ke-2 ini dikatakan berasal dari Yunnan.
Pendapat para sarjana yang seterusnya adalah bangsa Melayu berasal dari Nusantara.J.Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera,Jawa,Kalimantan,dan kawasan polinesia dan beliau berpendapat bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal dari Pulau Jawa(bahasa Jawa)dan bahasa yang berasal dari Sumatera(bahasa Melayu).Oleh itu bahasa Melayu dan bahasa Jawa dikatakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara.Beliau telah memperkukuhkan lagi hujahnya dengan bukti bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abd ke-19.Beliau telah membuat hipotesis bahawa.
#Orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
#Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
Walaupun sudah beberapa kajian dilakukan terhadap asal-usul bangsa Melayu namun,kata sepakat para sarjana masih belum dicapai disebabkan faktor-faktor di atas.
SEKIAN WASSALAM................

siti(D20071029053) berkata...

ASSSALAMUALAIKUM………EN.RAZALI AYOB

Asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapat dua teori yang dkemukakan mengenai asal-usul bangsa Melayu. Teori pertama yag dikemukakan ialah orang Melayu berasal dari Yunnan. Manakala teori kedua menyatakan orang melayu berasal dari Asia Tengah.

Teori Yunnan iaitu teori yang menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari Asia Tengah.teori ini dibuktikan menerusi penemuan kapak tua di kepulauan melayu yang mirip kapak tua di Asia Tengah.Selain itu teori ini diperkukuhkan menerusi kajian J.R.Logan yang mendapati adat-resam bangsa Melayu adalah mirip dengan suku Assam. Dua orang sarjana Melayu iaitu Slametmuljana dan Asmah Hj.Omar berpendapat bahawa bangsa melayu adalah serumpun dengan bahasa di Asia Tengah. Teori ini turut menyatakan bahawa orang melayu datang ke kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama iaitu Melayu Proto(2500S.M),Melayu Deutro(1500S.M) dan orang Negrito (8000S.M).Antara tokoh yang menyokong teori ini ialah R.H.Geldem, J.R.Foster dan juga Asmah Hj.Omar.

Teori kedua ialahteori Nusantara yang menyatakan bahawa orang Melayu berasal daripada manusia kuno. J.crawfurd mempunyai pandangan bahawa bahasa yang tersebar di Nusantara berasal dari Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.Oleh itu bahasa Melayu dan bahasa Jawa dikatakan induk bahasa serumpun di Nusantara.Penemuan Homo Solonensis dan Homo Wajakensis kira-kira sejuta tahun dulu membuktikan pada masa itu, wilayah ini didiami oleh tiga kelompok iaitu orang negrito,orang Kaukasus, dan orang Mangloid. Bangsa ini kemudian terpisahdengan berlakunya pemisahan daratan.

Secara kesimpulanya, para sarjana masih berdebat mengenai asa-usul orang melayu ekoran terdapat dua teori tentang asal-usu orang melayu iaitu teori Yunnan dan teori Nusantara.

SEKIAN TERIMA KASIH

Siti Rohana binti Ismat berkata...

Assalamualaikum En.Razali...
Siti Rohana (D20071029009)

Asal usul orang melayu menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana sejarah kuno Asai Tenggara masih kabur dan belum diselidiki dengan mendalam.Pengetahuan tentang asal usul bansa Melayu diperolehi dari bahan-bahan peninggalan purbakala kepunyaan nenek moyang orang-orang Melayu.Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Mereka datang dari daerah Yunan dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia.Berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto.Kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi datang pula gelombang kedua,golongan yang disebut Melayu Deutro.

Sebelum kedatangan orang-orang Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulau di selatannya,kawasan berkenaan didiami oleh bangsa lain iaitu bangsa yang menurunkan orang-orang asli Negrito di semenanjung ,orang-orang Papua di New Guineaserta orang-orang asli di Australia.Peninggalan yang diketemukan di gua-gua di Perak serta juga ciri-ciri bentuk muka,kepala dan rambut suku bangsa tersebut.Selain itu,penemuan kapak dan gendang tembaga di dalam gua-gua di semenanjung dan Sungai Tembeling di Pahang,memperlihatkan persamaan yang terdapat di Tonkin di negeri China,Jawa dan Bali juga menjadi bukti kedatangan orang melayu.Gendang-gendang yang ditemui di Tonkin menunjukkan lukisan perahu yang sama dengan perahu di Borneo dalam upacara kematian.

Menurut H.Kern,,perpindahan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bermula kira-kira 1500 sebelum masihi.Orang-orang melayu merupakan salah satu daripada suku-suku bangsa lain,tidak dapat ditentukan bila atau pada peringkat mana mereka berpindah.

John Crawford berpendapat bahawa orang-orang melayu sudah ada di Minangkabau yang merupakan tempat asal bangsa itu.Dari situ mereka bergerak ke semenanjung dan Borneo dan membuka negeri di sana.

Teodoro Llamzon seorang ahli Linguistik Bandingan khusus berkenaan dengan bahasa-bahasa Filipina,mengatakan bahawa nenek moyang orang-orang Filipina keluar dari daratan Asia dari arah China Selatan dan dari situ mereka menyusur pantai Indo-China dan Semenanjung Malaysia. Kemudian mereke berpisah dari rakan-rakan mereka dengan menyusur pantai barat Borneo,sedangkan yang lainnya meneruskan perjalanan ke pulaudi sebelah timur dan seterusnya ke Melanesia,Polinesia dan Mikronesia.

Jelaslah bahawa asal usul orang melayu adalah berbeza mengikut pandangan sarjana. Kajian perlu dilakukan dengan lebih interaktif supaya kita dapat mengetahui asal usul bangsa kita sendiri dengan lebih jelas.

Sekian.........

nurul87 berkata...

Assalamualaikum En.Razali..Asal-usul orang melayu iaitu penutur asli bahasa melayu amat kabur dan masih menjadi perdebatan sarjana.Hal ini kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.Walaubagaimanapun,kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat melayu kuno,iaitu nenek moyang orang melayu.Beberapa teori telah mengatakan bahawa asal usul orang melayu berasal daripada golongan manusia yang di beri nama Austronesia.Mereka datang dari daerah Yunnnan dan telah turun,dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia,dan menduduki wilayah Asia Tenggara.Ini berlaku sejak tahun 2500 S.M.iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang di sebut melayu Proto.Kemudian kira2 dalam 1500 S.M,datang pula gelombang yang kedua ,golongan yang di sebut melayu Deutro.Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.Dua teori yang mengemukakan tentang asal usul orang melayu: 1)Teori Yunnan:disokong R.H Geldern,J.H.C Kern,Asmah Haji Omar.Antara bukti2:1=kapak tua menunjukkan migrasi penduduk dari asia tengah ke kepulauan melayu.2=bahasa melayu serumpun bahasa kemboja.Teori ini di terima umum 2)Teori Nusantara:disokong J.Crowfurd,K.Himly,Sutan takdir Alisjahbana.Antara bukti2:1=bangsa melayu dan jawa mempunyai tamadun tinggi pada abad ke-19.Orang melayu bukan berasal dari mana2 tapi berkembang di nusantara.2=Manusia kuno Soloinensis terdapat di pulau jawa.2=Bahasa di Nusantara(bahasa Austronesia)ada perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah(bahasa Indo Eropah)

hasnah87@google.com.my berkata...

Assalamualaikum,En.Razali...

Asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan diantara ahli-ahli sejarah dan sarjana.Mereka mengeluarkan pelbagai teori yang membuktikan tentang asal usul kewujudan orang melayu di Kepulauan Nusantara iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara.Kedua-dua teori ini mempunyai bukti dan penemuan yang dilakukan oleh ahli sejarah yang menyokongnya.

Teori Yunan

Teori Yunan dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah yang menyokong teori ini.Antara ahli sejarah yang menyokong teori ini ialah R.H. Geldern,J.H.C. Kern,J.R. Foster,Asmah Haji Omar dan beberapa orang ahli sejarah lain.Kesemua ahli sejarah ini percaya bahawa orang melayu berasal dari sebuah wilayah utara China iaitu Yunan.Mereka telah membuat kajian tentang asal usul orang melayu dari Yunan.Melalui kajian ini,mereka menemui bukti yang menunjukkan orang melayu berasal dari Yunan melalui penemuan artifak-artifak yang mempunyai persamaan antara kedua-dua kawasan tersebut.Orang melayu proto iaitu induk orang melayu berhijrah dari Yunan ke kawasan Kepulauan Nusantara menggunakan perahu yang dicipta sendiri dan melalui jalan laut dan sungai yang menghubungkan Yunan dengan kawasan lain.Penghijrahan mereka ke Kepulauan Nusantara membawa bersama kemahiran mereka dalam bidang pelayaran dan pembinaan.Bukti-bukti tentang penghijrahan orang melayu proto dapat di lihat melalui penemuan kapak batu yang ditemui disepanjang Sungai Mekong yang menghubungkan Yunan dan kawasan lain.Kapak batu ini digunakan untuk kegiatan harian dan pertanian mereka.Kelompok kedua selepas melayu proto yang berhijrah dikenali sebagai melayu deutro.Kelompok ini berhijrah selepas melayu proto meninggalkan Yunan.Kelompok ini diketahui lebih bijak berbanding melayu proto dari pelbagai segi.Golongan ini maju dalam ilmu pelayaran dan pembinaan.Mereka juga mahir tentang ilmu astronomi.Kelompok melayu deutro yang berhijrah ke Kepulauan Nusantara menjadikan kawasan pesisir pantai sebagai kawasan tempat tinggal mereka manakala orang melayu proto telah melarikan diri ke kawasan tanah tinggi atau gunung.Orang melayu proto dan deutro merupakan golongan yang menjadi induk kepada bahasa Austronesia iaitu ibu kepada golongan bahasa di Kepulauan Nusantara.Kedua-dua kelompok ini terus berkembang dan menjadi semakin besar dan menjadi penduduk tetap di kawasan yang diduduki oleh mereka.Orang melayu dapat dibuktikan berasal dari Yunan melalui penemuan beberapa alatan yang menyerupai alatan yang terdapat di Yunan dan sedikit persamaan dari segi budaya dan rupa paras.

Teori Nusantara

Walau bagaumanapun,terdapat percanggahan pendapat mengenai asal usul orang melayu yang dikatakan berasal dari Yunan.Terdapat ahli sejarah yang tidak bersetuju bahawa orang melayu berasal dari Yunan.Ahli-ahli sejarah ini percaya orang melayu berasal dari Kepulauan Borneo dan ia dikenali sebagai teori Nusantara.Teori ini dikemukakan oleh J.Crawfurd,K.Himly,Sutun Takdir Alisjahbara dan Gorys Keraf.Mereka membuat kajian dan mendapati bahawa terdapat percanggahan dari segi masa mengenai perhijrahan orang melayu proto dan deutro ke Kepulauan Nusantara.Mengikut Teori Yunan,perhijrahan orang melayu proto dan deutro ke Kepulauan Nusantara berlaku pada tahun 2000 sebelum masihi(SM) hingga tahun 1500SM.Tetapi penemuan arkeologi manusia moden di Kepulauan Nusantara menunjukkan ia berusia 35,000 tahun.Ia menunjukkan bahawa manusia telah menetap di Kepulauan Nusantara sebelum penghijrahan orang melayu dari Yunan lagi.Crawfurd telah membuat kajian mengenai bahasa,budaya,situasi goegrafi dan perkembangan manusia.Hasil kajiannya menunjukkan bahawa Orang melayu berasal dari Kepulauan Borneo iaitu Sumatera dan Jawa.Hasil kajiannya menunjukkan terdapat persamaan diantara bahasa dan kebudayaan di kawasan Kepulauan Nusantara dengan Sumatera dan Jawa.Terdapat juga persamaan dari segi rupa paras penduduk dan pegangan yang di pegang.

Walaupun terdapat dua teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli sejarah yang berserta dengan bukti-bukti dan penemuan artifak,kedua-dua teori ini tidak diterima sekali gus.Pada masa ini hanya Teori Yunan yang diterima oleh masyarakat.Walaupun Teori Nasantara mengemukakan bukti-bukti yang sahih yang berserta penemuan artifak-artifak yang berkaitan,ahli-ahli sejarah yang mengemukakan Teori Yunan masih mempersoalkan tentang asal usul induk orang melayu yang dikatakan berasal dari Sumetare dan Jawa.Mereka berpendapat tidak mungkin induk orang melayu yang berada di Sumatera dan Jawa sememangnya ada di tempat tersebut.Ahli-ahli sejarah percaya percaya induk orang melayu tersebut berhijrah dari tempat lain dan tempat tersebvut ialah Yunan.Sekian.....

d20052024233 berkata...

Assalamualaikum En. Razali

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Isu asal usul orang Melayu masih menjadi pendebatan dalam kalangan sarjana. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu bangsa Melayu berasal daripada Yunnan (teori Yunnan) dan Nusantara (teori Nusantara).Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut iaitu pertama, Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Kedua, adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). Ketiga, Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Dalam Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti pertama bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. Kedua, K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" Ketiga, manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Keempat, bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). Jadi jelaslah bahawa kajian, rumusan mengenai asal usul orang Melayu masih kabur dan masih menjadi pendebatan di kalangan sarjana.Sekian.....

ema (D20071029049 berkata...

Assalamualaikum En. Razali

Asal-usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan,walaupun terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk menjelaskan perkara ini. Namun,tiada kata sepakat yang dicapai antara para sarjana.
Terdapat 2 teori asal-usul bangsa melayu iaitu teori yunan dan teori nusantara.

-teori yunan
teori ini berpendapat bangsa melayu berasal dari yunan dan disokong olehsarjana seperti R.H Geldern, J.R Foster, J.H.C Kern dan Asmah Haji Omar dengan alasan
1) Kapak tua yang ditemui mirip kepada kapak di Asia tengah yang ditemui di kepulauan melayu. Hal ini menunjukkan adanya migrasi penduduk asia tengah ke kepulauan melayu
2) Adat resam bangsa melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam(berhampiran dengan sempadan India danMyanmar.
3) Bahasa melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Penduduk kemboja mungkin berasal daripada dataran yunan dengan menyusuri sungai Mekong. Perhubungan bangsa melayu dengan bangsa kemboja sekaligus menandakan pertalian dengan dataran yunan
4) Teori yunan menyatakan orang melayu menerusi 3 gelombang utama iaitu ditandai dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutro


-teori nusantara
teori ini disokong oleh sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, dan Gory Keraf dengan alasan
1) Bangsa melayudan bahasa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. taraf ini dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang melayu tidak berasal di mana-mana tetapi berasal dan berkembang di nusabtara.
2) K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa bahasa melayu serumpun dengan bahasa Champa(kemboja) baginya banyak persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan”
3) Manusia kuuno homo soloinensisdan homo wajakensis terdapat di pulau jawa. Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan ada kemungkinan iarng melayu itu keturunan dari manusia kuno tersebut yakni berasal dari jawa.
4) Bahasa di nusantara(bahasa Ausronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di asia tengah(bahasa Indo-Eropah)

ida (D20071029025 berkata...

Assalamualaikum……. En. Razali

Asal-usul orang Melayu masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana kerana adanya perbezaan pendapat. Setiap pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana diikiti dengan bukti-bukti yang sahih.
Terdapat 2 teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana iaitu
i) Teori Yunnan
ii) Teori Nusantara

Teori Yunnan

Teori ini menyatakan bahawa orang Melayu sebenarnya berasal daripada Asia Tengah. Teori ini dikukuhkan dengan penemuan kapak tua di Kepulauan Melayu yang dikatakan mirip dengan kapak tua di AsiaTengah. Selain itu juga adat resam bangsa Melayu juga dikatakan mirip dengan suku Naga di daerah Assam (bersempadan dengan India dan Myanmar. Malah ada juga pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Asia Tengah (Kemboja.
Orang Melayu juga dikatakan datang ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang utama iaitu; gelombang pertama di kenali sebagai Melayu Proto,gelombang kedua di kenali sebagai Melayu Deutro dan gelombang ketiga dikenali sebagai orang Negrito. Teori disokong oleh para sarjana seperti R.H. Gelderm, J. H. C. Kern, J.R. Foster dan juga Asmah Hj. Omar.

Teori Nusantara

Teori ini menyatakan bahawa orang Melayu adalah berasal daripada Manusia Kuno. Ini adalah disebabkan oleh penemuan manusiakuno yang dikenali sebagai Homo Solonensis dan Homo Wajakensisdi Pulau Jawa. Malah manusia kuno ini dikatakan telah berkumpul dan mewujudkan tamadun tersendiri. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa dikatakan telah mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19 disebabkan oleh perkembangan budaya dalam tamadun itu sendiri. Teori telah di sokong oleh J Crawford, K. Himly dan Gorys Terat. K. Himly menyatakan bahawa beliau tidak bersetujudengan kenyataan bahawa bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa ( Champa ) Kemboja. Bagi beliau persamaan yang wujud dalam kedua-dua bahasa ini adalah satu fenomena ”ambilan”.

Kesimpulanya asal-usul orang Melayu masih lagi menjadi perdebatan kerana setiap teori yang dikemukakan oleh para sarjana masih boleh disangkal dan diperdebatkan.

Nur Fara Elia berkata...

Nur Fara Elia (d20071028985)
Assalamualaikum En. Razali..

Istilah “Melayu” merujuk kepada nama bangsa atau bahasa itu sendiri. UNESCO menggunakan istilah Melayu untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Kerajaan Malaysia pula mendifinisikan Melayu sebagai manusia yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda, mengamalkan cara hidup Melayu dan menganut agama Islam.
Terdapat dua teori mengenai asal usul orang melayu pada masa ini. Teori asal usul orang Melayu yang pertama mengatakan orang Melayu berasal daripada kawasan Asia Tengah iaitu Yunnan. Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H. Geldern, Slametmuljana, dan Asmah Haji Omar.
1.Antara alasan-alasan yang menyokong teori ini ialah penemuan kapak Tua di Kepulauan Melayu mirip kepada kapak Tua yang ditemui di Asia Tengah. Adat resam bangsa Melayu juga dikatakan mirip kepada suku Naga di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar. Alasan lain yang menyokong teori ini ialah bahasa Melayu serumpun dengan bahasa di Kemboja dan penduduk di Kemboja dipercayai berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Berdasarkan teori ini orang Melayu dikatakan datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi dua gelombang utama. Kelompok Melayu pertama yang datang ke Kepulauan Melayu dikenali sebagai Melayu Proto. Pada tahun 1500SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan dikenali sebagai Melayu Deutro.golongan ini telah menurunkan orang Melayu moden. Bagaimanapun, teori ini diperdebatkan oleh para sarjana kerana tarikh berlakunya penghijrahan kedua-dua kelompok ini dikatakan bercanggah dari bukti arkeologi bahawa manusia moden telah menghuni Alam Melayu sejak 35000 tahun lalu. Teori asal usul orang Melayu yang kedua pula mengatakan orang Melayu tidak berasal dari luar sebaliknya telah wujud di Nusantara. Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti J. Crawfurd, K. Himly, Sutan Takdir Alisjahbana, dan Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan-alasan seperti bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini membuktikan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.K. Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja). Baginya persamaan yang berlaku pada kedua-dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan”. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa menunjukkan berkemungkinan orang Melayu berketurunan daripada manusia kuno tersebut yang berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Selain itu, bahasa di Nusantara(bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (bahasa Indo-Eropah)

nor hejah9D20071092061) berkata...

assalammualaikum En.Razali...
Berdasarkan soalan mengapa asal usul orang melayu menjadi perdebatan dikalangan sarjana,saya berpendapat bahawa dalam teori-teori sebelum ini,menunjukkan terdapat pelbagai pandangan yang berlainan hala dikalangan sarjana sebagai contoh asal usul orang melayu ,ada dikalangan sarjana mengatakan bahawa orang melayu berasal dari daerah yunan.Namun sesetengah pendapat mengatakan orang melayu berasal dari kawasan nusantara itu sendiri.
Selain itu,punca kepada perdebatan ini berlaku adalah kerana kajian yang dibuat mengenai asal usul orang melayu masih belum sampai ke penghujngnya,dan ini bermaksud kajian demi kajian perlu dibuat oleh para sarjana untuk mendapat jawapan yang sebenarnya.Seterusnya merungkaikan perdebatan mengenai asal usul orang melayu.....sekian

Mohd. Isma bin Jamaludin(D20071029073) berkata...

Assalamualaikum...saya Mohd Isma Bin Jamaludin,no matrik D20071029073.Asal usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapat percanggahan dalam menentukan asal usul orang melayu ini.

Teori yang pertama mengatakan bahawa bangsa melayu berasal dari utara(Asia Tengah).Teori ini kebanyakan disokong oleh pengkaji dari barat seperti R.H Geldern yang mengkaji berkenaan kapak tua(beliung batu).Beliau telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut telah dibawa oleh orang Asia tengah dari Utara ke kepulauan melayu.J.H.C Kern turut menyokong teori orang melayu berasal dari Utara Asia Tengah.Beliau telah mengkaji beberapa perkataan yang dipertuturkan oleh orang melayu terutama nama tumbuhan,dan haiwan.Selain itu,J.R Longan juga turut memperkukuhkan teori ini dengan menyatakan kajian beliau berkaitan adat resam orang melayu dengan adat resam yang diamalkan oleh suku Naga di Assam(daerah burma dan Tibet).Kesimpulan yang beliau ialah persamaan adat resam(orang melayu dengan orang Suku Naga)dengan bahasa yang digunakan adalah sama dan berasal dari tempat yang sama.Teori ini juga turut dipersetujui oleh Asmah Haji Omar dan Slametmuljana yang merupakan sarjana melayu itu sendiri.

Teori yang kedua pula mengatakan ,orang melayu sudah menetap di kepulauan melayu atau nusantara.Teori ini telah disokong oleh seorang sarjana inggeris yang bernama J.Crawfurd menyatakan bahawa bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di nusantara ini.bangsa melayu dan jawa telah memiliki taraf tinggi pada abad ke sembilan belas kata beliau lagi.Sutan Takdir Alisjahbana(syarahan umum di Universiti Sains Malaysia pada julai 1987) mengatakan bangsa melayu berasal daripada rumpun yang bangsa yang satu.mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota yang berbeza daripada bangsa cina disebelah Timur dan bangsa India di sebelah barat.Teori ini wujud berikutan penemuan fosil Homo soloinensis dan Homowajakensis iaitu manusia jawa atau Java man yang diperkirakan berusia satu juta tahun yang lampau yang pernah mendiami di Asia Tengara,Asia Timur dan Australia yang merupakan kawasan Nusantara.Penemuan Teori ini telah memguatkan teori ini.


kesimpulannya,teori asal usul orang melayu masih menjadi pertanyaan dalam kalangan sarjana-sarjan dan perdebatan dalam kalangan mereka kerana masing-masing dengan teori mereka.

NOOR SHAUTHA (D20071029060) berkata...

Assalamualaikum, Encik Razali…
Pada pendapat saya, asal-usul orang melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana kajian yang telah dilakukan oleh mereka masih belum cukup kukuh untuk membuktikan kesahihan teori-teori yang dihasilkan. Hal ini kerana, kajian dilakukan hanya berdasarkan bukti-bukti arkeologi, budaya dan bahasa semata-mata. Para sarjana tidak mengaitkan teori mereka berdasarkan sumber agama seperti Al-Quran, Taurat, dan Injil. Pada saya, sejarah asal-usul manusia sepatutnya merujuk kepada sumber agama untuk mendapatkan bukti yang lebih jelas. Selalunya, perkara yang dikaitkan dengan sumber agama mempunyai hujah yang kuat dan tidak mungkin boleh dipertikaikan lagi.

Algebra3 (D20071028991) berkata...

Assalamualaikum dan salam Bangsa Melayu En Razali.......

Asal usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana:
Sehingga kini asal-usul bangsa melayu masih dikaji oleh ramai pengkaji sejarah termasuklah dalam kalangan sarjana. Mengapa asal-usul Bangsa ini masih menjadi perdebatan atau dengan kata lain terdapat percanggahan teori dalam menentukan asal-usul orang Melayu? Terdapat pelbagai faktor Antaranya:

1. Tiadanya suatu teori yang benar-benar tepat tentang asal-usul orang Melayu:
Percanggahan teori antara pengkaji sejarah tentang asal usul orang Melayu antara contohnya:
A. Orang Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)
• Teori ini bermaksud Asal usul orang Melayu berasal dari kelompok Nusantara dan bukannya daripada luar (di kepulauan melayu itu sendiri). Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
• K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
• Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
• Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
B. Orang Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan):
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Menurut Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama iaitu perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Teori ini Dibuat berdasarkan beberapa Bukti:
• Penemuan Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu. Perkara ini menggambarkan berlakunya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
• Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
• Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Teori ini juga disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.
2. Bahasa melayu antara bahasa yang paling luas penggunaannya:
Bahasa melayu adalah antara bahasa yang paling luas penggunaanya di dunia. Walaupun tidak tersenarai antara bahasa yang popular digunakan di dunia, namun menurut UNESCO, bahasa melayu adalah yang paling banyak digunakan. Hal ini menarik minat para pengkaji untuk mengkaji Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu khususnya. Mereka mengkaji asl-usul bahasa Melayu sehingga timbulnya beberapa teori asal-usul bangsa melayu sekaligus menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana.

aimy_d20071028988 berkata...

Pada masa ini,asal-usul bangsa melayu masih kabur dan menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana kerana pengkajian yang mendalam tentag sejarah bbngsa melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun pengkajian terhadap asal-usul ini amat rumit dan sukar disebabkan bukti-buki langsung tentang bangsa melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, namun pesepakatan antara sarjana belum dapat diputuskan.

terdapat dua hipotesis tentang asal-usul bangsa melayu yang di utarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik iaitu bangsa melayu berasal dari kawsan Asia Tengah dan dari Nusantara. Berdasarkan hipotesis pertama yang disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R,H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster dan Asmah Haji Omar, dikatakan bahawa orang melayu dari bahagian Selatan China. Penghijrahan dari utara (bahagian Selatan China) ke selatan iaitu Nusantara dilakukan secara berkelompok oleh kelompok pertama iaitu Melayu-Proto, diikuti Melayu-Deutro yang masih wujud hingga kini. Ini dikukuhkan lagi oleh Geldren yang membuat kajian terhadap kapak tua yang mirip kepada kapak tua Tua Asia Tengah yang ditemui beberapa kawasan di Nusantara. Beliau membuat kesimpulan bahawa kapak tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Nusantara. Adat resam bangsa melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar). Walau bagaimanapun hipotesis pertama agak meragukan dari tarikh berlakunya penghijrahan kedua-dua kelompok yang ternyata bercanggah dari bukti arkeologi. Jika benar kelompok melayu berasal dari Selatan China sudah pasti kelompok induknya di Selatan China mempunyai persamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan asas. Namun kelompok yang tingal di kawasan terlibat tidak mempunyai pesamaan dengan rumpun melayu dI Alam Melayu.

Para sarjana yang tidak bersetuju menyatakan bahawa klompok melayu berasal dari kawasan Asia Tengah telah mengemukakan hipotesis kawasan Nusantara yang disokong oleh J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Kerat. Berdasrkan hipotesis ini, orang melayu dikatakan tidak berasal dari luar tetapi dikatakan manusia awal yang telah wujud di Nusantara. Crawfurd menyatakan bahaw tanah asal orang melayu adalah di Sumatera dan Jawa kerana kedua-dua kawasan ini memperlihat perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbanding kawasan lain. K.Himly pula berpendapat bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahasa melayu serumpun dengan bahasa Champa (Kemboja). Baginya persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan". Pendokong hipotesis Nusantara juga berdasarkan kepada penemuan rangka manusia awal iaitu manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Jawa. Penemuan manusia kuno ini menunjukkan ada kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa.

Kesimpulannya, asal-usul bangsa melayu masih sukar ditentukan kerana bukti langsung tentang bangsa melayu pada zaman prasejarah belum ditemui dan faktor inilah yang menyebabkan terdapatnya percanggahan dan perdebatan dalam kalangan para sarjana.

Genit_D20071028982 berkata...

Seperti yang kita sudah sedia maklum,asal-usul bangsa Melayu telah dijelaskan berdasarkan dua teori ; Teori Yunnan dan Teori Nusantara.
Kedua-dua teori ini saling bertentangan antara satu sama lain kerana Teori Yunnan menjelaskan bahawa asal-usul bangsa Melayu berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan dan datang ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama. Kumpulan pertama dikenali sebagai Orang Negrito,seterusnya Melayu Proto, dan akhir sekali ialah Melayu Deutro. Malah, teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.Ini berikutan terdapat bukti-bukti yang menyokong teori ini. Antaranya ialah kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu, adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam, dan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja kerana penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Berbeza pula dengan Teori Nusantara. Teori ini menjelaskan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly pula tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan. Penemuan manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensisini di Pulau Jawa pula menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Akhir sekali, bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). Teori ini disokong kuat oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.
Persoalannya, mengapa masih tiada kata sepakat walaupun pelbagai bukti mahupun alasan telah dikemukakan untuk membuktikan teori masing-masing adalah benar? Ini membuktikan bahawa kajian yang terperinci dan berterusan harus dijalankan. Sebenarnya kedua-dua teori ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Mungkin ada benarnya bahawa bangsa Melayu berasal daripada Yunnan berdasarkan penemuan kapak tua di Kepulauan Melayu yang serupa dengan kapak tua di Asia Tengah. Namun begitu, berdasarkan penemuan arkeologi ini,kemungkinan ini hanya satu kebetulan ataupun ini sudah membuktikan berlakunya penghijrahan penduduk Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Manakala Teori Nusantara pula, kita kekurangan fakta yang benar-benar sahih.
Oleh itu, pihak sarjana perlu untuk membuktikan asal-usul bangsa Melayu supaya tiada lagi pertikaian di kalangan sarjana.

anis_nisa87@google.com.my berkata...

Anisa(D20071029044)

Assalamualaikum,En.Razali....

Bangsa dan bahasa melayu mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Walau bagaimanapun,asal usul bangsa melayu masih diperdebatkan dikalangan sarjana yang mengkaji tentang sejarah bangsa ini.Mereka saling mengeluarkan pendapat yang berbeza tentang dari manakah asal usul sebenar bangsa melayu.Terdapat dua teori yang dikeluarkan oleh sarjana-sarjana dan ahli-ahli sejarah iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara.

Teori Yunan.Teori ini dibangkitkan oleh ahli-ahli sejarah yang mengkaji tentang asal usul bangsa melayu berdasarkan penemuan bukti-bukti yang boleh dikaitkan dengan kemunculan bangsa ini.Ahli-ahli sejarah ini percaya bahawa bangsa melayu yang berada di Kepulauan Melayu sekarang berasal dari induk yang berhijrah dari Yunan.Yunan ialah sebuah wilayah yang berada di bahagian utara Tanah Besar China.Hipotesis tentang perhijrahan ini dikeluarkan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin.Teori ini disokong oleh R.H.Geldern yang menemui bukti yang menunjukkan bahawa orang melayu berhijrah dari Yunan iaitu penemuan kapak batu di kawasan sungai Irrawaddy,Hwang Ho,Yangtze dan Salween.Teori Yunan ini disokong oleh beberapa lagi ahli sejarah seperti Asmah Haji Omar,J.R.Foster dan J.R.Logen.Mereka percaya bahawa kelompok pertama orang melayu dari Yunan iaitu melayu proto telah datang ke kepulauan melayu melalui jalan air dengan menggunakan kapal atau perahu.Mereka datang dan menduduki kawasan pesisir pantai atau lembah sungai.Kelompok ini mempunyai kemahiran dalam bidang pelayaran.Tidak lama kemudian,kelompok kedua yang dikenali sebagai melayu deutro pula yang datang ke kepulauan melayu.Apabila kelompok melayu deutro datang,kelompok melayu proto telah melarikan diri ke kawasan tanah tinggi manakala melayu deutro menduduki kawasan pesisir pantai.Hal ini menyebabkan pembahagian suku orang melayu iaitu melayu moden yang memduduki kawasan pantai dan melayu asli yang tinggal di kawasan tanah tinggi atau hutan.Golongan melayu deutro mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pelayaran dan dapat mencipta kapal-kapal yang besar dan moden.Mereka juga mahir dalam bidang astronomi dan pertanian.Kedua-dua kelompok golongan ini merupakan induk kepada keluarga bahasa Austronesia yang merangkumi bahasa Nusantara,Melanesia,Mikronesia dan Polinesia.

Walaupun Teori Yunan menemui bukti yang kukuh yang menunjukkan orang melayu berasal dari Yunan,terdapat ahli-ahli sejarah yang membantah dan tidak bersetuju dengan teori ini.Mereka telah mengeluarkan teori yang lain yang menunjukkan tentang asal usul orang melayu.

Teori Nusantara.Teori ini disokong oleh ahli-ahli sejarah seperti J.Crawfurd,K.Himly,Marsden,Sutan Takdir Ajisjahbana dan Gorys Keraf.Mereka berpendapat bahawa orang melayu sebenarnya tidak berasal dari induk yang berhijrah dari Yunan,sebaliknya orang melayu berasal dari induk yang sememangnya telah wujud di Nusantara iaitu di Kepulauan Borneo.Mereka berpendapat sedemikian kerana terdapat percanggahan dari segi masa tentang perhijrahan orang melayu dari Yunan.Mengikut Teori Yunan,orang melayu berhijrah dari Yunan kira-kira 2000 tahun sebelum masihi(SM) hingga 1500 SM.Tetapi mengikut hasil penemuan bukti arkeologi dibeberapa tempat di kepulauan melayu,manusia moden telah menghuni kepulauan melayu sejak 35,000 tahun yang lalu seperti penemuan rangka manusia yang dikenali sebagai Jawa man(ditemui di Jawa) dan Perak man(ditemui di Perak) yang telah berusia puluhan ribu tahun.Dan sekiranya orang melayu berasal dari Yunan,mesti terdapat persamaan dari segi bahasa atau budaya tetapi setelah membuat kajian,tiada persamaan yang ditemui oleh ahli-ahli sejarah ini.J.Crawfurd telah membuat kajian dan menyatakan bahawa orang melayu berasal dari Kepulauan Borneo iaitu kawasan Sumatera dan Jawa.Beliau melihat dari segi perkembangan kebudayaan yang mempunyai persamaan antara kawasan lain di kepulauan melayu dengan kawasan Sumatera dan Jawa.Marsden pula melihat dari segi bahasa dan mendapati bahawa bahasa melayu atau Nusantara merupakan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melanesia,Mikronesia dan Polinesia.Dari sudut geografi pula,Kepulauan Nusantara merupakan daratan yang luas yang terdapat beberapa wilayah didalamnya seperti Tanah Melayu,Kepulauan Borneo Palawan dan Jawa.Daratan ini juga dikenali sebagai Pentas Sunda.

Kedua-dua teori tersebut iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara telah menemui pelbagai bukti tentang kajian mereka ini bagi menunjukkan tentang asal usul sebenar orang melayu tetapi hanya Teori Yunan yang dapat diterima oleh masyarakat hari ini.Hal ini kerana sarjana-sarjana yang mempertahankan Teori Yunan mempersoalkan tentang asal usul induk orang melayu yang dinyatakan oleh Teori Nusantara.Mereka tidak percaya sekiranya induk orang melayu yang terdapat di Kepulauan Borneo sememangnya berasal dari pulau berkenaan.Mereka menyatakan bahawa induk tersebut sebenarnya berhijrah dari tempat lain ke Kepulauan Borneo.

Sekian.Terima kasih...

normila binti tukiman berkata...

ASSALAMMUALAIKUM EN.RAZALI
MILA(D20071029030)

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur dan kurang jelas sehingga menjadi topik hangat untuk diperdebatkan kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidikidan diterokai dengan lebih mendalam oleh para pengkaji.Terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan tentang asal-usul bangsa Melayu iaitu bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah dan memang sudah ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara.

Teori mengenai bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah:
Para pengkaji dari barat boleh dikatakan sepakat telah mengatakan bahawa penduduk-penduduk Kepulauan Asia Tenggara hingga ke Laut Teduh berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara.Tetapi tidak dapat dipastikan dr tempat mana.Mereka telah membuat beberapa hujah.Pertama,terdapat banyak persamaan seperti kosa kata,fonologi,morfologi,sintaksis,konsep yang berbeza antara"kami" dengan "kita",sistem bilangan gender dan lain-lain.Kedua ialah persamaan dari segi adat resam dan trait-trait kebudayaan.Ketiga pula ialah persamaan dari segi sistem sosial,susunan keluarga,sistem perkahwinan dan lain-lain.Hujah terakhir ialah persamaan dari segi alat perkakas dan peralatan lain seperti kapak batu,tulang mawas,dan hasil kerja tangan seperti tembikar,pasu dan tempayan.Teori ini juga mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam beberapa gelombang pergerakan manusia.Pertama ialah golongan Melayu Proto yang berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi.Kedua ialah golongan yang disebut Melayu Deutro yang berlaku kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi.

Teori mengenai bangsa Melayu berasal dari Nusantara:
Seorang sarjana Inggeris bernama J.Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera,Jawa,Kalimantan dan kawasan Polinesia.Beliau menyimpulkan bahawa orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.endapat Asmah Haji Omar pula menyatakan bahawa sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku,Kepulauan Melayu(Nusantara)ini telah ada penghuninya yang dinamai penduduk asli.Mereka ini tinggal di Semenenjung Tanah Melayu serta dikenali sebagai orang Negrito yang wujud sejak tahun 8000 sebelum masihi.Selain itu T.S.Lanang pula berpendapat orang-orang Mongoloid adalah orang Melayu.Buktinya melalui penemuan tengkorak tertua yang dinamakan Jawa Man yang hidup zaman Pleistoseme(500 000-1000 00 tahun yang lalu)

Kesimpulannya,asal-usul bangsa Melayu sering menjadi topik hangat untuk diperdebatkan oleh para sarjana kerana terdapat banyak teori yang telah dikemukakan oleh para pengkaji.Oleh itu,kajian berterusan harus dijalankan dengan lebih mendalam bagi mencari kepastian dan mencapai kata sepakat tentang asal-usul bangsa Melayu.
Sekian....

hatini(d29105) berkata...

assalamualaikum...
MENGAPAKAH ASAL USUL BANGSA MELAYU MASIH LAGI MENJADI PERDEBATAN DALAM KALANGAN SARJANA?
banyak teori tentang asal usul orang melayu,antaranya:
bangsa melayu berasal dari tanah besar asia tenggara. pendapat ini didukung oleh pengkaji dari barat.
H.KERN menyatakan bahawa penduduk di kepulauan asia tenggara berasal dari assam,di bahagian timur negara india.beliau membuat kesimpulan sedemikian kerana terdapat persamaan adat resam beberapa suku di sumatera dan borneo dengan suku di assam seperti suku naga di india.
HENRY YULE dan J.R LOGAN berpendapat wujudnya persamaan adat resam antara penduduk di daratan asia tenggara dengan yang terdapat dfi kepulauan melayu.
daripada bukti sejarah dan tinggalan manusia zaman purba jelas menunjukkan kepulauan asia tenggara mempunyai banyak khazanah tulang tengkorak dan juga alat yang dibuat daripada batu yang begitu banyak terdapat di pelbagai tempat di kepulauan asia tenggara khususnya di pulau jawa.
kesimpulannya,terlalu banyak teori asal usul bangsa melayu sehingga wujud perdebatan dalam kalangan sarjana.
sekian,wassalam.tq...

Roslinah d20071029104 berkata...

Terdapat banyak teori tenteng asal-usul orang melayu yang menyebabkan ia masih lagi diperdebatkan oleh para sarjana.Sebagai contoh pengkaji barat banyak menyokong bahawa bangsa melayu berasal dari Tanah besar di Asia Tenggara misalnya, H.kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan asia Tenggara berasal dari Assam di bahagian Timur negara India. Hal ini kerana terdapat persamaan adat resam beberapa suku di Assam sama dengan suku Naga di India.Henry Yule pula berpendapat sama seperi J.R Logan iaitu tentang kewujudan persamaan adat resam antara penduduk di dataran Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan melayu. Persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah dari keturunan yang sama. Begitu juga dengan AH.Keane yang telah membuat kajian pada separuh kedua abad yang lalu. Beliau telah mengkaji dari sudut Antropologi budaya, iaitu tentang penduduk di Tanah Besar Asia Tenggara dengan yang terdapat dalan daerah kepulauan.

Pengkaji Barat boleh dikatakan sepakat menyatakan penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke lautan Teduh berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Mereka telah membuat kesimpulan ini berdasarkan beberapa hujah. Antaranya ialah:
a)Persamaan unsur-unsur bahasa di tanah besar Asia Tenggara dengan yang di kepulauan Asia tenggara iaitu , terdapat banyak persamaan seperti kosa kata, fonologi, morfologi sintaksis, konsep yang berbeza antara "Kami" dengan "kita", sistem bilangan, gender dan lain-lain.
b)Persamaan dari segi adat resam dan trait kebudayaan seperti adat makan sirih dan kelahiran bayi.
c)Persamaan dari segi sistem sosial,susunan keluarga,sistem perkahwinan dan lain-lain.
d)Persamaan dari segi alat perkakas dan peralatan lain seperti kapak batu dan tulang mawas.
e)Persamaan dari segi kebudayaan Hoa-binh dan Dongson yang ditemukan di daerah Vietnam seperti dalam kajian Robert Von Heine Gelder.

Namun begitu,pada pendapat Thor Heyedahl pula menyatakan mati-matian bahawa penduduk Pasifik berasal dari Amerika Selatan dan bagi membuktikan teorinya,beliau sanggup belayar dari pantai Amerika Selatan hingga ke Asia Tenggara dengan menaiki rakit pada 1947.

Selain itu juga,terdapat pendapat lain iaitu penduduk kepulauan Asia Tenggara telah mengatakan bahawa terdapat dua perpindahan dari yunan yang dikenali sebagai puak melayu proto dan puak melayu deutro. oleh sebab terdapat banyak teori mengenai asal-usul orang melayu dan masih tidak dapat dibuktikan secara kukuh ia telah membawa kepada perdebatan oleh para sarjana.

Karmila berkata...

Karmila D20071029027
Assalamualaikum,En.Razali.
Pada pandangan saya,asal-usul orang Melayu masih menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana kerana terdapat banyak teori yang dikemukakan mengenai kewujudan bangsa Melayu.
Teori-teori tersebut ialah:
a)Bangsa Melayu berasal dari Yunnan
b)Bangsa Melayu berasal dari Nusantara

a)Bangsa Melayu berasal dari Yunnan
Para sarjana seperti R.H.Geldern,J.C.Kern,J.R.Foster dan Asmah Haji Omar menyokong teori ini berdasarkan hujah-hujah:

#Persamaan unsur-unsur bahasa di Tanah Besar Asia Tenggara dengan yang di kepulauan Asia Tenggara.

#Persamaan dari segi adat resam dan trait-trait kebudayaan.
#Persamaan dari segi alat perkakas
dan peralatan yang lain seperti kapak batu dan tulang mawas.

#Persamaan dari segi sistem sosial ,susunan keluarga dan perkahwinan.

#Persamaan dari segi kebudayaaan Hoa Binh dan Dongson di daerah Vietnam dan juga di daerah lain di Asia Tenggara.

b)Bangsa Melayu berasal dari Nusantara
Para sarjana seperti J.Crawfurd,Asmah Haji Omar dan Groys Keraf menyokong teori ini berdasarkan hujah-hujah:

#Perbandingan bahasa yang ada di Sumatera,Jawa,Kalimantan dan kawasan Polinesia membuktikan bangsa Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi dari tanah Melayu malahan merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.

#Sebelum perpindahan penduduk Asia,kepualauan Melayu telah mempunyai penghuninya iaitu orang Negrito,Samai dan Semai.

#Negeri asal usul bangsa Austronesia ialah daerah Indonesia dan Filipina yang merupakan kesatuan geografis.

Berdasarkan teori-teori yang disebutkan diatas,maka pada pandangan saya,teori asal-usul bangsa Melayu sebenarnya berasal dari Yunnan kerana teori inilah yang paling diterima olh umum.

aini berkata...

aini...D20071028994...
assalamualaikum en. razali..
Asal usul orang melayu kini masih lagi menjadi pendebatan dalam kalangan sarjana,hal ini kerana terdapat banyak teori yang dikemukakan mengenai bangsa melayu dan ini menyebabkan wujudnya kekeliruan. Antara teori-teori tersebut ialah:
a)Teori Yunnan
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen,dan ramai lagi. antara alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
-Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
-Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
-Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.

b)Teori Nusantara
Teori ini disokong oleh sarjana seperti J.C Crawfurd, K.Himly, Sultan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf.Antara alasan-alasan yang menyokong teori ini ialah:
-Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
- K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
- Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut iaitu berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
- Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

kesimpulannya...pada pandangan saya asal usul bangsa melayu berasal dari yunnan. sekian...

margaret (D20071029017) berkata...

Salam Sejahtera...

Asal usul kedatangan bangsa melayu masih menjadi perdebatan para sarjana kerana para sarjana mementingkan pendapat masing-masing daripada kebenaran. Hal ini kerana mereka tidak mahu bekerjasama untuk mengkaji asal usul bangsa melayu, sebaliknya masing-masing mengemukakan pandangan untuk menaikkan nama masing-masing. Contohnya, teori kedatangan melayu deutro dan melayu proto yang telah dikemukakan oleh F.Sarasin yang mengatakan bangsa melayu berasl dari kawasan Selatan China. Tempat-tempat yang dimaksudkan ialah seperti Yunan di Selatan China, Assam di Burma dan Champa di Selatan Indo-china. Walaupun teori ini disokong oleh Geldern(ahli pra sejarah di institut pengajian Asia Iran 1932) yang telah membuktikan beliung-beliung batu bersegi panjang telah dibawa oleh orang asia tengah ke kepulauan melayu, namun telah menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh penghijrahan. Tarikh pengijrahan melayu proto dan melayu deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden(homo sapien) telah wujud di kepulauan melayu sejak 35 000 tahun yang lalu. Tambahan pula warna kulit bangsa melayu yang berkulit coklat yang tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan dan Singapura berbeza dengan bangsa di Asia Tengah baik bangsa cina di sebelah timur mahupun india di sebelah barat yan berkulit cerah. mereka bukan sahaja berbeza daripada segi kulit bentuk, anggota badan tetapi juga dari segi bahasa dan kebudayaan. bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan. Aratifak ini bukan sahaja ditemukan di Asia tengah dan Nusantara tetapi juga di Amerika dan Eropah. Malah ia digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia. Kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis ini kerana bahasa melayu sebenarnya berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada Cina-Tibet yang melahirkan bahasa cina, tibet, siam, miao, yiu dan burma.

Sebaliknya, ada para pengkaji yang mengatakan bangsa melayu berasal dari kawasan Nusantara. Bukti yang pertama yang dapat dilihat daripada segi kajian bahasa dikawasan selatan asia. hasil daripada perbandingan penyelidikan bahasa oleh para pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia.

Kajian William Marsden menunjukkan bahawa bahasa melayuserumun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. Kekerabatan ini tidak ditemui di Asia tengah.

Dapat disimpulkan di sini, bahawa tidak ada satu idea pun oleh para sarjana yang benar-benar menunjukkan asal usul kedatangan orang melayu sebalknya mereka hanya mengagungkan idea diri sendiri dengan pelbagai bukti.
perdebatan ini tidak akan berakhir sehingga ada individu yang dapat membuktikan asal usul bangsa melayu, yang mana ideanya mempunyi bukti kukuh sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak lain.

Nur Syuhada Jamil berkata...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
-D20071029080-
Terdapat 2 hipotesis tentang tempat asal-usul orang melayu seperti yg diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik,iaitu berasal daripada kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.Berdasarkan hipotesis pertama,dikatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China.Pelbagai nama digunakan utk merujuk kawasan tersebut.Antaranya Indo-China,pantai Timur China Selatan,iaitu di Champa dan Kampuchea dan ada pendapat yang menyatakan tempat tersebut adalah Burma.

Penghijrahan dari Utara(bhgn selatan China) ke selatan dilakukan secara berkelompok. Walau bagaimanapun,sebab-sebab perpindahan masih tdk dpt dipastikan.Perpindahan ini telah menurunkan kelompok Melayu..Kelompok Melayu pertama yg sampai ke kawasan ini dinamakn Melayu-Proto..Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 S.M.Hipotesis awal dikemukakan oleh P. Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesistentang perpindahan kelompok Melayu ini telah diperkukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. Beliau yg juga ahli prasejarah telah membuat kajian terhadap beliung bersegi panjang yg ditemui di Sungai Hwang Ho,sungai Yangtze,Sungai Mekong ,sungai salween,Sungai Irrawady,dan sungai Brahmaputra.Beliau mendapati bentuk dan jenis beliung yg sama juga ditemui di kawasan di nusantara.Oleh itu,beliau membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Berdasarkan hipotesis kedua pula,orang melayu dikatakan tidak berasal dari luar,tetapi dikatakan manusia asal yg memang telah wujud di Nusantara. Pengkaji yg mengemukakan hipotesis ini menemukakan beberapa tempat yg merujuk sbg kawasan asal Austronesia,iaitu nenek moyang orang melayu.Berdasarkan bukti kebudayaan,Crawfurd telah menyatakan bahawa tanah asal melayu adalh di Sumatera dan Jawa.Ini adalah kerana kedua-dua kawasan ini memperlihatkan perkembangan budaya yg sangat menonjol berbanding dgn bahagian-bahagian lain di nusantara.
Berdasarkan bukti bahasa,Marsden mendapati bahasa Melayu serumpun dgn bahasa Polinesia,Melanesia dan mikronesia. Induk kpd bahasa-bahasa ini ialah Austronesia kerana terdapat kekerabatan tersebut.Dyen pula menyatakan bahawa orang melayu mungkin berasal dari 3 tempat, iaitu Melanesia,Formosa atau New Guinea.

Selain bukti-bukti di atas, pendokong hipotesis nusantara juga berdasarkan penemuan rangka manusia awal; iaitu manusia Homo erectus di Jawa. Homo erectus juga disebut sebagai Phitecanthropus erectus berusia sekitar 2 juta tahun telah ditemui di Sambungmacan dan diberi nama Manusia Jawa.Sehinnga kini terdapat sebanyak 41 fosil manusia Homo erectus yg telah ditemui di Jawa.Dengan penemuan fosil ini,dihipotesiskan bahawa manusia moden (Homo sapiens) ialah keturunan daripada manusia yg awal ini. Homo sapiens ialah induk manusia Austroesia.

Oleh yg demikian ,pada pendapat saya,asal-usul bangsa melayu mungkin berasal dari kawasan Nusantara kerana penemuan bukti-bukti yg lebih konkrit berbanding teori pertamayg mengatakan bangsa melayu berasal dari kawasan Asia Tengah iaitu selatan China kerana tiadapersamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan Melayu asas.
SEKIAN,TERIMA KASIH....... : )

mariam D20071028981 berkata...

Assalamualaikum dan salam aspirasi...
Seperti mana yang kita ketahui asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan walaupun terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya, terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu bangsa Melayu berasal daripada Yunnan(teori Yunnan) dan bangsa Melayu berasal daripada nusantara(teori nusantara). Selain itu, ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Terdapat pelbagai alasan yang menyokong teori ini. Contohnya ialah kapak tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah ditemui di kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Selain itu juga dikatakan bahawa adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku naga di daerah Assam(berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar) dan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan erti kata lain, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya dalam buku teks pengajian Malaysia, adapun mengatakan nenek moyang orang Melayu itu berasal daripada Yunnan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu, diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Manakala perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2500 sebelum masishi. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakkan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang yang mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1500 sebelum masihi. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran belayar. Manakala teori nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal daripada mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa(Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena 'ambilan'. Selain itu dikatakan bahawa manusia kuno Homo Soloinensis dan homo wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Selain itu dikatakan juga bahawa bahasa di nusantara(Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di asia tengah(Bahasa Indo-Eropah). Tetapi malangnya teori ini merupakan teori yang kurang popular di negara kita. Sekian terima kasih.

20071029029 berkata...

Assalamualaikum En.razali
Asal usul bahasa melayusememangnya sukar ditentukan.Namun aa pendapat yang mengatakan tentang sal usul org melayu.Dua teori yang membincangkan hal ini ialah Teori Yunan dan teori Nusantara.Ada juga berpendapat bahawa orang Minang berasal dari pengikut Nabi Nuhiaitu dari suku Arkyang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembangsemasa banjir besar berlaku di bumi.Namun tak ada bukti yang kukuh.

TEORI YUNAN
Disokong oleh R.H Gelldern, J.H.C Kern, J.R Foster.Alasan-alasan yang meyokong teori ini adalah:
1) Kapak Tua mirip kapak tua di asiatengah ditemui di Kepulauan Melayu.Ini menunjukkan adanya migrasi dari asia tengah ke kepulauan melayu.
2)Adat resam melayu sama dengan suku Naga di daerah Assam.
3)Bahasa melayu serumpun dengan bahasa di kemboja.Maksudnya, penduduk Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan antarabangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan Yunan.
Teori ini teori popular dan diyakini umum.Contohnya dalam buku Teks Pengajian Malaysia.menyatakan nenek moyang orang melayu berasal dari Yunan.Berdasarkan tori ini,orang melayu dikatakan datang dari Yunan menerusi 3 gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan orang:

1)ORANG NEGRITO
-penduduk paling awal di Kepulaun melayu dan dating sejak 1000sm berdasarkan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.
-ciri-cirinya ialah berkulit hitam,bibir penuh,mata bundar

2)MELAYU PROTO
-Perpindahan mereka di kepulaun melayu berlaku pd 2500sm.
-peradaban lebih maju dari orang Negrito.

3)MELAYU DEUTRO
-Perpindahan orang melayu jenis ini merupakan gelombang perpindahan orang melayu kuno ke 2.

TEORI NUSANTARA
Teori ini disokong oleh J.Crawfurd,K.Himly Gorys Keraf.Bahasa melayu dan bahasa jawa lebih maju pada abad ke15. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan bahawa bahsa melayu serumpun dengan bahasa Champa.Baginya persamaan yang berlaku di kedua-duanya adalah fenomena ambilan.Manusia Kuno Homosoloinius dan Homowajakenses terdapat di pulau Jawa.Penemuan manusia ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu keterunan daripada manusia kuno tersebut iaitu berasal dari jawa dan mewujudkan tmadun sendiri.Bahasa di Nusantara iaitu bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di asia tengah.
Namun berdasarkan pembacaan ,saya lebih menyokong Teori Yunan. SEKIAN

-shahira- berkata...

Assalamualaikum……….
D20071029066

Asal usul bahasa melayu masih menjadi perdebatan dikalangan sarjana kerana terdapat banyak teori yang dikemukakan mengenai kewujudan asal usul bangsa melayu di kepulauan melayu atau nusantarayang masih boleh dipertikaikan.Asal usul orang-orang melayu,iaitu penutur asli bahasa melayu masih kabur dan kurang jelaskerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dan diterokai dgn lebih mendalam oleh para pengkaji.Terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan tentang asal usul bangsa melayu.
Pandangan pertama menyatakan bahawa bangsa melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah.dan pendapat ini banyak didukung oleh pengkaji-pengkaji dari barat.Pandangan kedua pula menyatakan bahawa bangsa melayu memeng sudah ada di kepulauan melayu atau nusantara ini.
Kesimpulannya,asal usul kedatangan bangsa melayu masih lagi kabur.Hal ini kerana terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli kaji sejarah.teori pertama menyatakan kedatangan asal usul bangsa melayu berasal dari yunan.dan teori kedua pula menyatakan bangsa melayu itu berasal dari nusantara.walaupun terdapat bukti-bukti tinggalan sejarah bagi kedua-dua teori ini tetapi para pengkaji sejarah belum dapat buktikan secara terperinci sama ada bangsa melayu itu berasal dari Yunan atau Nusantara.

adah berkata...

Assalammualaikum En.Razali……….

Sehingga kini asal-usul orang melayu masih diperdebatkan dalam kalangan sarjana,mengapa?Pada pandangan saya,kewujudan bangsa melayu di kepulauan melayu sering menjadi topic hangat untuk diperdebatkan dan mungkin tiada akhirnya kerana semakin mendalam kajian yang dilakukan semakin bertambah teori-teori yang akan wujud dan bermacam-macam penemuan baru akan ditemui maka tidak hairanlah sehingga kini asal-usul bahasa melayu masih diperdebatkan lagi.
Terdapat banyak tori mengenai asal-usul orang melayu antaranya ada yang mengatakan bahawa bangsa melayu berasal dari Asia Tengah.Dalam hal ini dapat dilihat pengkaji-pengkaji dari barat boleh dikatakan sepakat telah mengatakan bahawa penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Laut Teduh berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara tetapi tidak dapat dipastikan dari mana.Namun ada yang mengatakan bahawa bangsa melayu memang sudah ada di kepulauan melayu atau nusantara ini.
Kesimpulannya,asal-usul kedatangan bangsa melayu masih lagi menjadi persoalan dan masih kabur.Walaupun terdapat bukti-bukti tinggalan sejarah mengenai teori-teori yang dikemukakan namun sehingga kini para pengkaji masih belum dapat buktikan secara terperinci sama ada bangsa melayu itu berasal dari Yunan atau Nusantara. t

hajar (D20071029065) berkata...

Assalamualaikum……….
Secara teorinya, terdapat dua pandangan tentang asal usul bangsa melayu yang sering diperdebatkan dalam kalangan sarjana. Menurut kajian, bangsa melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan kedua menyatakn bahawa bangsa melayu sudah sedia ada di Kepulauan melayu atau Nusantara ini.
Menurut pandangan R.H.Geldern, seorang ahli prasejarah yang berasal dari Wien,Austria telah membuat kajian terhadap kapak tua(beliung batu). Sarjana ini menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungau Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, y=Yangtze dan Hwang. Di beberapa kawasan Nusantara juga turut ditemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama. R,H.Geldern membuat kesimpulan bahawa tentulah kapak tua tersebut di bawa oleh orang Asia Tenagah ke Kepulauan Melayu.
Berdasarkan kajian terhadap adapt resam yang dibuat oleh J.R.Logan mendapati bahawa ada persamaan adapt resam kaum melayu dengan adapt resam Suku Naga di Assam( di daerah Burma dan Tibet). Berdasarkan kajiannya, kesimpulannya beliau berpendapat tentulah bahasa melayu berasal dari Asia. Pendapat beliau juga di sokong oleh beberapa sarjana laian seperti G.K.Nieman dan R.M Clark. Manakala menurut sarjana melayu, Asmah haji Omar perpindahan orang melayu dari daratn asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratn, iaitu Tanah Semenanjung, Lautan Hindi dan lautan China.
Manakala pandangan kedua iaitu pandangan dari Nusantara,seorang sarjana inggeris, J.Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa,Kalimantan dan kawasan Polinesia. Pendapatnya, asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa dan Bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera. Beliau menambah bahawa bangsa melayu dan bangsa jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dan taraf ini hanya dapat di capai setelah mengalami perkembangan budaya.
Kesimpulannya, kajian yang di buat oaleh para sarjana di Asia Tengah lebih terperinci berbanding kajian di Nusantara. Hal ini berdasarkan penemuan-penemuan yang temui oleh para sarjana. Tegasnya saya bersetuju bahawa asal usul bahasa orang melayu berasal dari utara.

daliana berkata...

ASSALAMUALAIKUM………………….
Pada masa ini asal-uaul bahasa Melayu masih kabur.Pengkajian yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan.Terdapat pelbagai pendapat tentang asal-usul orang melayu ini.Umumnya,terdapat dua pandangan yang dikemukakan tentang asal-usul Melayu iaitu bangsa Melayu berasal dari utara(Asia Tengah)dan pandangan bahawa bangsa Melayu sememangnya berasal di Kepulauan Melayu atau Nusantara
Berdasarkan hipoyesis yang pertama,orang Melayu dikatakan berasl dari bahagian selatan China.Antara nama untuk merujuk kawasan tersebut ialah Indo-China,pantai timur selatan iaitu di Champa dan Kampuchea.Penghijrahan dari utara ke selatan iaitu Nusantara dilakukan secara berkelompok-kelompok.Kelompok yang pertama ialah Melayu Proto dan dikatakan telah menduduki Nusantara sekitsr 2000SM.Hipotesis perpindahan ini telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini telah dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun1932.Beliau membuat kajian terhadap beliung bersegi yang ditemui di Sungai Hwang Ho,Sungai Yangtze,Sungai Mekong,Sungai Salween,Sungai Irrawady,dan Sungai Brahmaputra.Beliau mendapati bahawa benyuk dan jenis beliung yang sama telah dijumpai di beberapa kawasan di Nusantara.
Pendapat yang kedua pula,orang Melayu dikatakan tidak berasal dari luar,tetapi dikatakan manusia asal yang telah wujud di Nusantara.Oleh itu,orang-orang Melayu marupakan orang tempatan.Berdasarkan bukti kebudayaan,Crawfurd menyatakan bahawa tanah asal orang Melayu adalah Sumatera dan Jawa.Orang Melayu telah bergerak dari Sumatera dan Jawa ke bahagian lain di nusantara.Bukti bahasa pula mendapati bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Melanesia,Polinesia,dan Mikronesia.Kekarabatan bahasa dilihat dari segi persamaan beberapa perkataan,persamaan bentuk kata dan struktur bahasa.Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa yang dituturkan di Nusantara berasal daripada induk yang sama.
Walaupun,pada masa ini asal-usul bahasa Melayu masih tidak jelas kerana bukti-bukti sahih tentang istilah Melayu pada zaman pra-sejarah masih belum dijumpai namun teori orang Melayu berasal dari Asia Tengah merupakan hipotesis yang boleh menyokong pendapat ini.
SEKIAN…WASSALAM………………
.

HALIMI-D20071028984 berkata...

A'kum En.Razali

Terdapat beberapa tokoh yang telah mengupas tentang asal usul bahasa Melayu.Antaranya ialah R.H.Geldern,J.H.C Kern,Prof.Dr.Asmah dan tokh-tokoh lain.Namun semua pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut tidak tepat.Pendapat J.H.C Kern diterima ramai kerana kajian yang dibuat lebih terperinci dan mempunyai kaitan yang mendalam dengan bangsa melayu.Kern telah memperkenalkan teori gelombang.Menurut Kern orang-orang melayu datang melalui dua tahap:
Tahap 1- Berlaku pada tahun 2500 sebelum Masihi.Dikenali juga sebagai Melayu proto yang berasal dari tanan Tinggi Yunan.Mereka bergerak dari selatan hingga ke Nusantara.Kegiatan utama mereka ialah bertani dan petempatan awal di lembah-lembah sungai.
Tahap 2- Berlaku kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi dan dikenali sebagai Melayu Deutro yang juga berasal dari tanah tinggi Yunan.Mereka mahir dalam ilmu pelayaran,astronomi dan bercucuk tanam.Melayu Deutro dikatakan telah berperang dengan Melayu proto dan menyebabkan melayu Proto telah lari ke kawasan pedalaman serta menyebabkan masyarakat orang asli wujud.Melayu Deutro pula tinggal di lembah sungai dan di tepi pantai.

bassri berkata...

Selamat petang.
Bassri, D 20071029001
Sehingga kini para sarjana masih mendebatkan asal usul orang Melayu. Hal ini kerana terdapat dua teori yang berbeza.
Teori pertama,teori Yunan. Teori ini dikemukakan oleh J.R Logen dan ia juga di sokong Prof.Asmah Hj Omar. Teori ini dapat dibuktikan melalui penemuan kapak tua yang ditemui di asia Tengah mirip kapak tuan di kepulauan Melayu. Bukti kedua, adat resam bangsa Melayu sama dengan suku Naga di Assam. Bukti ketiga,dalam bahasa Melayu serumpun adalah serupa dengan bahasa Burma yang menyusuri Sungai Yunan.
Teori kedua,teori Nusantara. Teori ini dikemukakan oleh J.C Rawfurd dan disokonh oleh K.Himly. Bukti pertama ialah bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke 19. Taraf ini hanya dapat dicapai dalam tempoh masa yang lama dan ini menunjukkan perkembangannya adalah setempat di Nusantara.Bukti kedua,K. Himly tidak setuju dengan bahasa Melayu sama dengan Kemboja kerana perbezaan perkatannya.
Kesimpulannya,saya dengan yakinnya menyokong teori Yunan kerana ia menunjukkan bukti yang kukuh dan boleh diterima umum.Sekian,dengan lafaz bismillah saya memohon untuk mengundurkan diri.Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.ASSALAMUALAIKUM.....

hasrik87 berkata...

D20071029041 ASALAMUALAIKUM EN. RAZALI Terdapat 2 teori mengenai asal usul orang melayu.pertama bangsa melayu dikatakan berasal dari Yunan China.Teori ini mengatakan bahawa perpindahan ini dalakukan oleh puak yang diberi nama Melayu Proto kira-kira 3000 tahun sebelum masihi.Mereka berpindah dari kawasan pergunungan di Barat Daya negeri China melalui hulu sungai di Myanmar dan terus ke Pulau Nicobar dan hujung utara Pulau Sumatera. Laluan kedua ialah dari hulu sungai di Utara Thai menuju ke selatan hingga ke Segenting Kra.Dari sana terus ke selatan tanah Melayu,Sumatera,jawa. Orang Melayu Proto telah pandai membuat alat cucuk tanam dan alat perhiasan.Mereka hidup berpindah randah.Zaman mereka dinamakan zaman Neolitik.
Perpindahan gelombang kedua berlaku kira-kira 1500s.m, dikenali sebagai Melayu Deutro.Melayu Deutro yang lebih tinggi tamadunnya telah mendesak melayu Proto ke kawasan pergunungan dan tempat-tempat terpencil. Melayu deutro tinggal di kawasan pamah,dan kawasan lembah sungai seperti orang Melayu Aceh, Sunda,jawa dan Maduru.
teori kedua oleh J.Crawford seorang sarjana Inggeris mengatakan bangsa Melayu berasal dari Nusantara. Beliau berpendapat asal usul orang Melayu berasal dari Pulau Jawa,dan Pulau Sumatera. Bangsa jawa dan bangsa Melayu yang merupakan induk bangsa Melayu. Beliau menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu yang telah memiliki kebudayaan yang tinggi dalam abad ke-19. Beliau membuat kesimpulan bahawa orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana tapi merupakan induk yang tersebar ke tempat lain.
Kesimpulannya, masalah yang timbul dari teori pertama ialah sekiranya orang Melayu Proto dan Melayu Deutro sampai di Kepulauan Asia Tenggara pada 2000-5000 S.M bangsa apakah yang tinggal di Asia Tenggara.Oleh itu saya menyokong pendapat yang menyatakan orang melayu berasal dari yunan . sekian.........................

eykin berkata...

eykin D20071029097
assalamualaikum........
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
Teori Yunnan ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H geldern,J.H.C Kern, J.R Foster dan lain-lain.Alasan yang menyokong teori ini ialah Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Perkara ini menunjukkan ada migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.
Seterusnya ialah Teori Nusantara,yang disokong sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong berdasarkan bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Tamadun yang tinggi ini dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya yang lama.Ia menunjukkan orang melayu berasal dan berkembang di Nusantara.Pendapat yang mengatakan Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Kemboja tidak dipersetujui oleh K.HIMLY kerana bagi beliau persamaan yang berlaku antara kedua dua bahasa adalah satu "fenomena ambilan".Manusia kuno HOMO SOLOINENSIS dan HOMO WAJAKENSIS terdapat di Pulau Jawa.Penemuan ini menunjukkan kemungkinan orang melayu berasal dari keturunan manusia kuno tersebut.Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah.Teori ini merupakan teori yang kurang popular terutamanya di Malaysia.
kesimpulannya terdapat banyak pendapat tentang asal- usul bahasa melayu.Namun,saya bersetuju asal-usul bahasa melayu datang dari wilayah utara.
sekian.......

aqilah berkata...

aqilah D20071029096
Salah satu aspek yang yang diambil oleh para sarjana untuk membuktikan asal-usul orang melayu ialah dari aspek geografi. Dalam aspek ini terdapat dua pandangan mengenai asal-usul orang melayu.Pandangan pertama menyatakan orang melayu berasal dari utara(Asia Tengah). Menurut J.R.Logan,melalui kajiannya terdapat adat resam melayu dan adat resam suku warga di Assam. Keadaan ini berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh mereka. Oleh iti,J.R.Logan membuat kesimpulan bahawa bangsa melayu berasal dari asia. Pandangan kedua pula menyatakan bangsa melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu.
Walaupun Teori Yunan menemui bukti yang kukuh yang menunjukkan orang melayu berasal dari Yunan,terdapat ahli-ahli sejarah yang membantah dan tidak bersetuju dengan teori ini.Mereka telah mengeluarkan teori yang lain yang menunjukkan tentang asal usul orang melayu. Kesimpulannya kewujudan asal usul bangsa melayu masih lagi diperdebatkan.Percanggahan pendapat antara mereka juga disebabkan oleh penemuan artifak dan bukti bukti yang berbeza.Masing masing berpendapat pandangan dan pendapat mereka tentang asal usul orang melayu adalah benar sehingga tidak mahu menerima pandangan dan pendapat orang lain.kewujudan asal usul bangsa melayu masih lagi menjadi belum jelas.
sekian........

NOR berkata...

SHU.. D20071028996
Asal usul bangsa Melayu masih menjadi pendebatan sarjana kerana semua pihak mahu menegakkan bukti dan hipotesis sendiri.Ironiknya tempat asal bahasa melayu dikaitkan dengan tempat asal penuturnya, iaitu tempat asal orang Melayu.Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal orang Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik, iaitu kawasan asia tengah dan kawasan nusaantara.
Berdasarkan hipotesis kawasan asia tengah, terdapat banyak keraguan kerana tiada ciri persamaan dengan rumpun Melayu di Alam Melayu.
Berdasarkan hipotesis kawasan nusantara, orang melayu dikatakan tidak berasal dari luar tetapi dikatakan manusia awal yang telah wujud di nusantara.Oleh itu orang melayu adalah orang tempatan. Pengkaji mengemukakan tempat sebagai kawasan asal Austronesia, iaitu nenek moyang orang melayu. Hal ini berdasarkan beberapa bukti iaitu kebudayaan, kebahasan,perkembangan manusia dan situasi geografi masa lalu.Bukti kebudayaan dinyatakan oleh Crawfurd bahawa tanah asal orang melayu adalah di Sumatera dan Jawa kerana kawasan ini menonjolkan lebih banyak ciri kebudayaan berbanding kawasan Nusantara yang lain.
Bukti bahasa dinyatakan oleh Mardsen yang mendapati bahawa bahasa melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia.Induk kepada bahasa-bahasa ini Austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa tersebut.Ditinjau dari sudut geografi pula, Nusantara dari Zaman Pilosen sehingga Zaman Pleistosen merupakan sebuah daratan yang luas dan di dlmnya terdapat wilayah Semenanjung tanah Melayu,Palavan,jawa,Borneo dan pulau kecil Riau dan Lingga.
Selain bukti kebudayaan, kebahasaan,perkembangan manusia dan geografi masa lalu, pendokong hipotesis Nusantara juga berdasarkan penemuan rangka manusia awal, iaitu manusia Homo Erectus di Jawa. Homo Erectus yang juga disebut sebagai Phitecanthropus erectus berusia sekitar dua juta tahun telah ditemui di Sambungmacan dan diberi nama Manusia Jawa. Sehingga kini terdapat sebanyak 41 fosil manusia Homo erectus yang ditemui di Jawa.Dengan penemuan ini, dihipotesiskan bahawa manusia moden(Homo Sapiens) merupakan keturunan manusia awal ini. Homo Sapiens adalah manusia induk Austronesia.
Akhir kata, kebenaran hal ini boleh ditentukan sendiri oleh akal manusia. Bukti-bukti yang dinyatakan hanyalah sebagai panduan dan renungan. Sekian

niny d20071029000 berkata...

Niny….d20071029000. slm.asal-uasul orang melayu iaitu penutur asal kepada bahasa melayu masih kabur kerana sejarah kuno Asia T enggara masih belum diselidiki secara mendalam sehingga menimbulkan perdebatan dikalangan sarjana.walau bagaimanapun,terdapat beberapa penyelidikan yang dijalankan oleh sarjana dan terdapat beberapa pendapat mengenai asal usul orang melayu.
Sebagai contoh,beberapa teori telah mengatakan bahawa orang melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama austronesia yang dating dari daerah yunan. Mereka datang dalam bentukbeberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah asia tenggara.golongan pertama disebut melayu proto.kemudian,dating pula gelombang kedua yang disebut sebagai melayu deutro yang menduduki kawasan pantai dan tanah lembah,pandai bercucuk tanam dan berlayar.R.H Gelden iaitu sarjana dari Wien,Australia pula menyata pendapat melalui kajiannya mengenai kapak tuayang diperbuat drpd batu yang dijumpai disekitar hulu sungai brahmaputra,irrawadi,salween,yangtzen dan hwang. Bentuknya sama dgn beberapatempat di kawasan asia tenggara. Sehingga beliau berpendapat bahawakapak tersebut dbawa oleh orang asia tengah ke kepulauan melayu ini.
Walau bagaimanapun,j.h.c kern,seorang ahli fisiologi belanda yang merupakan pakar dalam pelbagai bahasa austronesia membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari dan mendapati bahawa b mini berasal drpd satu induk yang ada di asia tenggara.terdapat banyak lagi teori yang dikemukakn oleh para sarjana.
Melalui teori-teori ini,saya dapati bahawa terdapat percanggahan pendapat di kalangan sarjana kajian masing-masing. Bagi mendapatkan bukti yang sahih,satu kajian yang menyeluruh merangkumi bahasa dan ruang lingkup geografi perlu dijalankan.

Noriz berkata...

Amy…D20071028986
Assalamualaikum….

Asal usul bangsa Melayu masih menjadi perdebatan kerana ianya merupakan perkara yang sukar untuk dijelaskan. Pelbagai teori dijalankan untuk menjelaskan perkara ini, nemun tiada kata sepakat daripada para saujana. Terdapat dua teori iaitu teori Nusantara dan teori Yunan. Teori Yunan disokong oleh R.H Geldern, J.R Foster, J.R Logen, Slamet Muljana dan Asmah Hj Omar. Teori ini menerangkan adat resam bangsa melayu mirip kepada suku kaum Naga di Daerah Assam. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Selain itu, kapak tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Teori Nusantara pula disokong oleh J Crawfurt, K.Himly dan Gorys Keraf. Teri ini mengemukakan alas an iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Jawa tidak berasal dari mana-mana bahasa. Tetapi berasal daripada Nusantara. Bahasa di Nusantara berbeza dengan bahasa di Asia Tengah. Melalui teori-teori ini, percanggahan pendapat mereka disebabkan oleh penemuan artifak dan bukti-bukti yang berbeza di kalangan sarjana. Bagi mendapatkan bukti yang sahih, bukti dan alasan yang kukuh perlu dicari bagi mengelakkan asal-usul bangsa daripada terus menjadi isu perdebatan.

Sekian, terima kasih.

becca berkata...

Selamat sejahtera En. Razali,
Asal-usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan di kalangan sarjana kerana terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa melayu iaitu teori Yunnan dan teori Nusantara. Teori Yunnan di sokong oleh para sarjana seperti R.H.Geldern,J.H.C.Kerns dan juga Asmah Hj.Omar.Penemuan kapak tua mirip kapak tua di asia tengah di jumpai di kepulauan melayu.Adat resam bangsa melayu mirip kepada suku naga di daerah Asam.
Teori nusantara pula di sokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sultan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Iaitu dengan alas an bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad yang ke:19.Taraf ini hanya dapat di capai setelah perkembangan budaya yang lama.Hal ini menunjukkan orang melayu tidak berasal dari mana-mana,tetepi berkembang di nusantara.K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan”.
Penemuan manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Najakersis yang terdapat di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Liya shafie berkata...

Assamualaikum…Encik Razali..

Asal usul bangsa Melayu masih menjadi isu perdebatan dalam kalangan ahli-ahli falsafah dan sukar untuk menentukannya.Hal ini kerana terdapat banyak teori yang dikemukakan. Antaranya:

Teori Yunnan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
#Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
#Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
#Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,Madiana & Hasnah, 2000. ''Pengajian Malaysia'', Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150 adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

Teori Nusantara

Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan-alasan seperti bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" . Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Kesimpulannya, pada pandangan saya asal usul bangsa Melayu lebih jelas dilihat pada teori Yunnan ..sekian terima kasih…

eita berkata...

Eita d20071029028
assalamulaikum En Razali,
Asal usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan oleh sarjana-sarjana kerana terdapatnya 2 teori mengenai asal-usul bangsa melayu iaitu bangsa melayu berasal dari yunnan dan daripada nusantara.
Umum mengetahuai teori Yunnan disokong oleh sarjana-sarjana seperti R.H. Geldern,J.H.C Kern,Asmah Hj Omar dll.Teori ini disokong kerana kapak tua yang mirip Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu dan menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Adat resam bangsa melayu mirip kepada suku naga di daerah Assam(berhampiran dengan sempadan India dgn Myanmar)
Teori Nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J Crawfurd,K Hilmy,Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf.Antara alasan-alasannya adalah bangsa melayu dan bangsa jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.Ini menunjukkan orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
Selain itu,manusia kuno Homo Soloinesis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia kuno ini menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Kesimpulannya,kemunculan bangsa melayu masih menjadi perdebatan para sarjana kerana terdapat pelbagai percanggahan pendapat.
Sekian terima kasih.

Fauzi D20071028978 berkata...

Fauzi D20071028978
Assalamualaikum,
Terdapat beberapa teori tentang asal usul bangsa melayu:
TEORI YUNNAN....................
- disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.
- alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
..Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
..Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
..Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,Madiana & Hasnah, 2000. ''Pengajian Malaysia'', Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150 adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
TEORI NUSANTARA................
- didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
.. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
.. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
.. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
.. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular.

sekian, wassalam

fadzli D20071028993 berkata...

Mohd Fadzli Bin Mohd Isman D20071028993
Assalamualaikum WBT
Asal-usul orang Melayu masih menjadi perdebatan antara para sarjana kerana para sarjana masih tidak dapat membuktikan kesahihan atau mengemukakan bukti yang kukuh mengenai asal-usul orang melayu.Terdapat 2 teori mengenai asal-usul orang Melayu iaitu teori Yunan dan teori Nusantara.

TEORI YUNAN..
Teori Yunnan ini disokong oleh R.H Geldern,R.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.Terdapat banyak bukti yang menyokong teori ini.Antaranya ialah penemuan Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu.Hal ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Nusantara.Teori Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian Selatan China(Yunnan).Kelompok Melayu pertama yang sampai ke Nusantara dinamakan Melayu-Proto.Penghijrahan kelompok ini berlaku dari utara (bahagian Selatan China)ke Selatan.Kelompok ini dikatakan menduduki Nusantara sekitar tahun 2000SM.Perpindahan kelompok Melayu dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin (1892).Selepas itu dikukuhkan lagi oleh Geldern(1932).Beliau telah membuat kajian tentang beliung bersegi yang ditemui di Sungai Hwang Ho,Sungai Yangtze,Sungai Mekong,Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputra.Beliau mendapati bahawa bentuk dan jenis beliung yang sama telah dijumpai di beberapa kawasan Nusantara.Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Pada 1500SM,kelompok Melayu kedua iaitu Melayu-Deurto telah datang ke Nusantara.Kedatangan kelompok ini telah menyebabkan Melayu-Proto berpindah ke pedalaman.Kelompok ini masih wujud sehingga kini dan keturunan mereka dikenali sebagai orang asli Negrito,Senoi,Jakun,dan Temuan.
Kelompok Melayu-Deurto dikatakan mempunyai peradaban lebih tinggi daripada Melayu-Proto.Golongan ini lebih pandai dan berkemahiran dibandingkan dengan Melayu-Proto.Mereka membina petempatan di pesisir pantai dan menetap di situ serta mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang pelayaran.Dengan kemahiran yang ada,mereka telah membuka petempatan baharu di Kepulauan Melayu dan kawasan tersebut terus berkembang.
Bagaimanapun,hipotesis pertama agak meragukan dari segi tarikh berlaku penghijrahan.Dikatakan bahawa tarikh penghijrahan kedua-dua kelompok ini bercanggah dari bukti arkeologi bahawa manusia moden telah menghuni alam Melayu sejak 35000 tahun yang lalu.Malah,tiada kesamaan dari segi bahasa pertuturan dan kebudayaan yang asas antara kelompok Melayu dengan penduduk selatan China dan tiada satu pun ciri persamaan dengan rumpun Melayu.

TEORI NUSANTARA..
Seterusnya ialah teori Nusantara. Melalui teori ini, orang Melayu dikatakan merupakan penduduk asal atau panduduk tetap di sini..J.Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan polinesia dan beliau berpendapat bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal dari Pulau Jawa(Bahasa Jawa)dan bahasa yang berasal dari Sumatera(bahasa Melayu).Oleh itu, bahasa Melayu dan bahasa Jawa dikatakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara.Terdapat juga persamaan dari segi rupa paras penduduk dan pegangan yang di pegang.Menurut seorang pelayar terkenal China iaitu I Tsing,beliau mendapati terdapat sebuah kerajaan di Nusantara iaitu Kerajaan Melayu. kerajaan ini wujud berdekatan dengan sungai yang deras alirannya iaitu Mo-lo-Yu. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Hal ini hanya dapat dicapai setelah berlakunya budaya yang lama.
Kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah yang diberikan di atas tadi jelas menunjukkan bahawa asal-usul orang Melayu masih tidak dapat dibuktikan dan masih menjadi perdebatan para sarjana.Asal-usul orang Melayu hanya akan dapat dibuktikan sekiranya terdapat bukti yang kukuh bagi membuktikan sekiranya orang Melayu itu datangnya dari Yunan atau dari Nusantara.
Sekian terima kasih.

magnus berkata...

magnus_D20071029018
W. Marsden dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
saya menegaskan bahawa saya menyokong sepenuhnya teori asal-usul bahasa dan bangsa melayu adalah berasal dari wilayah utara

~dydEe berkata...

haluuuuuuuuu....
assalamualaikum w.b.t encik...
Dalam mengupas topik berhubung pendebatan sarjana akan asal usul bahasa melayu ini, suka saya menyatakan pendapat bahawa antara kedua-dua teori yang sedia ada, yakni teori Yunan dan teori nusantara,saya lebih menjurus kepada hasil rungkaian kajian R.H Geldern,J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Hj. Omar dalam menegaskan kebenaran bahasa melayu sememangnya berasal dari Yunan. Relivennya kenyataan ini kerana penemuan kapak tua yang menyerupai kapak tua di Asia Tengah, memberi gambaran jelas adanya integrasi 3 gelombang iaitu orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deuto.Selain itu, kesamaan adat resam dalam budaya suku naga di daerah Assam dan kesinambungan bahasa orang Kemboja yang mempunyai pertalian dengan dataran Yunan. penyelidikan ini jelas berbeza dengan teori nusantara yang dipelopori oleh J.Crawford, k.Himly, Sultan Takdir Alisyahbana dan Gorys Keraf, yang mana hasil kajian golongan ini lebih kearah kewujudan bahasa melayu hanyalah berlaku secara kebetulan sahaja.Ironinya, penyelidikan lebih menyeluruh perlu di rungkai berdasarkan kesahihan fakta dan bukan hanya mentafsirkannya.jadi, tegas saya menyatakan, setakat ini,teori Yunan lebih berasas dan boleh diterima pakai.tetapi pada masa hadapan.... penemuan terbaru pasti dapat merubah atau mungkin saja mengukuhkan lagi teori ini......
wassalam......

asiyah berkata...

Asal-usul bangsa Melayu masih menjadi perdebatan antara sarjana kerana terdapat 2 pandangan yang berbeza mengenai kedatangan bangsa yang mendiami Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Teori yang menyatakan bahawa bangsa melayu berasal dari utara telah disokong oleh R.H.Geldern seorang ahli prasejarah yang berasal dari Wien, Austria. Beliau telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu) yang telah ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga telah menemui artifak tersebut di beberapa tempat di kawasan Nusantara.Menurut J.H.C. Kern pula,beliau telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Antara perkataan tersebut ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi.Kern telah membuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

Bagi teori yang menyatakan bahawa bangsa melayu berasal dari Nusantara,ia telah disokong oleh J. Crawfurd yang telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). ) Belaiu telah membuat kesimpulan bahwa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain dan berpendapat bahawa Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. Bagi K. Himly pula, berdasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa yang turut disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Berdasarkan teori dan pendapat yang dikemukakan,saya berpendapat bahawa bangsa Melayu secara umumnya berasal dari utara kerana hujah-hujah yang diberikan mempunyai kaitan yang kukuh tentang asa-usul bangsa Melayu.